13 Jun 2011

BERCINTA SEBELUM KAHWIN VS SELEPAS KAHWIN


Indahnya bercinta selepas kahwin,hanya dirasai oleh mereka yang mengalaminya.

Banyak perbezaan di antara  bercinta selepas kahwin dan bercinta sebelum kahwin.

Bercinta selepas kahwin:
“I love you so much…”,ungkapan yang sering diperkatakan membuat pasangan kita sentiasa dihargai.Salah tak kalau kita berkata begitu,tentu tidakkan.
Bila nak pergi kemana-mana….berjalan berdua-duaan,berpegang-pegangan tangan…juga tak salahkan sebab masing-masing dah halal ikatan perkahwinan.Tapi jangan pula berlebih-lebih,kena fahan situasi dan keadaan.
Dosa semakin menjauhi…..pahala semakin mendekati..
Apatah lagi jika pasangan kita soleh dan solehah….alhamdulillah bahagia hingga ke akhir hayat.Pasangan yang sentiasa mencari MADROTILLAH.Indahnya bercinta selepas kahwin.Segala-galanya dapat dielakkan.Taklah sangat kita memikirkan,apa yang kita lakukan ini berdosa atau tak,sebab pasangan kita masing-masing dah halal untuk kita.
Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi sama-sama diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga ALLAH.
“Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai”.
Maksiat dapat dielakkan dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya.

Bercinta sebelum kahwin:
Belum ada apa-apa ikatan,dah macam suami isteri.Zaman dah berubah,dunia dah maju.Hidup hanya sekali,kita enjoy.Entah apa budaya yang diikutinya,melebihi pasangan yang berkahwin.
Bercinta bagai nak rak,serasa dunia milik berdua.Jadikan dunia umpama syurga idaman.
Tambah-tambah lagi sekarang zaman teknologi IT.Segalanya hanya dihujung jari.Satu klip aje dah ada pasangan yang menunggu.Apa lagi,enjoylah..
Mulalah ungkapan keramat di alunkan oleh bibir yang menawan bak delima yang merekah dan bibir yang manis bak gula:
“I love you my dear..”.
“I love you so much darling...”.
“I tak boleh hidup tanpa sayang…”.
“Sehari tak berjumpa,serasa setahun…”
“Rindunya…i..”.
Apalagi pasangan yang mendengarnya,tentu rasa dihargaikan…tentu terpesonakan dengan ungkapan keramat itu.Dan orang ketiga mesti memainkan peranannya kan.Mesti dibisikkan  dengan pujuk rayu yang mempersonakan untuk mengikuti jejak langkahnya.Akhirnya berjaya juga meramaikan ahli kelabnya,maka bertepuk tanganlah tanda meraikan kegembiraan dan kemenangannya.
Dosa semakin mendekati….pahala semakin menjauhi.
Maksiat berlaku dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya.
Kalau ada yang menasihati atau melarang tentu mereka akan berkata:
“Cinta apakah namanya ini,jika tidak ada dating,calling,chatting,sms romantik,surat cinta,bersentuhan tangan,kerlingan dan senyuman”.

Renungilah Firman-Firman ALLAH:

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (An-Nisaa' ayat:1)

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui (An-Nuur ayat:21)

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (An-Nuur ayat:26)

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. (Al-Ahzaab ayat:35)

Hayatilah Sabda Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam:
“Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia:isteri solehah,berwangi-wangian dan sejik mata (jiwa) ku dalam sembahyang”.
(Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai).

“Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan seorang wanita di tempat sunyi melainkan syaitanlahh orang ketiganya”.


10 Jun 2011

BUAH HATI KESAYANGAN








PEREMPUAN YANG BAIK UNTUK LELAKI YANG BAIK.... LELAKI YANG BAIK UNTUK PEREMPUAN YANG BAIK.




“Salam…nikah gantung jom..Nak kawen ngan awak”
Wanita yang solehah,dia x akan sesekali berani menawarkan dirinya untuk di kahwini dan dia x akan sesekali mengajak seorang lelaki berkahwin…andai dia yakin yang jodohnya telah ditetap sejak azali lagi.Wanita solehah juga,memiliki sifat pemalu kerana dia tahu malu itu sebahagian daripada iman.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Sifat malu tidak mendatangkan sesuatu kecuali kebaikan”.
(Hadis Riwayat Imam Al-Bukhari)

Daripada Abi Hurairah r.a bahawa Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Iman itu lebih daripada tujuh puluh atau enam puluh cabang,maka yang paling afdalnya ucapan ‘Laailahaillallah’ dan yang paling rendahnya membuang perkara yang menyakiti dari jalan dan malu sebahagian daripada iman”.

Wahai wanita yang solehah,renungilah kata-kata pujangga ini:
 “Orang yang dituntun oleh agamanya,yang diluruskan oleh akalnya,yang dijaga oleh hartanya dan yang dihiasi oleh rasa malunya maka dia telah menghimpunkan semua nilai keutamaan dalam dirinya”.

“I love you…I love you so much…ILYSM…MY (I love you so much….miss you)
Macam-macam ungkapan yang ada untuk melahirkan isi hati atau menyatakan cinta pada seseorang.Patutkah seorang wanita yang berpendidikan agama,menutup aurat sepenuhnya dari hujung rambut hingga hujung kaki berkata begitu pada seorang lelaki yang bukan sesiapa pun pada dirinya,bukan suaminya.Mana letaknya maruah diri sebagai seorang wanita muslimah.Jika dia benar-benar seorang wanita muslimah,dia x akan sesekali berani berkata begitu,kerana dia takutkan akan kemurkaan ALLAH.Wanita solehah tidak sesekali berkata begitu kerana dia boleh berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.Dia tahu ungkapan itu berhak diberikan untuk siapa,untuk suaminya yang sah.Janganlah ikutkan nafsu semata-mata,nafsu boleh membawa seseorang wanita itu ke lembah kehinaan.Jagalah keperibadiaan sebagai seorang wanita muslimah yang sejati.Wanita solehah sentiasa mengharapkan syurga ALLAH untuk dirinya.

“Huhu,sori,yela xnk…nikah gantung save n safe…save duit,duduk asing xpe je…safe hati,xla prasaan tu dosa”.
Pandai pula bagi cadangan ‘save n safe’.Tapi bolehkah duduk asing-asing.Sesapa pun boleh cakap begitu…lidah x bertulangkan,sanggupkah menahan gelora dalam jiwa.Memanglah safe hati manakala perasaan tu x menjadi dosa,tapi bahagiakah begitu.Semua orang nak kan kebahagiaan bila dah  berkahwin,bahagia hingga ke akhir hayat…bahagia hingga ke syurga.Dari segi penampilan,semuanya dah ok…x perlu berubah,ya la menutup aurat sepenuhnya dari hujung rambut hingga hujung kaki.Yang perlu berubah ialah dari segi akhlak dan tingkahlaku.Sudah-sudahlah melayan perasaan…semua itu godaan nafsu iblis syaitan  aje yang cuba menyesatkan manusia akhir zaman.Jagalah  martabat dan maruah diri sebagai seorang wanita muslimah.Yakinlah yang jodoh seseorang itu dah ditetapkan sejak azali lagi.

Renungilah Firman ALLAH dalam surah An-Nuur ayat:21 yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui”.

ALLAH berfirman lagi dalam surah An-Nuur ayat:26 yang bermaksud:
“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia”.

Lelaki yang soleh,tentu dia inginkan seorang isteri yang solehah dan dia harus berusaha untuk menjadi soleh sebelum dia dapat yang solehah.Ciri-ciri solehah yang selalu diperkatakan orang ialah wanita itu mesti solat,taat ibu bapa,berakhlak,tutup aurat,pandai mengaji,rajin berpuasa sunat dan lain-lain.Jika demikian,mencari yang solehah memanglah sukar sebab sudah tidak ramai lagi wanita yang memiliki sifat-sifat sebegitu.Yang lebih sukar ialah ‘menilai’ batiniahnya kerana sifat solehah itu tentulah berada di dalam hatinya.Yang menutup aurat pun belum tentu solehah. ‘Kulit’ baik,belum tentu isinya baik

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia:isteri solehah,berwangi-wangian dan sejuk mata (jiwa) ku di dalam sembahyang”.
(Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai)

Wahai wanita solehah,binalah benteng keimanan dalam diri,jadikanlah sifat malu itu sebagai perisai diri,hiasilah diri dengan akhlak yang menawan dan keperibadian yang anggun…moga-moga diri tergolong dalam kalangan wanita solehah yang sejati yang menjadi idaman setiap lelaki yang soleh…insyaALLAH…..AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN.

ALLAH berfirman dalam surah Al-Ahzaab ayat:35 yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar”.


08 Jun 2011

KENANGAN LAGI


Hari ni,kakak terkena lagi dengan abang.Dah lama abang x mengena kakak.Sejak abang cuti sem selama 4 bulan.Abang boleh sms kakak gtau nak tido,sebab ngantuk sangat…sedangkan waktu zohor dah semakin hampir.


Kakak apa lagi seperti biasalah,berleterlah keje kakak.Kakak gtau abang solat dulu sebab waktu dah semakin hampir.Lepas tu kalau abang nak tido,sukahati abang la.Kakak ingat abang betul-betul nak tido,rupa-rupanya abang saje je nak kenakan kakak.Agaknya abang suka kot dengar kakak berceloteh panjang lebar.

Abang gtau lagi yang abang ngantuk sangat-sangat.Hari ni abang kena keje petang.Kakak berleter lagilah,kakak gtau abang solat dulu…sabarlah sikit.Entah-entah,abang baru bangun tido kot,saja je nak kenakan kakak,maklumlah hari ni abang keje petang.Banyak masa untuk tido kan abang.

Mesej seterusnya abang gtau kakak mestilah solat 1st,x kan tido dulu.Ada-ada aje la abang ni.Memang sah kakak terkena lagi dengan abang,nasib baik sms kat phone….kalau komen kat facebook….malunya kakak,sebab ramai orang baca.Entah kali keberapa kakak terkena dari dulu hingga kini….hahaha…sabar je la.

Kakak tahu abang cuma nak bergurau dengan kakak je….x pa la abang kakak suka dengan gurauan sebegitu.Hari-hari ada aje gurauan dari abang untuk kakak.

Tentu abang seronok pegi keje hari ni,sebab dah berjaya kenakan kakak.....hahaha…
x pa,kakak suka…kakak suka.Abang kakak ni seorang yang rajin bekerja,untunglah sesapa yang dapat pekerja seperti abang kakak.Rajin dan bersemangat orangnya sampai x ingat nak ambil cuti.Mungkin dalam sebulan penuh jadual kedatangan abang.Pekerja contoh ni,wajar dapat anugerah pekerja cemerlang.Memang wajar pun.

Abang memang seorang  yang rajin….cuti sem buat keje part time…kalaulah kakak mempunyai syarikat,x kiralah syarikat apapun,abang boleh la keje ngan kakak….hehehehe…tingginya angan-angan kakak….kakak gurau je abang.Sekali-sekala nak  juga kakak bergurau dengan abang kakak yang baik hati ni.Abang baik sangat-sangat ngan kakak…Alhamdulillah,kakak panjatkan kesyukuran ke hadrat ILAHI.

Abang….kalau la abang terbaca coretan kakak ni,jangan pula abang marah kakak ya…nanti kakak sedih tau.Kakak saja je coretkan kat sini sebagai kenang-kenangan antara kakak dan abang.Yang mana kakak rasa ianya boleh di jadikan kenangan,kakak abadikan kat blog kakak.Bila kakak ada masa terluang,kakak akan ulang-ulang baca apa yang kakak coretkan kat blog ni.



CIRI-CIRI SUAMI SOLEH




Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya.

Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin.

Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.

Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.

Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.

Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya.

Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.

Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.

Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.

Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.

Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.

Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.

Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.

Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.

Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.

Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.

Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.

Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.


CIRI-CIRI ISTERI SOLEHAH



* Isteri yang sentiasa mencintai dan menghormati keluarga suaminya seperti mana ia menghormati dan menyayangi keluarganya sendiri.

* Isteri yang sentiasa menjaga aurat dari pandangan yang bukan mahramnya dan pandangan matanya sendiri. Tidak membenarkan lelaki bukan mahram memasuki rumahnya ketika ketiadaan suami.

* Isteri sedia menjadikan suami sebagai ketua dalam rumah tangga mereka. Ini kerana sifat semulajadi itu Allah anugerahkan kepada lelaki.

* Isteri sedia memberikan kesetiaan, ketaatan dan kepatuhan kepada suaminya selagi suruhan suami tidak bertentangan perintah agama.

* Isteri sedia memberikan layanan dan kasih sayang yang sepenuhnya sehingga membuatkan suami berasakan rumah tangganya adalah tempat untuk mendapatkan ketenangan dan kebahagiaan dari sebarang masalah kerja.

* Isteri yang sentiasa menjaga rahsia dan maruah suaminya, begitu juga dengan maruahnya sendiri ketika ketiadaan suami. Isteri mestilah memohon keizinan suaminya untuk keluar dari rumah atau untuk mengerjakan puasa sunat.

* Isteri mestilah bijak menguruskan harta suami dalam berbelanja dengan kadar sederhana dan tidak membazir. Cara ini dapat menyelamatkan suami daripada masalah kewangan.

* Isteri yang sedia menerima pemberian suami dengan penuh keikhlasan dan kerelaan. Isteri tidak meminta sesuatu yang suami tidak mampu menunaikannya.

* Isteri yang sentiasa bersyukur dan tenang, sama ada menerima nikmat atau dugaan daripada Allah. Sedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri dan ibu serta perintah Allah dengan tabah dan sabar.

* Berdiam diri sambil mendengar bila suami bercakap.

* Isteri yang sedia melayani dan memenuhi kehendak batiniah suami bila diperlukan.

* Isteri yang sentiasa menghias diri bila di hadapan suami dan
sebaliknya pula bila ketiadaan suami.

* Isteri yang sentiasa mendahulukan keperluan suami dari keperluannya sendiri.

* Isteri yang sentiasa bersikap malu terhadap suaminya, bersopan santun dalam perkataan dan juga perbuatannya.

* Isteri yang menemani suaminya ke muka pintu bila ia hendak keluar dan menyambutnya dengan senyuman bila ia pulang.



KELEBIHAN SOLAT SUNAT DHUHA



Kelebihan Solat Dhuha

Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda : Allah telah berfirman:
“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.”
(Riwayat Ahmad)
Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.
Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah SAW sendiri ialah solat sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:
“Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :
“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .”
(Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.”
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas”
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai se-penggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita’khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.

Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah bermaksud :”Adalah Nabi SAW bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehedakinya.” (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud : ” Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).





07 Jun 2011

SURAH AT-TAARIQ (YANG DATANG DIMALAM HARI)



Surah At-Taariq

Bismillah


A001
Demi langit dan "At-Taariq"; - (At-Taariq 86:1)

A002
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia "At-Taariq" itu? - (At-Taariq 86:2


A003
(At-Taariq) ialah bintang yang menembusi (sinaran cahayanya); (At-Taariq 86:3


A004
Tiada sesuatu diri juapun melainkan ada malaikat yang menjaga (keadaannya serta menyimpan catitan mengenai segala bawaannya). (At-Taariq 86:4


A005
(Setelah mengetahui yang demikian), maka hendaklah manusia memikirkan: dari apa ia diciptakan. (At-Taariq 86:5


A006
Ia diciptakan dari air (mani) yang memancut (ke dalam rahim) - (At-Taariq 86:6


A007
Yang keluar dari "tulang sulbi" lelaki dan "tulang dada" perempuan. (At-Taariq 86:7)  

A008
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa untuk mengembalikannya (hidup semula sesudah mati), (At-Taariq 86:8)

A009
Pada hari didedahkan segala yang terpendam di hati (dari iktiqad, niat, dan lain-lainnya), (At-Taariq 86:9)

A010
Maka (pada saat itu) tidak ada bagi manusia sebarang kekuatan (untuk membela diri), dan tidak ada penolong (yang dapat memberikan pertolongan). (At-Taariq 86:10


A011
Demi langit yang berulang-ulang mencurahkan hujan, (At-Taariq 86:11


A012
Dan bumi yang merekah mengeluarkan tumbuh-tumbuhan, (At-Taariq 86:12)

A013
Sesungguhnya keterangan Al-Quran adalah kata-kata pemutus (yang sebenar), (At-Taariq 86:13


A014
Dan bukanlah ia kata-kata yang olok-olok. (At-Taariq 86:14)


A015
Sesungguhnya mereka (yang menentangmu, wahai Muhammad) bermati-mati menjalankan rancangan jahat, (At-Taariq 86:15


A016
Dan Aku pula tetap bertindak membalas rancangan jahat (mereka, dan menggagalkannya). (At-Taariq 86:16)

A017
Oleh itu janganlah engkau hendakkan segera kebinasaan orang-orang kafir itu, berilah tempoh kepada mereka sedikit masa. (At-Taariq 86:17




ALHAMDULILLAH (2 BULAN IKATAN UKHWAH TERBINA)


6/4 – 6/6…genap 2 bulan ikatan ukhwah antara kakak dan abang terjalin,alhamdulillah.Syukur kehadrat ILAHI kakak panjatkan.Ukhwah antara kakak dan abang tersangatlah mesranya,walaupun perantaraan antara kakak dan abang hanyalah sms.Alhamdulillah,sepanjang perkenalan itu,kakak dan abang sentiasa menjaga batas-batas pergaulan bicara tanpa suara.


InsyaALLAH,ukhwah kerana ALLAH sentiasa diberkati.Doa kakak moga-moga ukhwah ini berkekalan sampai akhir hayat.Sepanjang perkenalan antara kakak dan abang,bicara tanpa suara yang melalaikan sentiasa dijauhi,alhamdulillah.InsyaALLAH,dalam hati hanya ALLAH di tangga teratas.Abang juga sering memberi peringatan untuk kakak,antara abang dan kakak bukan mahram.Hampir setiap hari peringatan itu di berikan untuk kakak.

Alhamdulillah,kemesraan yang terjalin dalam ikatan ukhwah antara kakak dan abang melahirkan sikap saling percaya mempercayai antara satu sama lain.Kemesraan antara seorang abang dan seorang adik.Kakak masih belajar lagi,begitu juga dengan abang (kakak masih bersekolah manakala abang dah memasuki IPTA).Seringkali  abang menasihati kakak supaya belajar rajin-rajin.Berusaha untuk ke IPTA seperti abang,untuk masa depan kakak juga.Alhamdulillah,terima kasih banyak-banyak abang.

YA ALLAH,
Perteguhkan ikatan ukhwah…
Yang terjalin antara kami….
Jangan biarkan ikatan ukhwah ini….
Tercemar dengan godaan yang melalaikan.

YA ALLAH,
Hanya kepadaMU tempat kami memohon….
Ikatan ukhwah yang kami bina ini…
Biarkanlah ianya berkekalan….
Hingga ke akhir hayat kami.

YA ALLAH,
Janganlah ENGKAU biarkan hati kami….
Beralih daripada mencintaiMU….
Kepada mencintai sesuatu….
Yang mendatangkan kemurkaanMU.

YA ALLAH,
Hanya ENGKAU dalam hati kami….
Berkatilah ukhwah yang kami bina ini….
Ukhwah antara kami keranaMU, YA ALLAH….
Semata-mata ikhlas keranaMU,YA ALLAH.

AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN.

02 Jun 2011

HARAPAN SEORANG ABANG....



“Kakak,kn abg dh kta jgn pnggl cmtu ea.Pnggl abg je la.Abg bkn pndai sgt pn,sme je kta kn.Ntah2 kakak lbih pndai dr abg..”.

Kakak suka panggil abang dengan gelaran Prof,kakak saja2 je nak usik abang.Lagipun memang impian abang nak bergelar Prof suatu hari nantikn..InsyaALLAH,jika diizinkan olehNYA.Moga2 impian abang akan tercapai.Doa kakak sentiasa mengiringi abang.Abang selalu menasihati kakak supaya terus berusaha untuk masa depan yang lebih baik….kakak nak juga menasihati abang supaya berusaha dan terus berusaha moga impian serta doa abang akan terlaksana dan dimaqbulkan olehNYA.

“Ksitu plak,xpe kakak akn msuk ipta pnya..insya’Allah 2 thun lg kn.Abg tnggu kakak msuk ipta taw.Pndai x pntg yg pntg kna brusaha dlu kn.Kakak bleh pnya kn….”

InsyaALLAH,abg…kakak akan berusaha.Terima kasih banyak-banyak abang kerana memberi  semangat untuk kakak.Abang contoh terbaik buat kakak.Setianya abang nak tunggu kakak masuk ipta.InsyaALLAH,abang… kalau ada rezeki dan diizinkan serta diberi kesempatan olehNYA.

“Ape2 pn abg xkn lupe adk abg nie,wal0p0n abg akn hbis blaja 2thun lg.Kalo ipta kakak dkt dgn tmpat keje abg,bleh je abg dtg mlawat,bsiar2 kn.Yg pntg kakak kna usaha dlu.Tgas kakak skrg blaja.2013 ipta.
‘tiada lurah yg dlm,laut yg luas,gnung yg tnggi,bg 0rg yg mahu bjaya’….”.

Tinggi  benar harapan abang untuk kakak.Kakak bukanlah tergolong di kalangan pelajar-pelajar yang  cerdik pandai.Tapi takdir ALLAH,sapa tahukan.Kakak takut nanti kakak menghampakan harapan mak,ayah dan abang untuk melihat kakak berjaya.Kadang-kadang,kakak main2 je belajar…kakak x bersungguh-sungguh.

“Ingat kakak,see u d ipta 2013”.

InsyaALLAH,abang.Setiap orang ada cita-cita dan impian untuk berjaya,begitu juga dengan kakak.Abang kuat semangat orangnya,x macam kakak.Abang rajin berusaha.Kakak tetap x mampu nak jadi seperti abang.Tapi insyaALLAH,kakak tetap akan berusaha.Alhamdulillah,kakak mempunyai seorang abang yang sangat baik,prihatin,penyayang,sentiasa mengambil berat dan bertanggungjawab orangnya…Alhamdulillah,syukur padaMU YA ALLAH.