05 Mac 2013

SEORANG INSAN YANG SABAR DAN TABAH



Kesabaran dan ketabahan
(seorang yang bernama Aishah)
  
Dia taklah sehebat mana,cuma peribadinya aje yang mengagumkan.Bersifat penyayang,baik budi,akhlak mulia dan pengasih.Percaya tak orang sebaik dia boleh ada musuh,sedangkan dia tak pernah menyakiti hati sesiapa pun,jauh sekali berdendam atau mempunyai masalah dengan orang lain.Mustahil semua ini berlaku padanya,tapi itulah hakikat yang terpaksa ditanggung sepanjang hayatnya,menjadi mangsa kepada orang yang mempunyai akal pendek,orang yang tak takutkan azab Allah,orang yang bertopengkan manusia,berhatikan iblis laknatullah,bernafsu syaitan….nauzubillahi min zalik.

Sepanjang hayatnya menanggung azab dan derita,tetapi dia tetap sabar dan tabah.Kalau dilihat dengan mata kasar,memang dia sihat walafiat,seolah-olah tiada apa-apa yang dialaminya,hanya Allah dan orang-orang yang rapat dengannya mengetahui penderitaan yang ditanggungnya.Dia mengganggap itu semua sebagai dugaan dan ujian untuknya dari Allah dan tak sedikit pun dia mengeluh atau menyalahkan takdir,semuanya diterima dengan hati yang sabar dan tabah kerana dia yakin ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua itu dan dia percayakan qada dan qadar dari Allah.Ajal maut,jodoh pertemuan Allah yang tentukan.

Sebenarnya sukar nak menemui orang yang sabar dan tabah sepertinya menghadapi dugaan dan ujian Allah.Tapi itulah hakikat yang sebenarnya.Percaya tak pada sakit buatan orang atau sihir.Itulah yang dialaminya dari dulu hingga kini.Sudah beribu-ribu wang ringgit dihabiskan kearah itu,tak juga sembuh.Kalau sembuh pun cuma sekejap sahaja,tak lama selepas itu, menyerang kembali.Dia pernah terkena santau,mengambil masa berbulan-bulan lamanya juga untuk sembuh.Lepas satu,satu penyakit datang menyerang.Tetap juga sabar dan tabah,kalau kitalah mampu ke kita sabar dan tabah sepertinya menghadapi dugaan dan ujian Allah.

Sampai ke satu peringkat yang agak kritikal,adik-beradik semuanya dah berkumpul,bacaan yassin dah berkumandang.Dia dah tak mampu untuk bercakap,dah tiada tenaga,dah habis ikhtiar hanya mampu berserah dan redha,andai itulah janji Allah kepadanya.Untuk memohon maaf dari adik-beradik andai ada kesalahan dan kesilapannya pun dah tak mampu,suara tersekat-sekat.Adik-beradik pun dah tak tau nak buat apa lagi,hanya berserah dan berdoa,moga semuanya selamat.Usaha juga,bawa ke hospital,tapi yang hairannya doktor cakap tiada apa-apa penyakit yang dialaminya.Sungguh hairan ya,sedangkan dia dah berjuang habis-habisan antara hidup dan mati.tapi kuasa Allah tiada sesiapa pun yg mampu menandinginya,walaupun orang nak sihirkan dia sampai mati.Itulah kehebatan Allah,kalau DIA tak izinkan itu berlaku,tak akan berlaku punya.Alhamdulillah,berkat kesabaran dan ketabahannya dan doa yang berterusan,dia dapat melalui saat-saat getir itu.

Jika sesekali sakit itu datang menyerang,dia tidak sedarkan diri.Dia bercakap yang bukan-bukan.Bahasa yang sering keluar dari bibirnya ialah bahasa Thailand.Susah untuk dijelaskan dan sukar untuk difahami apa maknanya.Kadang-kadang tu,nak ketawa pun ada tengok gelagatnya,bila dia tak sedarkan diri.Dia menari,dia menyanyi dalam bahasa Thailand,sedangkan semua itu tak pernah dilakukan bila dia dalam keadaan sedar.Bila dia sedar,dia akan tanya,apa yang berlaku sebenarnya,dua tiga hari jugalah,mengambil masa untuk pulih.Tugasnya sebagai seorang ustazah,kadang-kadang terganggu juga.Bila cerita kat orang,orang tak pernah mempercayainya,sebab mereka tak pernah mengalaminya,hanya orang yang mengalaminya dan keluarga terdekat saja yang tahu betapa deritanya sakit itu.Dengan izin Allah juga suatu hari sakitnya datang menyerang semasa dia disekolah dan ketika itu ada seorang ustaz dijemput untuk memulihkan pelajar-pelajar histeria.Tiba-tiba badannya jadi lembik tak bermaya,rakan-rakan tolong angkat dan tidurkan dia dikerusi berhampiran dan ketika itu juga bahasa pertuturan dia bertukar.Ustaz yang dijemput berkata sakitnya bukan sakit sembarangan,berat sangat.Masa itulah ramai yang membuka mata dan percaya apa yang dihadapinya.

Tapi manusia yang berhati iblis,bernafsukan syaitan ini tak pernah berpuas hati dengan sesuatu yang dilakukannya.Dari satu cara ke satu cara yang lain dia usahakan,agar orang yang tak disukainya terhapus dari muka bumi ini.Namun tiada sesiapa pun yang dapat menandingi kuasa Allah.Allah Maha Besar.Janji iblis untuk menyesatkan kita umat Islam sehingga hari kiamat,tetap berjalan lancar.Hanya amal,iman dan taqwa yang sebenar-benarnya kepada Allah dapat menghindarinya.Kita baik pun orang tak suka,apatah lagi kalau sebaliknya,lagilah orang tak suka.

Dia cuma seorang ustazah,kebaikan dia tak dapat nak diucapkan dengan kata-kata,mungkin dengan didikan agama yang diperolehi,dia tidak riak atau sombong.Tidak bermegah-megah dengan apa yang dimilikinya,tetap seperti biasa.Tapi ada juga makhluk Allah yang bergelar insan,tak suka kepadanya.Hanya orang yang pernah mengalami apa yang dirasainya sahaja tahu,bagaimana deritanya menanggung kesengsaraan akibat perbuatan orang yang tidak percayakan kekuasaan Allah,orang yang mempunyai sifat tamak haloba,iri hati,hasad dengki,bertopengkan manusia,berhatikan iblis,bernafsukan syaitan.

Dalam munajatnya,dia memohon petunjuk dari Allah,berilah dia kesembuhan.Andai itu takdir untuknya dia redha.Alhamdulillah doanya dimakbulkan Allah,walaupun tiada kesembuhan sepenuhnya,dia tetap bersyukur.Seketika dia gembira sakitnya jarang sekali datang menyerang,tapi takdir Allah siapapun tak boleh melawannya.Dia diuji lagi,ujian dulu dia berjaya mengharunginya kini datang lagi ujian yang sama hebatnya macam dulu.Nak mengatur langkah mendaki tangga bangunan sekolahnya pun dia tak mampu,dia merangkak-rangkak.Sekali tengok pada keadaan dirinya macam orang tua yang lumpuh.Dari pinggang hingga ke kaki dia terasa bisanya.Tapi dia tetap bersyukur,sebab Allah panjangkan umurnya lagi untuk melihat dia mendidik anak-anak bangsanya.Pengorbanannya amat besar,walaupun sakit tak bermaya tapi dia teruskan jua perjuangannya.

Setakat ini,tak pernah lagilah dengar,dia merungut atau menyesal dengan dugaan dan ujian yang Allah berikan kepadanya.Walaupun dugaan dan ujian itu berat untuk ditanggungnya,namun dia tetap sabar dan tabah,kerana dia yakin Allah dah sediakan yang terbaik buat dirinya.Kalau kitalah mampu tak untuk kita menghadapi dugaan dan ujian Allah itu,andai kita berada ditempatnya…….tak tau nak bagi jawapannya,adakah termampu atau sebaliknya.....hanya Allah yang tahu apa yang tersirat dan tersurat.....Dan ingatlah tiada sesiapa pun yang mampu menandingi kuasa Allah....






Tiada ulasan:

Catat Ulasan