06 Februari 2011

HADIS

Ya Allah,sesungguhnya aku berlindung dgnMu drpd sifat lemah,malas,tua(letih) dan azab kubur.Ya Allah,berilah kpd jiwaku ketakwaan,sucikanlah ianya dan Engkaulah sebaik yg mensucikannya,Engkaulah sebagai wali dan tuannya.Ya Allah,sesungguhnya aku berlindung dgnMu drpd ilmu yg tidak bermanfaat,drpd hati yg tidak khusyuk,drpd nafsu yg tidak kenyang dan drpd doa yg tidak mustajab”.(Doa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam)

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut apa  yang diniatkannya.Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan RasulNya maka hijrahnya kepada Allah Allah dan RasulNya dan siapa yang hijrahnya kerana dunia untuk dia dapatinya atau perempuan untuk dikahwininya,maka  hijrahnya mengikut apa yang dia hijrah kepadanya”.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Sesiapa yang memberi contoh teladan,maka dia akan mendapat pahala dan pahala orang-orang yang meniru perbuatannya hingga hari kiamat”.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Sesungguhnya Allah mengasihi hambaNya yang mukmin dan yang berusaha (berkemahiran)”.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Empat perkara siapa yang diberinya,bererti telah diberi keuntungan dunia dan akhirat,lidah yang selalu berzikir,hati yang selalu bersyukur,badan yang selalu sabar dan isteri mukminah yang solehah”.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Sesiapa yang diberi suatu kebaikan hendaklah dia mengingatinya,sesiapa yang mengingatinya nescaya dia dianggap bersyukur.Sesiapa yang tidak mengenangkan budi yang diberi nescaya dia dianggap sebagai kufur nikmat”.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Tiga perkara siapa yang memilikinya nescaya Allah akan melindunginya di bawah lindungan dan Allah akan memberi rahmat kepadanya serta memasukkannya ke dalam syurga iaitu orang-orang yang apabila ia diberi sesuatu nikmat ia bersyukur,apabila ia  berkuasa membalas,tetapi ia memaafkan,apabila ia marah,ia menahan kemarahannya”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan