‘i love you’
‘i miss you’
‘i love you , i miss you so much’
‘i love you.Please3 say you love me’
‘jom bercinta hingga ke syurga’
Duhai wanita,
Janganlah anda menyangka anda seorang terpelajar,anda boleh berbuat sesuka hati anda.Tepuk dada,tanya pada diri sendiri.
Matangkah pemikiran aku,bilamana:
-saban hari aku mengungkapkan kalimah-kalimah cinta buat seorang lelaki yang tiada apa-apa hubungan denganku….aku bukan kekasihnya dan dia bukan kekasihku jauh sekali suamiku yang sah.
-saban hari aku menagih cinta darinya.
-saban hari aku mengirimkan mesej-mesej cinta untuknya.
-saban hari aku melayan perasaan mengimpikan untuk hidup bersamanya.
Matangkah pemikiran aku?
Duhai wanita,
Anda seorang terpelajar,alhamdulillah anugerah ALLAH untuk anda.Diberinya akal yang pintar membolehkan anda menjejak kaki ke menara gading.Anda memang pintar.Syukur,alhamdulillah anugerah dariNYA.
Duhai wanita,
Anda seorang muslimah sejati,alhamdulillah anugerah ALLAH untuk anda.Diberinya rasa keinsafan pada diri anda,supaya hidup berlandaskan syariat.Aurat terjaga maruah terpelihara.Syukur anugerah dariNYA.
Duhai wanita,
Anda memang memiliki keperibadian menarik dan pakej yang lengkap sebagai muslimah sejati.Tapi sayang seribu kali sayang keperibadian menarik dan pakej yang lengkap itu anda calarkan dan tidak dijaga sebaik mungkin.Akhlak anda sendiri dilelong dengan harga yang paling murah.Maruah peribadi anda tercalar akibat perbuatan tangan anda sendiri.Tembok malu yang menjadi harga diri anda,sudah dimusnahkan sama sekali,hancur berkecai sehingga tiada meninggalkan kesan.
Duhai wanita,
Anda adalah fitnah terbesar bagi kaum lelaki.
Dari Usamah bin Zaid r.a,Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”.
(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)
Duhai wanita,
Hentikanlah sikap yang sia-sia itu.Tiada gunanya merayu dan menagih cinta seorang lelaki yang bukan halal buat anda.Berusahalah untuk mensolehahkan diri anda dari masa ke semasa dan renungilah mutiara kata ini:
“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah”.
Tiada keinginankah dalam diri anda untuk menjadi sebaik-baik perhiasan dunia yang solehah,sejuk mata memandang.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan