18 April 2011

PENGORBANAN MAK DAN FADHILAT AL-QURAN



Semalam mak dan adik kita tidur pkl 3 pagi,semata-mata nak siapkan  kerja kursus abang kita.Kesian kat mak dan adik kita.Mak  dan adik kita bersengkang mata untuk siapkan kerja kursus abang kita.Sedangkan abang kita enak dibuai mimpi begitu juga dengan ayah kita.Pengorbanan mak kita tiada nilainya dgn harta benda dan wang ringgit mahupun emas permata.

Mak kita tak lah sebijak mana,pendidikan setakat SPM je,tapi akal anugerah ALLAH kepadanya payah untuk diungkapkan dengan kata-kata.Kita adik beradik,bila ada kerja kursus,kepada mak lah kita serahkan semuanya.Kita cuma terima hasilnya aje.Kadang-kadang tu kesian juga kat mak kita,terpaksa berkorban masa dan tenaga untuk kita adik beradik.Banyak pengorbanan mak untuk kita adik beradik.Rasanya tak termampu untuk kita membalasnya.Mak tak harapkan apa-apa pun dari kita,cuma dia nak kita berjaya dalam hidup dan juga pelajaran.Kata mak pelajaran tu penting untuk masa depan kita adik beradik.

Walaupun  semalam mak kita tidur lewat,tapi dia masih boleh bangun awal pagi untuk solat subuh di awal waktu dan baca ayat-ayat suci Al-Quran.Sedangkan kita yang tidur awal pun masih enak dibuai mimpi indah lagi.Semalam juga,selepas mak kita siapkan kerja kursus abang kita,mak kita tinggalkan satu nota untuk abang kita.

Nota itu berbunyi begini:
“Assalamualaikum,kerja kursus ini siap hampir jam 3  pagi.Balaslah jasa dan pengorbanan mak bersengkang mata sehingga dinihari dengan berjaya dalam exam SPM, dengan mendapat keputusan cemerlang sekurang-kurangnya 9A+…insyaALLAH,sekian terima kasih.Wah ! tinggi betul harapan mak kita pada abang,tapi mampukah abang mendapat keputusan sebegitu,insyaALLAH kalau abang berusaha dan banyak berdoa pasti ALLAH permudahkan.
Nak tahu apa jawapan abang kita,bila terbaca nota yang mak tulis untuk dia….. “tu dia aih sampai 9A+.Tinggi sangat harapan mak,abang tak mampu merealisasikannya”.

Mak kita kata boleh sekiranya abang berusaha dari sekarang,lebihkan masa untuk mengulangkaji,buang sedikit demi sedikit sikap yang abang ada,biasalah budak remaja sekarang,tak lekat di rumah.Pelajaran hanya setakat di sekolah aje,balik rumah pelajaran entah di mana.

Mak juga cakap kat kita supaya selalu amalkan baca ayat-ayat suci Al-Quran,supaya hati kita sentiasa terang untuk menerima ilmu,hati kita sentiasa tenang dan Al-Quran juga akan datang kepada kita sebagai syafaat yang akan menolong kita di akhirat kelak.



Marilah sama-sama kita jadikan Al-Quran teman setia kita,
Kita alunkan irama merdunya setiap hari,
Kita hayati terjemahannya dan kita amalkannya,
Supaya kita diantara yang menerima syafaatnya kelak.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda: “Al-Quran adalah pemberi syafaat yang syafaatnya diterima dan sebagai pembela yang pembelaannya dibenarkan.Sesiapa meletakkan Al-Quran di hadapan,Al-Quran akan membawanya ke syurga dan sesiapa meletakkan Al-Quran di belakang,maka Al-Quran akan mencampakkannya kedalam neraka”.(Hadis Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)

Hadis ini bermaksud bahawa jika Al-Quran mensyafaati sesiapa sahaja,syafaat Al-Quran itu diterima oleh ALLAH.Maksud daripada ‘pembelaan Al-Quran’ ialah Al-Quran akan merayu di mahkamah ALLAH bagi meninggikan darjat mereka yang menurut perintah-perintah ALLAH.Sementara mereka yang tidak menunaikan hak-hak,Al-Quran akan menuntut, “Kenapa engkau tidak menunaikan hak-hakku?”Sesiapa sahaja yang menyimpan Al-Quran dengan baik yakni dengan menurut perintah Al-Quran dan menjadikannya peraturan hidup maka Al-Quran akan membawa orang itu ke syurga,Manakala,sesiapa yang membelakangkan Al-Quran yakni tidak mengikutinya maka tidak ragu-ragu lagi Al-Quran akan mencampakkannya ke dalam neraka.

Dalam hati kita berdoa moga-moga kita di antara yang menerima syafaat dari Al-Quran.Sebenarnya kita takut dengan azab dan siksaan ALLAH,bila kita baca hadis ini.
Marilah kita semua ambil iktibar dan pengajaran dari hadis ini:
Dalam kitab Sahih Bukhari ada sebuah hadis yang panjang tentang Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam dibawa berjalan melihat sebahagian balasan di akhirat.ALLAH telah memperlihatkan kepada baginda keadaan seorang yang kepalanya dihentakkan dengan batu.Hentakan itu begitu kuat sehingga kepala itu pecah.Apabila ditanya oleh Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam,Baginda di beritahu bahawa ALLAH telah mengajar Al-Quran kepada orng tersebut,tetapi dia tidak pun membacanya pada waktu malam dan tidak juga beramal dengannya pada waktu siang.Oleh kerana itu,siksaan sedemikian akan berterusan ke atasnya sehingga hari kiamat.Semoga ALLAH menerusi rahmatNYA melindungi kita daripada azabNYA itu.Sememangnya Al-Quran yang suci adalah satu nikmat yang sangat besar,apa-apa sahaja azab yang dikenakan kerana tidak mengendahkan Al-Quran adalah patut.

Kita baru aje baca kisah dari hadis ini dah terasa ngerinya azab ALLAH,bagaimana dengan orang yang merasai pembalasan dari ALLAH sehingga hari kiamat,cubalah bayangkan..nauzubillahi min zalik.Minta dijauhi semua itu.Sama-samalah kita bermuhasabah diri.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan