08 Februari 2011

DOA RABITAH

Ya Allah,Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini…..
berkumpul kerana mengasihiMu…..
bertemu untuk mematuhi perintahMu…..
bersatu memikul beban dakwahMu….
hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu….
maka eratkanlah ikatannya….
kekalkanlah kemesraan antara hati-hati ini….
tunjukkanlah kepada hati-hati ini jalannya yang sebenar…..
penuhkanlah hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung padam….
lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman….
dan keyakinan serta keindahan tawakal kepadaMu…..
suburkan hati-hati ini dengan pengetahuanMu yang hakiki…..
jika Engkau takdirkan kami mati,maka matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu…..
“Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong”.
“Restuilah Nabi kami,Nabi Muhammad dan ahli keluarga baginda serta sahabat-sahabat baginda seluruhnya”.
“Ya Allah,restuilah junjungan kami Nabi Muhammad,ahli keluarga dan para sahabat baginda semuanya.Juga berikanlah kesejahteraan  kepada mereka sebanyak-banyaknya”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan