23 Oktober 2011

JOM BERKONGSI ILMU


Assalamualaikum..
Andai teman-teman terbaca status saya kat facebook,janganlah teman-teman menyangka yang saya ni seorang yang alim.Saya sama je macam teman-teman.Masih lagi jahil,baru nak belajar  berjalan ‘mendaki satu tangga ke satu anak tangga yang lain’.Ilmu masih lagi kurang,entah-entah ilmu teman-teman lebih baik dari saya.Umur saya baru 16 tahun,sekolah pula aliran biasa je,tapi keinginan untuk menambahkan ilmu itu tetap ada.Ilmu ALLAH ni luaskan teman-teman,kita yang harus mencarinya. “Menuntut ilmukan satu kewajipan”,bagi kita.

Tujuan saya bukanlah nak berbangga,saya hanya nak kongsikan kebaikan dengan teman-teman dan saya tak mengharapkan teman-teman ‘like’ akan status saya.Tapi kalau teman-teman ‘like’ status saya,alhamdulillah syukur saya panjatkan.Sekurang-kurangnya teman-teman juga akan dapat faedahnya,sekaligus teman-teman boleh menggunakan minda, berfikir untuk apa kita hidup kat muka bumi ini?

Bila teman-teman terbaca post saya kat facebook,tentu teman-teman berfikirkan,untuk apa kita hidup,Allah bagi kita sihat untuk apa,Allah uji kita dengan berbagai-bagai dugaan untuk apa?Tentu ada hikmahnyakan.Allah menguji kita mengikut kemampuan kita.

ALLAH berfirman:

“Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh - (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidakmemberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, - merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya”. (Al-A'raaf ayat:42)

“Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya; dan di sisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya”. (Al-Mu'minuun ayat:62)

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Al-Baqarah ayat:286

Allah Maha Adilkan dan Allah Maha Mengetahui sejauh mana kemampuan hamba-hambaNYA.Fikir-fikir dan renung-renungkanlah teman-teman ya.Hidup kita kat dunia ni hanya seketika,entah esok atau lusa kita akan pergi.Tinggallah semua yang disayangi termasuk harta benda,anak isteri atau suami.

ALLAH berfirman:
“Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)”. (Al-'Ankabuut ayat:57)

Untuk pengetahuan teman-teman,saya hanya sekadar hendak berkongsi ilmu dengan teman-teman.Ilmu ini milik ALLAH,tak ada satu pun milik saya.ALLAH anugerahkan akal untuk kita berfikir,jadi kita gunakan anugerah ALLAH itu kearah kebaikan.Biar sama-sama kita mencari keredhaan ALLAH dan sama-sama kita menuju ke syurgaNYA.Memang sukarkan untuk kita menggapai syurgaNYA,ada-ada saja ujian dan dugaan yang perlu kita tempuhi tetapi di sebalik kesukaran itu menjanjikan sesuatu yang terbaik untuk kita.Janji ALLAH untuk setiap orang-orang yang beriman dan bertaqwa adalah syurga.

“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya”. (Al-Baqarah ayat:25

Indahkan syurga ALLAH.

Allah berfirman:
  "Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa" (ali-Imraan ayat:133)

Sememangnya syurga itu sungguh luas dan setiap menuasia menginginkan syurga di akhirat. Syurga, di dalam al-Quran, disebut Jannah. Penghuninya adalah orang-orang yang bertaqwa . Maka alangkah bahagianya sekiranya kita dapat membimbing diri kita, anak-anak dan isteri kepada cara hidup yang diredhai Allah sehinggakan semuanya terselamat daripada api neraka. Bahkan sebuah keluarga yang bertakwa itu bukan sahaja akan bersama-sama mengecap kebahagiaan di dunia tetapi di akhirat juga mereka akan berkumpul lagi untuk kehidupan yang selama-lamanya.

ALLAH berfirman:
“Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu”.(Ar-Ra'd 13:23)

Marilah teman-teman semua kita berganding bahu menggapai redha ALLAH  seterusnya mengatur langkah menuju syurgaNYA.Sekiranya ada di antara teman-teman yang berpengetahuan yang lebih  mendalam  mengenai ilmu ALLAH,sudi-sudilah berkongsi dengan semua orang,insyaALLAH ilmu yang dicurahkan akan mendapat balasan setimpal dan ilmu kita semakin bertambah dengan izin ALLAH…alhamdulillah,insyaALLAH.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan