24 Oktober 2011

CANTIKKAH AKU



Cantikkah aku?Kawan-kawan kata aku cantik, ‘macam anak mami’.Cantik sangatkah aku?Mulalah riak datang menemaniku,bangga datang menghampiriku,sombong datang menghimpitku dan bermegah-megah datang menghulurkan salam perkenalan.


Aku jadi bangga diri,aku lupa kecantikkan yang aku miliki tak bertahan lama.Aku seronok bertemankan riak,bangga,sombong dan bermegah-megah.Manakan tidak ke mana saja aku pergi semua orang memujiku.Cantiklah,cutelah,menariklah dan macam-macam lagi

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Luqman ayat:18)

ALLAH berfirman:
“Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya”. (Al-A'raaf ayat:146

Ya ALLAH,aku tewas dengan godaan musuhku sendiri.Aku jadikan ianya kawan,aku sepatutnya jadikan ianya lawan.Aku tewas,Ya ALLAH..aku tewas.Ampun aku Ya ALLAH,ampun aku.Aku tidak gunakan akal anugerahMU untuk berfikir,hatiku lalai dari terus mengingatiMU.Akibat dari pujiaan demi pujian yang hebat,aku lupa siapa diriku yang sebenar.Aku lupa pada PENCIPTA ku,aku lupa segala-galanya.Hatiku berbunga riang menerima pujian,yang mana aku menyedari kecantikkan yang aku miliki hanya bersifat sementara.Tapi oleh kerana pengaruh musuhku lebih kuat ke atas diriku,aku tak pedulikan semua tu.Aku asyik dengan dunia ciptaanku sendiri.

Ya ALLAH,ampunkan aku.Aku hambaMU yang lalai.Sedikit je menerima pujian,aku lupa siapakah yang menganugerahkan kecantikkan buatku.Apa yang aku miliki,hanya bersifat sementara sahaja,dipinjamkan selagi aku bernafas.Kecantikkan luaran boleh pudar  pada bila-bila masa sahaja.Aku sedar semua itu.

Kecantikkan rupa paras bukan tiket penentu untuk ke syurga ALLAH,selagi iman dan taqwa tiada selagi itulah jalan menuju ke syurga malap.

ALLAH berfirman:

“Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, sebagai janji Allah yang benar. Dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?” (An-Nisaa' ayat:122

“Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masukSyurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun”. (An-Nisaa' ayat:124)

Apa guna kecantikkan,andai cantik itu tak menjanjikan apa-apa.Adakah kecantikkan boleh melayakkan syurga untuk diri?Kecantikkan hanya hiasan dunia semata-mata.

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)”. (A-li'Imraan ayat:14)

Kecantikkan amal,iman dan taqwa itu lebih penting daripada kecantikkan rupa paras.Amal kebajikan  yang dilakukan seikhlas hati dan kerana ALLAH menjanjikan syurga buat diri.

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa”. (A-li'Imraan ayat:133)


“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat)”. (An-Nisaa' ayat:69

Janji ALLAH,adalah benar.Kecantikkan amal.iman dan taqwa,menjanjikan syurga.
Tiada guna kecantikkan rupa paras,andai tiada amal,iman dan taqwa dalam diri.Cantikkanlah akhlak peribadi,cantikkanlah amal,cantikkanlah iman dan cantikkanlah taqwa,andai mahu ke syurga ALLAH.Hanya mereka yang beriman serta beramal soleh  ALLAH akan masukkan ke dalam syurgaNYA.

ALLAH berfirman:
“Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, sebagai janji Allah yang benar. Dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?” (An-Nisaa' ayat:122

Tiada ulasan:

Catat Ulasan