24 Julai 2011

SAYANG ADIK,RINDU ADIK



Adik,

Sayangnya kakak pada adik x terucap dengan kata-kata,walaupun hubungan persaudaraan antara kita cuma sepupu aje.Kakak sangat-sangat menyayangi adik.Bila berjauhan,rindu kakak pada adik semakin memuncak.Kalau boleh kakak x nak berpisah dengan adik,kakak nak adik sentiasa didepan mata.Jarak antara rumah kita pun bukannya jauh sangat,kira-kira 2 km aje,tapi bila sehari kakak x bertemu dengan adik,kakak x senang duduk dibuatnya.

Adik,
Kasih sayang kakak pada adik x berbelah bahagi.Kakak terlalu memanjakan adik.Apa yang adik minta kakak akan bagi.Kasih sayang kakak pada adik melebihi kasih sayang adik beradik kandung adik.Mak dan ayah juga terlalu menyayangi adik dan sentiasa memanjakan adik.Kalau adik nak sesuatu,adik selalu suruh mak belikan,pada hal adik cuma anak saudara mak.
Kalau adik nak sesuatu adik akan tanya mak,
“mak dapat gaji x lagi”,pandainya adik umur baru 6 tahun dah tahu tentang gaji.
‘mak x keje,macam mana nak dapat gaji,lainlah mama”,jawab mak.
Perkataan yang selalu bermain dibibir adik ialah:
“nak beli ‘mai’,tambah ‘n’ dibelakang”,luculah adik ni.Pandai mereka-reka perkataan.Kakak tahu adik nakkan mainan.Bila keluar je ke kedai,mesti beli mainan atau buku cerita,pada hal adik x tahu baca pun.Oleh kerana sayangkan adik,kakak belikan juga.x sampai hati tengok adik merajuk dan menangis,pada hal kakak x keje lagi,kakak gunakan duit belanja sekolah belikan mainan dan buku untuk adik.Begitu juga mak dan ayah.Dalam keluarga kakak dipenuhi kasih sayang untuk adik,semuanya menyayangi adik.

Adik,
“Adik ni macam biskut chipsmore”,kata mak.Sekejap ada sekejap tiada.Adik lasak sangat,x boleh duduk diam.Peristiwa 23/7 yang lepas memberi pengajaran pada semua orang supaya lebih berhati-hati.Tahukah adik,kehilangan adik pada hari tu membuatkan semua orang menangis,semua orang risau terutamanya mama dan abah adik juga mak dan ayah.Semua orang jadi x tentu arah,dalam minda masing-masing berfikir mana nak cari adik.x dapat kakak bayangkan seandainya kakak betul-betul kehilangan adik.Hanya ALLAH saja yang tahu akan perasaan kakak sewaktu kakak mendengar berita yang adik hilang hari tu.Kehilangan adik betul-betul membimbangkan semua orang.Alhamdulillah adik sebenarnya x hilang,adik cuma ditinggalkan oleh mama dan abah adik aje,sebab masing-masing menyangka yang adik sudah ada dalam kereta.Kalau diingatkan kembali,memang lucu sebab masing-masing x menyedari ketiadaan adik dalam kereta.Baik kereta abah adik mahupun kereta mak ngah.Dalam perjalanan barulah menyedari yang adik tiada.Adik ditinggalkan di sebuah kedai.Itulah adik,lasak sangat,ikut aje ke mana kaki melangkah.Nak marah adik pun x boleh,sebab adik masih kecil.

Adik,
Umur 6 tahun pun adik dah cerdik,walaupun adik belum pandai membaca.Mengeja pun main hentam aje,asalkan bunyinya sama.Adik tahu kat mana rumah adik,nasib baiklah ada seorang hamba ALLAH yang baik hati menolong adik.Kalau tidak,x tahulah apa yang akan berlaku.Di manakah kakak dan seluruh ahli keluarga nak cari adik.Adik,sesungguhnya kakak serta seluruh keluarga terlalu menyayangi adik,walaupun adik cuma adik sepupu kakak dan anak saudara mak dan ayah,tapi kakak serta keluarga menganggap adik macam adik kandung kakak,anak mak dan ayah.Adiklah segala-galanya buat kakak dan keluarga.Adik buah hati tersayang kakak,penghibur lara mak dan ayah serta abang char dan kak chik ain.
Sayang adik,rindu adik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan