KELANTAN
10 Februari,2013
Seawal jam 7 pagi memulakan
perjalanan ke Negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan Darul Naim) bersama warga
SK Tanah Liat (sebenarnya orang luar yang banyak,warga SK Tanah Liat hanya
berapa kerat sahaja).Sebenarnya mengikut perancangan awal destinasi sebenarnya
ialah Kelantan – Terengganu tetapi atas sebab-sebab tertentu hanya Kelantan
sahaja destinasi yang dituju.
Destinasi pertama ke Pasir Mas untuk
menghadiri majlis perkahwinan seorang guru dari SK Tanah Liat.Terima kasih atas
layanan yang diberikan,walaupun sebahagian dari kami bukan warga SK Tanah Liat.
Selepas itu,kami bertolak ke tempat
penginapan kami di Home Beach Village Resort. Alhamdulillah,selesa juga tempat
penginapan kami.Pendek kata puas hatilah.
Jam 6.30
petang keluar dari tempat penginapan ke Pantai Cahaya Bulan,menyaksikan
keindahan pantai diwaktu senja,ombak yang menderu,layang-layang menari ditiup
angin pantai dan lain-lain lagi.
Pantai Cahaya Bulan
Ambil angin ditepian pantai
Jam 7.30 malam bertolak ke Wakaf Che Yeh,sampai jam 8 lebih.

Tempat
pertama yang dituju mestilah gerai makanan yang terdapat disitu sebab perut
berlagu riang minta diisi.Disinilah sebuah kenangan yang tak dapat dilupakan tercipta.
Ada lucu,ada rasa tidak puas hati dan sebagainya.Apabila dipanggil datanglah seorang ‘waiter’ mengambil order,kalau tak dipanggil rasanya tak datang dia,sebab terlalu sibuk.Banyak juga makanan dan minuman diorder,maklumlah 9 orang satu meja (6 dewasa 3 orang kanak-kanak).
Selepas itu ada seorang ‘waiter’ lain datang sambil membawa 3 gelas teh o ais,sambil bertanya “ ada order ‘Teh O Beng’ ”. Tercengang kami semua,seumur hidup tak pernah dengar perkataan ‘Teh O Beng’ ,dalam hati ingat nama Cina mana yang disebut-sebut oleh ‘waiter’ tu.Tanya juga ‘Teh O Beng’ tu apa,dia jawab ‘Teh O Beng’ la.Sempat juga kami berbisik (dia ni tak faham bahasa ke).
Dalam mencari-cari maksud ‘Teh O Beng’ tu apa,tiba-tiba sikecil yang berumur 8 tahun bersuara ‘Teh O Ais’ kot (fahe jugak sikecil ni loghat Kelate,kami yang dewasa ni tak fahe-fahe lagi),‘waiter’ tadi menggangguk perlahan-lahan.Itu perkara lucu dan yang membuatkan kami tak puas hati pulak adalah menunggu makanan yang dipesan terlalu lama,hampir 2 jam (pukul 8.30 order makanan,jam 10 tak sampai-sampai lagi).Kami perhatikan ramai pelanggan berlalu begitu sahaja dan rombongan yang bersama kami pun merungut,mereka tak sempat nak membeli belah di Wakaf Che Yeh sebab jadual perjalanan kami hanya 3 jam sahaja disitu dan ada antara kami yang tidak dapat makanan yang diorder hingga akhirnya.Kesiankan mereka,sudahlah datang dari jauh,tiada rezeki mereka kat situ.

11 Februari,2013
Seawal
jam 5.30 pagi ada antara kami sudah bangun,mengemas apa yang patut untuk
memulakan perjalanan ke destinasi seterusnya dan apabila azan berkumandang kami
mendirikan solat subuh.
Selepas bersarapan
di Restoran Home Beach Village Resort,kami memulakan perjalanan ke Pasar Besar
Siti Khadijah.
Dalam pada itu sempat juga singgah ke Kg Laut untuk membeli serunding daging dan serunding ayam.Serunding dari Kelantan memang sedap,tiada tandingannya.Jam 9 lebih kami sampai ke Pasar Besar Siti Khadijah.Letih juga berjalan di setiap tingkat.Selain serunding daging dan ayam,pastinya keropok dan budu pilihan kami.Itulah yang mula-mula kami cari.

Setelah
penat membeli belah di Pasar Besar Siti Khadijah,kami meneruskan perjalanan ke
Rantau Panjang dan kami sempat singgah sebentar
di Masjid Beijing Rantau Panjang untuk bersolat.Kagum dengan keindahan
dan seni binanya,Subhanallah.
Akhirnya
tiba juga ke destinasi terakhir kami Rantau Panjang walaupun sepanjang jalan berlaku
kesesakan lalu lintas.Allah permudahkan perjalanan kami.Jam 7 malam,bertolak
balik ke negeri tercinta kami iaitu Pulau Pinang.Hampir jam 2 pagi (12 Februari,2013)kami
tiba dirumah masing-masing.
Mohon
maaf ya warga Kelate,kami tak fahe sangat loghat anda.Kami akan ingat ‘Teh O
Beng’ , ‘Kopi O Beng’ anda.