Surah Al-Kaafiruun


Katakanlah (wahai Muhammad): "Hai orang-orang kafir! (Al-Kaafiruun 109:1)

"Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. (Al-Kaafiruun 109:2)

"Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. (Al-Kaafiruun 109:3)

"Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. (Al-Kaafiruun 109:4)

"Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. (Al-Kaafiruun 109:5)

"Bagi kamu agama kamu, dan bagiku agamaku". (Al-Kaafiruun 109:6)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan