Dia seorang anak kepada ayahnya….
Dia seorang adik kepada kakak dan abangnya…..
Dia seorang kakak kepada adik-adiknya…..
Dia seorang isteri kepada suaminya…..
Dia seorang ibu kepada anak-anaknya……
Dia hanya seorang ustazah di sebuah sekolah……
Tapi ada keistimewaannya seorang insan bernama Aishah……
Iaitu pengorbanannya untuk orang-orang yang di sayanginya……
Akhlak dan budi pekertinya mulia…..
Sifatnya lemah- lembut…..
Seorang yang penyayang,mudah bersimpati…..
Sanggup berkorban apa saja…..
Wang ringgit mahupun harta…..
Untuk kesenangan orang lain…..
Pengorbanannya amat besar sekali…..
Kebaikan yang ada padanya…..
Mungkin tak di miliki oleh semua orang…..
Sanggup bersusah demi kesenangan orang-orang yang di sayanginya……
Cakaplah apa saja bantuan yang di perlukan…..
InsyaAllah dia akan menolongnya….
Walaupun apa yang di milikinya cuma sedikit……
Sebab katanya “jikalau kita menolong orang,insyaAllah Allah akan menolong kita kembali”…..
Bertuah suaminya dapat memilikinya……
Seorang isteri yang baik……
Tak pernah meninggikan suara…..
Sabar dalam apa jua keadaan……
Pasrah segala ketentuan Yang Maha Esa……
Perwatakkannya yang lemah-lembut……
Menambat hati sesiapa yang mengenalinya……
Tak boleh langsung,mendengar kesusahan orang lain……
Pasti akan di tolongnya, setakat mana yang termampu……
Biarlah dirinya susah asalkan orang yang di sayangi bahagia……
Kasih sayangnya tak berbelah bahagi……
Sama rata untuk orang-orang yang di sayangi……
Hatinya putih bersih….
Tiada sifat tamak haloba,iri hati,dendam……
Apa saja yang orang lakukan padanya…..
tak pernah di balasnya……
hanya alhamdulillah di bibirnya…..
masih sempat mendoakan kebahagiaan orang lain…..
walaupun hati sendiri terluka…..
bersujud kepada Allah memohon keampunan…..
andai diri yang bersalah…..
senyum dan tangisan juga….
menjadi peneman di saat hati dilanda musibah……
dan zikir menjadi penawarnya……
Al-Quran menjadi peneman di kala kesunyian……
Kerana, katanya itulah sebaik-baik penawar yang mujarab……
Sesiapa yang mengenalinya……
tak mungkin dapat melupakan kebaikannya……
raut wajahnya yang sederhana……
sejuk mata memandang……
bicaranya yang lemah-lembut…..
membuatkan semua terpesona…….
pertanyaan apa khabar sentiasa di dahulukan…..
sebelum memulakan setiap bicara……
alhamdulillah di bibirnya……
bila mendengar perkhabaran yang baik…..
Dialah serikandi contoh tauladan……
buat keluarganya dan sesiapa yang mengenalinya……
moga-moga syurga Allah menantinya…..
di akhirat kelak……
INSYAALLAH…….AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan