31 Ogos 2011

PERJALANAN I SYAWAL


Alhamdulillah,segalanya di permudahkan.Perjalanan 1 syawal tiada apa-apa halangan,dugaan mahupun rintangan.Semuanya selamat,alhamdulillah.

Selepas subuh,hampir jam 7 pagi bertolak dari:
Mengkuang Titi Bukit Mertajam,Pulau Pinang ke Felda Teloi Timur Kuala Ketil,Kedah.
Alhamdulillah,sepanjang perjalanan selamat.Mak dan ayah bergilir-gilir memandu sebab ayah x berapa sihat.Sampai jam 8 pagi (sekejap je perjalanan kira-kira 45 minit).
Rugi rasanya sebab x ke masjid untuk solat sunat hari raya aidilfitri.Tapi nak buat macam mana keadaan x mengizinkan.InsyaALLAH,tahun depan andai diizinkanNYA ,andai masih ada kesempatan,andai di panjangkan umur,andai ada lagi hari raya….insyaALLAH akan ke masjid juga.

Dari pagi hingga jam 12 tengahari,sibuk menolong mak dan ahli keluarga lain melayan tetamu dan kanak-kanak yang datang bertandang.Seronok tengok gelagat kanak-kanak yang datang beraya.Bila panggil masuk,’x nak,dah kenyang’ jawab mereka .Faham-faham ajelah jika itu jawapan yang diberikan.Mesti nak duit raya kan.Sudah menjadi tugas setiap tahun melayan tetamu-tetamu kecil ini.

Teringat zaman sebaya tetamu-tetamu kecil ini.Jawapan yang sama juga diberikan,bila tuan rumah panggil masuk.Dalam minda cuma nak duit raya aje,yang lain-lain x nak.Walaupun dalam hati meronta-ronta nak makan sebab lapar,setelah penat berjalan,atur langkah kaki dari rumah ke rumah.Tapi duit raya punya pasal,sanggup ketepikan perut yang sedang berkeroncong,minta diisi dengan segera.Apa tidaknya,takut ditinggalkan oleh sepupu-sepupu yang lain,maklumlah x berapa biasa dengan keadaan sekeliling.Rumah-rumah kat Felda berdekatan antara satu dengan yang lain.
Bila poket sudah penuh,balik ke rumah tok untuk simpan duit raya.Lepas tu sambung semula aktiviti kutip duit raya,sampai ke petang.Semua tu sudah jadi kenangan,kenangan yang x dapat dilupakan.Kenangan zaman kanak-kanak dulu.

Selepas habis melayan tetamu-tetamu yang datang,bertandang pula ke rumah keluarga mak su.Kat Felda juga.Jodoh Pak su dengan  orang Felda juga.Dekat sangat.Tak payah nak bergaduh bila tibanya hari raya.Sekejap rumah keluarga pak su sekejap rumah keluarga mak su.Dalam sehari tiga-empat kali juga berulang alik ke rumah keluarga masing-masing.Maklumlah tinggal pun berdekatan lebih kurang satu setengah km aje.
Alhamdulillah,tidak timbul perbalahan sesama sendiri,lagipun mak su seorang mak saudara yang sangat baik.Bertugas sebagai seorang guru lulusan Universiti Malaya.Sangat rapat dengan anak-anak saudara,pendek kata boleh di buat kawan.Boleh bergurau senda,pandai mengambil hati anak-anak saudara…memang baiklah.

Jam 2 ptg  bertolak ke Sungai Petani,ke klinik Dr Zainol untuk melawat mak chik(klinik swasta,boleh tahan bayaran yang dikenakan,hampir RM4000…penat…huhuhu…lebih kurang sebulan gaji mak chik sebagai penolong kanan ko-kurikulum.Mampu katakan,anak pertama pun lahir kat situ,melalui pembedahan juga…bayarannya pun sama ).Mak chik selamat melahirkan seorang bayi lelaki pada 28 Ogos yang lalu melalui pembedahan.Mak chik dan pak chik beraya kat kliniklah jawabnya.Tunggu sanak saudara datang hantar kuih muih.4 hari 3 malam juga  kat situ,sedih sungguh.Orang lain beraya bersama sanak saudara tapi pak chik dan mak chik beraya berdua aje,kat klinik pula tu.Tapi x pa,bila tengok wajah si kecil hilang semua kesedihan tu…..si kecil pewaris penyambung generasi.Tambah lagi adik-adik sepupu kesayangan.

Selepas melawat mak chik,jam 3.40 ptg bertolak ke Bukit Tembaga Kuala Nerang,Kedah untuk menziarahi pusara tok wan.Alhamdulillah,sepanjang perjalanan melalui highway utara selatan ALLAH permudahkannya.Cuaca pun alhamdulillah,baik.Niat yang baik disertai dengan keikhlasan,insyaALLAH akan dipermudahkan olehNYA.Segala-galanya berjalan dengan lancar tanpa ada sedikit pun halangan dan dugaan,walaupun keadaan kesihatan mak dan ayah kurang memuaskan,tapi niat untuk menziarahi pusara dan adik beradik kat kampung terlaksana jua akhirnya,memandangkan mak dan ayah sudah lama tidak menziarahi pusara tok wan.Habis juga bacaan yassin,pak su dan ayah hadiahkan untuk tok wan,walaupun ayah mengambil masa yang lama untuk menghabiskan bacaan   yassin.Kesian ayah,hajat ayah untuk balik kampung tercapai jua akhirnya.Ayah sempat jadi imam untuk solat asar kat surau berhampiran pusara tok wan.Alhamdulillah.

Selepas menziarahi pusara tok wan,singgah sekejap rmh tok long (kakak kepada tok wan).Selepas tu meneruskan perjalanan ke Langgar,Alor Setar pula untuk menziarahi pusara tok nek.Singgah sekejap kat rumah tok ngah (adik kepada tok),tapi malangnya xde sesapa pun.Akhirnya keputusan diambil untuk meneruskan perjalanan balik ke Mengkuang Titi melalui lebuhraya utara selatan.Pak su,mak su dan tok balik ke Felda Teloi Timur.Walaupun sakit,ayah akan berhenti juga di R& R untuk solat maghrib.Sakit x menghalang ayah untuk mengabdikan diri pada yang MAHA KUASA.DariNYA kita datang dan kepadaNYA kita akan dikembalikan.Sakit yang diberikan adalah sebagai satu kifarah untuk menghapuskan dosa-dosa kecil.Semua itu ada hikmahnya.ALLAH tahu setakat mana kemampuan setiap hamba-hambaNYA untuk menghadapi dugaan atau ujian  yang diberikan.Alhamdulillah,ayah antara yang terpilih,biarpun sudah sebulan lebih menderita sakit,tapi ayah sentiasa menganggap itu semua ujian dari ALLAH untuk ayah.Tak  pernah sekali pun ayah merungut,setiap hari ayah berdoa supaya ALLAH menyembuhkan sakitnya.Takdir dari ALLAH,ayah terima dengan hati yang tabah.

Pak su pun kesiankan ayah,kalau nak singgah ke mana-mana,pak su mesti tanya ayah.Masih ada kudratkah nak singgah ke sesuatu tempat?Kalau ayah kata ya,pak su ikut aje….kalau ayah kata tidak,nak balik terus,pak su ikut aje.Alhamdulillah,prihatinnya pak su.Sepanjang perjalanan balik melalui lebuhraya utara selatan,pak su ikut dari belakang,pak su bimbangkan sesuatu terjadi pada ayah.Sampai ke destinasi,masing-masing berpecah…pak su  keluar melalui tol Sungai Petani (u) manakala ayah keluar melalui tol Sungai Petani (s).Sampai kat rumah pak su mesej (pak su tanya sampai ke x lagi)….memang pak su seorang adik yang prihatin,pak su cuma seorang juruteknik aje lulusan politeknik (Diploma Kejuruteraan Mekatronik) sementara mak su seorang guru.Alhamdulillah adik-adik mak sangat prihatin.Sangat mengambil berat akan masalah yang dihadapi oleh seorang kakak.


16 Ogos 2011

PENGAKHIRAN RAMADHAN


Untuk mendapatkan bonus dunia,kita sanggup menunggu berjam-jam lamanya,sanggup beratur panjang berjela di mesin-mesin ATM semata-mata untuk mendapat imbuhan yang sedikit,yang mana kita tahu ianya hanya sementara dan tidak kekal lama.Sekejap aje kita berbelanja,hanya sekelip mata ianya sudah tiada berbaki.Kalau bonus lambat di beri kita merungut,kita membebel,semuanya serba tak kena.

Kenapa tidak hal yang sama kita lakukan untuk mengejar bonus akhirat,sedangkan kita tahu imbuhannya berlipat kali ganda tambah-tambah lagi dalam bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini.Luangkan masa kita untuk ke masjid,surau atau di mana sahaja majlis ilmu di adakan.Walaupun ganjaran atau imbuhan yang akan kita perolehi tidak nampak dek pandangan mata kasar,tapi tahukah kita nikmat kesenangan yang kita perolehi semasa hayat di dunia pemberian siapa?Tentulah pemberian YANG MAHA KUASA kan.

Ramadhan hanya tinggal beberapa hari aje lagi,kenapa kita tak rebut peluang yang datang.Kalau hal yang melibatkan duniawi kita boleh luangkan masa untuknya,kenapa hal yang melibatkan ukhrawi kita tak seimbangkan.Untuk duniawi,kita sanggup memenuhi pusat membeli belah sehingga tidak menang tangan dan mengapa untuk ukhrawi kita tak memenuhi saf-saf masjid mahupun surau.Sedangkan kita tahu ganjaran yang bakal kita perolehi untuk bekalan kita ke akhirat kelak.

Ramadhan,
Semakin hari semakin meninggalkan kita,
Hitungkan berapa banyak amalan yang kita lakukan,
Kirakan berapa banyak pahala yang kita gandakan,
Dalam bulan yang penuh keberkatan ini.

Ramadhan,
Andai perginya tak kembali lagi,
Menangis air mata darah sekalipun sudah tiada gunanya lagi
Walaupun rintihan demi rintihan,
Mahupun rayuan demi rayuan.

Ramadhan,
Sepuluh malam permulaan ‘RAHMAT’,
Sepuluh malam pertengahan ‘MAGFIRAH’,
Sepuluh malam pengakhiran ‘KEBEBASAN DARI API NERAKA’,
Antara hari-harinya ‘LAILATUL QADAR’,
Bertuah sesiapa yang terpilih untuk ‘LAILATUL QADAR’.

 Surah Al-Qad
Bismillah
A001
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (Al-Qadr 97:1

A002
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (Al-Qadr 97:2

A003
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (Al-Qadr 97:3


A004
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (Al-Qadr 97:4

A005
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (Al-Qadr 97:5

Adakah kita antara yang terpilih mendapat ‘RAHMAT’,
Adakah  kita antara yang terpilih mendapat ‘MAGFIRAH’,
Adakah kita antara yang terpilih mendapat ‘KEBEBASAN DARI API NERAKA’,
Adakah kita antara yang terpilih mendapat ‘LAILATUL QADAR’,Dari ALLAH,

TEPUK DADA TANYA IMAN.

10 Ogos 2011

SAAT-SAAT KEMATIAN




Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.
Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.
100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.
Sama-sama kita renungkan.
(ISLAM ITU INDAH DAN MUDAH)


BAHASA ARAB



Sejahtera ke atas anda         -               Assalamualaikum
Selamat datang   -   Ahlan wa sahlan
Selamat datang buat anda  -   Ahlan bik
Dengan suka cita  -     Bikullis surur
Awak apa khabar?  -    Anta, khaifahaluk?
Baik, terima kasih  -     Toyyib, syukran
Selamat pagi  -     Sobahul khair
Selamat pagi   -    Sobahun nur
Selamat pagi   -    Sobahul ful
Selamat pagi  -     Sobahus surur
Bagaimana keadaan awak pagi ni? -   Kaifa asbahtum?
Selamat datang (dengan gembira)  -  Birrahbi wassurur
Selamat petang   -    Masa ul khair
Selamat petang  -     Masa un nur
Selamat malam  -    Tusbihu ‘alal khair 
Bagaimana keadaan awak petang ini?  -  Khaifa amsaitum?
Silakan semua   -    Tafaddalu
Saya harap    -    Arju
Kami baik dan sihat   -   Nahnu bikhair walhamdulillah
Dari mana awak datang?  -    Min aina jik ta?
Awak dari mana?   -    Min aina anta?
Silakan masuk, saudara  -    Ya akhi, ud khul
Silakan minum  -     Tafaddal, isyrab
Berapa umur awak?  -    Kam umruk?
Terima kasih   -    Syukran
Terima kasih kepada anda  -   Asy kurukum
Terima kasih atas pertolongan anda -  Syukran li musa ‘adatik
Terima kasih banyak   -   Syukran jazilan
Terima kasih banyak   -   Syukran khatira
Terima kasih untukmu  -    Asy syukru lak
Semoga Allah membalas kebaikkanmu -  Jazakallahu khaira
Ya    -     Na’am
Ya, benar    -    Na’am, sohih
Baiklah  -      Hasanan
Tidak     -    La
Tidak, salah   -    La, khoto’
Awak tahu atau tidak?   -   Anta ta’rif am la’?
Awak pintar   -     Anta syatir
Awak semua faham?  -    Hal antum tafhamun?
Adakah awak tahu?  -    A ta’rif?
Ya, kami tahu  -     Na’am, na’rif
Berhenti semua  -     Kifu
Sudah lama awak tidak meziarahi saya  -  Ma zur tani min zaman
Saya juga demikian  -    Wa ana kazalik
Dimana rumah awak?  -    Aina baituk?
Wahai anak   -     Aiyuhal walad
Berapa harganya?   -    Kam si’ruhu?
Lihatlah   -     Unzur
Maaf   -      Ma’zirah
Akur   -      Sam’an wa to’atan
Tidak mengapa   -    La ba’ sa alaik
Tiada apa-apa  -     La syaik alaik
Saya tidak bermaksud   -   Laisa min qasdi
Saya meminta maaf  -    Ana aasif
Mari ke sini   -     Ta’al indi
Saya lupa    -    Ana Nasit
Saya akan hubungi awak  -    Sa attasil bik
Tunggu sebentar   -    Intazir lahzah
Saya tidak boleh   -    La aqdar
Saya hadir    -    Ana hadir
Saya tidak hadir   -    Ana ghaib
Awak rajin   -     Anta nasyit
Ulang sekali lagi   -    Raddid marratan ukhra
Cepat!    -    Bi sur ’ah
Sangat cantik  -     Jamilatun jiddan
Sangat besar   -    Kabiratun jiddan
Awak lewat   -     Anta muta akhhir
Saya sakit    -    Ana marid
Saya gembira sangat   -   Ana farhan  jiddan
Saya takut sangat   -    Ana khaif jiddan
Saya lapar    -    Ana jau ‘an
Saya kenyang  -     Ana syab ‘an
Ajarkan saya   -    ‘Allim ni
Boleh saya   -     Hal mumkin
Bertenang    -    Ihda’
Selamat tinggal   -    Wada ‘an
Selamat tinggal   -    Ilal liqa’
Semoga dalam keamanan  -    Fi amaillah
Samoga Allah menyembuhkan awak  -  Allah yushfik
Apa yang awak rasa  -   Maza tash ‘ur
Awak telah mengingatkan saya -    Zakkar tani
Adakah ini betul?  -     A haza sohih?
Sangat menarik  -     Mumti ‘atun jiddan
Menakjubkan    -   Ajib
Bersabarlah   -     Isbir
Tawakklah kepada Allah  -    Tawwakkal ‘alallah
Rahmatilah kami   -    Irhamna
Tolonglah kami  -     Sa ‘idu na
Selamatkanlah kami   -   Qi na
Ambil ini  -      Huz haza
Tinggalkannya  -     Utruk hu
Cuba    -      Jarrib
Sebelum   -     Qabla
Selepas    -    Ba’ da
Minggu ini    -    Hazal usbu’
Minggu hadapan   -    Usbu ‘ul qaadim
Saya sangat memerlukannya  -   Ahtaju ilaihi jidaan
 Saya hendak pergi  -     Uriduz zahab
Saya hendak belajar  -    Uridut ta’alum
Saya rindukan awak  -    Ana musytaqun ilaik
Saya cintakan awak  -    Ana uhibbuk

KOMUNIKASI UMUM  
PERKENALAN ( At ta’aruf  )
Boleh saya berkenalan dengan awak?
Hal mumkin an ata ‘araf alaik?
Silakan wahai saudaraku
Taffaddal ya akhi
Siapa nama awak wahai saudaraku?
Masmuka ya akhi?
Nama saya Muhammad Anuar, dan awak?
Ismi Muhammad Anuar, wa anta?
Nama saya Taufik, awak apa khabar?
Ismi Taufik, khaifahaluk?
Saya sihat, Alhamdulillah, dan awak pula?
Ana bikhair, Alhamdulillah, wa anta?
Baik, Alhamdulillah
Bikhair, Alhamdulillah
Selamat datang wahai Musa
Ahlan wa sahlan ya Musa
Selamat bertemu
Ahlan bik
Saya sangat gembira bekenalan dengan awak semua
Ana farhan bimuqabalitikum
Kami juga gembira
Nahnu masruruun aidan

PERBUALAN DI RUMAH
Selamat pagi wahai anakku
Sobahul khair wa bunayya
Selamat pagi wahai ibuku
Sobahun nur ya ummi
Adakah awak sudah sarapan pagi?
Hal aftarta?
Ya, saya sudah sarapan pagi
Na’am aftartu
Awak sarapan apa?
Maza aftarta?
Saya sarapan roti
Aftartul khubz
Dimana adik lelaki awak Ali?
Aina akhuka Ali?
Dia di dibiliknya
Hua fi ghurfatihi
Apa yang sedang dibuat?
Maza yaf ‘al?
Dia sedang mandi
Hua yastahim
Dimana ayah?
Aina abi?
Dia telah pergi kerja
Hua zahaba ilal amal

PERBUALAN ANTARA DUA ORANG KAWAN 
Apa pekerjaan awak wahai Omar?
Ma amaluka ya Omar?
Saya doktor dan awak wahai Ridwan?
Ana tobib wa anta ya Ridwan?
Saya guru
Ana mu ‘allim
Dimana awak berkerja sekarang wahai Omar?
Aina ta’ mal aan  ya Omar?
Saya berkerja di hospital Kuala Lumpur, dan awak?
Ana  ‘amal  fi mustasyfa Kuala Lumpur, wa anta?
Saya berkerja di sekolah di Johor
Ana a ‘mal fil madrasah fi Johor
Berapa tahun awak telah berkerja di sana wahai Omar?
Kam sanatan ‘amilta hunak ya Omar?
Saya telah berkerja di sana lima tahun, dan awak?
‘Amiltu hunak khamsa sanawat, wa anta?
Saya telah berkerja di sekolah sembilan tahun
‘Amiltu fil madrasah tis ‘a sanawat
Apa yang awak ajar di sekolah?
Maza tudarris fil madrasah?
Saya mengajar Bahasa Arab
Ana udarris Lughatal Arabiah
Bahasa Arab adalah bahasa Al-Quran dan bahasa syurga
Lughatul Arabiah lughatul Quran wa lughatul jannah

PERBUALAN MENGENAI WAKTU
Bila awak bangun dari tidur?
Mata istaiqazta minan naum?
Saya bangun dari tidur pada pukul enam pagi
Istaiqaztu minan naum fis sa ‘atis sadisah sobahan
Bila awak solat subuh?
Mata sollaitas subh?
Saya solat subuh pada pukul enam setengah pagi
Sollaitus subh fiss sa’atis sadisah wannisf
Bila awak pergi ke sekolah?
Mata zahabta ilal madrasah?
Saya pergi ke sekolah pada pukul tujuh pagi
Zahabtu ilal madrasah fis sa’atis sabi ‘ah sobahan
Bila awak pulang dari sekolah?
Mata roja’ ta minal madrasah?
Saya pulang dari sekolah pada pukul satu tengahari
Roja’ tu minal madrasah fis sa’atil wahidah zuhran
Bila awak bermain bola sepak?
Mata la ‘ibta kurratal qadam?
Saya bermain bola sepak pada pukul lima petang
La ‘ibtu kurratal qadam fis sa’atil khomisati masa ‘an
Bila awak tidur?
Mata nimta?
Saya tidur pada pukul sepuluh malam selepas mengulangkaji pelajaran
Nimtu fis sa’atil ‘aasyirati lailan ba’ da muroja ‘atid dirasah

PERBUALAN BAPA DENGAN ANAK
Apa yang awak akan belajar hari ini?
Maza satadrusul yaum
Saya akan belajar ilmu sejarah hari ini
Sa adrus ilmat tarikh al yaum
Adakah awak sudah mengulangkaji pelajaran awak?
Hal roo ja’ ta dirasatak?
Ya, Saya sudah mengulangkaji
Na’am roo ja’ tu
Siapa yang ajar awak ilmu matematik?
Man ‘allamaka ilmar riyadiyyaat?
Encik Muhamad Shafie
Al-Ustaz Muhammad Shafie
Bila awak akan belajar Bahasa Arab?
Mata sa tadrusul Lughatal Arabiah?
Saya akan belajar Bahasa Arab pada hari Isnin
Ana sa adrusul Lughatal Arabiah fil yaumil isnain
Saya mahu lima puluh ringgit untuk membeli buku
Uridu khamsina rinjitan li syira il kutub
Silakan, saya beri seratus ringgit dan beli kamus sekali
Tafaddal, ‘u’tika mi ‘ah rinjitan li syira il qamus aidan
Terima kasih wahai bapaku, saya amat meminati Bahasa Arab
Syukran ya abi, ana uhibbul Lughatal Arabiah
Sama-sama wahai anakku
Afwan ya bunayya

PERBUATAN UMUM      
Pergi       zahaba
Pulang      roja ‘a
Bermain      la ‘iba
Belajar      darosa
Menulis      kataba
Membaca      qara ‘a
Duduk      jalasa
Berdiri      qa ma
Masuk      da kha la
Keluar      kho ro ja
Mengulangkaji     roo ja ‘a
Tidur       na ma
Makan      akala
Minum      syariba
Solat       solla
Berlari      jara
Bercakap      takallama
Berkerja      ‘amila
Berehat      istaroha
Memakai      labisa
Menunggang     rokiba
Menjual      ba ‘a
Membeli      isy taro
Memotong,     qo to ‘a
Membasuh      nazzofa
Mandi           istahamma
Membuka      fataha
Menutup      aghlaqoMembawa     hamala
Berjalan      masya
Melancong      saha
Memikir      fakkara
Menolong      sa ‘ada
Menonton      syaa hada
Menziarahi      zaa ro
Mengumpul      jama ‘a
Memberi      qaddama
Menerima      istalama




AYAH DAN IBU





Ayah dan ibu – Sudirman Hj Arshad

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat.

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)". (Al-Israa' ayat:23)

"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil". (Al-Israa' ayat:24)

Sedih rasa hati bila bait-bait puitis lagu ini diperdengarkan.Ayah dan ibu maafkan kami anak-anakmu.Jiwa ini merintih,menangis pilu mengenangkan jasa dan pengorbananmu  membesar dan mendidik kami.

Ayah dan ibu,terima kasih kami anak-anakmu ucapkan.Susah payah ayah dalam mencari rezeki untuk membesarkan kami,susah payah ibu melahirkan kami akan kami kenang hingga akhir hayat.

Ayah dan ibu,maafkan kami…kadang-kadang hati dan perasaan ayah dan ibu tercalar,tergores dan terluka kerana kami.Kami akui itu semua.Jiwa remaja kami sering memberontak.Ada-ada saja yang tak kena pada pandangan mata kasar.Kadang-kadang keinginan kami melebihi jangkauan.Nafsu melebihi segala-galanya.

Ayah dan ibu,kami sedar seandainya tanpa ayah dan ibu tiadalah kami kat dunia ini.Adanya ayah dan ibu maka adanya kami,dengan izin ALLAH.Ayah dan ibu,siapalah kami tanpa ayah dan ibu.Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya.Begitu juga dengan ayah dan ibu,mahukan yang terbaik untuk kami semua.Terbaik dari segala-galanya baik duniawi mahupun ukhrawi.
Ayah dan ibu mahukan kami jadi anak-anak yang soleh dan solehah yang boleh mendoakan kebahagiaan dunia dan akhirat untuk ayah dan ibu.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.”
(Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)

Ya ALLAH,
Ampunilah dosa kedua ibu bapa kami,berkatilah kedua-duanya,berilah kebahagiaan dunia dan akhirat untuk kedua-duanya,cucurilah rahmat kepada kedua-duanya sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidik kami dari kecil hingga kini.

Ya ALLAH,
Berikanlah kami kesempatan untuk membalas jasa dan pengorbanan kedua-duanya.Sesungguhnya hanya padaMU tempat kami meminta pertolongan.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Anak Soleh
Album : Permata Ayah Bonda
Munsyid : Aeman
http://liriknasyid.com

Kami anak-anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku

Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu

Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim