31 Januari 2011

SAHABAT


Dia seorang insan biasa…..
Dia seorang teman yang setia…..
Dia teman suka duka…..
Dia teman sedih gembira…..
Dia seorang pendengar setia…..
Dia sahabat duka lara…..
Dia rela berkorban apa saja…..
Demi kebahagiaan insan tercinta…..

Akhlaknya mulia tiada tandingan…..
Budi pekerti tinggi menjadi pilihan…...
Pasrah dalam ketentuan tuhan…..
Pengorbanannya tidak mengharapkan balasan…..
Apatah lagi pujian mahupun sanjungan…..
Katanya semua itu kerana Allah……
Allah Maha Besar…..
Allah Maha Berkuasa…..
Allah Maha Pengasih dan Penyayang…..
Kepada setiap hamba-hambaNya….

Tutur katanya indah mempersona…..
Berbudi bahasa setiap ketika…..
Maaf sentiasa di bibirnya…..
Walaupun tidak melakukan kesilapan…..
“Jadilah seorang yang pemaaf……
Dan sentiasa meminta maaf jika diri bersalah”……
Itulah pegangan hidupnya…..
Dialah sahabat sejati……
Sahabat di waktu susah….
Sahabat di waktu senang…..

Gembira dan ketawa bersama-sama…..
Sedih dan menangis bersama-sama…..
Itulah sahabat sejati,teman yang setia…..
Bersahabat dengannya satu anugerah…..
Yang tidak ternilai dari Allah…..
Sahabat yang boleh membimbing…..
Ke arah kebaikan…..
Memiliki kecintaan yang tinggi…..
Terhadap agama….
Bersahabat dengannya mendorong diri…..
Memperteguhkan minda dan hati…..
Mendalami ilmu agama……
Katanya ilmu Allah sgt luas…..
Tuntutlah walau di mana sekali pun  kita berada…….

Mengenalinya satu keindahan…..
Berbicara dengannya satu kemestian…..
Nasihat darinya sentiasa diharapkan…..
Dirinya menjadi contoh tauladan…..
Apa yang di harapkan agar ikatan ukhwahfillah ini …..
Kekal selamanya…..
Bila diri berada dalam kesenangan ramai yang datang menghampiri……
Bila diri berada dalam kesusahan ramai yang pergi meninggalkannya…..
Tinggallah diri terumbang-ambing keseorangan…..
Hanya kepada Allah tempat mengadu dan meminta pertolongan……
Hanya airmata menjadi teman setia……
Menangisi memohon keampunan kepada Allah…..
Seandai diri yang bersalah…….



Tiada ulasan:

Catat Ulasan