Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan
kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum
lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan
hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan
kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi
keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang
berfikir.
(Ar-Ruum 30:21)
Alhamdulillah,selamat segalanya.Kini aku milik
orang.
Sewaktu hendak melangkah pergi,mak titipkan sepucuk
warkah buat aku dan suami.Sedih menyelubungi hati dan perasaan apatah lagi
berpisah dengan orang yang aku sayangi.Aku menangis semahunya,ingin aku bawa
mak dan ayah bersama tapi apakan daya,dulu aku di bawah tanggungjawab mak dan
ayah,kini aku menjadi tanggungjawab suamiku sepenuhnya.
Ini kali kedua aku berpisah dengan mak dan ayah.Kali pertama dulu sewaktu aku melanjutkan pelajaran di sebuah institusi pengajian tinggi.Dulu seorang kini berdua.Alhamdulillah ‘imamku’ seorang yang taatkan Allah.
Warkah dari mak dan ayah aku tatapi.Panjang
lebar,pesanan dari mak dan ayah untukku dan suami.
Asssalamualaikum anak-anak yang disayangi.Sekadar pesanan dari mak dan ayah.
Buat menantu mak dan ayah.
Terlebih
dahulu berbanyak-banyak terima kasih kerana menjadi sebahagian dari keluarga
ini.Jodoh pertemuan,ajal maut Allah yang
tentukan.Alhamdulillah,syukur padaNya.
Pesanan mak dan ayah
buat menantu yang di sayangi:
Sedari
kecil hingga dewasa,mak ayah jaga serta didik Nur Syifa Farhana dengan
baik.Bila dia buat salah mak ayah tegur dengan harapan dia akan sedar apa yang
dia lakukan itu salah atau tidak.Alhamdulillah,Nur Syifa Farhana seorang anak
yang baik.
Sebelum
diijabkabul, Nur Syifa Farhana masih di bawah tanggungjawab mak ayah.Setelah
lafaz ijabkabul sah,Nur Syifa Farhana
menjadi tanggungjawab Syauqi sepenuhnya.Didiklah dia supaya menjadi seorang
isteri yang solehah penyejuk mata penawar hati penajam fikiran.Tegurlah dia
jika dia buat salah.
Ada
sedikit pesanan buat Syauqi:
Isteri yang solehah dan taatkan suami hanya akan terhasil jika
suami juga seorang yang soleh dan bertanggungjawab. Malah mana mungkin suami
mengharapkan ‘penyejuk mata’ melalui isteri dan anak-anak tanpa terlebih dahulu
mereka berikhtiar mendidik isteri dan anak dengan cara yang betul? Inilah punca
terjadinya suami mahupun isteri berlaku curang dan sebagainya. Sesungguhnya di
sinilah letaknya soal kepimpinan melalui teladan, mengajar melalui tingkah laku
dan bukan dengan konsep ‘ketam berjalan’ yang menjadi amalan kebanyakan kita.
‘Walk your talk’, itulah kunci kejayaan di dalam memimpin sebuah rumah tangga
yang bertakwa.
Hayati juga hadis ini:
Daripada Abu Hurairah
r.a,Rasulullah SAW bersabda:
“Hendaklah kamu saling meminta nasihat tentang
perkara-perkara kebaikan kepada kaum wanita kerana sesungguhnya kaum wanita
dijadikan daripada tulang rusuk dan sebengkok-bengkok tulang rusuk ialah yang
paling atas. Jika kamu membetulkan dengan kekerasan nescaya ia akan patah, jika
ditinggalkan (dibiarkan tanpa nasihat) nescaya kekal ia dalam keadaan bengkok
maka saling menasihatilah dengan penuh kesabaran dan berlemah lembut”.
(Riwayat Bukhari dan
Muslim)
Huraian Hadith:
1.Para suami hendaklah bersikap bijaksana dalam
membentuk kehidupan isteri-isteri mereka. Jika berlaku sebaliknya akan
mengakibatkan kepincangan rumahtangga yang mungkin berakhir dengan perceraian.
2.Adalah menjadi kewajipan setiap suami untuk
memberi didikan dan tunjuk ajar secukupnya dengan penuh kesabaran kepada isteri
mereka agar tidak terumbang-ambing dalam hidup.
3.Berulang-ulangnya pesanan Rasulullah SAW
mengenai wanita menunjukkan ia sangat-sangat penting kerana mereka adalah
golongan yang lemah dan perlu kepada orang yang melindungi mereka dan
menguruskan hal mereka serta mengawal pergerakan mereka ini kerana
kebebasan tanpa sempadan yang diberikan kepada anak-anak gadis menyebabkan
berlakunya kepincangan besar dalam masyarakat yang mengundang kemurkaan Allah
SWT.
4. Hadis ini memberi tunjuk ajar dan panduan kepada
lelaki supaya bertolak ansur dan bersabar dalam berinteraksi dengan kaum
wanita. Suami mestilah bersabar terhadap sikap isteri yang kurang memuaskan
kerana lelaki lebih mampu sabar.
Buat anak mak dan ayah yang disayangi Nur Syifa Farhana:
Buat anak mak dan ayah yang disayangi Nur Syifa Farhana:
Hayatilah hadis ini:
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Apabila seseorang isteri meninggal dunia dan suaminya redha
kepadanya, maka ia akan masuk syurga”.
(Riwayat Tirmidzi dan Ibn Majah)
Pengajaran Hadis:
i) Islam telah menggariskan peranan suami dan isteri dengan jelas di mana suami mestilah bersedia untuk mentadbir rumah tangga dan isteri pula mestilah bersedia untuk mentaati perintah suami.
ii) Syurga anak adalah di telapak kaki ibunya manakala syurga isteri adalah apabila taatkan suaminya. Taat di sini bererti patuh kepada perintah dan kehendak suami kecuali apabila suami menyuruh melakukan dosa. Ia menduduki tempat kedua selepas taat kepada Allah dan Rasul.
iii) Ketaatan isteri berkait rapat dengan keperibadian suami di mana kuasa suami bukan terletak pada kekuatan fizikalnya tetapi terletak pada iman, ilmu dan kesabarannya. Dengan demikian barulah kepimpinannya menjadi lebih mantap dan dihormati isteri..
iv) Kunci kerukunan rumah tangga adalah persefahaman antara suami isteri. Oleh itu Islam telah menyarankan bahawa dalam mencari isteri idaman hendaklah dari kalangan wanita yang mempunyai empat ciri seperti berketurunan baik, elok paras rupanya, berharta, dan kuat pegangan agamanya. Namun yang perlu diutamakan adalah yang solehah (beriman) agar mudah untuk dididik dan beberapa masalah rumah tangga dapat dielakkan seperti isteri nusyuz dan sebagainya..
v) Setiap wanita Islam hendaklah menyedari tentang hak-haknya yang telah digariskan oleh syarak agar tidak berlaku kekeliruan dalam mentaati suami sehingga menjadi mangsa penderaan oleh suami yang tidak bertanggungjwab. Oleh itu seorang isteri yang solehah adalah yang mencakupi erti kata wanita yang berilmu dan beriman. Dengan demikian rumah tangga akan sentiasa aman dan bahagia.

Ingatlah Nur Syifa Farhana,dulu syurga anak di telapak kaki ibu kini syurga isteri adalah apabila taatkan suami.
Hayati juga juga lirik lagu ini,moga ianya bermanfaat buat Nur
Syifa Farhana:
Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu dia penunjuk jalan
Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa dia mengingatkan
Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita dia betulkan
Penghibur diwaktu kesunyian
Terasa damai bila bersamanya
Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
Nur Syifa Farhana,dengar serta ikutilah teguran dan nasihat suamimu selagi ianya membawa dirimu mentaati Allah dan RasulNya.Ada sedikit lagi pesanan untuk Syauqi dan Nur Syifa Farhana:

Ibn al-Aswad AI-Dualy berkata
kepada isterinya:
'Apabila kamu melihat aku
marah, tenangkanlah aku. Apabila aku melihat kamu marah, aku pula menenangkan
kamu. Jika tidak janganlah kita bersama-sama. '
Sebelum
mengakhiri coretan ini berbanyak kemaafan mak dan ayah pohon seandainya
bingkisan warkah ini mengganggu ketenteraman dan ketenangan kamu berdua.Bukan
niat mak dan ayah untuk mengajar kamu berdua tapi sekadar nasihat dari orang
yang lebih berpengalaman.
Sekian
buat tatapan Syauqi dan Nur Syifa Farhana.
Seusai
menatap bingkisan warkah dari mak dan ayah airmataku berguguran lagi.Terima
kasih mak ayah kerana sudi memberi nasihat kepada kami berdua.Sayang mak ayah.