31 Januari 2011

CINTA ALLAH CINTA ABADI KEKAL SELAMANYA



Ya Allah,
tetapkanlah hatiku untuk menyintaiMU…..
kerana ku tahu…..
cintaMU cinta abadi…..
cintaMU cinta sejati…..
cintaMU kekal selamanya…..

Ya Allah,
andai cintaku kepadaMU beralih arah…..
dengan godaan hawa nafsu yang melalaikan…..
kembalikan ianya semula…..
kerana ku tahu…..
ENGKAU tuhan yang Maha Penyayang
lagi Maha Mengasihani…..
kepada setiap hamba-hambaNYA…..

Ya Allah,
cintaku hanya untukMU…..
kerana ku tahu…..
tiada cinta yang lebih hebat…..
melainkan cinta kepadaMU…..
dan cinta kepada RasulMU…..

Ya Allah,
cintaku hanya untukMU…..
kerana ku tahu…..
dengan mencintaiMU…..
kebahagiaan dan ketenangan menjadi milikku……



UKHWAHFILLAH



Ya Allah,
Kau berkatilah ukhwahfillah kami….
Kami hanya insan-insan kerdil yang menumpang buat sementara di atas muka bumi ini..
DariMu kami datang dan dariMu jualah kami kembali…

Ya Allah,
Ukhwahfillah yang kami bina ini…
Adalah dengan izinMu…
Andai ada di antara kami yang terpesong….
Maka kembalikanlah kami ke jalan kebenaran…
Dan jalan yang Engkau redhai…..

Ya Allah,
Engkau titipkanlah dalam hati kami…
Sifat saling hormat-menghormati…
Saling sayang-menyayangi….
Saling kasih-mengasihi….
Agar ikatan ukhwahfillah ini…
Tidak akan terlerai….
Biarkan ianya tersimpul…..

Ya Allah,
Hanya takdirMu yang akan…
Memisahkan ikatan ukhwafillah….
Yang kami bina ini…
Andai itu telah tersurat…
Kami pasrah…..ya Allah



REMAJA ( DATANG HANYA SEKALI,BILA PERGI TIDAK AKAN KEMBALI LAGI)



Usah dipersiakan usia remajamu……
kerana usia remajamu datang hanya sekali sahaja…..
janganlah kau menghampiri kemaksiatan…..
kelak dirimu yang rugi…..

gunakanlah akal yang di beri oleh Allah…..
sebaik mungkin…..
fikirkanlah sempatkah kau bertaubat…..
dari dosa-dosa yang kau lakukan…..
fikirkanlah di mana tempatmu nanti…..
wahai remaja…..
andai kau di panggil pulang……
menghadap Allah yang Maha Esa…..

apakah jawapanmu nanti…..
andai kau di soal di alam barzakh……
di manakah usia remajamu di habiskan…..
adakah di masjid,di surau……
atau adakah jawapanmu berbunyi begini……
“masa remajaku di habiskan di jalan raya dengan merempit……
masa remajaku di habiskan di kelab-kelab malam…..
masa remajaku di habiskan dengan menjadi hamba dadah…..
masa remajaku di habiskan dengan bertemankan arak…..
masa remajaku di habiskan dengan bertukar-tukar pasangan…..
masa remajaku di habiskan di meja judi…..
syurga dunia…..hidup hanya sekali,masa mudalah enjoy puas-puas……”
andai itu jawapanmu,maka terimalah azabnya…..
na’uzubillah…..
mampukah tertanggung olehmu azab yang sangat dahsyat itu…..
fikir-fikirkanlah wahai remaja…..

adakah itu di namakan syurga wahai remaja…..
jawapannya tentulah tidak…..
ingatlah wahai remaja…..
dunia ini hanya pinjam-pinjaman…..
tiba masanya akan di ambil semula oleh penciptaNYA……
usahlah dikau terleka dan lalai dengan nikmat dunia yang sementara ini……

bertaubatlah sebelum ajal datang menjemputmu…..
dan ingatlah azab Allah tersangatlah dahsyatnya…..
jauhi kemungkaran dan kemaksiatan…..
andai kau tersesat kembalilah ke pangkal jalan…..
sayangilah diri sendiri dan keluarga mu…..



PENGORBANAN (SEORANG YANG BERNAMA AISHAH)



Dia seorang insan biasa…..
Dia seorang anak kepada ayahnya….
Dia seorang adik kepada kakak dan abangnya…..
Dia seorang kakak kepada adik-adiknya…..
Dia seorang isteri kepada suaminya…..
Dia seorang ibu kepada anak-anaknya……
Dia hanya seorang ustazah di sebuah sekolah……

Tapi ada keistimewaannya seorang insan bernama Aishah……
Iaitu pengorbanannya untuk orang-orang yang di sayanginya……
Akhlak dan budi pekertinya mulia…..
Sifatnya lemah- lembut…..
Seorang yang penyayang,mudah bersimpati…..
Sanggup berkorban apa saja…..
Wang ringgit mahupun harta…..
Untuk kesenangan orang lain…..

Pengorbanannya amat besar sekali…..
Kebaikan yang ada padanya…..
Mungkin tak di miliki oleh semua orang…..
Sanggup bersusah demi kesenangan orang-orang yang di sayanginya……
Cakaplah apa saja bantuan yang di perlukan…..
InsyaAllah dia akan menolongnya….
Walaupun apa yang di milikinya cuma sedikit……
Sebab katanya “jikalau kita menolong orang,insyaAllah Allah akan menolong kita  kembali”…..

Bertuah suaminya dapat memilikinya……
Seorang isteri yang baik……
Tak pernah meninggikan suara…..
Sabar dalam apa jua keadaan……
Pasrah segala ketentuan Yang Maha Esa……
Perwatakkannya yang lemah-lembut……
Menambat hati sesiapa yang  mengenalinya……
Tak boleh langsung,mendengar kesusahan orang lain……
Pasti akan di tolongnya, setakat mana yang termampu……
Biarlah dirinya susah asalkan orang yang di sayangi bahagia……

Kasih sayangnya tak berbelah bahagi……
Sama rata untuk orang-orang yang di sayangi……
Hatinya putih bersih….
Tiada sifat tamak haloba,iri hati,dendam……
Apa saja yang orang lakukan  padanya…..
tak pernah di balasnya……
hanya alhamdulillah di bibirnya…..
masih sempat mendoakan kebahagiaan orang lain…..
walaupun hati sendiri terluka…..
bersujud kepada Allah memohon keampunan…..
andai diri yang bersalah…..
senyum dan tangisan juga….
menjadi peneman di saat hati dilanda musibah……
dan zikir menjadi penawarnya……
Al-Quran menjadi peneman di kala kesunyian……
Kerana, katanya itulah sebaik-baik penawar yang mujarab……

Sesiapa yang mengenalinya……
tak mungkin dapat melupakan kebaikannya……
raut wajahnya yang sederhana……
sejuk mata memandang……
bicaranya yang lemah-lembut…..
membuatkan semua terpesona…….
pertanyaan apa khabar sentiasa di dahulukan…..
sebelum memulakan setiap bicara……
alhamdulillah di bibirnya……
bila mendengar perkhabaran yang baik…..

Dialah serikandi contoh tauladan……
buat keluarganya dan sesiapa yang mengenalinya……
moga-moga syurga Allah menantinya…..
di akhirat kelak……
INSYAALLAH…….AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN…







SAHABAT ( DI KALA SUSAH DAN SENANG )



Sahabat…..
kau hadir tepat pada waktunya…..
di saat aku memerlukanmu…..
sahabat di saat kesenangan menjadi milikku…..
sahabat di saat kesusahan menimpaku…..

Sahabat….
kemesraan yang terjalin di antara kita…..
menjadi kenangan yang tak mungkin dilupakan…..
walaupun ada di antara kita…..
tak pernah mengenali antara satu sama lain…..
tak pernah bersua…..
hanya alam siber yang menjadi penyambung ikatan persahabatan kita…..

Sahabat…..
kita sering bergurau senda…..
gurau senda di antara kita,mengeratkan kemesraan yang sedia terjalin…..
gurau senda di antara kita,tanpa menyakiti hati sesiapapun…..
gurau senda di antara kita,tidak melampaui batas…..
hanya gurau senda di antara sahabat kepada sahabat…..
itulah kemesraan yang wujud di antara kita…..

Sahabat…..
gembira kita,gembira semua orang…..
sedih kita,sedih semua orang…..
andai salah seorang seorang di antara kita gembira,maka gembiralah kita semua…..
andai salah seorang dari kita bersedih,maka bersedihlah kita semua…..
andai kita bersedih.ramai yang menawarkan diri…..
untuk sama-sama berkongsi kesedihan dengan kita…..

Sahabat…..
semoga ikatan silaturrahim…..
dan ukhwahfillah di antara kita berpanjangan…..
kekal selamanya…..amin.



SAHABAT


Dia seorang insan biasa…..
Dia seorang teman yang setia…..
Dia teman suka duka…..
Dia teman sedih gembira…..
Dia seorang pendengar setia…..
Dia sahabat duka lara…..
Dia rela berkorban apa saja…..
Demi kebahagiaan insan tercinta…..

Akhlaknya mulia tiada tandingan…..
Budi pekerti tinggi menjadi pilihan…...
Pasrah dalam ketentuan tuhan…..
Pengorbanannya tidak mengharapkan balasan…..
Apatah lagi pujian mahupun sanjungan…..
Katanya semua itu kerana Allah……
Allah Maha Besar…..
Allah Maha Berkuasa…..
Allah Maha Pengasih dan Penyayang…..
Kepada setiap hamba-hambaNya….

Tutur katanya indah mempersona…..
Berbudi bahasa setiap ketika…..
Maaf sentiasa di bibirnya…..
Walaupun tidak melakukan kesilapan…..
“Jadilah seorang yang pemaaf……
Dan sentiasa meminta maaf jika diri bersalah”……
Itulah pegangan hidupnya…..
Dialah sahabat sejati……
Sahabat di waktu susah….
Sahabat di waktu senang…..

Gembira dan ketawa bersama-sama…..
Sedih dan menangis bersama-sama…..
Itulah sahabat sejati,teman yang setia…..
Bersahabat dengannya satu anugerah…..
Yang tidak ternilai dari Allah…..
Sahabat yang boleh membimbing…..
Ke arah kebaikan…..
Memiliki kecintaan yang tinggi…..
Terhadap agama….
Bersahabat dengannya mendorong diri…..
Memperteguhkan minda dan hati…..
Mendalami ilmu agama……
Katanya ilmu Allah sgt luas…..
Tuntutlah walau di mana sekali pun  kita berada…….

Mengenalinya satu keindahan…..
Berbicara dengannya satu kemestian…..
Nasihat darinya sentiasa diharapkan…..
Dirinya menjadi contoh tauladan…..
Apa yang di harapkan agar ikatan ukhwahfillah ini …..
Kekal selamanya…..
Bila diri berada dalam kesenangan ramai yang datang menghampiri……
Bila diri berada dalam kesusahan ramai yang pergi meninggalkannya…..
Tinggallah diri terumbang-ambing keseorangan…..
Hanya kepada Allah tempat mengadu dan meminta pertolongan……
Hanya airmata menjadi teman setia……
Menangisi memohon keampunan kepada Allah…..
Seandai diri yang bersalah…….



SAHABAT TERSAYANG



Sahabat….
seandainya hatimu terluka dan tercalar keranaku…….
ampun dan maaf ku pohon……..

Sahabat……
terima kasih kuucapkan…..
kerana memilihku sebagai salah seorang sahabatmu……
kerana sudi luangkan masamu bersamaku……
kerana sudi menjadi pendengar setiaku…..
kerana sudi berkongsi suka dan duka denganku…..
kerana sudi melayan setiap kerenahku….
yang entah apa-apa…..

sahabat…..
ketahuilah olehmu…..
kau adalah di antara insan…..
yang paling ku sayangi dan ku rindui…..
hilangmu tak mungkin ada penggantinya…..

Sahabat…..
sepimu tanpa sebarang berita…..
membuatku tertanya-tanya…..
apakah salahku kepadamu…..
ku sedar siapa diri ini…..
insan yang tak punya apa-apa….
insan yang serba kekurangan…..

Sahabat…..
seandainya takdir memisahkan kita…..
ku pasrah segalanya…..
andai itu telah tersurat…..
maafkan aku wahai sahabat…..
sesungguhnya aku amat menyayangi dan merinduimu…..
kini dan selamanya…..

sahabat…..
doa dariku sentiasa mengiringi setiap langkahmu…..
dalam mengharungi liku-liku perjalanan hidup…..
moga kau beroleh kebahagiaan…..



BINGKISAN TERAKHIR



Andai ini bingkisan terakhir dari saya
maafkan saya wahai teman
saya hanya insan biasa      
yang tidak terlepas dari membuat kesilapan……

andai ukhwahfillah terhenti di sini
maafkan saya wahai teman
saya sedar akan kekurangan diri
siapalah saya di hatimu teman…..

andai saya di beri pilihan
tetap saya memilihmu teman
hanya dirimu teman terbaik
hanya dirimu sahabat terbaik……

andai ini sudah suratan takdir
ukhwahfillah kita sampai di sini
ampun dan maaf saya pohon
atas segala-galanya yang berlaku…..

andai masa boleh diundur kembali
akan saya pertahankan ukhwafillah ini
agar ianya tidak terlerai
agar ianya tersimpul rapi,tapi apakan daya saya……

andai saya tiada lagi
maafkan saya wahai teman
iringilah pemergian saya dengan doa
agar saya tenang dalam pengabdian……

andai ada rasa simpati dihatimu teman
biarkanlah ukhwahfillah ini berterusan
biarpun saya tiada lagi……..
itulah yang saya harapkan….