07 Jun 2011

ALHAMDULILLAH (2 BULAN IKATAN UKHWAH TERBINA)


6/4 – 6/6…genap 2 bulan ikatan ukhwah antara kakak dan abang terjalin,alhamdulillah.Syukur kehadrat ILAHI kakak panjatkan.Ukhwah antara kakak dan abang tersangatlah mesranya,walaupun perantaraan antara kakak dan abang hanyalah sms.Alhamdulillah,sepanjang perkenalan itu,kakak dan abang sentiasa menjaga batas-batas pergaulan bicara tanpa suara.


InsyaALLAH,ukhwah kerana ALLAH sentiasa diberkati.Doa kakak moga-moga ukhwah ini berkekalan sampai akhir hayat.Sepanjang perkenalan antara kakak dan abang,bicara tanpa suara yang melalaikan sentiasa dijauhi,alhamdulillah.InsyaALLAH,dalam hati hanya ALLAH di tangga teratas.Abang juga sering memberi peringatan untuk kakak,antara abang dan kakak bukan mahram.Hampir setiap hari peringatan itu di berikan untuk kakak.

Alhamdulillah,kemesraan yang terjalin dalam ikatan ukhwah antara kakak dan abang melahirkan sikap saling percaya mempercayai antara satu sama lain.Kemesraan antara seorang abang dan seorang adik.Kakak masih belajar lagi,begitu juga dengan abang (kakak masih bersekolah manakala abang dah memasuki IPTA).Seringkali  abang menasihati kakak supaya belajar rajin-rajin.Berusaha untuk ke IPTA seperti abang,untuk masa depan kakak juga.Alhamdulillah,terima kasih banyak-banyak abang.

YA ALLAH,
Perteguhkan ikatan ukhwah…
Yang terjalin antara kami….
Jangan biarkan ikatan ukhwah ini….
Tercemar dengan godaan yang melalaikan.

YA ALLAH,
Hanya kepadaMU tempat kami memohon….
Ikatan ukhwah yang kami bina ini…
Biarkanlah ianya berkekalan….
Hingga ke akhir hayat kami.

YA ALLAH,
Janganlah ENGKAU biarkan hati kami….
Beralih daripada mencintaiMU….
Kepada mencintai sesuatu….
Yang mendatangkan kemurkaanMU.

YA ALLAH,
Hanya ENGKAU dalam hati kami….
Berkatilah ukhwah yang kami bina ini….
Ukhwah antara kami keranaMU, YA ALLAH….
Semata-mata ikhlas keranaMU,YA ALLAH.

AMIN YA RABBAL ‘ALAMIN.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan