09 Februari 2011

DOA BUAT INSAN-INSAN TERSAYANG (ABANG DAN KAKAK)

Ya Allah…..
bahagiakanlah insan-insan yang kusayangi…..
andai ada jodoh di antara mereka berdua…..
ENGKAU satukanlah hati mereka…..
andai hati dan perasaan mereka terluka…..
ENGKAU sembuhkan dengan nikmatMU…..
andai hati mereka resah gelisah……
ENGKAU berilah penawarnya……
andai mereka lalai dari mengingatiMU…..
ENGKAU berilah hidayahMU…..

Ya Allah…..
bahagiakanlah insan-insan yang ku sayangi……
andai mereka terpesong dengan keseronokkan dunia…..
ENGKAU sedarkanlah mereka kembali…..
bahawa keseronokkan dunia hanya sementara…..
andai mereka mengejar cinta yang belum pasti……
ENGKAU berilah petunjuk…..
bahawa mencintaiMU adalah cinta kekal abadi…..
mencintaiMU  adalah cinta sejati……
andai mereka di takdirkan bersama…..
ENGKAU peliharalah dan berkatilah kehidupan  mereka….

Ya Allah…..
bahagiakanlah insan-insan yang ku sayangi…..
andai dalam hati mereka…..
tersimpan sekelumit cinta dan rindu…..
ENGKAU dekat-dekatkanlah hati mereka……
andai dalam hati mereka……
di penuhi prasangka yang bukan-bukan…..
ENGKAU berilah peringatan…..
bahawa semua itu angkara iblis laknatullah…..
andai perasaan mereka di selubungi sifat malu…..
ENGKAU kekalkanlah…..
kerana malu itu sebahagian daripada iman…..

Ya Allah…..
kepadaMU ku memohon dan kepadaMU ku berserah…..
bahagiakanlah insan-insan yang kusayangi…..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan