28 Februari 2011

DOA DAN MUNAJAT PARA WALI



Ya Allah, perbaikilah untuk kami akan agama kami yang menjadi pegangan segala urusan kami.Perbaikilah dunia kami yang padanya tempat penghidupan kami.Perbaikilah akhirat kami sebagai tempat terakhir kami.Jadikanlah hidup ini sebagai bekalan untuk kami pada semua kebajikan.Jadikanlah mati bagi kami yang sejahtera daripada kejahatan.Ya Allah,jadikanlah takutnya kami kepadaMU sebagai penghalang kami daripada mengerjakan maksiat terhadapMU dan mentaatiMU yang boleh membawa kepada syurga dan dengan keyakinan yang akan memandang ringan terhadap musibah di dunia ini.Berilah kami nikmat dengan pendengaran,penglihatan dan kekuatan kami selama mana Engkau menghidupkan kami.Jadikanlah ia sebagai warisan daripada kami,jadikanlah balasan ke atas orang yang menzalimi kami,tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami,janganlah Engkau jadikan keduniaan itu sebagai cita-cita kami yang besar dan penting dan jangan sebagai matlamat ilmu kami,janganlah Engkau biarkan orang yang tidak mempunyai rasa belas menguasai kami.Ya Allah,sesungguhnya kami memohon kepadaMU kemaafan,keafiatan baik di dunia mahupun di akhirat dan keafiatan pada agama,dunia,keluarga dan harta kami.Ya Allah,tutuplah keaiban kami,amankanlah ketakutan kami,peliharalah kami baik dari hadapan,belakang,di kanan,di kiri, di atas dan kami berlindung kepada kebesaranMU daripada kami dibelenggu kesulitan.Ya Allah,ampunilah dosa kami,rahmatilah kami,sihatkanlah kami dan berilah kami rezeki.

26 Februari 2011

PASRAH DENGAN KETENTUAN ALLAH

x tahulah nak gambarkan bagaimanakah perasaan saya kepada kedua-dua insan yg saya sayangi iaitu abang dan kakak…..saya terlalu menyayangi mereka berdua…..saya nakkan mereka berdua bahagia bersama….tapi saya akur akan ajal,jodoh dan pertemuan di tangan  Allah…..yg mampu saya lakukan hanyalah berdoa,memohon kehadrat Allah,moga-moga ada jodoh di antara mereka berdua…..kita x tahu apa yg Allah rancangkan untuk kita di sebalik dugaan,halangan dan rintangan yang kita hadapi……insyaAllah andai kita tabah menghadapi semua  ujian itu,Allah akan memberi yang terbaik untuk kita….

saya x tahu apa yg terpendam dalam hati abang,kerana abang seorang yg pandai menyimpan rahsia…..x sedikit pun masalahnya diceritakan kepada saya,kalau ada pun yg diceritakan berupa perkara-perkara biasa….hal peribadi menjadi miliknya seorang diri…..susah sebenarnya untuk menyelami apa yang tersirat dalam hati abang….lagipun siapalah saya untuk menyibukkan diri dalam hal peribadi abang….saya pun mahukan yang terbaik untuk abang yg saya sayangi…..bahagia abang,bahagialah saya…..gembira abang,gembiralah saya…...sedih abang,sedih juga saya….susah untuk saya lupakan insan baik seperti abang….abanglah sumber inspirasi saya…..

kakak selalu juga berkongsi suka duka bersama,walaupun mengenai hal peribadi…..saya suka cara kakak berterus terang…..sekalipun masih ada rahsia yg kakak sembunyikan…..tapi kebanyakkannya dikongsi bersama saya……kakak luahkan apa yg terpendam dalam hatinya…..sesetengahnya sudah x menjadi rahsia diantara kami berdua lagi….mungkin saya dan kakak sama-sama perempuan,sebab itulah kakak x simpan terlalu lama apa yang terpendam dalam hatinya seorang diri…..tapi rahsia tetap rahsia…..bila kakak x sibuk dengan pelajarannya,dia akan  menghubungi saya…kadang-kadang saya  yang menghubungi kakak….kakak menjadi pendengar setia saya,begitu juga sebaliknya,saya menjadi pendengar setia kakak…..seperti abang,kakak juga adalah seorang insan yg baik……

inilah abang dan kakak saya yg paling baik…..saya sayangkan kedua-duanya……mereka berdua tetap dalam ingatan saya,mereka berdua tetap dalam hati saya…..x mungkin ada penggantinya…..mereka adalah terbaik di antara terbaik…..saya mahukan yang terbaik untuk mereka berdua…..



Ya Allah,
kepadaMu ku memohon,
kepadaMu ku berserah,
andai telah tersurat,
jodoh di antara mereka berdua,
Engkau satukanlah hati mereka.

Ya Allah,
kepadaMu ku memohon,
kepadaMu ku berserah,
andai ada rasa kasih dan sayang antara mereka,
Engkau perkenankanlah permintaan mereka,
untuk hidup bersama,
kekal selamanya.

Ya Allah,
kepadaMu ku memohon,
kepadaMu ku berserah,
sesungguhnya Engkaulah Tuhan semesta alam,
dari Engkau kami datang dan dari Engkau jualah kami kembali.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin……



24 Februari 2011

BUAH HATI KESAYANGAN


MOHAMMAD NUR IMAN






AUNI FATIHAH





MOHAMMAD MUSTAKIM


Inilah buah hati kesayangan saya dan keluarga.Adik-adik kecil yang menjadi pengubat kesunyian keluarga saya.Sunyi rasanya tanpa buah hati kesayangan ini.Mohammad Mustakim dan Mohammad Nur Iman tiap-tiap hari kat rumah saya,kadang-kadang tidur kat rumah saya,Cuma Auni Fatihah aje yang tinggal jauh.Kalau terasa rindu kat dia,saya dan keluarga akan ke rumah dia.Rumah dia pun x jauh,Cuma 20 minit perjalanan.
Pada adik-adik kecil inilah saya dan keluarga mencurahkan kasih sayang.Sayang pada adik-adik kecil ini x berbelah bagi,walaupun adik-adik kecil ini cuma adik sepupu.Sayang sangat-sangat.Memang terasa sunyi tanpa suara dan tangisan adik-adik kecil ini.Bila adik-adik kecil ini ada kat rumah riuh-rendah jadinya,gembira sangat.Kalau tiada adik-adik kecil ini,x senang duduk jadinya.Sunyi sangat-sangat.Kat rumah ni semuanya dah besar-besar.Adik-adik kecil ini pnghibur lara saya dan keluarga.


22 Februari 2011

SIAPA YANG TIDAK MERASA TENTERAM DENGAN ALLAH,TIDAK AKAN MERASA TENTERAM DENGAN ORANG LAIN




Allah adalah ketenteraman bagi seorang mukmin,hiburan bagi orang yang taat dan kekasih para ahli ibadah.Barangsiapa yang tenteram dengan Allah,ia akan tenteram dengan kehidupan,merasa bahagia dengan apa yang ada dan menikmati hari-harinya dengan hati yang tenang,bercahaya dan terbuka.Cinta Allah terukir di hatinya,sifat-sifat Allah bersemayam di hatinya dan nama-nama Allah tergambar di depan matanya.Dia hafal nama-nama Allah,merenungkan sifat-sifat Allah dan menghadirkan di dalam hatinya sifat-sifat Allah yang Maha Pengasih,Maha Penyayang,Maha Terpuji,Maha Lembut,Maha Baik,Maha Mencintai,Maha Indah,Maha Mulia dan Maha Agung.Semua sifat-sifat itu mempengaruhi ketenteramannya terhadap Sang Pencipta,cintanya pada Yang Maha Agung dan semakin mendekatkan diri kepada Yang Maha Mengetahui.
Sesungguhnya perasaan dekatnya Allah dari para hambaNya pasti membuat orang-orang menjadi bahagia denganNya,merasa gembira dengan pertolonganNya dan senang dengan perhatianNya.
Allah berfirman dalam Surah Al-Baqarah:Ayat 186 yang bermaksud:
“Jika hamba-hambaKu bertanya padamu tentang Aku,maka seseungguhnya Aku dekat.Aku mengabulkan doa orang yang berdoa ketika berdoa kepadaKu.”.
Sesungguhnya perasaan tenteram dengan Allah tidak datang begitu saja tanpa sebab dan tidak akan tercapai tanpa keseriusan dan usaha.Dia adalah buah dari ketaatan kepada Allah dan hasil dari mencintai Allah.Barangsiapa yang taat kepada Allah,mengerjakan perintah dan meninggalkan laranganNya dan jujur dalam cintanya kepadaNya,maka dia akan menemukan ketenteraman sebagai makanan,menemukan kelazatan dekat dengan Allah dan kebahagiaan bermunajat kepada Allah.

21 Februari 2011

SAYA DAN KELUARGA...

Nama saya Faten Najihah Bt Md Noor….(Faten membawa maksud yang cantik menawan….tapi saya x lah cantik,cuma nama je yang bermaksud cantik menawan…..hehehe….bagaimanapun saya bersyukur sebab dilahirkan sempurna tanpa ada sedikit pun cacat celanya……Najihah membawa maksud yang berjaya…..itulah impian saya untuk berjaya di dunia dan akhirat….insyaAllah ….)Jiha Najihah….hehehe…..itu bukanlah nama glamour,tapi singkatan dari nama saya….walau apa sekali pun masih membawa maksud yang berjaya….doa-doakan ya ,moga-moga saya berjaya mencapai impian saya….insyaAllah………dilahirkan  pada 4 Mei,1995 hari Khamis pukul 10.53 pagi di Hospital Daerah Sungai Petani ,Kedah yang kini di kenali sebagai Hospital Sultan Abdul Halim Muadzam Syah,Sungai Petani,Kedah….

Anak kedua dari 3 orang adik beradik…mempunyai seorang abang dan seorang adik perempuan….masing-masing di lahirkan pada 6 Februari 1994 dan 20 Mac 1997.Kecilkan keluarga saya….tapi nak buat macam mana dah itu je rezeki buat mak dan ayah saya.Terima je ketentuanAllah yang Maha Esa….mungkin ada hikmah di sebalik semua itu….siapa tahukan apa yang Allah telah sediakan buat mak dan ayah saya….walaupun keluarga saya kecil tapi saya bahagia sangat…..

Walau macam mana sekali pun saya bersyukur sebab masih ada adik beradik,walau pun x ramai….rasa-rasanya dah cukup kot ada 3 orang adik beradik ni…hehehe…..biasalah kalau ada adik beradik ramai ni,semuanya serba x kena….ada-ada saja…..tentu pening mak dan ayah di buatnya….tapi keluarga saya x pernah sunyi sebab masih ada adik-adik sepupu yang datang kat rumah saya….pada mak dan ayah saya,adik-adik sepupu menumpang kasih dan sayang….bertuahnya kalau dapat mak saudara dan bapa saudara macam mak dan ayah saya…..bahagia sungguh…hehehehe…pada adik-adik sepupulah saya mencurahkan kasih sayang….nasib baiklah mereka rapat dengan keluarga saya….kalau x tentu sunyi ya…..memandangkan saya adik beradik  semuanya dah besar……dah jadi remaja….
mahligai bahagia tanpa gurau senda dan tangisan adik-adik kecil…..saya terlalu sayang adik-adik sepupu saya…..merekalah penghibur lara keluarga saya….bila boring kat rumah mereka…..rumah sayalah jadi tempat persinggahan sementara mereka…

Mengenai ayah saya….ayah saya baik sebenarnya…..x pernah memukul saya adik beradik…cakap pun lemah lembut….bersyukur sangat mempunyai ayah sepertinya….
sentiasa memberi peringatan kepada saya adik beradik supaya jgn tinggalkan sembahyang dan berbuat perkara-perkara yang mendatangkan faedah….sebab kata ayah saya ,solat boleh mencegah kemungkaran dan solat juga tiang agama……
Kadang-kadang saya adik beradik degil juga……x nak dengar cakap ayah…..saya adik beradik x takut kat ayah sebenarnya…..sebab ayah terlalu baik…..nak tegur pun secara berhemah…..x pernah meninggikan suara apatah mengangkat tangan  untuk memukul saya adik beradik…..kata ayah,ayah terlalu sayangkan anak-anaknya…..kata ayah lagi,anak ayah cuma 3 orang je…itulah harta ayah…..harta dunia dan akhirat…..bila nak suruh solat pun, ayah suruh dengan lemah lembut… seumur hidup saya,x pernah lagilah dengar ayah tengking-tengking saya adik beradik mahupun mak saya…..ayah memang terlalu baik…..terima kasih Ya Allah….hambaMu bersyukur sangat sebab dapat seorang ayah yang sangat baik…..
kadang-kadang saya adik beradik mengambil kesempatan di atas kebaikan ayah…..bukanlah bermakna saya adik beradik membuat perkara-perkara yang boleh mengaibkan maruah keluarga….minta dijauhkan Ya Allah….x pernah pun terlintas di hati ini untuk membuat perkara-perkara sebegitu….kehidupan saya hanyalah di sekolah dan rumah je…..school ,house and my family….this is my life…..

Mak saya garang sebenarnya,tapi hati dia baik….dia x byk cakap..tapi idea-idea dia bernas…dia x suka bercakap perkara-perkara yang remeh temeh…..dia banyak mendengar dari bercakap….saya adik beradik lebih takut dekat mak berbanding ayah….kalau mak cakap sekali je,saya adik beradik akan ikut…..saya bersyukur mempunyai seorang ibu sepertinya…..seorang yang prihatin….walaupun garang,tapi memiliki sifat prihatin yang tinggi….ya la ibu mana yang x sayangkan anak-anaknya….dialah yang mengandung,dialah yang melahirkan…tentu kasih sayang seorang ibu melebihi kasih sayang ayah terhadap anak-anaknya……bila saya adik beradik ditimpa musibah seperti sakit….maklah orang pertama sekali yang bimbang….cepat-cepat di ajaknya ke klinik,ambil ubat….walaupun mak seorang surirumah,tapi dia serba boleh…..mak seorang yang berdikari….x  banyak mengharapkan pertolongan ayah…..pendek kata,mak x banyak sangat menyusahkan ayah…..semuanya dibuat sendiri,tapi dengan keizinan ayah….mak kan seorang isteri,mesti mendapatkan keizinan suami dulu,sebelum membuat sesuatu perkara…..terima kasih Ya Allah,bahagia sangat memiliki ibu dan ayah penyayang,prihatin……maklah idola saya….terima kasih mak kerana melahirkan,membesar dan mendidik saya…..jasa dan pengorbanan mak dan ayah x mungkin saya lupakan…insyaAllah….

Abang saya  Mohd Syukri(membawa maksud yg bersyukur,moga-moga abang sentiasa bersyukur apa yg Allah kurniakan kepadanya)……sebenarnya dia sayangkan adik-adiknya….tapi dia x tunjukkan kasih sayang dia yang sebenar….oleh kerana dia seorang aje anak lelaki dalam keluarga saya….manja dia bukan main lagi….dia rapat dengan mak berbanding ayah……apa-apa pun mesti dengan mak…..segala masalah diceritakan pada mak…..dia menjadi anak kesayangan mak,maklumlah anak lelaki seorg dalam keluarga…..jgn salah faham ya,bukanlah bermakna yg mak x sayangkan saya dan adik…..abangkan anak lelaki tunggal dalam keluarga….dialah harapan mak dan ayah untuk menjaga saya dan adik , andai ditakdirkan mak dan ayah tiada lagi(bukanlah saya meminta,tapi andai sudah ditakdirkan…itulah yg sering mak dan ayah cakapkan…..pada abang,mak dan ayah menaruh harapan yang tinggi,supaya menjadi pembela adik-adiknya)kadang-kadang dia juga seorang abang yang prihatin…bila saya balik jalan kaki dari sekolah,dia tumpangkan saya….kadang-kadang je ikut mood dia…..kalau x ,balik jalan kaki lah saya….hehehehe……apa-apa pun hubungan persaudaraan x kan putus……

Adik saya Nurain Athirah(membawa maksud cahaya mata yg mulia/yg  utama,moga-moga adik menjadi seorang wanita solehah yang berhati mulia)…..saya dengan adik,kadang-kadang gaduh juga…..adik seorang yang bijak…..walaupun gaduh hampir setiap hari…..saya tetap sayangkan adik saya….gaduh macam mana pun hubungan adik beradik x kan putus …..bak kata pepatah umpama air yg mengalir,walau ditetak beribu kali pun  x  mungkin akan terputus……saya amat menyayangi adik saya……adik pun manja juga,maklumlah anak bongsu…..kadang-kadang tu saya cemburu juga ngan adik…..berbeza dengan abang,adik lebih rapat ngan ayah…..kalau ayah x ada sehari kat rumah,rindunya bukan main lagi…..tapi adik cakap,kalau mak x ada , adik lagi x boleh hidup sendirian….adik nak ikut kemana sahaja mak pergi…..bila adik minta sesuatu ayah cepat-cepat tunaikan,mak lambat sikit,siap dengan soal jawab lagi…..sebab tu adik lebih rapat ngan ayah berbanding mak,lagipun mak garang sikit….walaupun garang tapi hati dia baik…
kalau saya gaduh  ngan adik pun kejap je…lepas tu baik semula….biasalah adik beradik…kena ada gurau senda,barulah ceria dalam keluarga…tapi kadang-kadang pening juga mak dan ayah…melayan kerenah saya adik beradik….apa pun saya bersyukur punya keluarga walaupun kecil tapi bahagia……hubungan saya adik beradik akrab…..

Saya mempunyai seorang abang dan seorang kakak lagi….saya terlalu sayangkan abang dan kakak saya ini….walaupun saya kenal abang dan  kakak melalui alam siber,tapi saya dapat rasakan abang dan kakak terlalu baik dengan saya….alhamdulillah,bersyukur sangat dapat mengenali abang dan kakak….walaupun abang dan kakak tinggal jauh tapi ikatan ukhwah antara saya,abang dan kakak x pernah putus…..abang dan kakak dari negeri yang sama.


Abang saya SC....seorang abang yang baik hati.Sangat-sangat baik dengan saya.Masih menuntut di IPTA,setiap hari tanpa jemu-jemu menasihati saya,supaya belajar rajin-rajin untuk sebuah penghidupan yang baik di masa depan.Abang saya ni suka bergurau.Setiap hari ada-ada saja gurauannya untuk saya,saya suka cara abang saya yang seorang ini.Untuk abang,"insyaALLAH...kakak akan sentiasa ingat setiap nasihat dan pesanan abang.Terima kasih banyak-banyak ya abang.Harapan abang untuk kakak terlalu tinggi,kakak takut,suatu hari nanti kakak mengecewakan abang....sebab kakak bukanlah tergolong di kalangan pelajar-pelajar yang cerdik pandai.Tapi takdir ALLAH sesiapapun x boleh menduganya....mungkin ada rezeki kakak,sapa tahukan...insyaALLAH.Abang dah tahukan salah satu cita-cita kakak...ada lagi abang,seandainya ditakdirkan cita-cita yang satu itu bukan rezeki kakak.....kakak akan melibatkan diri dalam bidang library,sama  macam ayah kakak....seperti kata pepatah kemana tumpahnya kuah kalau x ke nasi...insyaALLAH.Kakak memang berminat sangat dengan buku-buku ni,sebab secara kebetulan kat sekolah pun kakak terlibat dengan buku-buku,tapi kakak bukan pustakawan...kakak cuma menguruskan skim pinjaman buku teks aje...buku juga kan abang.InsyaALLAH,kalau rezeki kakak tiada pada cita-cita kakak yang satu itu,kakak cuba pula beralih arah pada library,manalah tahukan kalau ada rezeki kakak boleh jadi pustakawan...insyaALLAH...Abang kakak engineer...kakak pula pustakawan..insyaALLAH.

Kakak saya Nurul Syamimie…..juga seorang kakak yang baik…..kakak juga menuntut di IPTA yg sama dgn abang……dengan kakak,saya pernah berbual melalui telefon,gara-gara tersilap shopping kompleks….terlalu excited  sangat nak jumpa kakak,sampaikan tersilap shopping kompleks….x boleh la nak salahkan sesiapa,lagipun kakak x biasa dgn tempat saya….itulah  menjadi kenangan yang x mungkin saya lupakan…..kalau diingatkan kembali memang lucu….ya la cuba bayangkan saya pergi dengan mak dan adik,bila sampai kat shopping kompleks tu…yg mula-mula sekali dilakukan ialah cari parking….kat bawah parking penuh….dari satu tingkat ke satu tingkat,pusing-pusing cari parking…..bila dah dapat parking,terlupa pulak tingkat berapa,baik mak ,saya mahupun adik x ingat parking kereta tingkat berapa,sebab nak cepat….takut x sempat jumpa kakak,masa pun dah singkat….masuk aje kat dalam shopping kompleks,mulalah cari kakak,dari tingkat atas turun ke bawah sebab kakak bagitau dia ada kat KFC…..bila jumpa KFC,sms kakak,tanya kakak …kat mana dia,sebab kat KFC tu x ada pun orang yang sama  macam kakak….. hehehehe…hanya tengok gambar pun boleh kenal kakak….kakak pun call,itulah pertama dan terakhir berbual dgn kakak…byk kali juga kakak call,saya pun call juga kakak nak pastikan kakak ada kat mana,sebab saya cari x jumpa…..cari punya cari x jumpa juga kakak…..rupa-rupanya kakak tersilap bagitau shopping kompleks…..kakak pergi shopping kompleks kat Seberang Jaya,bukannya shopping kompleks kat Butterworth…aduh,penat juga rasanya…nak buat macam mana dah x ada rezeki nak jumpa kakak…takdir Allah,pasrah pada qada dan qadarNya…..bila dapat tau kakak x ada kat situ,lemah semangat je,nak cepat-cepat balik….satu lagi masalah timbul,dah lah lupa parking kereta kat mana,nak cari pintu keluar x jumpa…pusing punya pusing shopping kompleks tu akhirnya jumpa juga pintu keluar,bukan  x biasa pergi situ,tapi jarang-jarang sekali,kalau pergi pun pergi dgn ayah….hari tu ayah sibuk,jadi pergi dengan mak je la….bila dah jumpa pintu keluar,cari kereta pulak x jumpa….mendakilah saya,mak dan adik dari satu tingkat ke satu tingkat,semuanya gara-gara terlupa…..entah tingkat berapa pun x tau,juga cari kereta x jumpa….turun kembali…akhirnya berkat kesabaran saya,mak dan adik jumpa juga kereta,tapi keletihan hanya Allah saja yang tahu….kereta dah jumpa,ada lagi satu masalah,terlupa nak bayar parking kat atas,bila nak keluar x bolehlah,nasib baiklah ada seorang hamba Allah yang tolong,malu x usah nak cakaplah…..akhirnya segala kesulitan berjaya juga di tempuh…..nak juga jumpa kakak,mak terus memecut pergi  kat Seberang Jaya,tapi nasib x  juga menyebelahi,bas yang kakak  naiki bersama kawan-kawannya dah bertolak ke USM KAMPUS KEJURUTERAAN….hanya sempat memandang bas yang sedang dalam perjalanan menuju destinasinya…..nak buat macam mana ya dah x ada rezeki….kakak kat sini pun hanya sekejap aje….inilah kenangan yg x dapat saya lupakan…gembira ada,lucu pun ada dan sedih pun  ada sebab x dapat nak jumpa kakak…..kakak juga baik dgn saya…..selalu berkongsi masalah suka duka bersama,walaupun x mengenali di antara satu sama lain,tapi ikatan perhubungan antara saya dan kakak teramatlah mesranya….bila ada kelapangan kakak mahupun saya sering bersms…..seperti abang ,kakak juga terlalu baik…..saya juga teramat sayangkan kakak…..alhamdulillah,syukur sangat-sangat dapat mengenali kakak….
abang dan kakak juga sebahagian dari keluarga saya….terima kasih abang,terima kasih kakak….

saya sayangkan keluarga saya…..saya sayangkan ayah……saya sayangkan mak……saya sayangkan abang…..saya sayangkan adik…..saya sayangkan adik-adik sepupu saya…….x lupa juga saya sayangkan abang dan kakak saya yang berada jauh dari saya,walaupun tak pernah bertemu,saya tahu abang dan kakak terlalu baik….terima kasih untuk abang dan kakak kerana sudi menerima saya sebagai adik…..bertambah lagi ahli keluarga saya…..saya ada 2 orang abang,seorang kakak dan seorang adik…..untuk abang dan kakak saya doakan moga-moga ikatan ini berkekalan….insyaAllah….

24 PERKARA JANGAN DILAKUKAN

Jangan sengaja lewatkan solat.Ia tidak disukai Allah.

Jangan ke bilik air tanpa  alas kaki (selipar).
Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ianya membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak 
berbasuh.Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh,nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka  pintu berkat).

Jangan makan tanpa membaca Bismillah dan doa makan.
Nanti makanan yang dimakan adalah dari rumah syaitan.

Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau 
kebaikan.Takut-takut mati dalam perjalanan.

Jangan pakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biar mata liar di perjalanan.Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Jangan bergaul bebas di tempat kerja.Banyak buruk dari baiknya.

Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana 
mati boleh datang bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibu bapa 
dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat rakan taulan.Nanti rosak silaturrahim.

Jangan lupa bergantung harap hanya  kepada Allah dalam setiap 
kerja.Nanti sombong bila berjaya dan kecewa bila gagal.

Jangan bakhil untuk bersedekah.Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan Allah.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan didunia.
Akhirat lebih utama,kekal selamanya.Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana 
di situlah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

Jangan merokok dan memasang kemenyan  kerana asap itu adalah makanan jin.

Jangan lupa membaca BISMILLAHIRAHMAANIRRAHIM 
dan memberi salam ketika masuk ke rumah dikhuatiri 
jin dan syaitan masuk bersama.

Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik 
dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.

Jangan memakai tangkal kerana Allah tidak sempurnakan 
agama  pemakainya(dikhuatiri bergantung  kepada tangkal,bukan kepada Allah).

Jangan pertikaikan kenapa ISLAM berkata JANGAN sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH itu MAHA MENGETAHUI apa yang tersirat dan tersurat.

19 Februari 2011

ALHAMDULILLAH,SYUKUR PADAMU YA ALLAH

Alhamdulillah, syukur padaMu ya Allah…..
kerana mengurniakan padaku sahabat-sahabat…..
yang sentiasa mencari redhaMu ya Allah…..
sahabat-sahabat yang mana ilmu penuh didada…..
sahabat-sahabat yang tidak mementingkan diri sendiri…..
sama-sama berkongsi ilmu yang dimiliki…..

Alhamdulillah,syukur padaMu ya Allah…..
kerana dengan berkat limpahMu jua…..
dapatku mengenali sahabat-sahabatku ini…..
jiwaku kini sudah terisi…..
dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat…..
tiada lagi kekosongan…..

Alhamdulillah,syukur  padaMu ya Allah…..
kerana memberiku peluang untuk bersahabat…..
sahabat yang sentiasa mendorongku….
kearah kebaikan,kearah kedamaian…...
kearah kebenaran……
kearah mencari redhaMu ya Allah……

Alhamdulillah,syukur padaMu ya Allah…..
kerana memilihku diantara hamba-hambaMu…..
yang selama ini masih tercari-cari…..
akan nikmat kehidupan yang sementara di bumiMu ini…..
betapa indahnya ciptaanMu…..
hanya bagi orang yang tahu mensyukuri akan nikmatMu….
tahu untuk menghargainya…..

Alhamdulillah,syukur padaMu ya Allah…..
kerana memberiku kesempatan…..
mensyukuri akan nikmatMu…..
menghargai kehidupan yang sementara ini…..
masih sempat lagi bermuhasabah…..
siapa diri ini yang sebenarnya…..
hanyalah seorang insan kerdil…..
insan yang tak punya apa-apa….
terima kasih yang Allah….
kepadaMu hambaMu ini berserah diri…..

17 Februari 2011

SELAMAT DATANG

Selamat datang….
Saudariku yang mendirikan solat dan berpuasa dengan taat dan khusyu’.

Selamat datang…..
Saudariku yang berhijab(berjilbah),pemalu,anggun,lagi berkeperibadian kukuh.

Selamat datang…..
Saudariku yang selalu belajar dan menelaah dengan penuh kesedaran dan kelurusan hati.

Selamat datang…..
Saudariku yang memenuhi janji dan memegang amanah,yang jujur dan mempercayai kebenaran.

Selamat datang…..
Saudariku yang penyabar,selalu berharap akan pahala Allah,bertaubat dan sentiasa kembali  ke jalanNya.

Selamat datang….
Saudariku yang selalu berzikir,bersyukur,berdoa lagi penuh kesedaran.

Selamat datang….
Saudariku yang meneladani Asiyah(Isteri Fir’aun),Maryam dan Khadijah.

Selamat datang…..
Saudariku yang mendidik calon-calon pahlawan dan  mencetak calon-calon tokoh yang terkemuka.

Selamat datang …..
Saudariku yang menjaga  nilai-nilai dan memelihara suri teladan.

Selamat datang….
Saudariku yang merasa terusik terhadap pelanggaran ketentuan yang diagungkan dan dihormati,serta menjauhkan diri dari perkara-perkara yang haram.

Copy dari Buku Jangan Bersedih(Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia).

13 Februari 2011

KELEBIHAN-KELEBIHAN BERZIKIR

1.Zikir melahirkan cinta terhadap Allah dan cinta merupakan roh Islam,sumber agama,kebahagiaan dan kejayaan.Sesiapa yang ingin mendapatkan cinta Allah maka hendaklah dia berzikir sebanyak-banyaknya.Sebagaimana membaca dan muzakarah merupakan pintu ilmu,demikianlah zikrullah merupakan pintu cinta akan Allah.

2.Zikir mendatangkan hakikat muraqabah yang membawa seseorang kepada martabat ihsan.Martabat ihsan inilah yang menyebabkan seseorang itu beribadat dalam keadaan seolah-olah dia melihat Allah(keadaan inilah merupakan matlamat para ahli tasawuf).

3.Zikir membawa seseorang kembali kepada Allah.Sedikit demi sedikit Allah menjadi pelindung dan pembantu dalam setiap keadaannya.Dalam menghadapi setiap musibah perhatiannya akan tertumpu hanya kepada Allah.

4.Zikir menghampirkan seseorang kepada Allah.Sebanyak mana seseorang itu berzikir maka sebanyak itulah dia akan hampir kepada Allah.Sebaliknya sebanyak mana seseorang itu lalai daripada zikrullah maka sebanyak itulah dia jauh daripada Allah.

5.Zikir melahirkan keagungan dan kehebatan Allah di dalam hati.Zikir melahirkan tumpuan di dalam hati agar sentiasa ingat kepada Allah.

6.Orang yang berzikir disebut oleh Allah di majlisNya,sebagaimana firman Allah dalam Al-Quran,”Ingatlah kamu kepadaKu,maka Aku akan ingatimu”.Juga diterangkan dalam hadis , “Sesiapa mengingati Aku di dalam hatinya,maka Aku mengingatinya di dalam hatiKu”.

7.Dengan keberkatan zikrullah,lidah terselamat daripada mengumpat,mencela,berdusta dan percakapan yang sia-sia.Sesiapa yang membiasakan lidahnya dengan berzikir maka secara umumnya terpelihara daripada perkara-perkara tersebut.Sebaliknya orang yang tidak membiasakan lidahnya dengan zikrullah maka dia akan terlibat dalam segala jenis perbuatan yang sia-sia.

8.Nur zikrullah akan bersama seseorang itu sama ada di dunia mahupun di dalam kubur dan nur tersebut berada di hadapannya ketika dia melintas titian sirat.Allah berfirman dalam surah al-An’am ayat 122 yang bermaksud:
“Dan adakah orang yang mati(hatinya dengan kekufuran)kemudian Kami hidupkan dia(semula dengan hidayah dan iman)dan Kami jadikan baginya cahaya(iman) yang menerangi(sehingga dapatlah dia membezakan antara yang benar dengan yang salah dan dapatlah)dia berjalan dengan cahaya itu di tengah-tengah masyarakat manusia.(Adakah orang yang demikian keadaannya)sama seperti orang yang berada dalam kegelapan(kufur) yang tidak dapat keluar sama sekali daripadanya?”
                                                                                                 (al-An’am:122)
Orang yang dimaksudkan ialah orang-orang mukmin yang hatinya bercahaya dengan beriman kepada Allah, ‘mahabbah’(mencintainya), ‘makrifat’(mengenalinya) dan ‘zikrullah’(sentiasa mengingatinya).

9.Seseorang yang berzikir secara istiqamah akan terselamat daripada melupakan dirinya sendiri.Melupakan diri sendiri akan menyebabkan kecelakaan dunia dan akhirat.Oleh itu lupa daripada mengingati Allah merupakan sebab seseorang itu lupa akan dirinya sendiri serta mengabaikan segala jenis kebaikan untuk dirinya.Allah berfirman dalam surah al-Hasyar ayat 19 yang bermaksud:
“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah lalu (Allah menjadikan)mereka melupakan diri mereka sendiri.Mereka itulah orang-orang yang fasik”.                                                                                       (al-Hasyar:19)

10.Keampunan dan ganjaran seperti dijanjikan oleh Allah melalui zikrullah tidak akan diperolehi melalui mana-mana amalan yang lain.Disebutkan dalam sebuah hadis bahawa sesiapa yang membaca dibawah ini:

ﻻ ﺇﻠﻪ  ﺇﻻ ﺍﷲ  ﻮﺤﺪﻩ  ﻻ ﺸﺮﻴﻚ ﻠﻪ  ﻠﻪ ﺍﻠﻤﻠﻚ  ﻮﻠﻪ ﺍﻠﺤﻤﺪ ﻴﺤﻲ  ﻮﻴﻤﻴﺕ  ﻮﮬﻮﻋﻠﻰ  ﻜﻞ ﺷﻴﻰﺀ ﻘﺪﻴﺮ

sebanyak seratus kali pada satu hari maka dia akan mendapat pahala seperti memerdekakan sepuluh orang hamba,dicatatkan di dalam buku amalannya seratus kebajikan,dihapuskan daripadanya seratus dosa,dipelihara daripada syaitan sehingga ke petang dan tidak ada sesiapapun yang lebih daripadanya kecuali orang yang membaca kalimah itu lebih daripadanya.

11.Di dalam hati manusia ada suatu bahagian yang tidak dapat dipenuhi melainkan dengan zikrullah.Apabila zikir telah menguasai hati maka zikir bukan saja dapat mengisi bahagian hati bahkan menjadikan seseorang itu kaya,walaupun tiada mempunyai harta,menjadikannya dipandang mulia,walaupun tidak mempunyai puak dan bukan dari keturunan bangsawan.

12.Zikir menghimpun kembali yang telah bercerai dan menceraikan yang telah terhimpun,mendekatkan yang jauh dan menjauhkan yang dekat.Maksud ‘menghimpun kembali yang telah bercerai’ialah pelbagai kerisauan,dukacita dan kegelisahan yang ada di dalam hati manusia diganti dengan ketenangan.Maksud ‘menceraikan yang telah terhimpun’ialah kesalahan dan dosa yang telah terhimpun pada seseorang dipisahkan daripadanya.Tentera-tentera syaitan yang menguasai seseorang diceraikan daripadanya.Cinta akhirat yang jauh itu didekatkan dan cinta dunia yang dekat itu dijauhkan daripada seseorang.

13.Melalui zikrullah terbinalah mahligai di dalam syurga.Apabila seseorang hamba berhenti daripada berzikir maka para malaikat berhenti daripada membina mahligai itu.Apabila mereka ditanya, “Mengapakah kamu berhenti daripada membina mahligai si fulan itu?”Mereka menjawab bahawa perbelanjaannya belum tiba lagi.Disebutkan dalam sebuah hadis lagi bahawa sesiapa yang mengucapkan:
 ﺴﺒﺤﺍﻦ ﺍﷲ  ﻮﺒﺤﻤﺪہ   ﺴﺒﺤﺎﻦ  ﺍﷲ  ﺍﻠﻌﻈﻴﻡ
sebanyak  tujuh kali nescaya dibinakan satu kubah untuknya di dalam syurga.

14.Zikir adalah penghadang daripada api neraka.Sesiapa yang dimasukkan ke dalam neraka kerana sesuatu perbuatan yang buruk maka zikirnya akan menjadi penghadang antaranya dengan apa neraka.Semakin banyak berzikir maka semakin kukuhlah pendinding itu.

15.Para malaikat memohon keampunan untuk orang berzikir.Hazrat ‘Anr bin ‘Aas meriwayatkan bahawa apabila seseorang mengucapkan, ﺴﺒﺤﺍﻦ ﺍﷲ  ﻮﺒﺤﻤﺪہ
atauﺍﻠﺤﻤﺪ    ﺮﺐ  ﺍﻠﻌﻠﻤﻴﻦ                                                          
maka para malaikat berdoa, “Ya Allah,ampunilah dia”.

12 Februari 2011

IBU SAUDARA TERSAYANG

Aishah bt Ahmad….mak saudara saya,kakak kepada ayah saya….saya panggil dia mak jang je…..dia seorang mak saudara yang sangat baik….peribadi dia sungguh mulia…..dia seorang ustazah di Sek Keb Tanah Liat,Bukit Mertajam….mungkin sesuai dengan tugas dia sebagai seorang ustazah,maka dia memiliki peribadi anggun dan menawan….baiknya dia x terungkap dengan kata-kata….sesiapa yang mengenalinya,pasti akan mengingatinya….dia seorang anak yang baik….dia seorang kakak yang baik…..dia seorang adik yang baik….dia seorang isteri yang baik…..dia seorang ibu yang baik…..dia seorang ibu saudara yang baik…..sanggup berkorban untuk kesenangan orang lain…..memang payah nak ditemui seorang insan yang baik seperti mak saudara saya ni…..bukanlah nak bangga diri…dah ini kenyataannya…..dia memang baik sangat….pengorbanan dia rasa-rasanya x terbalas  dengan wang ringgit ataupun harta yang tinggi menggunung……bila orang kata apa-apa kat dia….dia diam je,kadang-kadang senyum je….x membalas balik kata-kata orang,jauh sekali nak berdendam……hanya mampu mengucapkan alhamdulillah,dan mendoakan kebaikan orang…..itu peribadi dia…..kehidupan dia x lah sesenang mana,walaupun dia seorang guru…..tapi alhamdulillah dia bahagia…..

Saya pun kalau boleh nak memiliki peribadi seperti mak saudara saya ni…..insyaAllah….
bila dia jumpa atau call sapa-sapa pun….mesti dia tanya khabar dulu…sihat ke atau x…saya pun kadang-kadang terikut-ikut cara mak saudara saya ni….bagus sebenarnya tanya khabar orang ni…..menunjukkan ada yang prihatin kat kita…..disamping tu orang mendoakan kebaikan kita….saya memang suka cara mak saudara saya ni…..sentiasa mengambil berat,prihatin kat orang yang dikenalinya mahupun x dikenalinya…..keramahannya memikat hati sesiapa yang mengenalinya…..cepat mesra ngan sapa-sapa pun….yang lama dikenali mahupun yang baru dikenali,semua mesra dengannya…..x memiliki langsung sikap x suka kat orang….katanya  makhluk Allah  yang bergelar insan semuanya sama disisi Allah,tiada yang membezakan,hanya manusia je yang membezakannya….mengira pangkat dan darjat,miskin kaya…..semua tu x dimiliki oleh mak saudara saya……dia sedar,dia asal dari keluarga susah,dia mahu mengekalkan sifat yang sedia ada dari dulu hingga kini….x akan berubah biar pun dia kini seorang guru….cuma taraf kehidupan yang berubah…..dia selalu cakap kat anak-anak mahupun anak saudaranya,pelajaran penting untuk masa depan…..orang x akan pandang pada yang x ada pelajaran…..walau susah macam mana sekalipun,belajar tetap belajar….ini semua untuk masa depan….

Celoteh panjang pula saya ni…..mak saudara saya mempunyai 6 orang anak,meninggal seorang….kini tinggal 5 orang je…..pengorbanan dia memelihara 2 orang anak yatim,sangat mulia…..anak-anak yatim tu bukanlah orang lain dengan saya….sepupu saya juga,anak kepada abang ayah saya…..mak diaorang meninggal ketika diaorang masih kecil…..jadi,mak saudara saya ambil keputusan untuk memelihara diaorang….katanya takut nanti menjadi mangsa ibu tiri…..sebab berdasarkan pengalaman dia mempunyai seorang ibu tiri…...kisah ibu tiri ni bukan cerita dongeng atau hanya rekaan semata-mata,tapi kenyataan….hanya sapa-sapa yang mengalaminya akan tahu betapa peritnya mempunyai seorang ibu tiri…..x dinafikan bukan semua ibu tiri macam tu,ada yang baik…..

Pengorbanan mak saudara saya kepada adik beradiknya….juga kepada anak-anak saudaranya memang patut dipuji……sentiasa mengambil berat akan masalah adik beradik,anak-anak saudara….memang bertuah,memang beruntung saya mempunyai mak saudara sepertinya…...x mengira wang ringgit,tenaga….kalau boleh semuanya nak dibantunya….biarlah dia seorang je yang susah…..dia x mahu adik beradik,anak-anak saudaranya susah…..pengorbanannya untuk keluarga tersayang,x terungkap dengan kata-kata….payah sungguh nak di ceritakan…..sukar nak ditemui orang sebaik dia….wang ringgit x yah nak dikiralah….sebab katanya wang ringgit dan harta boleh di cari tapi hubungan adik beradik susah nak dicari….kalau nak diceritakan mengenai mak saudara saya ni…..banyak sebenarnya,boleh dibuat novel…tapi saya ringkaskan…..peribadi dia yang membuatkan saya kagum dan saya ingin memiliki peribadi sepertinya….pengorbanan dia x terbatas….setiap ketika,setiap saat,setiap masa,setiap detik,setiap jam,setiap waktu…..dia contoh terbaik….dia contoh tauladan buat semua…..andai saya memiliki peribadi sepertinya,alangkah bahagianya…..doa-doakan untuk saya ya….insyaAllah.

SELAWAT NABI

                                                                                                                           
ﺼﻠﻰ ﺍﷲ  ﻋﻠﻰ  ﻤﺤﻤﺪ       ﺼﻠﻰ  ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ  ﻮﺴﻠﻡ 
ﺼﻠﻰ ﺍﷲ  ﻋﻠﻰ  ﻤﺤﻤﺪ       ﺼﻠﻰ  ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ   ﻮﺴﻠﻢ

ﻴﺎ  ﻧﺒﻲ ﺴﻼﻢ ﻋﻠﻴﻚ            ﻴﺎ  ﺮﺴﻮﻞ  ﺴﻼﻢ ﻋﻠﻴﻚ
ﻴﺎ  ﺤﺒﻴﺐ  ﺴﻼﻢ  ﻋﻠﻴﻚ       ﺻﻠﻮﺍﺖ  ﺍﷲ  ﻋﻠﻴﻚ      

ﺼﻠﻰ ﺍﷲ  ﻋﻠﻰ  ﻤﺤﻤﺪ       ﺼﻠﻰ  ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ  ﻮﺴﻠﻢ  
ﺼﻠﻰ ﺍﷲ  ﻋﻠﻰ  ﻤﺤﻤﺪ       ﺼﻠﻰ  ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ   ﻮﺴﻠﻢ   
      
 ﺃﺷﺮﻖ  ﺍﻟﺒﺪﺮ ﻋﻟﯾﻨﺎ             ﻓﺎ ﺨﺘﻔﺖ  ﻤﻨﻪ  ﺍﻟﺒﺪﻮﺮ   
ﻤﺛﻞ  ﺤﺴﻨﻚ  ﻤﺎ ﺮﺃﻴﻨﺎ           ﻗﻄ ﻴﺎ  ﻮﺠﻪ  ﺍﻠﺴﺮﻮﺮ  
                          
ﺼﻠﻰ ﺍﷲ  ﻋﻠﻰ  ﻤﺤﻤﺪ       ﺼﻠﻰ  ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ  ﻮﺴﻠﻡ       
     ﺼﻠﻰ ﺍﷲ  ﻋﻠﻰ  ﻤﺤﻤﺪ       ﺼﻠﻰ  ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ   ﻮﺴﻠﻢ     
  
ﺃﻨﺖ  ﺸﻤﺲ  ﺃﻨﺖ  ﺒﺪﺮ       ﺃﻨﺖ  ﻨﻮﺮ  ﻔﻮﻖ  ﻧﻮﺮ       
ﺃﻨﺖ  ﺍﻜﺴﻴﺮﻮ ﻏﺎﻠﻲ          ﺃﻨﺖ  ﻤﺼﺒﺎﺡ  ﺍﻠﺼﺪﻮﺮ     

ﺼﻠﻰ ﺍﷲ  ﻋﻠﻰ  ﻤﺤﻤﺪ       ﺼﻠﻰ  ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ  ﻮﺴﻠﻡ  
   ﺼﻠﻰ ﺍﷲ  ﻋﻠﻰ  ﻤﺤﻤﺪ       ﺼﻠﻰ  ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ   ﻮﺴﻠﻢ
   
  ﻴﺎ ﺤﺒﻴﺒﻲ ﻴﺎ ﻤﺤﻤﺪ             ﻴﺎ ﻋﺮﻮﺲ ﺍﻠﺨﺎﻔﻘﻴﻦ    
ﻴﺎ  ﻤٶﻴﺪ  ﻴﺎ  ﻤﻤﺠﺪ           ﻴﺎ  ﺇﻤﺎﻢ  ﺍﻠﻘﺒﻠﺘﻴﻦ        

ﺼﻠﻰ ﺍﷲ  ﻋﻠﻰ  ﻤﺤﻤﺪ       ﺼﻠﻰ  ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ  ﻮﺴﻠﻡ    
ﺼﻠﻰ ﺍﷲ  ﻋﻠﻰ  ﻤﺤﻤﺪ       ﺼﻠﻰ  ﺍﷲ ﻋﻠﻴﻪ   ﻮﺴﻠﻢ 
   
ﻴﺎ  ﻨﺒﻲ  ﺴﻼﻢ  ﻋﻠﻴﻚ          ﺼﻠﻮﺍﺖ  ﺍﷲ  ﻋﻠﻴﻚ   
ﺼﻠﻰ  ﺍﷲ  ﻋﻠﻰ  ﻤﺤﻤﺪ       ﺼﻠﻰ  ﺍﷲ  ﻋﻠﻴﻪ  ﻮﺴﻠﻢ  

11 Februari 2011

DOA DARI RASULULLAH SALLALLLAHU 'ALAIHI WASSALAM

“Ya Allah,rahmatilah aku sehingga aku dapat meninggalkan segala maksiat selama Engkau menghidupkan aku.Rahmatilah aku supaya aku  tidak menanggung apa-apa beban yang tidak memberi manfaat kepadaku.Kurniakanlah kepadaku pandangan yang baik terhadap amalan yang membawa aku kepada keredaanMu.Wahai Tuhan yang mencipta langit dan bumi,wahai Tuhan yang memiliki kehebatan dan kemuliaan serta kehormatan yang tidak mungkin dapat dicapai oleh sesiapapun.Wahai Allah,wahai Yang Maha Pemurah,aku memohon dengan kehebatan dan nur wajahMu supaya Engkau menetapkan hatiku untuk menghafal kitabMu sebagaimana Engkau telah mengajarku.Dan kurniakanlah(taufik) supaya aku dapat membaca Al-Quran dengan cara yang menyebabkan Engkau reda terhadapku.Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi,yang memiliki kehebatan,kemuliaan dan kehormatan yang tidak dapat dicapai(oleh sesiapapun),wahai Allah dan wahai Tuhan yang Maha Pemurah,aku memohon dengan kehebatan dan nur wajahMu supaya Engkau mencahayakan penglihatanku dengan nur kitabMu dan Engkau menggerakkan lidahku untuk menyebut Al-Quran dan Engkau menghilangkan kesempitan hatiku dengan keberkatan Al-Quran dan Engkau melapangkan dadaku dengan keberkatan Al-Quran dan Engkau membasuh badanku dengan Al-Quran(daripada kekotoran dosa)kerana sesungguhnya tiada pembantu bagiku ke atas perkara yang haq(benar) kecuali Engkau dan tidak ada yang mengurniakan perkara haq itu(kepadaku) kecuali Engkau.Dan tiada daya(untuk melakukan sebarang kebaikan) dan tiada upaya(untuk menjauhi sebarang kejahatan)kecuali dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung”.

10 Februari 2011

MUTIARA KATA

Nikmat-nikmat itu jika disyukuri akan tetap bertahan dan jika diingkari akan lari.Dunia itu jika diperlakukan dengan huru-hara akan berlalu dan jika diperlakukan dengan bijaksana akan menipu.


Seringkali kenikmatan itu akan melahirkan penyesalan,kesalahan remeh akan menghantar kepada kehinaan,kemaksiatan akan menyebabkan hilangnya nikmat dan tertawa akan berakhir dengan tangisan.


Kebahagiaan adalah ketika jiwa telah berjaya mencapai tingkat kesempurnaannya,kemenangan adalah ketika jiwa telah mendapat buah dari amalannya dan nasib yang baik adalah ketika dunia yang dicarinya telah mengabdi kepadanya.


Tiga jenis akhlak dari syurga dan tidak didapati kecuali orang yang baik budi pekertinya.Memaafkan orang yang zalim kepadamu,memberi dan menolong orang yang bakhil kepadamu dan membantu orang yang bersalah kepadamu.


Jangan marah,sebab marah hanya akan merosakkan keadaan jiwa,mengubah perilaku,memburukkan pergaulan,merosakkan cinta dan memutuskan tali silaturrahim.


Orang  yang dituntun oleh agamanya , yang diluruskan oleh akalnya , yang dijaga oleh hartanya dan yang dihiasi oleh rasa malunya maka dia telah menghimpunkan semua nilai keutamaan dalam dirinya.

Berbahagialah orang yang jika mendapat limpahan nikmat maka akan bersyukur,jika diuji maka akan bersabar,jika berbuat dosa maka akan beristighfar,jika marah maka akan segera mengawalnya dan jika berkuasa maka akan berlaku adil.


Tidak ada kunci yang tidak boleh dibuka.Tidak ada simpul yang tidak boleh dilepaskan,tidak ada jarak yang jauh yang tidak boleh didekatkan dan tidak ada yang hilang yang tidak boleh ditemukan……namun semua itu ada ketikanya.


Kemuliaan itu bukan pada kegagahan dan penampilan.Kurangnya harta yang dimiliki seseorang bukan petunjuk bahawa dia hidup sengsara.Begitu pulalah dengan kebahagiaan,tidak dinilai daripada jumlah kekayaan dan kemegahan.


Akhlak dan tindakan yang baik lebih indah daripada wajah yang tampan,mata yang hitan dan pipi yang licin.Keindahan makna lebih utama daripada keindahan bentuk.


Indahnya kemenangan akan menghapus getirnya kesabaran,nikmatnya kemenangan akan menghapus semua keletihan dan kerja yang cermat akan menghapuskan rintangan yang akan dihadapi.

09 Februari 2011

AISYA HUMAIRA

Kau serikandi tercinta…..
namamu harum mewangi…..
semulia pemiliknya……
semerbak haruman kasturi…..
seindah kuntuman bunga…..
mekar di taman firdausi…..
menjadi sanjungan hingga kini…..
kerana budi pekertimu…..
kerana pengorbananmu…..

kau diciptakan…..
sebagai serikandi……
untuk berbakti kepada suamimu…..
memberi semangat kepada suamimu…..
dalam meneruskan perjuangannya yang suci…..
demi agama tercinta……

setiap perjuangan memerlukan pengorbanan……
pengorbananmu tiada bandingan…..
pengorbananmu sungguh murni……
pengorbananmu tulus suci…..
pengorbananmu hanya satu…..
demi menegakkan agama Islam…..

kau seorang  isteri mithali…..
kau serikandi,peniup semangat suamimu…..
kau menjadi contoh tauladan….
wanita akhir zaman….
namamu dikenang hingga kini…..







PERJUANGAN

Sahabat…..
teruskan perjuanganmu…..
jangan mengalah sebelum melihat hasilnya…..
mengalah bererti kau kalah…..
Kuatkan semangatmu…..
untuk meneruskan kehidupan…..
di bumi ciptaan Allah ini…..

Sahabat…..
setiap pertemuan ada perpisahan…..
yakinlah pada qada dan qadar…..
andai di takdirkan akan perpisahan ini…..
terimalah dengan hati yang lapang….
kerana di sebalik semua itu….
mungkin ada hikmah  yang tersembunyi…..
siapa tahu Allah merencanakan yng terbaik…..
untuk kita hamba-hambaNya…..

Sahabat…..
aturkan langkah demi langkah…..
untuk meneruskan perjuangan…..
demi membela agama Islam…..
yang tercinta…..
jadikanlah perjuangan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam sebagai ikutan……
berjuang hingga ketitisan darah terakhir…..
tanpa ada sedikit pun keluhan atau rungutan…..

Sahabat…..
Berjuanglah tanpa mengharapkan apa-apa balasan…..
Berjuanglah dengan kesabaran…..
Berjuanglah seikhlas hati……
Sucikan niat kerana Allah…..
ganjaran Allah menanti kita……

Sahabat….
Yakinlah Allah bersama-sama dengan kita……
Tetapkanlah matlamat dalam perjuangan…..
Demi membela agama yang tercinta……
ALLAHU AKBAR……ALLAHU AKBAR…..ALLAHU AKBAR