14 Julai 2011

BILA USIA MENGINJAK REMAJA...


Tatkala usia menginjak remaja,ramai yang berlumba-lumba mengejar cinta.Ada apa dengan cinta.Indahkah,bahagiakah atau maniskah bercinta.Tentu seronokkan bila diri di sayangi,dihargai dan dibelai setiap ketika dengan bisikan-bisikan cinta yang begitu mengasyikkan dengan ungkapan-ungkapan keramat seperti ‘i luv u’ , ‘my dear’, ‘honey’ dan banyak lagi .Sekarangkan zaman moden,berbagai ungkapan di reka untuk orang yang disayangi.

Lama manakah indah,bahagia dan manis bercinta akan dirasai
Cintakan insan hanya sementara….. sedap di dengar,pahit di rasa,indah di alami,nikmatnya hanya sekejap,sengsara di kemudian hari”.

Benarlah kata pujangga:
“Sakit yang paling dahsyat ialah mencintai seseorang tetapi tidak berbalas”.
Akibat putus cinta:
Jiwa merana
Hati tersiksa
Dunia terasa sempit
Dada terasa mencengkam

"Usahlah menangis andai putus cinta dgn seseorang,tetapi menangislah andai putus cinta dgn Allah,menangislah semahu-mahunya,memohon keampunan n bertaubat atas dosa-dosa yg lalu....menangislah n terus menangis,sehingga kekeringan airmata.....moga2 dosa d ampunkan n taubat d terima....insyaAllah"

Sayangkan kekasih,biarlah berpada-pada….
Kelak hati dilukai,kesannya berpanjangan….
Sayangkan ALLAH,biarlah selamanya….
Hati tenang,jiwa tenteram,hasilnya nikmat berpanjangan.

Cintakan kekasih,nikmatnya sementara….
Ditinggalkan kekasih,jiwa merana…..
Cintakan ALLAH,nikmatnya tiada akhirnya….
ALLAH tetap bersama-sama kita.

Demi kekasih kita insan biasa,kita sanggup bersengkang mata hingga larut malam,semata-mata nak meluahkan rindu dendam dengan kekasih kita.Tapi sanggupkah kita bersengkang mata hingga larut malam untuk meluahkan rindu dendam kita dengan kekasih kita yang satu iaitu ALLAH,sanggupkah kita bersengkang mata mengejar syurga yang dijanjikan olehNYA dengan pengisian Qiamullail yang meliputi solat-solat sunat seperti solat tahajud,solat hajat dan lain-lain lagi....sanggupkah kita.....tepuk dada tanya iman.

Bila bahagia bercinta dengan kekasih insan biasa,semuanya indah-indah belaka.
Bila derita putus cinta dengan kekasih insan biasa,semuanya sengsara belaka.
Indahnya bercinta dengan kekasih insan biasa,nikmatnya cuma sekejap sahaja.
Indahnya bercinta dengan ALLAH,nikmatnya sampai bila-bila.

Saat hatimu terluka,sembuhlah ianya dengan zikrullah
Saat jiwamu x tenteram,ubatilah dengan solat memohon keredhaanYA....
Saat fikiran kacau-bilau,alunkan irama merdu dari kitab suci kalamullah....
Saat dirimu dalam amarah,ambillah wuduk untuk ketenangan....
Saat musibah datang menghampirimu,bersabarlah menghadapinya.....
Saat perasaan gundah gulana,segeralah mengingati ALLAH....
INSYAALLAH ketenangan milik kita.

Andai tahu betapa dashyatnya azab ALLAH,pasti ramai yang meninggalkan kemungkaran dan kemaksiatan.Andai tahu betapa hebatnya syurga ALLAH,pasti ramai yang berlumba-lumba mengejarnya.Andai tahu betapa siksanya azab neraka,pasti ramai yang menjauhinya.Andai tahu betapa hebat dan indahnya mnyintai ALLAH dan RASULNYA,pasti ramai yang berebutkannya.Andai masa boleh dinudur kembali,pasti ramai yang akan berubah.

Gantikan ungkapan ‘i love you sayang kepada kekasih hati dengan ungkapan ‘i love ALLAH and  i love Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam’...insyaALLAH hati akan tenang-setenangnya.Tiada ketenangan dan keindahan yang diperolehi,melainkan dengan zikrullah dan menyatakan cinta kepada ALLAH dan RasulNYA.

Wahai pasangan kekasih,
usahlah bazirkan airmata,andainya putus cinta sesama insan,
kerana setiap titis airmata yang mengalir adalah sia-sia,
sebaliknya bazirkan airmata,andai putus cinta dengan Ilahi,
menangislah sepuas-puasnya,mohonlah keampunanNYA,
kerana airmata yang mengalir memohon keampunan Ilahi ,
adalah lebih berharga,lebih bernilai dari emas permata.

Wahai pasangan kekasih,
Kumbang bukan seekor,bunga bukan sekuntum,
Wah!hebatnya peribahasa melayu,peribahasa yang paling popular,
Betul juga ya,peribahasa ini,x disangkal lagi,
Bersepah-sepah kumbang yang berterbangan,dimuka bumi ini,
Begitu juga dengan bunga yang mekar di taman larangan,
Mekar dengan berbagai haruman,
Indah sungguh ciptaan Ilahi.

Wahai pasangan kekasih,
Sebagai hamba Allah,
Renungilah firman Allah yang bermaksud:
Ada sesuatu perkara yang kamu cintai tetapi itu membawa keburukan kepada kamu.Ada pula sesuatu perkara yang kamu benci tetapi sebaliknya ia membawa kebaikan kepada kamu.Sedarlah kamu tidak mengetahui,Allah lah yang lebih mengetahui”.(AL-BAQARAH AYAT:216)

Wahai pasangan kekasih,
Fahami dan renungilah ayat tersebut,
Bahawasanya sesuatu yang disukai,
Belum tentu membawa kebaikan pada diri sendiri,
Bahawasanya sesuatu yang dibenci,
Belum tentu memudaratkan diri sendiri.
Bahawasanya cinta sesama insan,
Tidak akan kekal hingga akhirnya,
Bahawasanya cinta kepada Allah,
Adalah cinta abadi,cinta yang kekal abadi selamanya.

Wahai pasangan kekasih,
Putus cinta sesama insan,
Tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri,
Kenapa dibebani fikiran,,hati dan jiwa,
Dengan masalah yang remeh-temeh ini,
Kenapa x lapangkan fikiran dengan mengingati Allah yang satu,
Kenapa x hiasi hati dengan zikrullah,
Kenapa x tenangkan jiwa dengan bersolat dan berdoa,
Tenteramkan jiwa dengan alunan merdu,
ayat-ayat suci Al-Quran,
sedangkan tahu itulah yang terbaik,
kenapa diikutkan rasa hati,
Kenapa dan kenapa.

Wahai pasangan kekasih,
Lupakah pada pesanan:
“Cintailah sesuatu itu sekadar saja,berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu ketika.Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja,berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada satu ketika”.

Wahai pasangan kekasih,
Benarlah kata pujangga:
“Dunia akan terkejut mendengar seseorang membunuh diri kerana kematian ibunya,tetapi tidak akan terkejut apabila bunuh diri itu disebabkan kematian kekasih yang dicintainya”.

Wahai pasangan kekasih,
Yakinlah pada ketentuan,
Yang Maha Esa,
Pasrah segalanya,
Sudah tertulis milik siapakah anda,
Di LOHMAHFUZ,
Cuma anda x tahu,
Siapakah jodoh anda,
Yang tersirat dan tersurat,
Hanya Allah Maha Mengetahui.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan