Memaparkan catatan dengan label PENGHARGAAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PENGHARGAAN. Papar semua catatan

17 Mei 2011

SELAMAT HARI GURU



Assalamualaikum cikgu….

Cikgu…..
16 Mei,tiba lagi…..
dari setahun ke setahun cikgu tetap x berubah…..
cikgu tetap setia sebagai seorang pengajar….
hanya kami pelajar-pelajar cikgu yang berubah…
datang dan pergi silih berganti….
masing-masing dahagakan ilmu dari cikgu…..
sebagai penyuluh di masa depan.

Cikgu….
terima kasih banyak-banyak,kami ucapkan…..
atas kesabaran cikgu….
melayan kerenah kami,anak murid cikgu….
kami akui kadang-kadang kami ni terlalu nakal…..
kami sering membuatkan cikgu pening kepala….
dengan tingkah laku kami yang berbagai ragam….
Walau nakal sekali pun,kami tetap anak murid cikgu.

Cikgu….
tiada hadiah yang istimewa…..
dapat kami berikan untuk cikgu….
melainkan,kami berjanji  pada diri kami sendiri….
untuk lebih berjaya di masa hadapan…..
sebagai membalas jasa dan pengorbanan cikgu….
dalam mendidik kami…..
juga atas kesabaran cikgu…..
insyaALLAH.
doa dari kami…
moga cikgu sentiasa di berkati dan di rahmati ALLAH hendakNYA.

Cikgu…
terima kasih yang x terhingga,kami ucapkan……
kerana x pernah jemu-jemu mengajar kami…..
dari cikgu,kami mengenal apa itu angka 1,2,3…..
dari cikgu kami mengenal tambah,tolak,darab dan bahagi….
dari cikgu juga,kami mengenal apa itu huruf a,b,c….
seterusnya menyusun menjadi perkataan…
merungkai maksud-maksud setiap patah perkataan….
membina menjadi ayat….
membentuk menjadi ungkapan…..
maka terhasillah ucapan :
“SELAMAT HARI GURU”
CIKGU….JASAMU DIKENANG SEPANJANG HAYAT.
Tanpa cikgu siapalah kami hari ini…..
Ikhlas dari kami….


06 Mei 2011

KASIHNYA IBU MEMBAWA KE SYURGA.....KASIHNYA AYAH MASA BERADA



Kasihnya ibu membawa ke syurga…kasihnya ayah masa berada.
Marilah kita bermuhasabah diri….
Tanpa ibu dan ayah,x mungkin kita berada di dunia ini…
Tanpa ibu dan ayah,siapalah kita hari ini…

Tanyalah pada diri kita sendiri…..
Apakah yang kita lakukan untuk membahagiakan ibu dan ayah kita….
Apakah kebaikan yang kita lakukan untuk ibu dan ayah kita….
Sedar x,ada diantara kita yang sentiasa menyakiti hati ibu dan ayah setiap hari….
Kita lupa siapakah yang melahirkan kita….
Kita lupa siapakah yang bersusah payah membesarkan kita…..
Kita lupa siapakah yang bersusah payah mencari rezeki untuk kita….
Kita lupa segala-galanya…..

Juga tanyakan pada ibu dan ayah…
Apakah yang ibu dan ayah harapkan dari  kita….
Adakah wang ringgit ataupun harta tinggi menggunung…
Mesti jawapan ayah dan ibu….
Jadilah anak yang soleh dan solehah….
Yang boleh mendoakan untuk ibu dan ayah…
Ibu dan ayah perlukan doa dari anak yang soleh dan solehah…
Yang boleh mengiringi ibu dan ayah….
Apabila ibu dan ayah melangkah kealam barzakh nanti….
Ya,doa dari anak yang soleh dan solehah….
Di antara 3 perkara yang akan mengiringi ibu dan ayah ke alam barzakh….
Bukanlah emas permata,wang ringgit mahupun harta menggunung…

Renungilah Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam:
 “Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.”
(Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)

Bila ibu dan ayah ada depan mata kita…..
Kita buat endah x endah aje…..
Kita sakiti hati dan perasaan mereka…
Kita biarkan air mata ibu dan ayah mengalir kerana kita…..
Hati ibu kita lukai…..
Hati ibu kita calarkan….
Ibu menangis kerana kita…..
Ayah memendam rasa kerana kita…..
Rajuk hati ibu dan ayah tiada siapa pedulikan….
Rajuk hati kita…kita nak kan belaian dan perhatian….
Rajuk hati ibu dan ayah kita biarkan….

Andai ibu dan ayah tiada lagi….
Tiada lagi tempat untuk kita menumpang kasih sayang…..
Tiada lagi tempat untuk kita mengadu….
Hilang segala-galanya…..
Hari ini kita mampu lagi ketawa….
Mungkin hari esok kita hanya mampu menangis….
Menangis nasib diri yatim piatu…..
Menangis mengenangkan dosa kita pada ibu dan ayah…..
Menangis menyesali apa yang berlaku…..
Ingatlah…tangisan kita sudah tidak bermakna lagi….
Siapa yang boleh menduga  takdir ALLAH..

Hargailah ibu dan ayah semasa hayat mereka masih ada…..
Ibu dan ayah….maafkan kami anak-anakmu…
Cinta,kasih,sayang dan rindu kami buatmu ibu dan ayah...

Ibu dan ayah…..
Tersemat kukuh dalam hati kami anak-anakmu….



04 Mei 2011

4 MEI.............



"Bertambahnya usia hari ini,hanya ungkapan ALHAMDULILLAH,syukur padaMU Ya ALLAH,mampu ku panjatkan....kerana dengan limpah rahmatMU dapat ku bernafas lagi di bumiMU Ya ALLAH,andainya ini kali terakhir,ku pasrah dengan ketentuan takdirMU Ya ALLAH....Amin Ya Rabbal 'Alamin"

Hari ini 4 Mei.......umur kita meningkat lagi (dah 16 tahun pun).....
alhamdulillah ,syukur pada ALLAH...kerana masih lagi memberi kesempatan untuk kita meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini.Kepada sahabat-sahabat yang wish dan mendoakan untuk kita,terima kasih yang x terhingga kita ucapkan.Moga ALLAH sentiasa merahmati sahabat-sahabat semua.

Bagi kita doa adalah hadiah yang paling berharga dan bernilai.Alhamdulillah,moga-moga doa dari sahabat-sahabat untuk kita di maqbulkan ALLAH...insyaALLAH.Kita x mengharapkan apa-apa hadiah pun dari keluarga kita apatah lagi dengan sambutan meraikan hari lahir.Bagi kita semua itu x penting.Kita sangat-sangat bersyukur kerana ALLAH masih lagi memberi kesempatan untuk kita,meneruskan kehidupan di bumi milikNYA ini.InsyaALLAH,kesempatan yang ALLAH berikan untuk kita,kita akan gunakan dengan sebaik mungkin.

4 Mei,1995...
jam 10.53 pagi,hari khamis...kita di lahirkan oleh seorang wanita iaitu mak yang sangat-sangat kita kasihi dan kita sayangi serta kita hormati melalui pembedahan,dengan berat 3.15kg (besar juga kita sewaktu dilahirkan)....di hospital daerah Sungai Petani,Kedah Darulaman.
Mak kita cakap,semasa pembedahan dijalankan....mak kita sedar dan berbual-bual dengan jururawat dan doktor.x rasa sakit pun masa pembedahan sedang beroperasi,sebab mak kita dibius cuma separuh aje.
Selang beberapa jam kemudian barulah mak kita terasa kesakitan pada pembedahan itu.Mak kita bagitau juga semasa abang kita di lahirkan,mak kita x sedar langsung...dibius keseluruhannya.
Cuma semasa kelahiran kita dan adik kita,mak kita dibius separuh aje.Begitu besar pengorbanan mak kita untuk kita.Kesakitan yang dialaminya semasa melahirkan kita beransur-ansur hilang apabila melihat cahaya mata anugerah ALLAH buat drinya.Kita sangat-sangat menghargai pengorbanan mak untuk kita.Terima kasih yang x terhingga kita ucapkan buat mak kita....maafkan kita ya,mak....andai selama ini kita ada terkasar bahasa atau apa saja yang membuatkan hati mak terluka.Maaf banyak-banyak.Kita bermuhasabah diri kita....kalau tiada mak n ayah,maka tiada lah kita....siapalah kita tanpa mak n ayah.
Cinta kita yang pertama sekali untuk ALLAH,kasih kita untuk RasulNYA......cinta,kasih,sayang dan rindu kita buat mak n ayah x pernah berbelah bahagi.....mak n ayah tetap dalam hati kita sentiasa.....sayang mak n ayah....
Terima kasih Ya ALLAH......
Terima kasih mak......
Terima kasih ayah.....



faten najihah nama diberi....
oleh ibu dan ayah tersayang....
membawa makna yang cantik dan yang berjaya.....
diri ini x lah secantik mana.....
hanya nama membawa makna yang cantik....
tetapi tetap bersyukur....
di atas kurniaan Ilahi...
sebab semuanya sempurna.....
terima seadanya.....
andai ada kekurangan diri....
kerana yakin Allah Maha Mengetahui....
apa yang terbaik buat diri ini....
pasrah segala-galanya.....
ingin berjaya di dunia dan akhirat....
itulah cita-cita dan matlamat....
menjadi muslimah sejati,insyaAllah....
jiha najihah nama kesukaan....
masih membawa makna yang sama....
iaitu yang berjaya....
moga-moga impian dan harapan....
untuk berjaya di makbulkan oleh Allah....
insyaAllah..
bila berada dalam kesedihan....
hanya airmata peneman setia.....
itulah fitrah buat insan bergelar wanita.....






03 Mei 2011

TERIMA KASIH MAK (HADIAH HARI LAHIR KITA UNTUK MAK)



Hari lahir....kita x nakkan ucapan atau hadiah dari teman-teman mahupun keluarga.Yang kita nakkan ialah doa dari teman-teman dan juga keluarga.Doakan kita agar sentiasa diberkati  dan dirahmati ALLAH.Itu yang penting bagi kita.

Seperti kata abang kita yang sangat-sangat kita hormati,hadiah yang paling bermakna di hari lahir kita ialah ucapan terima kasih untuk mak kita yang bersusah payah melahirkan kita.Tanpa mak siapalah kita….

hadiah terbaik hari jadi kte adlh dgn mngucapkn 'terima kasih mak kerna melahirkn sy'...hari jadi adlh hari tuk meraikn mak kite yg bpenat lelah melahirkn kite, bkn nk meraikn kite...kite sng2 je lahir then hari tu kite diraikn padahal mak yg bersusah2+bersakit2 nk melahirkn kite..”kata abang kita.

Terima kasih yang x terhingga kita ucapkan untuk abang kita kerana telah menyedarkan kita tentang betapa besarnya pengorbanan seorang mak untuk kita anaknya.Jarang-jarang sekali kita ucapkan terima kasih untuk mak kita.

“btul abg.....tambah2 mak sy lahirkan sy,abg n adk melalui pembedahan...terima kasihlah hadiah yg teristimewa utk pengorbanan mak yg terpaksa menanggung sakit yg teramat sgt”.kenang kita kembali saat-saat mak lahirkan kita.

Mak kita lahirkan kita tiga beradik melalui pembedahan.Kita x tahu apa yang di rasa oleh mak kita.Sakit yang ditanggungnya sehingga berhari-hari akibat pembedahan itu,sedikit sebanyak menimbulkan rasa sayu di hati kita bila mengenangkan pengorbanan mak kita.

“tu baru btol konsep 'hari jadi' mak lebih berhak dirai dr diri kite sbgai pnghargaan kite kpd dy yg melahirkn kite...xde dy, xde la kite nie dik.
semua nie pengaruh barat dik pelan2 nk hancurkn islam”,jelas abang kita lagi.

Abang kita mahukan kita beri penghargaan kepada mak kita kerana mak lah yang bersusah payah lahirkan kita.Kata abang lagi meraikan hari lahir dengan mengadakan majlis-majlis dan sediakan kek atasnya di letakkan lilin adalah pengaruh barat untuk menghancurkan Islam.Apa yang abang kita cakapkan itu semuanya betul,sebab dalam Islam pun x membenarkannya.

“ya la abg...hr lahir sy tiga beradik x pernah pun diraikan oleh mak n ayah...mak cuma ckp bersyukur sbb kami adk beradk dpt lg bernafas kat bumi ALLAH ini”,kata kita kembali.

Seingat kita lah...mak kita,x pernah pun meraikan hari lahir kita.Dari kita kecil hinggalah kita meningkat ke alam remaja,dah 16 tahun pun....hari yang kita lalui seperti hari-hari biasa je.Mak kita cakap hadiah yang paling berharga dan bernilai ialah bersyukur kepada ALLAH sebab kita masih lagi berpeluang bernafas kat muka bumi ALLAH ini serta bersyukur akan nikmat yang ALLAH berikan.Mak suruh kita bermuhasabah diri,kata mak lagi....apa akan jadi bila nikmat yang ALLAH bagi kat kita di tarik balik sedikit demi sedikit.Mak suruh kita berfikir,kata mak lagi...akal anugerah ALLAH gunakanlah sebaik mungkin.

Sempena hari lahir kita....kita nak ucapkan terima kasih yang x terhingga untuk  mak yang telah bersusah payah melahirkan kita.Segala jasa dan pengorbanan mak x mungkin kita lupakan.Tanpa mak siapalah kita.Mengenangkan sakit yang mak rasai ketika melahirkan kita,membuatkan hati kita sayu dan pilu.Maafkan kita mak,andainya kita ada buat salah dan silap yang kita sengajakan ataupun x.Untuk mak yang di sayangi,terima kasih banyak-banyak atas segala pengorbanan mak untuk kita.

Terima kasih juga untuk ayah yang telah bersusah payah mencari rezeki untuk membesarkan kita.Segala jasa dan pengorbanan ayah juga x mungkin kita lupakan.
Tanpa ayah juga,siapalah kita.Untuk ayah yang dikasihi,terima kasih sekali lagi,kerana bersusah payah mencari rezeki untuk membesarkan anakmu ini.

Terima kasih juga untuk abang yang sangat-sangat kita hormati,tanpa jemu-jemu menasihati kita.Walaupun antara kita dan abang hanya kenal melalui alam maya aje.Bagi kita,abang adalah seorang abang yang sangat baik.Alhamdulillah,syukur kita ke hadrat ILAHI kerana mengerakkan hati kita dan abang untuk mengenali antara satu sama lain.Takdir ALLAH siapa yang boleh menduganya.Abang adalah yang terbaik di antara terbaik yang pernah kita kenal.Untuk abang yang dihormati terima kasih banyak-banyak kerana menerima kita sebagai adik abang,hanya Allah yang dapat membalas segala kebaikan abang untuk kita.Moga ikatan ukhwah antara kita  dan abang berkekalan hingga akhir hayat.



25 April 2011

CINTA HATIKU....



Cinta hatiku,
Mak dan ayah,
Terima kasih mak,
Terima kasih ayah,
Jasa pengorbanan mak dan ayah,
Tak  mungkin kakak lupakan,
Susah payah mak dan ayah membesarkan kakak,
Kakak akan sentiasa sematkan dalam ingatan,
Tiada yang lebih berharga dari kasih sayang mak dan ayah,
Mak dan ayah,
Maafkan kakak,andai kakak ada buat salah dan silap,
Maafkan kakak, mak…
Maafkan kakak, ayah…

Pada MU Ya ALLAH ku memohon,
ENGKAU berkatilah cinta hatiku ini,
Bahagiakanlah cinta hatiku dunia dan akhirat.

PadaMU Ya ALLAH ku memohon,
ENGKAU rahmatilah cinta hatiku ini,
Selamatkanlah cinta hatiku dunia dan akhirat.

PadaMU Ya ALLAH ku memohon,
ENGKAU lindungilah cinta hatiku ini,
Dari ancaman musuh-musuhMU.
Sesungguhnya ENGKAU MAHA PENYAYANG LAGI MAHA MENGASIHANI.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.


18 April 2011

PENGORBANAN MAK DAN FADHILAT AL-QURAN



Semalam mak dan adik kita tidur pkl 3 pagi,semata-mata nak siapkan  kerja kursus abang kita.Kesian kat mak dan adik kita.Mak  dan adik kita bersengkang mata untuk siapkan kerja kursus abang kita.Sedangkan abang kita enak dibuai mimpi begitu juga dengan ayah kita.Pengorbanan mak kita tiada nilainya dgn harta benda dan wang ringgit mahupun emas permata.

Mak kita tak lah sebijak mana,pendidikan setakat SPM je,tapi akal anugerah ALLAH kepadanya payah untuk diungkapkan dengan kata-kata.Kita adik beradik,bila ada kerja kursus,kepada mak lah kita serahkan semuanya.Kita cuma terima hasilnya aje.Kadang-kadang tu kesian juga kat mak kita,terpaksa berkorban masa dan tenaga untuk kita adik beradik.Banyak pengorbanan mak untuk kita adik beradik.Rasanya tak termampu untuk kita membalasnya.Mak tak harapkan apa-apa pun dari kita,cuma dia nak kita berjaya dalam hidup dan juga pelajaran.Kata mak pelajaran tu penting untuk masa depan kita adik beradik.

Walaupun  semalam mak kita tidur lewat,tapi dia masih boleh bangun awal pagi untuk solat subuh di awal waktu dan baca ayat-ayat suci Al-Quran.Sedangkan kita yang tidur awal pun masih enak dibuai mimpi indah lagi.Semalam juga,selepas mak kita siapkan kerja kursus abang kita,mak kita tinggalkan satu nota untuk abang kita.

Nota itu berbunyi begini:
“Assalamualaikum,kerja kursus ini siap hampir jam 3  pagi.Balaslah jasa dan pengorbanan mak bersengkang mata sehingga dinihari dengan berjaya dalam exam SPM, dengan mendapat keputusan cemerlang sekurang-kurangnya 9A+…insyaALLAH,sekian terima kasih.Wah ! tinggi betul harapan mak kita pada abang,tapi mampukah abang mendapat keputusan sebegitu,insyaALLAH kalau abang berusaha dan banyak berdoa pasti ALLAH permudahkan.
Nak tahu apa jawapan abang kita,bila terbaca nota yang mak tulis untuk dia….. “tu dia aih sampai 9A+.Tinggi sangat harapan mak,abang tak mampu merealisasikannya”.

Mak kita kata boleh sekiranya abang berusaha dari sekarang,lebihkan masa untuk mengulangkaji,buang sedikit demi sedikit sikap yang abang ada,biasalah budak remaja sekarang,tak lekat di rumah.Pelajaran hanya setakat di sekolah aje,balik rumah pelajaran entah di mana.

Mak juga cakap kat kita supaya selalu amalkan baca ayat-ayat suci Al-Quran,supaya hati kita sentiasa terang untuk menerima ilmu,hati kita sentiasa tenang dan Al-Quran juga akan datang kepada kita sebagai syafaat yang akan menolong kita di akhirat kelak.



Marilah sama-sama kita jadikan Al-Quran teman setia kita,
Kita alunkan irama merdunya setiap hari,
Kita hayati terjemahannya dan kita amalkannya,
Supaya kita diantara yang menerima syafaatnya kelak.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda: “Al-Quran adalah pemberi syafaat yang syafaatnya diterima dan sebagai pembela yang pembelaannya dibenarkan.Sesiapa meletakkan Al-Quran di hadapan,Al-Quran akan membawanya ke syurga dan sesiapa meletakkan Al-Quran di belakang,maka Al-Quran akan mencampakkannya kedalam neraka”.(Hadis Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)

Hadis ini bermaksud bahawa jika Al-Quran mensyafaati sesiapa sahaja,syafaat Al-Quran itu diterima oleh ALLAH.Maksud daripada ‘pembelaan Al-Quran’ ialah Al-Quran akan merayu di mahkamah ALLAH bagi meninggikan darjat mereka yang menurut perintah-perintah ALLAH.Sementara mereka yang tidak menunaikan hak-hak,Al-Quran akan menuntut, “Kenapa engkau tidak menunaikan hak-hakku?”Sesiapa sahaja yang menyimpan Al-Quran dengan baik yakni dengan menurut perintah Al-Quran dan menjadikannya peraturan hidup maka Al-Quran akan membawa orang itu ke syurga,Manakala,sesiapa yang membelakangkan Al-Quran yakni tidak mengikutinya maka tidak ragu-ragu lagi Al-Quran akan mencampakkannya ke dalam neraka.

Dalam hati kita berdoa moga-moga kita di antara yang menerima syafaat dari Al-Quran.Sebenarnya kita takut dengan azab dan siksaan ALLAH,bila kita baca hadis ini.
Marilah kita semua ambil iktibar dan pengajaran dari hadis ini:
Dalam kitab Sahih Bukhari ada sebuah hadis yang panjang tentang Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam dibawa berjalan melihat sebahagian balasan di akhirat.ALLAH telah memperlihatkan kepada baginda keadaan seorang yang kepalanya dihentakkan dengan batu.Hentakan itu begitu kuat sehingga kepala itu pecah.Apabila ditanya oleh Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam,Baginda di beritahu bahawa ALLAH telah mengajar Al-Quran kepada orng tersebut,tetapi dia tidak pun membacanya pada waktu malam dan tidak juga beramal dengannya pada waktu siang.Oleh kerana itu,siksaan sedemikian akan berterusan ke atasnya sehingga hari kiamat.Semoga ALLAH menerusi rahmatNYA melindungi kita daripada azabNYA itu.Sememangnya Al-Quran yang suci adalah satu nikmat yang sangat besar,apa-apa sahaja azab yang dikenakan kerana tidak mengendahkan Al-Quran adalah patut.

Kita baru aje baca kisah dari hadis ini dah terasa ngerinya azab ALLAH,bagaimana dengan orang yang merasai pembalasan dari ALLAH sehingga hari kiamat,cubalah bayangkan..nauzubillahi min zalik.Minta dijauhi semua itu.Sama-samalah kita bermuhasabah diri.



21 Februari 2011

SAYA DAN KELUARGA...

Nama saya Faten Najihah Bt Md Noor….(Faten membawa maksud yang cantik menawan….tapi saya x lah cantik,cuma nama je yang bermaksud cantik menawan…..hehehe….bagaimanapun saya bersyukur sebab dilahirkan sempurna tanpa ada sedikit pun cacat celanya……Najihah membawa maksud yang berjaya…..itulah impian saya untuk berjaya di dunia dan akhirat….insyaAllah ….)Jiha Najihah….hehehe…..itu bukanlah nama glamour,tapi singkatan dari nama saya….walau apa sekali pun masih membawa maksud yang berjaya….doa-doakan ya ,moga-moga saya berjaya mencapai impian saya….insyaAllah………dilahirkan  pada 4 Mei,1995 hari Khamis pukul 10.53 pagi di Hospital Daerah Sungai Petani ,Kedah yang kini di kenali sebagai Hospital Sultan Abdul Halim Muadzam Syah,Sungai Petani,Kedah….

Anak kedua dari 3 orang adik beradik…mempunyai seorang abang dan seorang adik perempuan….masing-masing di lahirkan pada 6 Februari 1994 dan 20 Mac 1997.Kecilkan keluarga saya….tapi nak buat macam mana dah itu je rezeki buat mak dan ayah saya.Terima je ketentuanAllah yang Maha Esa….mungkin ada hikmah di sebalik semua itu….siapa tahukan apa yang Allah telah sediakan buat mak dan ayah saya….walaupun keluarga saya kecil tapi saya bahagia sangat…..

Walau macam mana sekali pun saya bersyukur sebab masih ada adik beradik,walau pun x ramai….rasa-rasanya dah cukup kot ada 3 orang adik beradik ni…hehehe…..biasalah kalau ada adik beradik ramai ni,semuanya serba x kena….ada-ada saja…..tentu pening mak dan ayah di buatnya….tapi keluarga saya x pernah sunyi sebab masih ada adik-adik sepupu yang datang kat rumah saya….pada mak dan ayah saya,adik-adik sepupu menumpang kasih dan sayang….bertuahnya kalau dapat mak saudara dan bapa saudara macam mak dan ayah saya…..bahagia sungguh…hehehehe…pada adik-adik sepupulah saya mencurahkan kasih sayang….nasib baiklah mereka rapat dengan keluarga saya….kalau x tentu sunyi ya…..memandangkan saya adik beradik  semuanya dah besar……dah jadi remaja….
mahligai bahagia tanpa gurau senda dan tangisan adik-adik kecil…..saya terlalu sayang adik-adik sepupu saya…..merekalah penghibur lara keluarga saya….bila boring kat rumah mereka…..rumah sayalah jadi tempat persinggahan sementara mereka…

Mengenai ayah saya….ayah saya baik sebenarnya…..x pernah memukul saya adik beradik…cakap pun lemah lembut….bersyukur sangat mempunyai ayah sepertinya….
sentiasa memberi peringatan kepada saya adik beradik supaya jgn tinggalkan sembahyang dan berbuat perkara-perkara yang mendatangkan faedah….sebab kata ayah saya ,solat boleh mencegah kemungkaran dan solat juga tiang agama……
Kadang-kadang saya adik beradik degil juga……x nak dengar cakap ayah…..saya adik beradik x takut kat ayah sebenarnya…..sebab ayah terlalu baik…..nak tegur pun secara berhemah…..x pernah meninggikan suara apatah mengangkat tangan  untuk memukul saya adik beradik…..kata ayah,ayah terlalu sayangkan anak-anaknya…..kata ayah lagi,anak ayah cuma 3 orang je…itulah harta ayah…..harta dunia dan akhirat…..bila nak suruh solat pun, ayah suruh dengan lemah lembut… seumur hidup saya,x pernah lagilah dengar ayah tengking-tengking saya adik beradik mahupun mak saya…..ayah memang terlalu baik…..terima kasih Ya Allah….hambaMu bersyukur sangat sebab dapat seorang ayah yang sangat baik…..
kadang-kadang saya adik beradik mengambil kesempatan di atas kebaikan ayah…..bukanlah bermakna saya adik beradik membuat perkara-perkara yang boleh mengaibkan maruah keluarga….minta dijauhkan Ya Allah….x pernah pun terlintas di hati ini untuk membuat perkara-perkara sebegitu….kehidupan saya hanyalah di sekolah dan rumah je…..school ,house and my family….this is my life…..

Mak saya garang sebenarnya,tapi hati dia baik….dia x byk cakap..tapi idea-idea dia bernas…dia x suka bercakap perkara-perkara yang remeh temeh…..dia banyak mendengar dari bercakap….saya adik beradik lebih takut dekat mak berbanding ayah….kalau mak cakap sekali je,saya adik beradik akan ikut…..saya bersyukur mempunyai seorang ibu sepertinya…..seorang yang prihatin….walaupun garang,tapi memiliki sifat prihatin yang tinggi….ya la ibu mana yang x sayangkan anak-anaknya….dialah yang mengandung,dialah yang melahirkan…tentu kasih sayang seorang ibu melebihi kasih sayang ayah terhadap anak-anaknya……bila saya adik beradik ditimpa musibah seperti sakit….maklah orang pertama sekali yang bimbang….cepat-cepat di ajaknya ke klinik,ambil ubat….walaupun mak seorang surirumah,tapi dia serba boleh…..mak seorang yang berdikari….x  banyak mengharapkan pertolongan ayah…..pendek kata,mak x banyak sangat menyusahkan ayah…..semuanya dibuat sendiri,tapi dengan keizinan ayah….mak kan seorang isteri,mesti mendapatkan keizinan suami dulu,sebelum membuat sesuatu perkara…..terima kasih Ya Allah,bahagia sangat memiliki ibu dan ayah penyayang,prihatin……maklah idola saya….terima kasih mak kerana melahirkan,membesar dan mendidik saya…..jasa dan pengorbanan mak dan ayah x mungkin saya lupakan…insyaAllah….

Abang saya  Mohd Syukri(membawa maksud yg bersyukur,moga-moga abang sentiasa bersyukur apa yg Allah kurniakan kepadanya)……sebenarnya dia sayangkan adik-adiknya….tapi dia x tunjukkan kasih sayang dia yang sebenar….oleh kerana dia seorang aje anak lelaki dalam keluarga saya….manja dia bukan main lagi….dia rapat dengan mak berbanding ayah……apa-apa pun mesti dengan mak…..segala masalah diceritakan pada mak…..dia menjadi anak kesayangan mak,maklumlah anak lelaki seorg dalam keluarga…..jgn salah faham ya,bukanlah bermakna yg mak x sayangkan saya dan adik…..abangkan anak lelaki tunggal dalam keluarga….dialah harapan mak dan ayah untuk menjaga saya dan adik , andai ditakdirkan mak dan ayah tiada lagi(bukanlah saya meminta,tapi andai sudah ditakdirkan…itulah yg sering mak dan ayah cakapkan…..pada abang,mak dan ayah menaruh harapan yang tinggi,supaya menjadi pembela adik-adiknya)kadang-kadang dia juga seorang abang yang prihatin…bila saya balik jalan kaki dari sekolah,dia tumpangkan saya….kadang-kadang je ikut mood dia…..kalau x ,balik jalan kaki lah saya….hehehehe……apa-apa pun hubungan persaudaraan x kan putus……

Adik saya Nurain Athirah(membawa maksud cahaya mata yg mulia/yg  utama,moga-moga adik menjadi seorang wanita solehah yang berhati mulia)…..saya dengan adik,kadang-kadang gaduh juga…..adik seorang yang bijak…..walaupun gaduh hampir setiap hari…..saya tetap sayangkan adik saya….gaduh macam mana pun hubungan adik beradik x kan putus …..bak kata pepatah umpama air yg mengalir,walau ditetak beribu kali pun  x  mungkin akan terputus……saya amat menyayangi adik saya……adik pun manja juga,maklumlah anak bongsu…..kadang-kadang tu saya cemburu juga ngan adik…..berbeza dengan abang,adik lebih rapat ngan ayah…..kalau ayah x ada sehari kat rumah,rindunya bukan main lagi…..tapi adik cakap,kalau mak x ada , adik lagi x boleh hidup sendirian….adik nak ikut kemana sahaja mak pergi…..bila adik minta sesuatu ayah cepat-cepat tunaikan,mak lambat sikit,siap dengan soal jawab lagi…..sebab tu adik lebih rapat ngan ayah berbanding mak,lagipun mak garang sikit….walaupun garang tapi hati dia baik…
kalau saya gaduh  ngan adik pun kejap je…lepas tu baik semula….biasalah adik beradik…kena ada gurau senda,barulah ceria dalam keluarga…tapi kadang-kadang pening juga mak dan ayah…melayan kerenah saya adik beradik….apa pun saya bersyukur punya keluarga walaupun kecil tapi bahagia……hubungan saya adik beradik akrab…..

Saya mempunyai seorang abang dan seorang kakak lagi….saya terlalu sayangkan abang dan kakak saya ini….walaupun saya kenal abang dan  kakak melalui alam siber,tapi saya dapat rasakan abang dan kakak terlalu baik dengan saya….alhamdulillah,bersyukur sangat dapat mengenali abang dan kakak….walaupun abang dan kakak tinggal jauh tapi ikatan ukhwah antara saya,abang dan kakak x pernah putus…..abang dan kakak dari negeri yang sama.


Abang saya SC....seorang abang yang baik hati.Sangat-sangat baik dengan saya.Masih menuntut di IPTA,setiap hari tanpa jemu-jemu menasihati saya,supaya belajar rajin-rajin untuk sebuah penghidupan yang baik di masa depan.Abang saya ni suka bergurau.Setiap hari ada-ada saja gurauannya untuk saya,saya suka cara abang saya yang seorang ini.Untuk abang,"insyaALLAH...kakak akan sentiasa ingat setiap nasihat dan pesanan abang.Terima kasih banyak-banyak ya abang.Harapan abang untuk kakak terlalu tinggi,kakak takut,suatu hari nanti kakak mengecewakan abang....sebab kakak bukanlah tergolong di kalangan pelajar-pelajar yang cerdik pandai.Tapi takdir ALLAH sesiapapun x boleh menduganya....mungkin ada rezeki kakak,sapa tahukan...insyaALLAH.Abang dah tahukan salah satu cita-cita kakak...ada lagi abang,seandainya ditakdirkan cita-cita yang satu itu bukan rezeki kakak.....kakak akan melibatkan diri dalam bidang library,sama  macam ayah kakak....seperti kata pepatah kemana tumpahnya kuah kalau x ke nasi...insyaALLAH.Kakak memang berminat sangat dengan buku-buku ni,sebab secara kebetulan kat sekolah pun kakak terlibat dengan buku-buku,tapi kakak bukan pustakawan...kakak cuma menguruskan skim pinjaman buku teks aje...buku juga kan abang.InsyaALLAH,kalau rezeki kakak tiada pada cita-cita kakak yang satu itu,kakak cuba pula beralih arah pada library,manalah tahukan kalau ada rezeki kakak boleh jadi pustakawan...insyaALLAH...Abang kakak engineer...kakak pula pustakawan..insyaALLAH.

Kakak saya Nurul Syamimie…..juga seorang kakak yang baik…..kakak juga menuntut di IPTA yg sama dgn abang……dengan kakak,saya pernah berbual melalui telefon,gara-gara tersilap shopping kompleks….terlalu excited  sangat nak jumpa kakak,sampaikan tersilap shopping kompleks….x boleh la nak salahkan sesiapa,lagipun kakak x biasa dgn tempat saya….itulah  menjadi kenangan yang x mungkin saya lupakan…..kalau diingatkan kembali memang lucu….ya la cuba bayangkan saya pergi dengan mak dan adik,bila sampai kat shopping kompleks tu…yg mula-mula sekali dilakukan ialah cari parking….kat bawah parking penuh….dari satu tingkat ke satu tingkat,pusing-pusing cari parking…..bila dah dapat parking,terlupa pulak tingkat berapa,baik mak ,saya mahupun adik x ingat parking kereta tingkat berapa,sebab nak cepat….takut x sempat jumpa kakak,masa pun dah singkat….masuk aje kat dalam shopping kompleks,mulalah cari kakak,dari tingkat atas turun ke bawah sebab kakak bagitau dia ada kat KFC…..bila jumpa KFC,sms kakak,tanya kakak …kat mana dia,sebab kat KFC tu x ada pun orang yang sama  macam kakak….. hehehehe…hanya tengok gambar pun boleh kenal kakak….kakak pun call,itulah pertama dan terakhir berbual dgn kakak…byk kali juga kakak call,saya pun call juga kakak nak pastikan kakak ada kat mana,sebab saya cari x jumpa…..cari punya cari x jumpa juga kakak…..rupa-rupanya kakak tersilap bagitau shopping kompleks…..kakak pergi shopping kompleks kat Seberang Jaya,bukannya shopping kompleks kat Butterworth…aduh,penat juga rasanya…nak buat macam mana dah x ada rezeki nak jumpa kakak…takdir Allah,pasrah pada qada dan qadarNya…..bila dapat tau kakak x ada kat situ,lemah semangat je,nak cepat-cepat balik….satu lagi masalah timbul,dah lah lupa parking kereta kat mana,nak cari pintu keluar x jumpa…pusing punya pusing shopping kompleks tu akhirnya jumpa juga pintu keluar,bukan  x biasa pergi situ,tapi jarang-jarang sekali,kalau pergi pun pergi dgn ayah….hari tu ayah sibuk,jadi pergi dengan mak je la….bila dah jumpa pintu keluar,cari kereta pulak x jumpa….mendakilah saya,mak dan adik dari satu tingkat ke satu tingkat,semuanya gara-gara terlupa…..entah tingkat berapa pun x tau,juga cari kereta x jumpa….turun kembali…akhirnya berkat kesabaran saya,mak dan adik jumpa juga kereta,tapi keletihan hanya Allah saja yang tahu….kereta dah jumpa,ada lagi satu masalah,terlupa nak bayar parking kat atas,bila nak keluar x bolehlah,nasib baiklah ada seorang hamba Allah yang tolong,malu x usah nak cakaplah…..akhirnya segala kesulitan berjaya juga di tempuh…..nak juga jumpa kakak,mak terus memecut pergi  kat Seberang Jaya,tapi nasib x  juga menyebelahi,bas yang kakak  naiki bersama kawan-kawannya dah bertolak ke USM KAMPUS KEJURUTERAAN….hanya sempat memandang bas yang sedang dalam perjalanan menuju destinasinya…..nak buat macam mana ya dah x ada rezeki….kakak kat sini pun hanya sekejap aje….inilah kenangan yg x dapat saya lupakan…gembira ada,lucu pun ada dan sedih pun  ada sebab x dapat nak jumpa kakak…..kakak juga baik dgn saya…..selalu berkongsi masalah suka duka bersama,walaupun x mengenali di antara satu sama lain,tapi ikatan perhubungan antara saya dan kakak teramatlah mesranya….bila ada kelapangan kakak mahupun saya sering bersms…..seperti abang ,kakak juga terlalu baik…..saya juga teramat sayangkan kakak…..alhamdulillah,syukur sangat-sangat dapat mengenali kakak….
abang dan kakak juga sebahagian dari keluarga saya….terima kasih abang,terima kasih kakak….

saya sayangkan keluarga saya…..saya sayangkan ayah……saya sayangkan mak……saya sayangkan abang…..saya sayangkan adik…..saya sayangkan adik-adik sepupu saya…….x lupa juga saya sayangkan abang dan kakak saya yang berada jauh dari saya,walaupun tak pernah bertemu,saya tahu abang dan kakak terlalu baik….terima kasih untuk abang dan kakak kerana sudi menerima saya sebagai adik…..bertambah lagi ahli keluarga saya…..saya ada 2 orang abang,seorang kakak dan seorang adik…..untuk abang dan kakak saya doakan moga-moga ikatan ini berkekalan….insyaAllah….