Surah Al-Faatihah

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (Al-Faatihah 1:1)

Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang Memelihara dan Mentadbirkan sekalian alam (Al-Faatihah 1:2)

Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani (Al-Faatihah 1:3)

Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat) (Al-Faatihah 1:4)

Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Al-Faatihah 1:5)

Tunjukilah kami jalan yang lurus. (Al-Faatihah 1:6)

Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat. (Al-Faatihah 1:7)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan