17 Oktober 2011

SAYANG MAK SAYANG AYAH



Mak,mak,mak…

Balik sekolah mesti saya cari mak,mesti saya panggil mak.Kalau mak tak ada dalam rumah,saya cari mak disekeliling rumah.Saya nak mak ada sentiasa didepan mata.Bila saya nak sesuatu mesti saya minta kat mak. ‘Homework’ pun saya tanya mak,alhamdulillah mak sedia membantu dan bantuan mak selalunya tak mengecewakan saya malahan mendapat pujian guru-guru.Mak saya serba boleh,seorang yang berdikari,tak suka menyusahkan orang lain.Hebatkan  mak saya.Mak saya cuma seorang suri rumah,berkelulusan SPM je.

Mak,mak,mak…
Setiap hari saya ulangi lagi panggilan itu tanpa jemu-jemu.Selagi hayat dikandung badan saya ingin buat yang terbaik untuknya.Maklah  segala-galanya bagi saya,tanpa mak tiadalah saya kat muka bumi ini.Dalam hati saya berkata-kata, “InsyaALLAH,kalau diizinkan ALLAH,akan saya beri yang terbaik untuk mak saya”.

ALLAH berfirman:
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)”. (Luqman ayat:14)

Mak,mak,mak…
Saya panggil lagi dengan seikhlas hati dan kasih sayang yang mendalam.Tak dapat saya bayangkan andai panggilan itu sudah berakhir.Saya tahu setiap yang hidup pasti akan mati.Janji ALLAH itu pasti.

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya”. (A-li'Imraan ayat:185)

“KepadaNyalah kembalinya kamu semua, sebagai janji Allah yang benar. Sesungguhnya Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya), untuk membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan adil; dan orang-orang yang kafir pula, disediakan bagi mereka minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka ingkar dan berlaku kufur”. (Yunus ayat:4)

Selagi hayatnya ada saya ingin berbakti kepadanya.Saya nak jadi seorang anak yang solehah yang sentiasa mendoakan kebaikan dunia akhirat untuknya.Maklah yang mengandung,melahirkan,membesar dan mendidik saya.

Ayah,ayah,ayah…
Saya panggil juga,saya tak lupakan ayah.Mak dan ayah adalah insan yang paling saya sayangi.Mak dan ayah sentiasa dihati saya.Ayah baik,tak pernah marahkan saya.Kata-kata yang sentiasa keluar dari bibir ayah adalah kata-kata yang mengeratkan kasih sayang,mengembalikan kemesraan seisi keluarga.Saya sayang mak,saya sayang ayah.

Ayah,ayah,ayah…
Dengan penuh berhikmah dan sopan santun saya ulangi lagi panggilan itu,juga tanpa jemu-jemu.Selagi hayat mak dan ayah ada,saya tak akan berhenti memanggil mereka berdua,juga selagi hayat saya ada,saya akan berkorban untuk mereka berdua.Saya rasakan pengorbanan yang saya lakukan tak  setimpal mana pun berbanding pengorbanan yang mak dan ayah lakukan untuk saya.Terlalu kecil perbandingannya.

Ayah,ayah,ayah…
Saya ulangi lagi seikhlas hati.Terima kasih untuk ayah,walaupun kesihatan ayah tak mengizinkan ayah luangkan juga masa ayah untuk hantar saya ke sekolah.Ayah adalah seorang ayah yang terbaik sanggup ketepikan penderitaan dan kesusahan sendiri untuk kesenangan anak-anak.Ayah memang terbaik.Sudah hampir 3 bulan ayah diuji olehNYA,ayah tetap tabah dan sabar menghadapinya.Alhamdulillah ujian dariNYA,tak menjadikan ayah seorang yang berputus asa malahan semakin mendekatkan ayah padaNYA.Moga ayah cepat sembuh,andai itu takdirnya terimalah dengan hati yang lapang.

Mak,mak,mak…Ayah,ayah,ayah…
Tiada istilah jemu dalam hati saya untuk panggilan itu.Malahan sentiasa dihati sebab mak dan ayahlah yang terbaik untuk saya.Airmata mengalir laju,bila teringatkan tiada lagi panggilan itu andai mak dan ayah tiada lagi.Pada siapa lagi yang harus saya mengadu setiap masalah yang dihadapi,pada siapa lagi saya nak mengharapkan belaian kasih sayang,pada siapa lagi saya nak berkongsi suka duka,pada siapa lagi untuk saya  tanya itu dan ini….pada siapa?Airmata mengalir lagi tanpa henti,teringat lagi mak dan ayah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saya dunia dan akhirat.Andai mak dan ayah tiada lagi,siapa pula yang akan berkongsi kegembiraan andaikata saya berjaya dalam hidup(berjaya dunia dan akhirat),sebab itulah yang sangat-sangat diharapkan oleh mak dan ayah supaya saya menjadi seorang insan yang solehah.Mak dan ayah tak minta saya berjaya pada pandangan mata manusia tapi biarlah saya berjaya pada pandangan ALLAH.Harapan saya pun macam tu juga,biarlah di pengakhiran nanti Syurga menanti saya…insyaALLAH.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya : "Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw., "Ya, Rasulullah, siapakah dari keluargaku yang paling berhak dengan kebaktianku yang terindah?"
Jawab beliau, "Ibumu! Kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapamu, kemudian yang terdekat kepada mu, yang terdekat."

Sayang mak,sayang ayah.
Moga ayah cepat sembuh.


Doa untuk mak dan ayah..
" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh". (An-Naml 27:19

“Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil”. (Al-Israa' ayat:24)

Aamin Ya Rabbal ‘Alamin.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan