Amalan yang boleh dilakukan di rumah atau mana-mana sahaja
seperti di pejabat,surau,masjid ketika anak-anak sedang menduduki peperiksaan
di sekolah:
1.Ambil wuduk
2.Solat hajat dua rakaat
3.Duduk mengadap kiblat
4.Beristighfar (3 x)
diikuti dengan lafaz syahadah (3 x)
5.Baca al-Fatihah 10 kali
6.Baca surah al-Ikhlas (1 x),al-Falaq (1 x) dan an- Nas (1 x)
7.Surah al-Insyirah (1 x)
8.Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW (10 x)
9.Baca Yassin (1 x)
10.Niat dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita
untuk menjawab soalan peperiksaan dengan tenang dan mudah.Dinasihatkan berdoa
untuk anak kita sekaligus turut berdoa kejayaan anak-anak orang lain seperti
anak-anak sahabat kita dan sebagainya.
11.Sepanjang anak kita menduduki peperiksaan adalah lebih baik
ibubapa banyak membaca surah al-Insyirah dan mohon dalam hati agar Allah SWT
permudahkan anak-anak kita.
INSYAALLAH