26 November 2011

SUKARNYA JADI ORANG POPULAR


Sukarnya jadi orang popular,ditambah lagi dengan handsome(bagi lelaki) dan cantik(bagi perempuan).Ramai yang ingin mendekati.Kalau artis tu lainlah,terang-terang dah popular,ini tak orang biasa aje. ‘Handsome’ sangat pun payah,ramai wanita yang menaruh hati.Kalau kebaikan diberikan seperti kerap memberi pertolongan atau apa-apa aje pun disalahertikan.Mulalah gangguan diterima melalui sms di telefon,chat,mesej inbox di facebook dan macam-macam lagilah.Zaman sekarang semuanya mudah,hanya dihujung jari aje,maklumlah ‘dunia dah maju,zaman dah berubah’.Hanya satu ‘klip’je semuanya jadi mudah.

Akibat tak mahu diganggu berterusan pendekatan mudah terpaksa diambil, kekosongan‘status hubungan’di facebook terpaksa diisi.Walaupun hakikat sebenarnya,tiada mempunyai hubungan dengan sesiapapun,tapi oleh kerana kerap sangat  menerima gangguan,itulah jalan terakhir yang terpaksa diambil semata-mata untuk mengaburi mata ‘si pengganggu’ itu.Kasihan sesiapa yang menerima nasib sebegini.

Sudah menjadi satu rutin,tak semena-mena terpaksa ‘update status’ mengenai hubungan percintaan.Bahagia sangat-sangat di lamun cinta.Padahal tiada sesiapa pun yang bertakhta di hati.Kalau di fikirkan kembali,banyak masa terbuang melayan situasi yang sebegini.Di dada facebook,dipenuhi status percintaan.Timbul belas kasihan,pada sesiapa yang mengalami  nasib sebegini.

Urusan-urusan lain semuanya terganggu.Kehidupan tak setenang orang lain.Manakan tidak,asyik ada gangguan aje.Saban hari pula tu tak kira siang malam,pagi petang.Ada-ada aje sms di telefon,mesej inbox  di facebook.Berbagai-bagai kata manis diterima,hinggakan ada yang boleh mengongcangkan iman,andai iman tak kuat pasti mudah terpengaruh dengan bisikan syaitan.Elakkan diri dari terjebak kea rah kemungkaran dan kemaksiatan.Kemungkaran dan kemaksiatan adalah jalan yang memandu manusia ke arah kesesatan. Ia merupakan perangkap syaitan dan iblis yang mahukan manusia tergolong sebagai makhluk yang menderhaka seperti mereka.
Fitnah syaitan akan mendatangi sesiapa sahaja. Hanya iman yang teguh dan mantap sahaja dapat menangkisnya. Oleh itu sebagai pendindingnya kita hendaklah sentiasa membiasakan diri dengan berzikir dan beristighfar agar hati tidak mudah lalai dan terpesong kepada perkara yang mendatangkan dosa dan maksiat.

“Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. (Al-A'raaf ayat:200

“Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, apabila mereka disentuh oleh sesuatu imbasan hasutan dari Syaitan, mereka ingat (kepada ajaran Allah) maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar)”. (Al-A'raaf ayat:201

Kepada sesiapa yang mengalami  nasib sebegini,banyakkan bersabar dan mohon doa dari ALLAH,moga  ‘si pengganggu’ itu berhenti terus dari mengganggu anda.

“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar” (Al-Baqarah ayat:153)

“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)”. (A-li'Imraan ayat:200)

Anggaplah itu semua ujian dan dugaan dari ALLAH untuk hamba-hambaNYA yang beriman.

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Al-Baqarah ayat:286)

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya”. (A-li'Imraan ayat:8)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan