09 Disember 2011

STATUS DI FACEBOOK


Kita suka sangat post status kat facebook.Dalam sehari banyak kita post status kat facebook.Ada setengahnya post itu dari kita sendiri dan ada sesetengahnya kita ‘copy and paste’ aje.Ramai yang menyukai status yang kita.

Post-post kita adakalanya menimbulkan kemusykilan pada teman-teman kita.Mulalah berbagai-bagai soalan dikemukakan.Kadang-kadang soalan diluar jangkaan dan pemikiran kita.Kalau kita boleh jawab,alhamdulillah…kita tak menghampakan pertanyaan teman-teman.Kalau kita tak boleh jawab,sebaliknya pula yang berlaku.Kesian teman-teman,soalan yang ditanya tak ada jawapannya.

Kalau kita tak boleh jawab,cubalah kita beritahu akan hal sebenarnya,beritahu secara berhemah supaya teman-teman tak terasa hati dengan jawapan kita:
-maafkan saya,saya tak mampu nak bagi jawapannya sebab saya pun ‘copy and paste’ je.
-maafkan saya,soalan yang dikemukakan diluar pemikiran saya…tanyalah mereka yang
lebih arif.Post saya sekadar untuk renungan bersama je.
Memohon maaf yang paling penting,maaf tak akan menjatuhkan air muka atau krediabiliti kita.

Janganlah pula kita katakan pada teman-teman:
-cuba fahami betul-betul,’statement’ itu…kita kena fikirkan kembali,kalau teman-teman kita faham akan ‘statement’ itu tak mungkin dia akan tanya pada kita.
-tanyalah kepada orang yang mengeluarkan ‘statement’ tu.Kalau kita seorang yang berakal waras,kita tak akan berkata begitu.Macam mana nak tanya kalau orang tu dah meninggal dunia.Berfikir sebelum berkata-kata ya.
Apa guna kita berpelajaran tinggi:
-kalau kata-kata kita menyakiti hati orang.
-kalau kita tak pandai menangani sesuatu perkara.
Gunakan pendekatan terbaik untuk menyelesaikan satu-satu masalah atau soalan yang diajukan.Bijaklah menggunakan akal anugerah ALLAH….insyaALLAH , teman-teman kita mungkin dapat memahaminya.

Sebelum postkan sesuatu kat facebook,berfikirlah akan kemungkinan yang akan menyerang kita.Sedialah senjata terbaik untuk membalas kemungkinan tersebut.Jika tak mampu katakan maaf je.Janganlah terlalu mengharap akan kuantiti yang meng’like’ status kita tapi harapkan kualiti jawapan yang akan kita berikan bilamana ada soalan yang diajukan pada kita.Renungan bersama.

Peringatan untuk diri sendiri juga.



2 ulasan:

  1. Really really really sohehhhhh !! hekhek >.<

    BalasPadam
  2. maaf dik,akak x perasan adk kat sini...syukran ya dik..ya dik,ada antara kita suka je nak post mcm2 kat wall(akak juga salah seorg drnya)..tanpa memikirkan akan ada serangan yg menyerang tanpa kita duga..klau kita x sediakan senjata utk mempertahankan diri,kita akan kalah..bknlah bermaksud kita ni terlalu pndai,terlalu bijak utk menangkis setiap serangan tp skrg2nya kita jgn menghampakan org lain...klau x leh jwb,pohon maaf je...sng sgt2 nk ungkapkan perkataan maaf...sejuk hati org mendengarnya.

    BalasPadam