Untuk mendapatkan bonus dunia,kita sanggup menunggu berjam-jam lamanya,sanggup beratur panjang berjela di mesin-mesin ATM semata-mata untuk mendapat imbuhan yang sedikit,yang mana kita tahu ianya hanya sementara dan tidak kekal lama.Sekejap aje kita berbelanja,hanya sekelip mata ianya sudah tiada berbaki.Kalau bonus lambat di beri kita merungut,kita membebel,semuanya serba tak kena.
Kenapa tidak hal yang sama kita lakukan untuk mengejar bonus akhirat,sedangkan kita tahu imbuhannya berlipat kali ganda tambah-tambah lagi dalam bulan Ramadhan yang penuh kemuliaan dan keberkatan ini.Luangkan masa kita untuk ke masjid,surau atau di mana sahaja majlis ilmu di adakan.Walaupun ganjaran atau imbuhan yang akan kita perolehi tidak nampak dek pandangan mata kasar,tapi tahukah kita nikmat kesenangan yang kita perolehi semasa hayat di dunia pemberian siapa?Tentulah pemberian YANG MAHA KUASA kan.
Ramadhan hanya tinggal beberapa hari aje lagi,kenapa kita tak rebut peluang yang datang.Kalau hal yang melibatkan duniawi kita boleh luangkan masa untuknya,kenapa hal yang melibatkan ukhrawi kita tak seimbangkan.Untuk duniawi,kita sanggup memenuhi pusat membeli belah sehingga tidak menang tangan dan mengapa untuk ukhrawi kita tak memenuhi saf-saf masjid mahupun surau.Sedangkan kita tahu ganjaran yang bakal kita perolehi untuk bekalan kita ke akhirat kelak.
Ramadhan,
Semakin hari semakin meninggalkan kita,
Hitungkan berapa banyak amalan yang kita lakukan,
Kirakan berapa banyak pahala yang kita gandakan,
Dalam bulan yang penuh keberkatan ini.
Ramadhan,
Andai perginya tak kembali lagi,
Menangis air mata darah sekalipun sudah tiada gunanya lagi
Walaupun rintihan demi rintihan,
Mahupun rayuan demi rayuan.
Ramadhan,
Sepuluh malam permulaan ‘RAHMAT’,
Sepuluh malam pertengahan ‘MAGFIRAH’,
Sepuluh malam pengakhiran ‘KEBEBASAN DARI API NERAKA’,
Antara hari-harinya ‘LAILATUL QADAR’,
Bertuah sesiapa yang terpilih untuk ‘LAILATUL QADAR’.
Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, (Al-Qadr 97:1)
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? (Al-Qadr 97:2)
Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. (Al-Qadr 97:3)
Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut); (Al-Qadr 97:4)
Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar! (Al-Qadr 97:5)
Adakah kita antara yang terpilih mendapat ‘RAHMAT’,
Adakah kita antara yang terpilih mendapat ‘MAGFIRAH’,
Adakah kita antara yang terpilih mendapat ‘KEBEBASAN DARI API NERAKA’,
Adakah kita antara yang terpilih mendapat ‘LAILATUL QADAR’,Dari ALLAH,
TEPUK DADA TANYA IMAN.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan