Muhasabah Diri
Aku menulis bukan kerana nama,tapi aku menulis kerana ALLAH.Aku ingin mengajak semua sahabat-sahabat kembali mencari jalan yang diredhai ALLAH.Aku berpegang pada sebuah hadis Rasululullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam iaitu:
“Sampaikan walaupun satu ayat”.
Bila aku menulis perkara berkaitan agama,bukanlah bermakna aku ni seorang yang alim.Aku insan biasa aje,aku bukan dari sekolah agama tapi aku sekolah harian biasa.Aku juga serba kekurangan,masih mencari sinar cahaya bagi menerangi hatiku yang semakin malap dan kabur ini.Aku tak nak biarkan hati ini dari terus berada dalam kegelapan.
Maaflah,andai ada tulisan-tulisanku yang terkesan di hati sanubari sahabat-sahabat.Bukan niatku berbuat begitu,tapi pengalaman banyak mengajarku erti sesuatu.ALLAH anugerahi aku akal untuk berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.DIA juga anugerahi aku mata untuk melihat sesuatu yang terjadi.Aku juga di anugerahi telinga olehNYA untuk mendengar.Apa yang ada pada diriku semuanya anugerah dariNYA.
Aku guna anugerah dariNYA untuk melakukan sesuatu yang berfaedah.Aku berjanji pada diriku sendiri,aku takkan sia-siakan anugerah dariNYA.Melalui tulisan-tulisanku juga ,terlebih dahulu aku tujukan buat diriku sendiri.Aku juga kembali bermuhasabah diri siapa aku yang sebenarnya.Aku hanya seorang insan yang serba kekurangan,menumpang buat sementara di bumi milikNYA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan