29 April 2011

SEKOLAH DAN IPGM KAMPUS TUANKU BAINUN

SEKOLAH SAYA

Dah kehabisan idea la nak tulis citer kat dlm blog ni.Saja suka-suka masuk kan gambar sekolah ada juga kenangan bila di hari tua nanti…hehehe.Di SMK Mengkuang ni la saya menuntut ilmu dari Form 1 (2008) hingga Form 5 (2012).Next year baru habis,lagi setahun la.Kena banyak bersabar,menuntut ilmu kan wajib bagi kita umat Islam.






INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA KAMPUS TUANKU BAINUN

IPGM ni bertentangan dgn sekolah saya,dekat sangatlah…keluar pintu pagar sekolah masuk pintu pagar IPGM (kena jalan sikit je,nak masuk ke IPGM).Saya dah masuk IPGM ni dari kecil hingga la sekarang.Kadang-kadang tu setiap hari.Bukan masuk suka-suka ,masuk pun ada sebab ,sebabnya mak saudara saya tinggal kat situ.Lagipun dulu saya pernah bersekolah pra kat dalam IPGM ni,2 tahun jugalah dari umur 5 hingga 6 tahun.Kalau ada rezeki insyaALLAH saya akan masuk lagi kat sini untuk belajar.Kalau nak diikutkan hari-hari saya masuk IPGM ni.x kiralah cuti ke x cuti,sedia masuk sini,sampai kan pengawal keselamatan kat situ dah kenal saya n keluarga,x payah ada pemeriksaan keselamatan dah.Itu untungnya kalau ada saudara mara yang tinggal kat situ,ada juga peluang untuk menjejakkan kaki kat situ….alhamdulillah,sebahagian cita-cita tercapai,insyaALLAH.






28 April 2011

UKHWAHFILLAH



Alhamdulillah,hari ini masih lagi berpeluang untuk mencoretkan sepatah dua kata kat dalam blog ni.Citernya masih berkisarkan orang yang sama.Seorang sahabat dan juga seorang abang yang baik.

Nama dan alamatnya dirahsiakan…pada hal saya pun x tahu nama penuhnya,alamatnya sebab itu saya cakap nama dan alamatnya dirahsiakan…hehehe.Walauapapun yang terjadi,abang saya ni memang seorang yang baik dan saya adiknya yang x baik mana pun….huhuhu.(Bila masa dia jadi abang saya dan bila masa saya jadi adik dia,hanya takdir yang menentukan….dia panggil saya adik dan saya panggil dia abang,itulah ukhwah antara abang dan adik….hehehe)Apapun Islam tetap bersaudara,cuma ada batas-batas tertentu yang memisahkan.Ukhwah antara saya dan abang semata-mata kerana ALLAH.
Seperti kata abang:
“itulah bkti kasih syg ALLAH, ukhwah kerna DY walopon sngkt mbuah kasih syg antara kita.....insya'allah sntiase bersama redhaNYA...aamiin (",") “.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin….

Hari ini abang sibuk dengan exam,tapi masih sempat lagi mengirimkan ilmu yang bermanfaat buat saya dan sahabat-sahabatnya.Ilmu yang abang kirimkan,mengajak saya membayangkan malam pertama di alam barzakh,semua orang tahu kan apa itu alam barzakh,kalau x tahu saja sangat.Ngeri rasanya,bila membayangkan malam pertama di alam barzakh,sekiranya  tiada persediaan dibuat serapi mungkin.x dapat nak bayangkan,betapa azabnya di sana nanti.

Kenapa kita x mempersiapkan malam pertama kita di alam barzakh serapi mungkin,sebagaimana kita mempersiapkan malam pertama kita dalam sesebuah perkahwinan?Sebenarnya saya x pandai nak mengarang ayat yang benar-benar power,mengenai permasalahan ini, “malam pertama di alam barzakh dan malam pertama dlm sesebuah perkahwinan”.Masing-masing tepuklah dada tanyalah iman.Akal fikiran saya masih kebudak-budakan,mana mungkin pendapat saya diterima.Kalau tanya abang mungkin abang boleh menjawabnya.

Abang masih lagi menuntut kat sebuah IPTA.Abang berusaha sedaya mungkin untuk merealisasikan cita-cita dan impiannya untuk menjadi seorang jurutera.Walaupun sibuk dengan aktiviti seharian,masih lagi sempat menghubungi saya,perantara antara saya dan abang hanyalah send mesej kat inbox masing-masing.

Syukran ya buat abang,kerana tanpa jemu-jemu memberi saya nasihat dan berkongsi ilmu-ilmu yang bermanfaat,walaupun masa abang amat terbatas sekali.Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas segala kebaikan abang.Moga abang sentiasa dalam rahmat ALLAH…insyaALLAH.Setiap hari ada saja nasihat dari abang untuk saya.Syukur sangat-sangat kerana ALLAH menganugerahkan saya seorang sahabat juga seorang abang yang baik….alhamdulillah.

Sekian citer saya untuk kali ini,berkisarkan tentang seorang sahabat dan juga seorang abang yang baik…..dah xde ideal la,x pa la,lain kali kalau ada masa dan keadaan mengizinkan,akan saya rungkai lagi satu persatu mengenai kebaikkan abang saya ni.Tapi nama dan alamat penuh mestilah dirahsia……hehehe.
Abang,maafkan saya…citer saya kali ini masih berkisarkan tentang abang,saja je nak penuhkan blog dengan citer-citer yang bermanfaat.Copy and paste gambar diatas,jangan marah saya ya....adik abang ni kadang-kadang nakal juga.Moga-moga ianya menjadi contoh ikutan terbaik sepanjang zaman….insyaALLAH.


26 April 2011

MEMORI YANG TIDAK DAPAT DILUPAKAN (DAH JADI KENANGAN PUN...HUHUHUHU)



Saya baru aje mengenali seorang sahabat melalui alam siber.Oleh kerana dia lebih tua dari saya,saya memanggilnya dengan panggilan abang sahaja.Sekadar nak menghormati orang yang lebih tua dari saya.Ikatan ukhwah antara saya dan abang cepat mesra.Abang baik sangat,walaupun saya dan abang baru aje mengenali.

Ukhwah ini bermula bila saya menghantar satu post kat sebuah group.Abang ingin share post saya.Saya pun x tahu kat mana yang menariknya post saya itu.Memang menarik kot,sebab itulah abang sangat-sangat berminat…hehehehe.Riak pula rasanya.Tapi x apalah itu hanya sekadar ilmu.Ilmu yang baik harus dikongsi dengan semua orang.

“Mohon share ukhti”,kata abang.
Saya pula tanpa usul periksa terus menjawab, “silakan ukhti”.
Mati-matian ingatkan seorang wanita.Sebab tengokkan kat gambar, ada pasangan kartun Islamic,selalunya kartun Islamic wanita aje yang gunakan buat  gambar profil fb.Lebih musykil lagi kat maklumat fb x ada  pula dinyatakan lelaki atau perempuan.
“Ana muslimin not muslimat”,jawab abang kembali.
Ya ALLAH, malunya rasa.Nasib baiklah kat alam siber,kalau kat alam nyata,manalah nak letak muka ni…hehehehe.Memang malu sungguh.
“Maaf saya tersilap”.
“Maaf buat ukhti keliru”,kata abang.
“Saya minta maaf,sebab saya lihat kat maklumat fb x ada pun dinyatakan lelaki atau perempuan.Saya minta maaf banyak-banyak”,jawab saya.
Malunya saya,hanya ALLAH aje yang tahu.Kali pertama saya tersilap dan kali pertama saya terkena.

Bermula saat itu abang add saya,sebagai kenalan dalam fb.Post yang abang share dari saya,abang post pula kat fb abang.Abang x lupa tag nama saya kat dalam post itu.Terima kasih abang.Saya ni sebenarnya seorang yang pemalu,saya x add sahabat lelaki kat fb saya,tapi kalau ada sahabat lelaki add saya,saya terima aje,tapi saya pastikan juga sahabat yang add saya tu bukanlah jenis yang suka merapu.Saya x berapa suka sahabat yang sebegitu.Saya nakkan sahabat yang amal.iman n  taqwa penuh didada.Bukannya memilih,tapi saya nak mempunyai sahabat yang sama-sama mencari redha ILAHI.

Bila ada sahabat yang add saya,mula-mula sekali saya selongkar(pinjam perkataan abang) fb sahabat…bukannya apa sekadar nak pastikan dengan siapa saya bersahabat dan dengan siapa saya menjalinkan ikatan ukhwah.Kalau boleh saya nakkan ukhwah kerana ALLAH, agar ianya berkat sampai bila-bila.Macam tu juga saya lakukan kat fb abang,saya selongkar habis-habisan.Rupa-rupanya abang dah ada kekasih hati,setia sungguh abang  pada kekasih hatinya.Tinggalkan sekejap hal peribadi abang,saya x nak masuk campur hal peribadi abang….huhuhu.Itu hak abang.

Abang suka post status yang buatkan orang suspen.Saya ni,bila dah kenal rapat (saya dgn abang kenal rapat jugalah walaupun di alam maya)sahabat saya,mulalah nak bagi pendapat kat post sahabat-sahabat.Mula-mula sekali saya bagi pendapat kat post abang yang berbunyi begini:
“arie ni ak fail just dpt 2/5 huhu…”.(Solat)
Saya ingat ke abang x solat sepenuhnya.
Saya pun tanya, “mcm mana blh ketinggalan lagi 3”
Abang jawab, “x taw la dik jiha…..busy ngan dunia kot…”
“walau busy mcm mana skalipun yang wajib mesti kena tunaikan dgn segera…kot x sempat mcm mana….dunia dikejar,akhirat jgn dilupakan…”tu dia aih ayat,mcm ustazah pulak,pandai2 je nak bagi nasihat kat orang,sedangkan diri masih ada kekurangannya.
“hihi…baik ma’am,time kasih ma’am ( “,”)hihi”,sempat lagi abang buat lawak.
“mulai esk jgn fail lagi…mesti penuh 5/5 di awal waktu,sbb itulah yg mula-mula sekali akan di tanya n ianya mencegah kemungkaran dr terus menguasai diri….sekadar peringatan untuk diri sendiri juga”,dengan panjang lebar lagi saya bagi pendapat.
“insyaALLAH if diizinNYA puan….sy kena berusaha yer puan…terima kasih puan,moga puan panjang umor,diberkati srta diredhaiNYA(“,”)..”,lawak juga abang saya yang seorang ni…sungguh saya x sangka,rupa-rupanya abang saya ni suka buat lawak.

Dlm pada itu abang buat mesej kat saya,abang menerangkan yang abang hanya sempat p masjid 2 waktu je,3 lagi x sempat….Ya ALLAH malunya saya,tersalah sangka,ingat ke abang solat 2 waktu je,3 waktu lagi x sempat…maafkan saya abang,x pasal-pasal buat dosa.Punyalah panjang lebar pendapat saya…huhuhu..salah sangka kat abang lagi…ini kali kedua saya tersilap dan tersalah sangka…malunya saya.TERKENA LAGI SAYA UNTUK KALI KEDUA…HUHUHUHU

Untuk kali ketiga juga,abang post status yang buatkan saya suspen juga…huhuhu..terkena lagi saya kali ini..pendapat saya kali ini lagi panjang lebar.
Post status abang:
“sy ada syndicated marking design project,2 hari smpai esk ptg”…she said arghh tension tol.
Abang bagi status,abang juga bagi pendapat:
“ak keseorangan di lautn sepi,ditinggalkan mereka yang ku percayai…namun ak tahu ade hikmahnyer dlm setiap segala yg ak mulai….”.(jiwang juga abang saya ni)
Saya ni x tau apa masalah sebenarnya terus masuk mencelah:
“who is she?ALLAH x pernah tinggalkan kita,DIA sentiasa ada disisi kita”.
“btol tu dik,DY mmg sntiase ade…tp dy xde dik,ade hal…disaat abg memerlukn dy ,dy ade hal plak huhu…(ptot dlm islam bleh smpai 4,yg nie xblh yg lain ade kn)hihi c(“,”)”.
Saya masih x faham maksud abang yang sebenarnya terus je bagi pendapat:
“uishh abang ni,setialah pd yg satu,tanya pd diri mampukah smpai 4…”.Apa yang terlintas dlm fikiran saya,maksud abang sebenarnya ialah kahwin smpai 4.
“ermm rasulullah pn ade kate sruh cari lebih dr 1…para alim ulama’ pn same pndapat gak…lain org lain caranyer kn…terlebih mampu dik(“,”)..”,jawab abang,
“ckp mmang sngkn…tpi mampukah jd seperti Rasulullah,berlaku adil….tentu tidakkan,terlebih mampu dr segi apa (wang ringgit,harta benda)”,saya juga x mau mengaku kalah dgn abang.
“mampu tp xkn adil pnya…ade stgh tu senang,ade yg stgh susah…yg susah kena kerap kali jmpa,yg senang jarang jmpa cukup la kn.jmpa just ade keperluan je…wang ringgit hrta benda tu semua dunia belaka dik…xperlu,kalo dh ‘cinta’semua bleh….free pn ade(“,”)”,abang masih menyembunyikan maksud yang sebenarnya.
“ya abg,wang ringgit n harta benda adalah kemewahan dunia semata-mata…ianya x dpt menolong kita d akhirat kelak…mampu tp xkn adil,baik setia pd yg sedia ada…ok”, kata saya.
“dh tu dy yg wat hal….sape xtnsion huhu…tugas utama dy yg ALLAH amanah adalh jaga kebajikan org mcm abg dik….amanah dr ALLAH tu…(“,”)”,saya masih x faham maksud abang yang sebenarnya.
“bersabarlah,jgn tnsion….mungkin ada sbb dy berbuat bgitu….sapa tahu…”,saya masih dgn nasihat kebudak-budakkan.
“sbb dy kalau dik nk taw adalh “sy ada syndicated marking design project,2 hari smpai esk ptg”….huhu”,abang masih dgn alasan yg sama,x juga cuba memahamkan saya.
“2 hr x lama kjp je…xkn itu pn nk tnsion,apakata klau abg tnsion x berhubung dgn ALLAH selama 2 hr,itu baru btulkan…”.

Dalam pada itu masuklah mesej dlm inbox saya,abang menerangkan maksud status abang.Maksud abang yang sebenarnya ialah lecture abang,bukanlah kekasih hati abang.Malunya lagi saya…huhuhu..tersilap dan tersalah sangka lagi.Abang terangkan lagi maksud islam suruh cari smpai 4,bukanlah cari isteri tetapi cari guru,kalau seorang guru x ada,yang lain ada.Panjang lebar huraian abang mengenai apa maksud sebenar abang post status sebegitu.Malunya saya....hahahaha…padan ngan muka saya,suka sangat menyibuk. Abang kata,abang sengaja post status yang macam tu.Saya bagitau abang,lain kali janganlah buat mcm tu lagi.Abang,malunya saya…huhuhuhu.TERKENA LAGI SAYA UNTUK KALI KETIGA.

Ingat ke berhenti setakat itu saja,rupa-rupanya ada lagi.Kata abang lagi she is not real but ideal bagi abang.Yang ni saya x blh la nak citer kat sapa-sapa pun,sebab ini amanah abang untuk saya.TERKENA LAGI SAYA UNTUK KEEMPAT KALINYA….HAHAHAHA.

Untuk abang saya minta maaf banyak-banyak di atas silap dan salah sangka saya.Maafkan saya ya dan terima kasih untuk ilmu-ilmu dan nasihat-nasihat yang abang curahkan buat saya.Semoga ikatan ukhwah ini berkekalan.
MALU……MALU…..MALUNYA SAYA.
SEKIAN DARI SAYA……DENGAN INI MAKA TERHASILLAH MUTIARA KATA SEPERTI DI BAWAH INI:

“JADIKAN KESILAPAN YANG DILAKUKAN HARI INI SEBAGAI SATU PENGAJARAN DIMASA AKAN DATANG DAN JANGAN BIARKAN IANYA BERULANG KEMBALI.CUKUPLAH SEKALI SAHAJA DAN AMBIL IKTIBAR DARINYA”.




MENCARI KETENANGAN



Tenangkanlah diri dengan mengingati ALLAH,
Syukur akan nilmatNYA,lafazkan ALHAMDULILLAH,
Resah gelisah di hati,damaikanlah dengan ZIKRULLAH,
Tiada ketenangan di jiwa,alunkanlah ayat-ayat suci dari kitab KALAMULLAH.

Maha suci ALLAH,subhanallah,
Syukur padaMU Ya ALLAH,alhamdulillah,
Tiada TUHAN melainkan ALLAH,lailahaillallah,
ALLAH maha besar,ALLAHUAKBAR.

Bila amarah menguasai,siramilah diri dgn berwuduk,
Bila hati berbelah bahagi,rawatlah ianya dgn bersolat,
Bila fikiran bercelaru,damaikan ianya dgn alunan ayat-ayat suci Al-Quran,
insyaALLAH ketenangan milik diri jua.

“Hai!orang-orang yang beriman,bertaqwalah kamu kepada ALLAH dan katakanlah perkataan yang teguh(benar dan tepat).Nescaya ALLAH memperbaiki amalan-amalanmu dan mengampuni dosa-dosamu.Dan (ingatlah) sesiapa mentaati ALLAH dan RasulNYA,maka sesungguhnya dia telah memperoleh kejayaan yang amat besar”.
(Surah Al-Ahzab ayat:70 & 71)

Diterang dalam sebuah hadis bahawa terdapat tiga amalan yang paling teguh:
1.Hendaklah mengingati ALLAH dalam setiap keadaan (sedih ataupun gembira,kesempitan ataupun kelapangan hidup).
2.Hendaklah berlaku adil terhadap diri sendiri (yakni jangan hanya bertegas terhadap orang lain tetapi bersikap ambil mudah terhadap diri sendiri).
3.Hendaklah membantu saudara-saudara kamu dengan harta benda.

“Maka sampaikanlah berita gembira kepada hamba-hambaKU yang mendengar perkataanKU lalu  mengikuti perkataan yang paling baik daripada perkataan itu.Merekalah orang-orang yang telah diberi petunjuk hidayah oleh ALLAH dan mereka itulah orang-orang yang berakal”.
(Surah Az-Zumar ayat:18)


25 April 2011

CINTA HATIKU....



Cinta hatiku,
Mak dan ayah,
Terima kasih mak,
Terima kasih ayah,
Jasa pengorbanan mak dan ayah,
Tak  mungkin kakak lupakan,
Susah payah mak dan ayah membesarkan kakak,
Kakak akan sentiasa sematkan dalam ingatan,
Tiada yang lebih berharga dari kasih sayang mak dan ayah,
Mak dan ayah,
Maafkan kakak,andai kakak ada buat salah dan silap,
Maafkan kakak, mak…
Maafkan kakak, ayah…

Pada MU Ya ALLAH ku memohon,
ENGKAU berkatilah cinta hatiku ini,
Bahagiakanlah cinta hatiku dunia dan akhirat.

PadaMU Ya ALLAH ku memohon,
ENGKAU rahmatilah cinta hatiku ini,
Selamatkanlah cinta hatiku dunia dan akhirat.

PadaMU Ya ALLAH ku memohon,
ENGKAU lindungilah cinta hatiku ini,
Dari ancaman musuh-musuhMU.
Sesungguhnya ENGKAU MAHA PENYAYANG LAGI MAHA MENGASIHANI.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.


24 April 2011

DOA



Doa ditolak kerana beberapa sebab:

1.Kita mengenal ALLAH tetapi segala hak yang diamanahkan kepada kita tidak dilaksanakan.

2.Sunnah Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam diremehkan walaupun kita menyintainya.

3.Al-Quran dibaca siang dan malam tetapi kita tidak beramal dengannya.

4.Tidak bersyukur di atas segala nikmat yang ALLAH kurniakan.

5.Syaitan dijadikan sahabat walaupun lidah mengatakan ia musuh.

6.Kita tidak beramal bersungguh-sungguh walaupun kita mengetahui bahawa syurga itu benar.

7.Maksiat kita lakukan berleluasa walaupun kita tahu neraka itu adalah balasan untuk orang yang melakukan maksiat.

8.Tidak menyediakan bekalan hari akhirat walaupun kita percaya mati itu benar.

9.Sentiasa mencari keaiban dan kesalahan orang tetapi tidak memerhatikan keaiban diri sendiri.

10.Tidak mengambil iktibar dan pengajaran setelah menguburkan orang mati.

21 April 2011

BICARA HAWA BUAT ADAM



Nak berkawan dan bersahabat dgn saya boleh,tapi ada syaratnya:

Saya x nak jumpa awak,sebab saya takutkan ALLAH…..antara saya dan awak mesti ada orang ketiga.

Saya x mahu membuat panggilan ataupun menerima panggilan dari awak,sebab saya takutkan ALLAH…saya takut nanti ada terselit dosa-dosa yang x kita sedari.

Saya x nak tunjukkan gambar saya,bukan kerana saya malu…tapi saya khuatir ianya akan membuatkan awak berdosa kerana mengumpat saya,sebab saya x lah secantik bidadari…tapi saya tetap bersyukur atas kurniaan ALLAH untuk saya.

Saya x nak sms atau chat dengan awak setiap hari,bukan kerana saya bosan dengan awak….tapi saya bimbang,andainya saya x mampu menahan keinginan dan kemahuan hati…takut nanti saya menyimpang dari niat yang sebenarnya,saya berkawan dan bersahabat dengan awak hanya kerana ALLAH.

Saya x suka dengar ungkapan cinta,kasih,sayang dan rindu,sebab antara saya dan awak tiada apa-apa ikatan….lagipun saya takutkan ALLAH,sebagai insan biasa saya kadang-kadang terpesona juga dengan keindahan ungkapan itu.Awak simpanlah ungkapan itu untuk permaisuri hati awak yang sah.Jangan sesekali lafazkan ungkapan itu,pada yang bukan menjadi hak milik awak yang sah….sebab musuh kita sentiasa menunggu peluang untuk menghancurkan kita.Awak fahamkan siapakah musuh kita?

Saya x suka bersms atau chat,perkara yang bukan-bukan…sebab ianya boleh melalaikan hati,jiwa dan perasaan saya,sekaligus saya terikut-ikut dengan musuh kita….saya lebih takutkan ALLAH dari segala-galanya…azab ALLAH tersangatlah dahsyatnya….awak fahamkan apa yang saya maksudkan.

Ok lah awak,setakat ini dulu…sebenarnya banyak lagi syarat saya untuk awak sekiranya awak nak berkawan dan bersahabat dengan saya….saya harap awak menghormati dan menghargainya…biarlah kita berkawan dan bersahabat kerana ALLAH,ukhwah kita biarlah sampai ke syurga…..insyaALLAH semuanya berkat.




TERIMA KASIH YA ALLAH



Alhamdulillah,ALLAH menganugerahkan kepada saya sahabat-sahabat yang sentiasa mengajak saya untuk mencari redha ILAHI.Terima kasih buat sahabat-sahabat yang saya sayangi kerana ALLAH.

Walaupun saya hanya mengenali mereka melalui alam siber,tapi ikatan ukhwah antara saya dan sahabat-sahabat  seperti telah lama terjalin,bagaikan sebuah keluarga.Merekalah abang dan kakak saya.Sentiasa ada gurau senda dan usik mengusik,memang mesralah hubungan antara kami,walaupun hanya melalui sms dan chat.Saling tegur-menegur,nasihat-menasihati kearah kebaikan untuk mendapat keredhaan ILAHI.

Syukur YA ALLAH kerana dipertemukan dengan sahabat-sahabat seperti mereka ini.Terima kasih YA ALLAH.

SAHABAT,
Jangan biarkan ukhwah antara kita terlerai begitu sahaja,
Ikat dan simpulkan kuat-kuat supaya ianya boleh bertahan selamanya,
Amal,iman dan taqwa pedoman kita,
Untuk menuju syurga ILAHI.

SAHABAT,
Akrabnya ukhwah kita kerana ALLAH,
Ukhwah kita dipenuhi dengan kebahagiaan,
Kebahagiaan dunia dan akhirat,
Itulah yang kita semua dambakan.

SAHABAT,
Hanya takdir yang dapat memisahkan jalinan ikatan ukhwah kita,
Kalau itu yang terjadi,maka pasrahlah kita dengan ketentuanNYA,
Siapalah kita disisiNYA,
Hanya seorang hamba yang kerdil lagi hina.

TERIMA KASIH BUAT SAHABAT-SAHABAT YANG DISAYANGI KERANA ALLAH.

18 April 2011

PENGORBANAN MAK DAN FADHILAT AL-QURAN



Semalam mak dan adik kita tidur pkl 3 pagi,semata-mata nak siapkan  kerja kursus abang kita.Kesian kat mak dan adik kita.Mak  dan adik kita bersengkang mata untuk siapkan kerja kursus abang kita.Sedangkan abang kita enak dibuai mimpi begitu juga dengan ayah kita.Pengorbanan mak kita tiada nilainya dgn harta benda dan wang ringgit mahupun emas permata.

Mak kita tak lah sebijak mana,pendidikan setakat SPM je,tapi akal anugerah ALLAH kepadanya payah untuk diungkapkan dengan kata-kata.Kita adik beradik,bila ada kerja kursus,kepada mak lah kita serahkan semuanya.Kita cuma terima hasilnya aje.Kadang-kadang tu kesian juga kat mak kita,terpaksa berkorban masa dan tenaga untuk kita adik beradik.Banyak pengorbanan mak untuk kita adik beradik.Rasanya tak termampu untuk kita membalasnya.Mak tak harapkan apa-apa pun dari kita,cuma dia nak kita berjaya dalam hidup dan juga pelajaran.Kata mak pelajaran tu penting untuk masa depan kita adik beradik.

Walaupun  semalam mak kita tidur lewat,tapi dia masih boleh bangun awal pagi untuk solat subuh di awal waktu dan baca ayat-ayat suci Al-Quran.Sedangkan kita yang tidur awal pun masih enak dibuai mimpi indah lagi.Semalam juga,selepas mak kita siapkan kerja kursus abang kita,mak kita tinggalkan satu nota untuk abang kita.

Nota itu berbunyi begini:
“Assalamualaikum,kerja kursus ini siap hampir jam 3  pagi.Balaslah jasa dan pengorbanan mak bersengkang mata sehingga dinihari dengan berjaya dalam exam SPM, dengan mendapat keputusan cemerlang sekurang-kurangnya 9A+…insyaALLAH,sekian terima kasih.Wah ! tinggi betul harapan mak kita pada abang,tapi mampukah abang mendapat keputusan sebegitu,insyaALLAH kalau abang berusaha dan banyak berdoa pasti ALLAH permudahkan.
Nak tahu apa jawapan abang kita,bila terbaca nota yang mak tulis untuk dia….. “tu dia aih sampai 9A+.Tinggi sangat harapan mak,abang tak mampu merealisasikannya”.

Mak kita kata boleh sekiranya abang berusaha dari sekarang,lebihkan masa untuk mengulangkaji,buang sedikit demi sedikit sikap yang abang ada,biasalah budak remaja sekarang,tak lekat di rumah.Pelajaran hanya setakat di sekolah aje,balik rumah pelajaran entah di mana.

Mak juga cakap kat kita supaya selalu amalkan baca ayat-ayat suci Al-Quran,supaya hati kita sentiasa terang untuk menerima ilmu,hati kita sentiasa tenang dan Al-Quran juga akan datang kepada kita sebagai syafaat yang akan menolong kita di akhirat kelak.



Marilah sama-sama kita jadikan Al-Quran teman setia kita,
Kita alunkan irama merdunya setiap hari,
Kita hayati terjemahannya dan kita amalkannya,
Supaya kita diantara yang menerima syafaatnya kelak.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda: “Al-Quran adalah pemberi syafaat yang syafaatnya diterima dan sebagai pembela yang pembelaannya dibenarkan.Sesiapa meletakkan Al-Quran di hadapan,Al-Quran akan membawanya ke syurga dan sesiapa meletakkan Al-Quran di belakang,maka Al-Quran akan mencampakkannya kedalam neraka”.(Hadis Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)

Hadis ini bermaksud bahawa jika Al-Quran mensyafaati sesiapa sahaja,syafaat Al-Quran itu diterima oleh ALLAH.Maksud daripada ‘pembelaan Al-Quran’ ialah Al-Quran akan merayu di mahkamah ALLAH bagi meninggikan darjat mereka yang menurut perintah-perintah ALLAH.Sementara mereka yang tidak menunaikan hak-hak,Al-Quran akan menuntut, “Kenapa engkau tidak menunaikan hak-hakku?”Sesiapa sahaja yang menyimpan Al-Quran dengan baik yakni dengan menurut perintah Al-Quran dan menjadikannya peraturan hidup maka Al-Quran akan membawa orang itu ke syurga,Manakala,sesiapa yang membelakangkan Al-Quran yakni tidak mengikutinya maka tidak ragu-ragu lagi Al-Quran akan mencampakkannya ke dalam neraka.

Dalam hati kita berdoa moga-moga kita di antara yang menerima syafaat dari Al-Quran.Sebenarnya kita takut dengan azab dan siksaan ALLAH,bila kita baca hadis ini.
Marilah kita semua ambil iktibar dan pengajaran dari hadis ini:
Dalam kitab Sahih Bukhari ada sebuah hadis yang panjang tentang Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam dibawa berjalan melihat sebahagian balasan di akhirat.ALLAH telah memperlihatkan kepada baginda keadaan seorang yang kepalanya dihentakkan dengan batu.Hentakan itu begitu kuat sehingga kepala itu pecah.Apabila ditanya oleh Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam,Baginda di beritahu bahawa ALLAH telah mengajar Al-Quran kepada orng tersebut,tetapi dia tidak pun membacanya pada waktu malam dan tidak juga beramal dengannya pada waktu siang.Oleh kerana itu,siksaan sedemikian akan berterusan ke atasnya sehingga hari kiamat.Semoga ALLAH menerusi rahmatNYA melindungi kita daripada azabNYA itu.Sememangnya Al-Quran yang suci adalah satu nikmat yang sangat besar,apa-apa sahaja azab yang dikenakan kerana tidak mengendahkan Al-Quran adalah patut.

Kita baru aje baca kisah dari hadis ini dah terasa ngerinya azab ALLAH,bagaimana dengan orang yang merasai pembalasan dari ALLAH sehingga hari kiamat,cubalah bayangkan..nauzubillahi min zalik.Minta dijauhi semua itu.Sama-samalah kita bermuhasabah diri.



17 April 2011

BERGEMBIRALAH DENGAN HASANAH SELEPAS MATI



Bagi hamba-hamba ALLAH yang dikehendakiNYA, alam selepas mati penuh dengan bermacam-macam hasanah atau kebaikan hinggalah sampai ke hari kiamat dan mereka dimasukkan ke syurga.

Berikut adalah kebaikan-kebaikan yang akan diperolehi oleh mereka seperti disenaraikan oleh Iman Ghazali dalam kitannya Minhajul Abidin:

1.Rohnya diiringi naik kelangit dengan penuh penghormatan sedangkan badannya di alam dunia sebelum dikuburkan.

2.Selepas dikuburkan,rohnya akan aman daripada pertanyaan malaikat dan huru-hara kubur.

3.Diluaskan dan diterangi kuburannya hingga kuburan itu bertukar menjadi ‘taman syurga’sampai ke hari kiamat.

4.Nyawanya ditempatkan bersama nyawa orang-orang soleh dalam keadaan bahagia.

5.Dibangkitkan daripada kubur dan dikumpulkan di Padang Mahsyar kelak dalam keadaan mulia dan dihormati,diberi pakaian dan mahkota yang indah serta mengenderai buroq.

6.Paras mukanya bersih dan bercahaya,sebagaimana firmanNYA: “Ada wajah pada hari itu bercahaya,senyum gembira”.

7.Menerima catatan amal dari sebelah kanan (sebagai tanda selamat)dan ada pula yang tidak diberi catatan sama sekali(sebab tidak dihisab).

8.Dipermudahkan hisab,malah ada yang tidak dihisab sama sekali.

9.Timbangan kebaikannya berat,bahkan ada yang tidak ditimbang sama sekali.

10.Mendapat penghormatan menghadap Rasulullah di telaga baginda dan minum di telaga tersebut.Siapa yang minum dari telaga baginda tidak akan haus sampai bila-bila.

11.Dapat menempah Titian Sirat dan selamat daripada terhumban ke neraka.

12.Dapat memberi syafaat kepada orang lain pada saat huru-hara di Padang Mahsyar sebagaimana para Nabi dan Rasul memberi syafaat.

13.Memperolehi kerajaan yang kekal di syurga(menjadi raja).

14.Mendapat keredhaan yang maha agung daripada ALLAH.

15.Menghadap ALLAH-merupakan sebesar-besar ‘hasanah’di akhirat.


TAFSIR AYAT-AYAT SUCI AL-QURAN



Firman ALLAH dalam Surah AL-AN’AAM ayat:54 yang bermaksud:
Dan apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat keterangan KAMI itu datang kepadamu (dengan tujuan hendak bertaubat dari dosa-dosa mereka) maka katakanlah: “Mudah-mudahan kamu beroleh selamat!TUHAN kamu telah menetapkan bagi diriNYA untuk memberi rahmat (yang melimpah-limpah): bahawasanya sesiapa di antara kamu yang melakukan kejahatan dengan sebab kejahilannya,kemudian ia bertaubat sesudah itu dan berusaha memperbaiki (amalannya),maka sesungguhnya ALLAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHANI”.

Huraiannya:
Setelah ALLAH menegah RasulNYA daripada menghalau golongan orang mukmin yang lemah semasa dalam majlisnya kerana mengharapkan pembesar-pembesar Quraisy masuk Islam,maka di sini ALLAH menyerunya pula agar memberi ucapan selamat kepada orang-orang yang memeluk agama Islam-dari semasa ke semasa-kerana mereka adalah orang-orang yang mempercayai akan keterangan-keterangan ALLAH.Ucapkanlah “Assalamualaikum” (keamanan dan kesejahteraan ALLAH limpahkan ke atasmu)bila mereka datang kepadamu.Dan katakanlah juga kepada mereka:

“TUHAN kamu telah menetapkan atas diriNYA bersifat belas kasihan”.

Maksudnya:KetetapanNYA bersifat belas kasihan terhadap makhlukNYA itu adalah suatu kemurahan dan kelimpahanNYA jua.Kemudian ALLAH menerangkan salah satu asas agama yang menunjukkan sifat belas kasihanNYA terhadap orang-orang mukmin ialah:

“Barangsiapa yang mengerjakan kejahatan di antara kamu kerana kejahilannya,sesudah itu ia kembali (bertaubat) dan mengerjakan yang baik,maka sesungguhnya ALLAH  MAHA PENGAMPUN LAGI MENGASIHANI”.

Maksudnya: Jika seseorang telah berbuat jahat iaitu kerana kejahilannya,lalu kejahatan itu dilakukannya,misalnya kerana marah lalu memaki orang ,kemudian dia tersedar akan dosa dan seksa yang bakal diterimanya di akhirat  dan menyesali perbuatan yang dilakukannya itu dan bertaubat yang sebenar-benarnya dan tidak mengulangi lagi perbuatannya yang jahat itu pada masa-masa yang akan datang,kemudian dia pun tekun mengerjakan amal yang baik-baik,nescaya ALLAH akan menerima taubatnya dan akan mengampunkan dosanya.



15 April 2011

KISAH NABI MUSA A.S DENGAN IBLIS



Iblis datang kepada Nabi Musa a.s dan berkata: “Engkaulah yang dipilih oleh ALLAH  sebagai RasulNYA dan Kalimullah,sedangkan aku seorang  makhluk biasa, yang ingin juga bertaubat kepada TUHAN.Maka tolonglah aku,semoga taubatku diterima. “Nabi Musa a.s merasa gembira lalu ia berwuduk dan sembahyang,kemudian dia berdoa: “YA ALLAH,iblis adalah makhlukMU dan dia ingin bertaubat,maka terimalah taubatnya. “Maka diturunkan wahyu kepada Nabi Musa: “Ya Musa,dia tidak akan bertaubat.”Jawab Musa: “YA ALLAH,dia mahu bertaubat.”Maka turun wahyu kepada Musa: “Aku telah menerima permintaanmu Musa,maka suruhlah dia sujud kepada kubur Adam,maka AKU akan menerima taubatnya”.

Nabi Musa a.s sangat gembira dan menyampaikan suara wahyu itu kepada iblis,tiba-tiba iblis marah dan sombong serta berkata: “Aku tidak sujud kepadanya pada masa hidupnya,bagaimana akan sujud sesudah matinya?” Lalu iblis berkata: “Hai Musa,kerana engkau telah menolongku,maka kini engkau berhak menerima hadiah daripadaku,maka aku berpesan kepadamu tiga perkara:

1.Ingatlah kepadaku ketika marah,sebab aku di dalam tubuhmu mengikut saluran darah.

2.Ingatlah kepadaku ketika menghadapi musuh ketika perang,sebab aku datang kepada anak Adam mengingatkan kepadanya keadaan isteri,anak,hartanya sehingga dia lari ke belakang.

3.Awaslah,jangan duduk sendirian dengan wanita yang bukan mahram,sebab aku sebagai utusannya kepadamu dan utusanmu kepadanya.


DOA KHATAM AL-QURAN



ﺑﺴﻡ  ﺍﷲ  ﺍﻠﺮ  ﺤﻤﻦ  ﺍﻠﺮ ﺤﻴﻡ


YA ALLAH rahmatilah aku dengan AL-QURAN,jadikanlah ia sebagai pemimpin,cahaya,petunjuk dan rahmat bagiku.
YA ALLAH,ingatkanlah apa yang aku lupa daripadanya,berikanlah ilmu apa yang belum aku ketahui mengenainya, anugerahkanlah kepadaku untuk membacanya di tengah malam dan penghujung siang,jadikanlah ia sebagai hujah bagiku wahai TUHAN sekelian alam.
YA ALLAH, perbaikilah bagiku agamaku kerana dialah penjaga urusanku,perbaikilah bagiku duniaku kerana di dalamnya aku hidup,perbaikilah bagiku akhiratku,kerana ia tempat kembaliku,jadikanlah hidupan sebagai tambahan segala kebaikan bagiku dan jadikanlah kematian sebagai kerehatanku dari segala kejahatan .
YA ALLAH,aku memohon kepadaMU sebaik-baik permohonan,sebaik-baik doa,sebaik-baik kejayaan,sebaik-baik ilmu,sebaik-baik amal,sebaik-baik pahala,sebaik-baik kehidupan,sebaik-baik kematian,teguhkanlah aku,beratkanlah timbangan kebaikanku,teguhkanlah keimananku,tinggikanlah darjatku,terimalah sembahyangku,ampunilah segala kesalahanku,aku memohon ketinggian syurga.
YA ALLAH,aku memohon kepadaMU keharusan mendapatkan rahmatMU dan keteguhan pengampunanMU,keselamatan dari segala dosa,kejayaan dari semua kebajikan,keuntungan syurga dan keselamatan dari neraka.
YA ALLAH,perbaikilah akhir hayat kami dalam segala perkara,selamatkanlah kami dari kenistaan hidup di dunia dan seksaan akhirat.
YA ALLAH,anugerahkanlah bagi kami ketakutan kepadaMU yang dapat menghindarkan kami dari berbuat maksiat kepadaMU,ketaatan yang dapat menyampaikan kami kepada syurgaMU,keyakinan yang dapat memperkecil musibah dunia yang menimpa kami,berilah kenikmatan kepada kami dengan pendengaran,penglihatan dan kekuatan kami selama hidup kami,jadikanlah ia sebagai peninggalan kami,jadikanlah pembalasan kami kepada orang yang menzalimi kami,tolonglah kami menghadapi orang yang memusuhi kami,janganlah ENGKAU jadikan dunia sebagai kehendak kami yang paling besar dan pengetahuan paling akhir kami,janganlah ENGKAU beri kekuasaan atas kami kepada orang yang tidak mengasihi kami.
YA ALLAH,janganlah ENGKAU tinggalkan dosa-dosa pada kami melainkan ENGKAU telah mengampuninya.janganlah ENGKAU tinggalkan kesusahan kepada kami melainkan ENGKAU telah mengembirakannya,janganlah ENGKAU tinggalkan hutang-hutang kepada kami melainkan ENGKAU telah menunaikannya dan janganlah ENGKAU tinggalkan sesuatu keperluan dunia dan akhirat pada kami melainkan ENGKAU telah menunaikannya wahai ZAT YANG MAHA MENGASIHANI.
YA ALLAH,berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan selamatkanlah kami dari seksaan api neraka,semoga ALLAH  melimpahkan selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam  dan kepada keluarganya serta para sahabat yang baik.
AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN.




CINTA,KASIH,SAYANG DAN RINDU...



Bila cintaNYA menyapa,kita buat endah x endah aje.Bila kasihNYA menghampiri,kita jarakkan.Bila sayangNYA mendekati,kita jauhkan diri.Bila rinduNYA datang,kita biarkan ianya pergi begitu aje.Kenapa kita begitu?

Bila cinta kekasih hati menyapa,kita agung-agungkan.Bila kasih kekasih hati menghampiri,kita sanjungi.Bila sayang kekasih hati mendekati,kita kagumi.Bila rindu kekasih hati datang,kita pertahankan.Kenapa kita begitu?

Bila cinta kekasih hati menyapa,kita lupa pada  PENCIPTA kita.Bila kasih kekasih hati  menghampiri,kita jarakkan diri dari DIA.Bila sayang kekasih hati mendekati,kita jauhkan diri dari DIA.Bila rindu kekasih hati datang,kita biarkan rindu padaNYA pergi begitu aje.Kenapa kita begitu?

Bila cinta kekasih hati x lagi menyapa,cinta siapa pula yang akan menyapa kita?Bila kasih kekasih hati x lagi menghampiri,kasih siapa pula yang akan menghampiri kita?Bila sayang kekasih hati x lagi mendekati,sayang siapa pula yang akan mendekati kita?Bila rindu kekasih hati x lagi datang,rindu siapa pula yang akan datang kepada kita?

Bila cinta,kasih,sayang dan rindu kekasih hati  x lagi menyapa,x lagi menghampiri,x lagi mendekati dan x lagi datang,tentu kita sedihkan.Tapi andai cinta,kasih,sayang dan rindu dariNYA x lagi menyapa,x lagi menghampiri,x lagi mendekati dan x lagi datang adakah kita bersedih?Andai semua itu terjadi, barulah kita hendak beralih kepada PENCIPTA kita.Ketahuilah cinta,kasih,sayang dan rindu dariNYA tiada sempadan,DIA tetap disisi kita,cuma kita x tahu menghargai kewujudanNYA.Kita sentiasa lalai dan leka dengan cinta rekaan kita sendiri.

Bila tidak bertemu dengan kekasih hati sehari semalam…cinta,kasih,sayang dan rindu semakin menebal.Andai tidak bertemu denganNYA sehari semalam dalam solat 5 waktu,adakah cinta,kasih,sayang dan rindu juga semakin menebal.Tepuk dada tanya iman.

Ucapkanlah kalimah cinta buatNYA dengan sepenuh hati selagi berpeluang.Rungkaikan kasih dalam diri buatNYA dengan seikhlas hati selagi hayat masih ada.Simpulkan sayang buatNYA dan impikan rindu untuk bertemu denganNYA di dalam syurga.