Sepanjang hidupku dan adik-beradikku,kami telah melalui
kehidupan yang teramat perit mempunyai seorang ibu tiri yang kejam.Hinaan,maki
hamun dan cercaan menjadi mainan dibibir ibu tiri kami setiap hari.
Apakah salah kami?Apakah dosa kami?Kami dilayan sebegitu
rupa.Kami sedar,kami tak beribu.kami anak yatim,kecil-kecil lagi sudah
ditinggalkan ibu.Apakah kami tak layak menikmati keindahan alam ciptaan Allah
ini,memandangkan kami tak beribu?
Aku mempunyai 10 orang adik-beradik,3 meninggal dunia semasa
kecil.Tinggallah kami 7 beradik.Ibu meninggal ketika usiaku 8 tahun.Bayangkan
umurku ketika itu sudah pun kehilangan seorang ibu.Tempat kami mengadu dan
bermanja sudah tiada lagi.Apakah yang boleh dibuat oleh seorang ayah ketika
ketiadaan ibu?Ketika itu tak ramai ayah yang boleh menjaga dan mendidik
anak-anak yang ramai,lagipun kehidupan kami teramat miskin,ibarat ‘kais pagi
makan pagi,kais petang makan petang’.Kecil-kecil lagi sudah diajar untuk
bekerja bagi menampung perbelanjaan harian.
Selepas kematian ibu,bermulalah episod ngeri dan kegelapan
dalam kehidupan kami adik-beradik.Selama ini aku hanya mendengar tentang
kekejaman seorang ibu tiri dari buku-buku cerita dan juga di televisyen melalui
drama-drama dan filem-filem.Itu sekadar lakonan,tapi aku dan adik- beradik
mengalaminya sendiri.Ianya bukan cerita dongeng lagi,ianya benar-benar terjadi
dalam kehidupanku dan adik-beradikku yang lain.
Sebelum ini kehidupan kami sekeluarga ceria dan indah
sekali,walaupun taraf kehidupan kami teramatlah miskinnya,ibarat ‘kais pagi
makan pagi,kais petang makan petang’.Ibu teramatlah baiknya,ibu disenangi semua
jiran tetangga.Selepas kematian ibu,ayah mengambil keputusan untuk berkahwin
lain,alasannya tiada orang yang mahu menjaga makan minumnya.Keputusannya itu
membuatkan kami adik-beradik memberontak.Kami takut apa yang kami
baca,dengar dan tonton itu,mengenai kekejaman ibu tiri akan menjadi kenyataan.
Akhirnya apa yang kami takuti menjadi kenyataan apabila ayah
tergesa-gesa mahu berkahwin tanpa menyelidik terlebih dahulu asal-usul wanita
yang bakal dikahwininya.Bukanlah niat kami untuk membantah hasrat ayah untuk
berkahwin lain,tapi ingatlah masa depan kami adik-beradik.Sebaik-baiknya
carilah seorang ibu yang baik untuk kami adik-beradik,seorang ibu yang boleh
menerima kami sebagai anak-anaknya,seorang ibu yang baik seperti ibu kami.
Ayah tetap juga dengan hasratnya untuk berkahwin.Apa
jua keputusan kami,ayah tak endahkan.Ayah memang degil,ayah tak sayangkan kami
lagi.Ayah hanya pentingkan dirinya sendiri tanpa memikirkan apa yang terjadi
kepada kami dimasa hadapan.Akhirnya kahwin juga ayah dengan wanita pilihannya
walaupun kami memberontak.
Aku akui bukanlah semua ibu tiri kejam.Ada ibu tiri yang
sangat-sangat baik,yang boleh menerima anak-anak dari perkahwinan suaminya yang
terdahulu begitu juga sebaliknya.Ibu tiri aku ni lain dari yang lain.Ada saja
yang tak kena pada pandangan matanya.Aku adik-beradik sering jadi mangsa
kekejamannya.Kami sedar kami tiada ibu lagi.Apakah kami tidak layak untuk hidup
dimuka bumi ini lagi,menumpang kasih seorang ayah?
Aku adik-beradik sering menjadi mangsa kekejamannya.Maki
hamun menjadi perkara biasa baginya.Depan jiran tetangga pun kami dimaki
hamunnya.Malunya hanya Allah saja yang tahu.Tubuh badan kami sudah lali dengan
segala macam kayu,rotan,tali pinggang,penyapu dan sebagainya.Kena kejar dengan
parang pun dah biasa,lari sekeliling kampung.Terpaksalah tebalkan muka,dapat
ibu tiri yang kejam.Mangsanya kami adik-beradik.Dulu ibu kandung kami dikenali
seluruh kampung kerana kebaikannya,kini ibu tiri kami juga dikenali seluruh
kampung tapi bukan kerana kebaikannya,dikenali kerana kekejamannya mendera
kami.Berbezakan dua situasi sebegini.
Bila kami didera oleh ibu tiri,ayah hanya berdiam diri
sahaja,sikit pun ayah tak bersuara.
“Ayah takut bini agaknya”,kata kami dalam hati.
Tangisan dan kesakitan kami tidak dipedulikan oleh
ayah.Entahlah,tak tahu juga kenapa ayah jadi begitu.Dulu sewaktu ibu masih
ada,ayah seorang yang penyayang.Ayah baik sangat-sangat dengan kami adik-beradik.Ayah
tak pernah marahkan kami,walaupun kami ada melakukan kesalahan(biasalah
budak-budakkan,adakalanya degil)ayah tegur kami dengan baik.Sedikit pun ayah
tak meninggikan suara,apatah lagi menggunakan kekerasan.Ayah bagi nasihat dan
nasihat ayah kami ikuti,alhamdulillah begitu juga dengan ibu.
“Perkara yang tak elok dan tak baik jangan diikuti,jadilah
anak yang soleh dan solehah”,masih ingat lagi pesanan ibu kepada kami 7 beradik
disaat-saat akhir hayat ibu.Sesungguhnya aku terlalu merindui ibu.Moga ibu
ditempatkan bersama dengan orang-orang yang beriman.Aamin.
Berbeza dengan situasi sekarang,ibu tiri sentiasa mencari
kesalahan kami,walaupun kami tak melakukan.Kadang-kadang kesilapan kecil
diperbesar-besarkan apatah lagi sejak dia di anugerahi 2 orang cahaya
mata.Anak-anak dia jangan sesiapa pun menyentuh atau menegurnya walaupun
melakukan kesilapan.Kalau sentuh atau tegur siaplah.
Tiada berkesudahan dengan kami adik-beradik,setelah kami
berkahwin dan masing-masing dianugerahi anak,anak-anak kami pula menjadi
mangsanya.Pantang silap sikit,mesti dapat habuannya.
Teringat pada suatu hari anakku yang bongsu,ketika itu
berumur 6 tahun membela sepupunya yang sedang bergurau senda dengan salah
seorang cucu ibu tiriku.
“Tua saja bodoh,tak ada akal.Jangan kata apa-apa dekat cucu
aku,jangan sentuh cucu aku walaupun dengan hujung jari”,marah ibu tiriku pada
salah seorang anak saudaraku.
“Biarlah kat diaorang,diaorang nak bergurau je bukannya
bergaduh pun”,anakku tetiba je datang mencelah.
Pang!Ditamparnya pipi anakku.Apa lagi menangislah dia.Niat
baiknya di balas dengan satu tamparan hebat dipipinya.Ya Allah,aku sendiri pun
tak pernah tangan-tangankan anakku.Apa yang sikecil itu tahu.Niat asal nak
membela sepupunya,akhirnya dia yang dapat habuannya.Kesian anakku.
“Aku tak suka sesiapapun menjejakkan kaki ke rumahku”,jerit
ibu tiriku .
“Sedarlah diri sikit,kita pun menumpang rumah orang”,balas
anak saudaraku.
Diangkatnya kaki mahu menerajang anak saudaraku.Nasib
baiklah anak saudaraku mengelak,kalau tak mesti kena punya.Betapa zalimnya ibu
tiriku,hanya Allah saja yang tahu.Tak cukup dengan kami adik-beradik,anak-anak
kami pun turut sama menjadi mangsanya.Pendek kata tua muda,kecil besar menjadi
mangsanya.Orang lain tak tahu dan tak merasainya sebagaiman yang kami
adik-beradik serta anak-anak rasai.
Malu kami pada mentua dan ipar-duai.Mereka mempunyai
keluarga yang bahagia,sedangkan kami hidup tersiksa.Bagi kami adik-beradik yang
beristeri dan bersuami,malu kami pada isteri dan suami masing-masing hanyalah
Allah saja yang tahu.Pada anak-anak kami,kasihan mereka.Mereka tak dapat
bermanja dengan Tok Wan mereka.
Setiap kali kami ke rumah ayah,kami akan dihalau menyebabkan
kami terpaksa berfikir dua kali untuk ke rumah ayah.Bukanlah bermakna yang kami
lupa akan tanggungjawab kami kepada ayah.Kami ingat,tanpa ayah dan ibu tiadalah
kami kat dunia ni.Tapi kami terkilan dengan sikap ibu tiri kami,cukuplah
kami sahaja yang menjadi mangsanya tapi bukan anak-anak kami.Mereka masih
kecil.Kesiannya bila tiba hari raya,hajat hati nak berkumpul ramai-ramai dengan
ayah yang banyak berjasa tapi tak kesampaian dengan apa yang
berlaku.Masing-masing membuat keputusan untuk balik beraya di rumah mentua.
Kini sudah setahun lebih ayah pergi meninggalkan kami
adik-beradik.Alhamdulillah,dapat juga kami mencurahkan bakti pada ayah setelah
masing-masing dah bekerja.Setelah kematian ayah,ibu tiri berubah sikap jadi
seorang yang pendiam,tidak lagi marah-marah dan dia tinggal dengan anaknya.Ada
hikmah yang tersembunyi di sebalik apa yang berlaku.Alhamdulillah.
Alhamdulillah juga,berkat didikan ibu kami semasa hayatnya masih ada,dalam diri kami tiada sedikit pun dendam pada ibu tiri kami walaupun kami masing-masing sudah berkeluarga. Kami memberi layanan yang baik pada ibu tiri kami sama macam kami memberi layanan pada ibu kandung kami.Tiada sekelumit dendam pun dihati kami adik-beradik pada ibu tiri kami.Sebab kami tahu dendam bukanlah penyelesaian pada semua masalah.Terima dengan sabar dan redha segala ujian dan dugaan yang menimpa,yakin akan datang satu hari yang terbaik buat kami dan anak-anak dimana kami berbahagia dengan kehidupan kami sendiri tanpa mendengar lagi umpat keji,maki hamun,kata nista dan sebagainya.Allah sudah letakkan tempat terbaik untuk kami,walaupun kehidupan kami suatu ketika dulu suram dan sepi.sedih dan pilu,diri sentiasa dihambat ketakutan ,sepanjang hari terbayangkan apa kemungkinan yang berlaku seterusnya,apa lagi yang ibu tiri kami akan lakukan pada kami adik beradik,siang malam berdoa supaya Allah melembutkan hati ibu tiri kami,terima kami sama macam anak-anaknya yang lain.Alhamdulillah, walaupun dia tak dapat menerima kami tapi kami tetap bersyukur.Kehidupan kami sudah kembali tenang. Alhamdulillah.
Dalam diri usahkan ada walau sekelumit dendam,terima apa
yang berlaku dengan sabar dan redha,insyaAllah hikmah yang diperolehi tidak
terucap dengan kata-kata.
Ibu,
Ibu,
Pemergiaanmu mengadap Ilahi,
Pergi kepada penciptamu,
Pergi yang tak akan kembali lagi,
Pergi untuk selama-lamanya.
Ibu,
Sejak ketiadaanmu ibu,
Hidup anakmu menderita,
Sentiasa bertemankan airmata,
Menangisi pemergiaanmu ibu,
Menangisi hidup beribu tiri.
Ibu,
Saat beribu tiri,
Hanyalah mimpi ngeri,
Yang sentiasa mengiringi,
Tidur anakmu ini,
Bilakah ianya akan berakhir.
Oh ! ibu.
Ibu,
Sesungguhnya aku terlalu merinduimu ibu,
Moga dirimu ibu ditempatkan dalam golongan orang yang
beriman.
Aamin.