21 April 2011

TERIMA KASIH YA ALLAH



Alhamdulillah,ALLAH menganugerahkan kepada saya sahabat-sahabat yang sentiasa mengajak saya untuk mencari redha ILAHI.Terima kasih buat sahabat-sahabat yang saya sayangi kerana ALLAH.

Walaupun saya hanya mengenali mereka melalui alam siber,tapi ikatan ukhwah antara saya dan sahabat-sahabat  seperti telah lama terjalin,bagaikan sebuah keluarga.Merekalah abang dan kakak saya.Sentiasa ada gurau senda dan usik mengusik,memang mesralah hubungan antara kami,walaupun hanya melalui sms dan chat.Saling tegur-menegur,nasihat-menasihati kearah kebaikan untuk mendapat keredhaan ILAHI.

Syukur YA ALLAH kerana dipertemukan dengan sahabat-sahabat seperti mereka ini.Terima kasih YA ALLAH.

SAHABAT,
Jangan biarkan ukhwah antara kita terlerai begitu sahaja,
Ikat dan simpulkan kuat-kuat supaya ianya boleh bertahan selamanya,
Amal,iman dan taqwa pedoman kita,
Untuk menuju syurga ILAHI.

SAHABAT,
Akrabnya ukhwah kita kerana ALLAH,
Ukhwah kita dipenuhi dengan kebahagiaan,
Kebahagiaan dunia dan akhirat,
Itulah yang kita semua dambakan.

SAHABAT,
Hanya takdir yang dapat memisahkan jalinan ikatan ukhwah kita,
Kalau itu yang terjadi,maka pasrahlah kita dengan ketentuanNYA,
Siapalah kita disisiNYA,
Hanya seorang hamba yang kerdil lagi hina.

TERIMA KASIH BUAT SAHABAT-SAHABAT YANG DISAYANGI KERANA ALLAH.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan