12 November 2011

DI SEBALIK SESUATU YANG MENIMPA PASTI ADA HIKMAHNYA



Begitu berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikulnya.Ujian dan dugaan yang menimpa seseorang seperti sakit dan sebagainya ALLAH akan gugurkan dosa-dosanya.Yang penting sabar dan redha menghadapi ujian dan dugaan dari ALLAH.Bersyukur akan nikmat-nikmat dariNYA.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
"Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)."
(Abdullah bin Mas'ud r.a)

Ujian dan dugaan ALLAH kepada setiap hambaNYA pasti ada hikmah yang tersembunyi.Yakinlah akan janji-janji ALLAH.Terimalah dengan sabar dan redha.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
"Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah 'Azza wa Jalla apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka; kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan redha maka ia akan beroleh keredhaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu maka ia akan mendapat kemurkaan dari Allah”.
(Anas r.a) 

Senang, bahagia, suka, duka, kecewa dan sebagainya adalah sesuatu yang biasa dialami manusia. Ketika mendapatkan sesuatu yang menggembirakan dari kesenangan-kesenangan duniawi maka kita akan merasa senang dan gembira. Sebaliknya ketika tidak mendapatkan apa yang diinginkan maka kita merasa sedih dan kecewa bahkan kadangkala sampai putus asa. Akan tetapi sebenarnya bagi seorang mukmin, semua perkara itu adalah baik. Jika kita merasa sedih kerana sesuatu menimpa kita maka mohonlah (berdoalah) kepada Allah . Hadapilah kesedihan itu dengan kesabaran dan menyerahkan semua permasalahan kepada Allah supaya Dia menghilangkan kesedihan tersebut dan menggantikannya dengan kegembiraan.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.”
 (Hadis Riwayat Muslim)

Huraian
1. Kekuatan seseorang Muslim itu diukur bukan sahaja dari segi fizikal (tubuh badan) tetapi juga dinilai daripada aspek kekuatan iman. Bahkan itulah yang paling penting.
2. Orang yang sentiasa bewaspada terhadap nikmat kehidupan di dunia tidak akan mudah terjerumus dalam perangkap syaitan. Segala tindakan yang diambil mencerminkan ketaqwaannya kepada Allah dan dia sekali-kali tidak membiarkan kebaikan dan keburukan yang menimpanya sebagai suatu kegembiraan (kemenangan) dan kesedihan semata tetapi percaya bahawa semuanya itu mempunyai hikmah yang tersendiri daripada Allah untuk diambil pengajaran.
3. Ucapan ‘kalau’ tidak harus diamalkan kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak redha dengan apa yang telah berlaku. Sebaliknya kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan ingat bahawa segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri kita sendiri. Oleh sebab itu Islam menyuruh umatnya agar bertawakkal (berserah) kepada Allah SWT dalam melakukan sesuatu usaha dan percaya bahawa setiap sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa keizinan daripada-Nya jua. 

Bersyukurlah andai kita adalah antara yang terpilih  menerima ujian dan dugaan dari ALLAH.Walau sehebat manapun ujian dan dugaan dari ALLAH,terimalah dengan sabar dan redha sebab disebalik itu ALLAH akan berikan ganjaran yang tak terduga oleh kita.

Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
 “Apabila seseorang itu ditimpa bencana, maka hendaklah ia mengucapkan: (Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya) nescaya Allah SWT memberi ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik daripadanya, Ummu Salamah berkata lagi: “Semasa Abu Salamah meninggal dunia aku mengucapkan sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. kepadaku, lalu Allah Taala menggantikan kepadanya (Ummu Salamah) seorang yang lebih baik daripada Abu Salamah (menjadi suaminya) iaitu Rasulullah s.a.w”.
 (Hadis Riwayat Muslim)

Huraian
Seseorang itu hendaklah redha dan menerima hakikat bahawa setiap yang hidup itu akan mati. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. menganjurkan kita agar mengamalkan doa apabila ditimpa ujian berbentuk kematian dan sebagainya di mana doa itu hendaklah dibaca dengan penuh yakin supaya hati kembali menjadi tenang dan lapang. Kemungkinan dengan kesabaran itu, Al~DI SEBALIK SESUATU YANG MENIMPA PASTI ADA HIKMAHNYA~

Begitu berat mata memandang,berat lagi bahu yang memikulnya.Ujian dan dugaan yang menimpa seseorang seperti sakit dan sebagainya ALLAH akan gugurkan dosa-dosanya.Yang penting sabar dan redha menghadapi ujian dan dugaan dari ALLAH.Bersyukur akan nikmat-nikmat dariNYA.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
"Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada musimnya yang tertentu)."
(Abdullah bin Mas'ud r.a)

Ujian dan dugaan ALLAH kepada setiap hambaNYA pasti ada hikmah yang tersembunyi.Yakinlah akan janji-janji ALLAH.Terimalah dengan sabar dan redha.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
"Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian; dan bahawa Allah 'Azza wa Jalla apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka; kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan redha maka ia akan beroleh keredhaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu maka ia akan mendapat kemurkaan dari Allah”.
(Anas r.a) 

Senang, bahagia, suka, duka, kecewa dan sebagainya adalah sesuatu yang biasa dialami manusia. Ketika mendapatkan sesuatu yang menggembirakan dari kesenangan-kesenangan duniawi maka kita akan merasa senang dan gembira. Sebaliknya ketika tidak mendapatkan apa yang diinginkan maka kita merasa sedih dan kecewa bahkan kadangkala sampai putus asa. Akan tetapi sebenarnya bagi seorang mukmin, semua perkara itu adalah baik. Jika kita merasa sedih kerana sesuatu menimpa kita maka mohonlah (berdoalah) kepada Allah . Hadapilah kesedihan itu dengan kesabaran dan menyerahkan semua permasalahan kepada Allah supaya Dia menghilangkan kesedihan tersebut dan menggantikannya dengan kegembiraan.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”Sekiranya (kalau) aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘kalau’ akan membukakan pintu amalan syaitan.”
 (Hadis Riwayat Muslim)

Huraian
1. Kekuatan seseorang Muslim itu diukur bukan sahaja dari segi fizikal (tubuh badan) tetapi juga dinilai daripada aspek kekuatan iman. Bahkan itulah yang paling penting.
2. Orang yang sentiasa bewaspada terhadap nikmat kehidupan di dunia tidak akan mudah terjerumus dalam perangkap syaitan. Segala tindakan yang diambil mencerminkan ketaqwaannya kepada Allah dan dia sekali-kali tidak membiarkan kebaikan dan keburukan yang menimpanya sebagai suatu kegembiraan (kemenangan) dan kesedihan semata tetapi percaya bahawa semuanya itu mempunyai hikmah yang tersendiri daripada Allah untuk diambil pengajaran.
3. Ucapan ‘kalau’ tidak harus diamalkan kerana ia seolah-olah menunjukkan bahawa kita tidak redha dengan apa yang telah berlaku. Sebaliknya kita hendaklah sentiasa berfikiran positif dan ingat bahawa segala yang baik itu datangnya daripada Allah dan yang buruk itu adalah daripada kelemahan diri kita sendiri. Oleh sebab itu Islam menyuruh umatnya agar bertawakkal (berserah) kepada Allah  dalam melakukan sesuatu usaha dan percaya bahawa setiap sesuatu itu tidak akan berlaku tanpa keizinan daripada-Nya jua. 

Bersyukurlah andai kita adalah antara yang terpilih  menerima ujian dan dugaan dari ALLAH.Walau sehebat manapun ujian dan dugaan dari ALLAH,terimalah dengan sabar dan redha sebab disebalik itu ALLAH akan berikan ganjaran yang tak terduga oleh kita.

Daripada Ummu Salamah r.a. katanya, aku mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
 “Apabila seseorang itu ditimpa bencana, maka hendaklah ia mengucapkan: (Sesungguhnya kita datang dari Allah dan kepadanya kita kembali, Ya Allah berikanlah ganjaran kerana musibah ini, berikanlah aku pengganti yang lebih baik daripadanya) nescaya Allah SWT memberi ganjaran kepadanya kerana bencana tersebut dan menggantikan kepadanya yang lebih baik daripadanya, Ummu Salamah berkata lagi: “Semasa Abu Salamah meninggal dunia aku mengucapkan sepertimana yang diperintahkan oleh Rasulullah s.a.w. kepadaku, lalu Allah Taala menggantikan kepadanya (Ummu Salamah) seorang yang lebih baik daripada Abu Salamah (menjadi suaminya) iaitu Rasulullah s.a.w”.
 (Hadis Riwayat Muslim)

Huraian
Seseorang itu hendaklah redha dan menerima hakikat bahawa setiap yang hidup itu akan mati. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w. menganjurkan kita agar mengamalkan doa apabila ditimpa ujian berbentuk kematian dan sebagainya di mana doa itu hendaklah dibaca dengan penuh yakin supaya hati kembali menjadi tenang dan lapang. Kemungkinan dengan kesabaran itu, Allah  akan memberikan sesuatu ganjaran atau balasan yang lebih baik kerana segalanya adalah bergantung pada ketentuan dan kehendak Allah.
Allah akan memberikan sesuatu ganjaran atau balasan yang lebih baik kerana segalanya adalah bergantung pada ketentuan dan kehendak Allah.


JANGAN BERBANGGA DIRI - BERMUHASABAHLAH SIAPA DIRI KITA SEBENARNYA


“Aku hebat..berpendidikan tinggi,berjawatan tinggi..aku kaya,aku cantik..mana ada kelas untuk bergaul dengan orang bawahan”.

Hebat sangatkah kita?Apakah dengan memiliki semua itu,kita boleh menguasai dunia,menandingi kekuasaan PENCIPTA kita?Sekadar nak mendabik dada,berbangga dengan apa yang dimiliki dan ingatlah baik-baik,wahai orang yang suka membanggakan diri,semua yang dimiliki itu hanya bersifat sementara sahaja.

Kalau sekalipun kita berpendidikan tinggi,berjawatan tinggi,kaya,cantik,handsome…fikirkan akal yang ada pada kita siapakah penciptanya,hati yang kita miliki,siapakah penciptanya,apa yang ada pada diri kita,siapakah penciptanya…tak mungkin ianya terjadi dengan sendirinya.Untuk membina sebuah rumah pun,kena menggunakan akal fikiran..dan akal itu anugerah siapa?

Untung sangat ke bangga diri ni.Ingat kita kaya,kita boleh bangga diri.Ingat kita cantik,kita boleh bangga diri.Ingat kita berjawatan tinggi,kita boleh bangga diri.Sedar tak,kedudukan kita disisi ALLAH,sama je tarafnya.

Sama – sama renungi sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam:
“Sesungguhnya Allah telah memberi wahyu kepada Aku yang memerintahkan supaya kamu semua bersifat tawadduk sehingga tidak ada seseorang pun merasa dirinya megah (lebih bangga diri) dari orang lain dan tidak boleh seseorang itu menzalimi dan melampaui batas terhadap orang lain”.
(Hadis Riwayat Muslim)

Huraian
1. Islam menuntut umatnya beramal dengan sifat tawadduk dan hormat menghormati sesama Islam dengan demikian akan lahirlah sebuah masyarakat Islam yang harmoni.
2. Kedudukan orang Islam disisi Allah adalah sama sahaja tarafnya. Oleh sebab itu Islam melarang umatnya melakukan kezaliman dan hendaklah menjauhkan sifat-sifat keji seperti membesar diri, bermegah dan sebagainya.
3. Islam melarang umatnya bersifat bangga diri, kerana mempunyai pangkat dan kedudukan yang tinggi, tetapi hendaklah bersifat hormat menghormati antara satu sama lain dan jangan merendahkan orang lain, kerana semulia mulia manusia di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa.

Apa guna berpelajaran tinggi,andai ilmu akhirat tiada.
Apa guna berjawatan tinggi,andai hidup sentiasa dirundung duka.
Apa guna kekayaan yang dimiliki,andai hati sentiasa resah gelisah.
Apa guna berwajah cantik,andai kecantikkan dalaman tidak diperindahkan.

Belajarlah mensyukuri akan nikmat ALLAH yang di anugerahkan kepada kita.Hindarilah sikap bangga diri,angkuh,sombong dan takbur.Ianya tidak mendatangkan apa-apa keuntungan malahan membawa kerugian pada diri sendiri di dunia mahupun di akhirat.

Hayatilah sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam:
“Sesungguhnya orang-orang yang paling aku kasihi di kalangan kamu dan orang yang paling dekat tempat duduknya denganku dihari kiamat ialah orang yang paling baik akhlaknya. Sesungguhnya orang yang paling aku benci dan paling jauh dariku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap perkara sia-sia, dan berlagak angkuh, sombong malah ia merasa bangga dengan kesombongannya.” Para sahabat bertanya lagi, “wahai Rasulullah, sesungguhnya kami telah mengetahui maksud perkataan orang-orang yang suka bercakap banyak yang sia-sia, dan yang berlagak angkuh dan sombong, tetapi apakah maksud orang yang bangga dengan kesombongannya? Jawab Rasulullah “ialah orang yang takbur.”
(Hadis Riwayat at-Tarmizi)

Huraian
1. Orang yang berakhlak mulia adalah orang yang paling dikasihi oleh Rasulullah dan diberi tempat yang paling dekat dengan baginda di hari kiamat nanti.
2. Bercakap-cakap kosong atau perkara-perkara yang sia-sia dan membuat fitnah adalah perbuatan yang dilarang oleh agama kerana ia tidak mendatang apa-apa kebaikan bahkan bakal mengundang azab di hari akhirat kelak.
3. Islam juga melarang umatnya bersifat membangga diri dan memandang rendah serta menghina orang lain tetapi hendaklah bersifat tawaduk dan rendah diri demi menjaga hati dan perasaan orang lain.

11 November 2011

SAYANG AYAH...AYAH TETAP DIHATI



Ayah,
dengarlah luahan hati anakmu ini…
sesungguhnya anakmu ini sangat-sangat sayangkan dirimu,
padamu ayah,tempat anakmu bermanja,
padamu ayah,tempat anakmu menumpang kasih,
padamu ayah,kasih sayang dicurahkan.

Ayah,
sabarlah ayah,menempuh ujian dan dugaan ALLAH,
anakmu senantiasa berdoa untuk kesejahteraanmu,
ujian dan dugaan ALLAH,menandakan ALLAH sayang setiap hambaNYA,
ada hikmah disebalik semua itu.

Ayah,
pada wajah anakmu ini menggambarkan keceriaan,
tapi hakikat yang sebenarnya anakmu ini,
menangis pilu,mengenangkan penderitaanmu,
hati ini merintih ayah,tiada sesiapapun tahu.

Ayah,
kasih sayang anakmu padamu tak berbelah bahagi,
kalau boleh anakmu ini bersedia memikul penderitaanmu,
tak sanggup lagi,melihat dirimu menanggung penderitaan seorang diri,
sedih,pilu melihat tidurmu terganggu,
sedangkan orang lain enak dibuai mimpi,
tapi ayah…

Ayah,
alhamdulillah,walaupun dirimu diuji,
dirimu tetap tabah,tetap sabar,tetap yakin akan janji-janji ALLAH,
kagum akan dirimu ayah,
sedikitpun dirimu tak berkeluh kesah,
“ujian ALLAH untuk ayah,sabar dan redha”
sentiasa dibibirmu,
alhamdulillah,ayah dirimu antara yang terpilih

Ayah,
untuk mengapai syurgaNYA,
memerlukan pengorbanan yang tinggi,
sabar dan redha yang mampu menjadi milikmu,
menghadapi ujian dan dugaanNYA.

Sayang ayah,kasih ayah….ayah tetap dihati.



08 November 2011

ALAHAI! MENANTU KAYA DAN MENANTU MISKIN


Ketara sangat perbezaan antara menantu kaya dan menantu miskin dari segi sikap,kerajinan,budi bahasa,pergaulan antara adik beradik dan sikap pilih-memilih.

Menantu yang datang dari keluarga kaya memang sejak lahir lagi,dah senang-lenang.Tak biasa hidup susah.Apa yang dikehendaki pasti akan tertunai tanpa ada alasan tangguh menangguh.Adakah dengan kekayaan yang datang dari hasil titik peluh kedua orang tua kita,kita boleh berlagak sombong dengan orang lain?Menantu kaya ada IJAZAH,ada MASTER dan tak lama lagi sambung PHD.Wah! hebatnya menantu yang datang dari keluarga kaya.Apakah dengan  memiliki kesemua itu dapat menjamin syurga di akhirat kelak?Tepuk dada tanyalah iman.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda yang bermaksud:
“Tidak akan masuk syurga, siapa yang di dalam hatinya terdapat seberat zarah kesombongan.” Maka seseorang berkata: “Bagaimana dengan seseorang yang suka memakai baju dan selipar yang cantik?” Maka berkata Rasulullah: Sesungguhnya Allah itu maha indah dan cinta pada keindahan (maksudnya, pakaian indah tidak selalu bererti kesombongan). Alkibr (kesombongan) itu adalah menolak kebenaran dan memandang rendah remeh orang lain.” – (Hadis riwayat Muslim)

Firman ALLAH:
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Luqman ayat:18) 

Orang lain pun manusia juga,hina sangatkah orang miskin ni?Sedarlah disisi ALLAH,manusia ni semuanya sama.Tiada beza membeza antara satu sama lain,yang membezakan hanya amalan yang dilakukan.Andai amalan yang dilakukan ikhlas kerana ALLAH dan semata-mata mengharap keredhaan ALLAH,insyaALLAH syurga sebagai balasannya tanpa mengira seseorang itu miskin atau kaya.

Di dunia,bolehlah mengasingkan diri dari orang miskin tetapi di akhirat nanti tiada peluang berbuat begitu.Samaada suka atau tak,semua tu bukan kita yang menentukan.
Bila disana nanti,siapalah kita.Hanya manusia biasa aje,tanpa ada apa-apa kuasa pun untuk menjauhi diri dari orang miskin.

Sebelum berkahwin tu selidiklah dulu,asal usul pasangan kita.Tanya pada diri,andai pasangan kita miskin mampukah kita susah senang bersamanya dan susah senang bersama keluarganya.Diri pasangan aje yang kita mahu,tapi keluarganya kita tolak ketepi.Fikirlah,apa perasaan keluarga pasangan kita,tentu ada yang kecil hatikan dengan sikap kita.Andai itu jodoh terbaik untuk kita maka terimalah,bukan dirinya sahaja malahan semua ahli keluarganya.Itulah yang sebaik-baiknya.

Ibu mentua kita tentu akan merasa kecil hati dengan kita begitu juga dengan ahli keluarga yang lain seandainya kita  menunjukkan sikap yang kurang selesa dengan mereka.Apa salah mereka,adakah kerana mereka datang dari keluarga miskin?Pasangan kita ada ijazah,berjawatan tinggi dan ada kehidupan mewah.Pendek kata dah berjaya,tapi sedarlah dan fikir-fikirkanlah serta renung-renungkanlah pasangan kita berjaya dengan restu dan doa siapa,dengan sokongan serta bantuan siapa?Kalau tak dengan restu dan doa mentua kita yang miskin,dengan sokongan serta bantuan ahli keluarga yang miskin.Setiap orang yang berjaya,mesti ada penyokong-penyokong di belakangnya.Dan satu lagi yang harus diingati sampai bila-bila,pasangan kita lahir dari rahim siapa yang menjadikan pasangan kita berjaya hari ini,kalau tak dari rahim mentua yang miskin itu.Ingatlah dari rahim mentua yang miskin itulah,kita boleh menumpang kebahagiaan dan kesenangan pasangan kita.Alasan apa lagi untuk kita berlagak sombong?

Menantu yang datang dari keluarga susah atau sederhana,dah biasa merasai betapa peritnya kehidupan yang pernah dilaluinya.Menantu miskin faham akan kekurangan yang ada pada pasangan dan keluarganya.Hanya orang miskin aje yang faham akan situasi orang miskin yang lain.Orang miskin juga boleh berjaya.

Menantu miskin apa kurangnya,ada ijazah.Tapi tak berlagak sombong.Ada budi bahasa,hormat ahli keluarga yang lain,sentiasa menziarahi ahli keluarga yang lain tanpa ada sikap pilih memilih dan boleh bergaul dengan ahli keluarga yang lain serta ringan tangan membantu ahli keluarga yang lain.Pendek kata serba serbi rajinlah.Bukan bermakna nak beza membeza antara menantu kaya dan menantu miskin,tapi memang itu dah kenyataannya.

Kalau mentua sayang menantu miskin tentu ada yang kecil hatikan.Tentu ada yang akan berkata ‘mentua tak adillah,mentua pilih kasihlah,mentua berat sebelahlah,mentua itulah,mentua inilah.Pening kepala mentua dibuatnyaTahan je lah telinga tu,wahai mentua.Bersabar ajelah dengan menantu kaya dan menantu miskin ni.Sekadar untuk renungan dan iktibar bersama.

24 Oktober 2011

CANTIKKAH AKU



Cantikkah aku?Kawan-kawan kata aku cantik, ‘macam anak mami’.Cantik sangatkah aku?Mulalah riak datang menemaniku,bangga datang menghampiriku,sombong datang menghimpitku dan bermegah-megah datang menghulurkan salam perkenalan.


Aku jadi bangga diri,aku lupa kecantikkan yang aku miliki tak bertahan lama.Aku seronok bertemankan riak,bangga,sombong dan bermegah-megah.Manakan tidak ke mana saja aku pergi semua orang memujiku.Cantiklah,cutelah,menariklah dan macam-macam lagi

"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong; sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri. (Luqman ayat:18)

ALLAH berfirman:
“Aku akan memalingkan (hati) orang-orang yang sombong takbur di muka bumi dengan tiada alasan yang benar dari (memahami) ayat-ayatKu (yang menunjukkan kekuasaanKu); dan mereka (yang bersifat demikian) jika mereka melihat sebarang keterangan (bukti), mereka tidak beriman kepadanya, dan jika mereka melihat jalan yang (membawa kepada) hidayah petunjuk, mereka tidak mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Dan sebaliknya jika mereka melihat jalan kesesatan, mereka terus mengambilnya sebagai jalan yang dilalui. Yang demikian itu, kerana mereka mendustakan ayat-ayat Kami dan mereka sentiasa lalai daripadanya”. (Al-A'raaf ayat:146) 

Ya ALLAH,aku tewas dengan godaan musuhku sendiri.Aku jadikan ianya kawan,aku sepatutnya jadikan ianya lawan.Aku tewas,Ya ALLAH..aku tewas.Ampun aku Ya ALLAH,ampun aku.Aku tidak gunakan akal anugerahMU untuk berfikir,hatiku lalai dari terus mengingatiMU.Akibat dari pujiaan demi pujian yang hebat,aku lupa siapa diriku yang sebenar.Aku lupa pada PENCIPTA ku,aku lupa segala-galanya.Hatiku berbunga riang menerima pujian,yang mana aku menyedari kecantikkan yang aku miliki hanya bersifat sementara.Tapi oleh kerana pengaruh musuhku lebih kuat ke atas diriku,aku tak pedulikan semua tu.Aku asyik dengan dunia ciptaanku sendiri.

Ya ALLAH,ampunkan aku.Aku hambaMU yang lalai.Sedikit je menerima pujian,aku lupa siapakah yang menganugerahkan kecantikkan buatku.Apa yang aku miliki,hanya bersifat sementara sahaja,dipinjamkan selagi aku bernafas.Kecantikkan luaran boleh pudar  pada bila-bila masa sahaja.Aku sedar semua itu.

Kecantikkan rupa paras bukan tiket penentu untuk ke syurga ALLAH,selagi iman dan taqwa tiada selagi itulah jalan menuju ke syurga malap.

ALLAH berfirman:

“Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, sebagai janji Allah yang benar. Dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?” (An-Nisaa' ayat:122) 

“Dan sesiapa yang mengerjakan amal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman, maka mereka itu akan masukSyurga, dan mereka pula tidak akan dianiaya (atau dikurangkan balasannya) sedikitpun”. (An-Nisaa' ayat:124)

Apa guna kecantikkan,andai cantik itu tak menjanjikan apa-apa.Adakah kecantikkan boleh melayakkan syurga untuk diri?Kecantikkan hanya hiasan dunia semata-mata.

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak bertimbun-timbun, dari emas dan perak; kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih; dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu Syurga)”. (A-li'Imraan ayat:14)

Kecantikkan amal,iman dan taqwa itu lebih penting daripada kecantikkan rupa paras.Amal kebajikan  yang dilakukan seikhlas hati dan kerana ALLAH menjanjikan syurga buat diri.

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa”. (A-li'Imraan ayat:133)


“Dan sesiapa yang taat kepada Allah dan RasulNya, maka mereka akan (ditempatkan di syurga) bersama-sama orang-orang yang telah dikurniakan nikmat oleh Allah kepada mereka, iaitu Nabi-nabi, dan orang-orang Siddiqiin, dan orang-orang yang Syahid, serta orang-orang yang soleh. Dan amatlah eloknya mereka itu menjadi teman rakan (kepada orang-orang yang taat)”. (An-Nisaa' ayat:69) 

Janji ALLAH,adalah benar.Kecantikkan amal.iman dan taqwa,menjanjikan syurga.
Tiada guna kecantikkan rupa paras,andai tiada amal,iman dan taqwa dalam diri.Cantikkanlah akhlak peribadi,cantikkanlah amal,cantikkanlah iman dan cantikkanlah taqwa,andai mahu ke syurga ALLAH.Hanya mereka yang beriman serta beramal soleh  ALLAH akan masukkan ke dalam syurgaNYA.

ALLAH berfirman:
“Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya, sebagai janji Allah yang benar. Dan siapakah yang lebih benar perkataannya daripada Allah?” (An-Nisaa' ayat:122) 

23 Oktober 2011

JOM BERKONGSI ILMU


Assalamualaikum..
Andai teman-teman terbaca status saya kat facebook,janganlah teman-teman menyangka yang saya ni seorang yang alim.Saya sama je macam teman-teman.Masih lagi jahil,baru nak belajar  berjalan ‘mendaki satu tangga ke satu anak tangga yang lain’.Ilmu masih lagi kurang,entah-entah ilmu teman-teman lebih baik dari saya.Umur saya baru 16 tahun,sekolah pula aliran biasa je,tapi keinginan untuk menambahkan ilmu itu tetap ada.Ilmu ALLAH ni luaskan teman-teman,kita yang harus mencarinya. “Menuntut ilmukan satu kewajipan”,bagi kita.

Tujuan saya bukanlah nak berbangga,saya hanya nak kongsikan kebaikan dengan teman-teman dan saya tak mengharapkan teman-teman ‘like’ akan status saya.Tapi kalau teman-teman ‘like’ status saya,alhamdulillah syukur saya panjatkan.Sekurang-kurangnya teman-teman juga akan dapat faedahnya,sekaligus teman-teman boleh menggunakan minda, berfikir untuk apa kita hidup kat muka bumi ini?

Bila teman-teman terbaca post saya kat facebook,tentu teman-teman berfikirkan,untuk apa kita hidup,Allah bagi kita sihat untuk apa,Allah uji kita dengan berbagai-bagai dugaan untuk apa?Tentu ada hikmahnyakan.Allah menguji kita mengikut kemampuan kita.

ALLAH berfirman:

“Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh - (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidakmemberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, - merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya”. (Al-A'raaf ayat:42)

“Dan Kami tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya; dan di sisi Kami ada sebuah Kitab (suratan amal) yang menyatakan segala-galanya dengan benar, sedang mereka tidak dianiaya”. (Al-Mu'minuun ayat:62)

“Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Al-Baqarah ayat:286) 

Allah Maha Adilkan dan Allah Maha Mengetahui sejauh mana kemampuan hamba-hambaNYA.Fikir-fikir dan renung-renungkanlah teman-teman ya.Hidup kita kat dunia ni hanya seketika,entah esok atau lusa kita akan pergi.Tinggallah semua yang disayangi termasuk harta benda,anak isteri atau suami.

ALLAH berfirman:
“Tiap-tiap diri (sudah tetap) akan merasai mati, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Kami (untuk menerima balasan)”. (Al-'Ankabuut ayat:57)

Untuk pengetahuan teman-teman,saya hanya sekadar hendak berkongsi ilmu dengan teman-teman.Ilmu ini milik ALLAH,tak ada satu pun milik saya.ALLAH anugerahkan akal untuk kita berfikir,jadi kita gunakan anugerah ALLAH itu kearah kebaikan.Biar sama-sama kita mencari keredhaan ALLAH dan sama-sama kita menuju ke syurgaNYA.Memang sukarkan untuk kita menggapai syurgaNYA,ada-ada saja ujian dan dugaan yang perlu kita tempuhi tetapi di sebalik kesukaran itu menjanjikan sesuatu yang terbaik untuk kita.Janji ALLAH untuk setiap orang-orang yang beriman dan bertaqwa adalah syurga.

“Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya”. (Al-Baqarah ayat:25) 

Indahkan syurga ALLAH.

Allah berfirman:
  "Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa" (ali-Imraan ayat:133)

Sememangnya syurga itu sungguh luas dan setiap menuasia menginginkan syurga di akhirat. Syurga, di dalam al-Quran, disebut Jannah. Penghuninya adalah orang-orang yang bertaqwa . Maka alangkah bahagianya sekiranya kita dapat membimbing diri kita, anak-anak dan isteri kepada cara hidup yang diredhai Allah sehinggakan semuanya terselamat daripada api neraka. Bahkan sebuah keluarga yang bertakwa itu bukan sahaja akan bersama-sama mengecap kebahagiaan di dunia tetapi di akhirat juga mereka akan berkumpul lagi untuk kehidupan yang selama-lamanya.

ALLAH berfirman:
“Iaitu Syurga yang kekal yang mereka akan memasukinya bersama-sama orang-orang yang mengerjakan amal soleh dari ibu bapa mereka dan isteri-isteri mereka serta anak-anak mereka; sedang malaikat-malaikat pula akan masuk kepada mereka dari tiap-tiap pintu”.(Ar-Ra'd 13:23)

Marilah teman-teman semua kita berganding bahu menggapai redha ALLAH  seterusnya mengatur langkah menuju syurgaNYA.Sekiranya ada di antara teman-teman yang berpengetahuan yang lebih  mendalam  mengenai ilmu ALLAH,sudi-sudilah berkongsi dengan semua orang,insyaALLAH ilmu yang dicurahkan akan mendapat balasan setimpal dan ilmu kita semakin bertambah dengan izin ALLAH…alhamdulillah,insyaALLAH.


19 Oktober 2011

SAYANGILAH IBU,HORMATILAH IBU,KENANGKANLAH PENGORBANAN IBU KITA



“Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana”. (A-li'Imraan ayat:6)

“Dan Dia lah yang mencipta kamu dari diri yang satu (Adam), maka (bagi kamu) disediakan tempat tetap (dalam tulang sulbi bapa kamu atau di bumi), dan tempat simpanan (dalam rahim ibu atau dalam kubur). Sesungguhnya Kami telah jelaskan tanda-tanda kebesaran (Kami) satu persatu bagi orang-orang yang mengerti (secara mendalam)”.. (Al-An'aam ayat:98)

Pengorbanan seorang ibu tiada tandingannya.Ibu bersusah payah mengandungkan kita selama 9 bulan 10 hari,selama waktu itu ibu mengusung kita ke hulu hilir,ke mana sahaja ibu pergi kita tetap dibawa bersama.Seorang ibu yang beriman dan bertaqwa serta penyayang dan berperikemanusiaan,tetap sayangkan kita,dia tak kan biarkan kita lahir sebelum tiba masanya.Bila kita lahir,dia akan membelai kita.Dia tak tinggalkan kita di merata tempat.

Kita adalah amanah ALLAH untuknya,seboleh-bolehnya seorang ibu nakkan yang terbaik untuk anaknya.Dalam hati seorang ibu,anak-anak adalah segala-galanya,akan dibelainya kita bagaikan menatang minyak yang penuh.Sedikit pun dia tak akan sakiti kita,tidur malamnya sentiasa tak nyenyak,bimbangkan anak-anaknya,dia tak akan biarkan kita diganggu-gugat,biar pun oleh seekor nyamuk.Alhamdulillah lah ibu kita seorang yang penyayang.

Cuba bayangkan kalau ibu kita seperti yang di perkatakan hari ini,membunuh bayi yang tak bersalah akibat tekanan perasaan dan macam-macam lagilah.

“Sesungguhnya rugilah orang-orang yang membunuh anak-anak mereka kerana kebodohan, lagi tidak berpengetahuan (sedang Allah yang memberi rezeki kepada sekalian makhluknya), dan juga (rugilah orang-orang yang) mengharamkan apa yang telah dikurniakan oleh Allah kepada mereka, dengan berdusta terhadap Allah. Sesungguhnya sesatlah mereka, dan tiadalah mereka mendapat petunjuk”. (Al-An'aam ayat:140)

Bersyukurlah kita ada seorang ibu yang penyayang.Apabila kita menginjak dewasa,kenangkanlah segala pengorbanan seorang ibu.

ALLAH berfirman:

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)”.. (Luqman ayat:14)

“Ia menciptakan kamu dari diri yang satu (Adam), kemudian Ia menjadikan daripadanya - isterinya (Hawa); dan Ia mengadakan untuk kamu binatang-binatang ternak delapan ekor: (empat) pasangan (jantan dan betina). Ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (berperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian. Dalam tiga suasana yang gelap-gelita. Yang demikian (kekuasaanNya) ialah Allah Tuhan kamu; bagiNyalah kekuasaan yang mutlak; tiada Tuhan melainkan Dia; oleh itu bagaimana kamu dapat dipesongkan (dari mematuhi perintahNya)”? (Az-Zumar ayat:6)


Dari kecil kita dibelai,dimanja,disayangi dan dikasihi…kenapakah bila dah pandai bercakap(membesar dari sehari kesehari,meningkat umur dari setahun ke setahun)kita sudah pandai menengking ibu kita,bercakap kasar dan kita tak hormatkan ibu kita.Berpunca dari masalah kecil saja iaitu duit,kita sanggup kata yang bukan-bukan pada ibu kita.Kategori anak apakah kita?Adakah kita anak derhaka?

ALLAH berfirman:

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)". (Al-Ahqaaf ayat:15)

“Dan (sebaliknya amatlah derhakanya) orang yang berkata kepada kedua ibu bapanya (ketika mereka mengajaknya beriman): "Ah! Bosan perasaanku terhadap kamu berdua! Patutkah kamu menjanjikan kepadaku bahawa aku akan dibangkitkan keluar dari kubur, padahal berbagai umat sebelumku telah berlalu (masih lagi belum kembali)? " Sambil mendengar kata-katanya itu - ibu bapanya merayu memohon pertolongan Allah (menyelamatkan anak mereka) serta berkata (kepada anaknya yang ingkar itu): "Selamatkanlah dirimu! Berimanlah (tentang hidup semula menerima balasan amal)! Sesungguhnya janji Allah tetap benar". Lalu ia menjawab (dengan angkuhnya): "Semuanya itu hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala!". (Al-Ahqaaf ayat:17)

Hormatilah ibu kita,sayangilah ibu kita,jangan sesekali kita menengking ibu kita.Redha ibu membawa kita kepada redha ALLAH.Janganlah terpedaya dengan hasutan iblis syaitan.

“Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapa kamu dari Syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka: aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan yang kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman”. (Al-A'raaf ayat:27)

Ibu kita adalah yang terbaik dan yang paling hampir dengan kita.Tentu terbayang-bayang di ruangan minda kita apakah yang ibu lakukan untuk kita,waktu kita kecil.Andai kita punya adik-adik,kita boleh lihat bagaimana sukarnya ibu kita mengandung,melahirkan dan membesarkan,cuba bayangkan kita dalam keadaan itu.Tentu sukarkan.Hanya ALLAH MAH AMENGETAHUI.

“Allah mengetahui akan apa yang dikandung oleh tiap-tiap ibu, dan mengetahui apa yang kurang dari yang dikandung dalam rahim itu atau yang lebih. Dan tiap-tiap sesuatu adalah ditetapkan di sisiNya dengan kadar yang tertentu”. (Ar-Ra'd ayat:8)

“Dia lah yang mengetahui perkara-perkara yang ghaib dan yang nyata; Dia lah jua Yang Maha Besar, lagi maha Tinggi (Yang mengatasi segala-galanya)”. (Ar-Ra'd ayat:9)

SAYANGILAH IBU KITA,HORMATILAH IBU KITA,KENANGILAH PENGORBANANNYA.

KASIH IBU AYAH

Kasihnya ibu membawa ke syurga…kasihnya ayah masa berada.
Marilah kita bermuhasabah diri….
Tanpa ibu dan ayah,x mungkin kita berada di dunia ini…
Tanpa ibu dan ayah,siapalah kita hari ini…

Tanyalah pada diri kita sendiri…..
Apakah yang kita lakukan untuk membahagiakan ibu dan ayah kita….
Apakah kebaikan yang kita lakukan untuk ibu dan ayah kita….
Sedar x,ada diantara kita yang sentiasa menyakiti hati ibu dan ayah setiap hari….
Kita lupa siapakah yang melahirkan kita….
Kita lupa siapakah yang bersusah payah membesarkan kita…..
Kita lupa siapakah yang bersusah payah mencari rezeki untuk kita….
Kita lupa segala-galanya…..

Juga tanyakan pada ibu dan ayah…
Apakah yang ibu dan ayah harapkan dari kita….
Adakah wang ringgit ataupun harta tinggi menggunung…
Mesti jawapan ayah dan ibu….
Jadilah anak yang soleh dan solehah….
Yang boleh mendoakan untuk ibu dan ayah…
Ibu dan ayah perlukan doa dari anak yang soleh dan solehah…
Yang boleh mengiringi ibu dan ayah….
Apabila ibu dan ayah melangkah kealam barzakh nanti….
Ya,doa dari anak yang soleh dan solehah….
Di antara 3 perkara yang akan mengiringi ibu dan ayah ke alam barzakh….
Bukanlah emas permata,wang ringgit mahupun harta menggunung…

Renungilah Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam:
“Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.”
(Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)

Bila ibu dan ayah ada depan mata kita…..
Kita buat endah x endah aje…..
Kita sakiti hati dan perasaan mereka…
Kita biarkan air mata ibu dan ayah mengalir kerana kita…..
Hati ibu kita lukai…..
Hati ibu kita calarkan….
Ibu menangis kerana kita…..
Ayah memendam rasa kerana kita…..
Rajuk hati ibu dan ayah tiada siapa pedulikan….
Rajuk hati kita…kita nak kan belaian dan perhatian….
Rajuk hati ibu dan ayah kita biarkan….

Andai ibu dan ayah tiada lagi….
Tiada lagi tempat untuk kita menumpang kasih sayang…..
Tiada lagi tempat untuk kita mengadu….
Hilang segala-galanya…..
Hari ini kita mampu lagi ketawa….
Mungkin hari esok kita hanya mampu menangis….
Menangis nasib diri yatim piatu…..
Menangis mengenangkan dosa kita pada ibu dan ayah…..
Menangis menyesali apa yang berlaku…..
Ingatlah…tangisan kita sudah tidak bermakna lagi….
Siapa yang boleh menduga takdir ALLAH..

Hargailah ibu dan ayah semasa hayat mereka masih ada…..
Ibu dan ayah….maafkan kami anak-anakmu…
Cinta,kasih,sayang dan rindu kami buatmu ibu dan ayah...

Ibu dan ayah…..
Tersemat kukuh dalam hati kami anak-anakmu….

17 Oktober 2011

SAYANG MAK SAYANG AYAH



Mak,mak,mak…

Balik sekolah mesti saya cari mak,mesti saya panggil mak.Kalau mak tak ada dalam rumah,saya cari mak disekeliling rumah.Saya nak mak ada sentiasa didepan mata.Bila saya nak sesuatu mesti saya minta kat mak. ‘Homework’ pun saya tanya mak,alhamdulillah mak sedia membantu dan bantuan mak selalunya tak mengecewakan saya malahan mendapat pujian guru-guru.Mak saya serba boleh,seorang yang berdikari,tak suka menyusahkan orang lain.Hebatkan  mak saya.Mak saya cuma seorang suri rumah,berkelulusan SPM je.

Mak,mak,mak…
Setiap hari saya ulangi lagi panggilan itu tanpa jemu-jemu.Selagi hayat dikandung badan saya ingin buat yang terbaik untuknya.Maklah  segala-galanya bagi saya,tanpa mak tiadalah saya kat muka bumi ini.Dalam hati saya berkata-kata, “InsyaALLAH,kalau diizinkan ALLAH,akan saya beri yang terbaik untuk mak saya”.

ALLAH berfirman:
“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)”. (Luqman ayat:14)

Mak,mak,mak…
Saya panggil lagi dengan seikhlas hati dan kasih sayang yang mendalam.Tak dapat saya bayangkan andai panggilan itu sudah berakhir.Saya tahu setiap yang hidup pasti akan mati.Janji ALLAH itu pasti.

“Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya”. (A-li'Imraan ayat:185)

“KepadaNyalah kembalinya kamu semua, sebagai janji Allah yang benar. Sesungguhnya Dia lah yang memulakan kejadian sekalian makhluk, kemudian Ia mengembalikannya (hidup semula sesudah matinya), untuk membalas orang-orang yang beriman dan beramal soleh dengan adil; dan orang-orang yang kafir pula, disediakan bagi mereka minuman dari air panas yang menggelegak, dan azab yang tidak terperi sakitnya, disebabkan mereka ingkar dan berlaku kufur”. (Yunus ayat:4)

Selagi hayatnya ada saya ingin berbakti kepadanya.Saya nak jadi seorang anak yang solehah yang sentiasa mendoakan kebaikan dunia akhirat untuknya.Maklah yang mengandung,melahirkan,membesar dan mendidik saya.

Ayah,ayah,ayah…
Saya panggil juga,saya tak lupakan ayah.Mak dan ayah adalah insan yang paling saya sayangi.Mak dan ayah sentiasa dihati saya.Ayah baik,tak pernah marahkan saya.Kata-kata yang sentiasa keluar dari bibir ayah adalah kata-kata yang mengeratkan kasih sayang,mengembalikan kemesraan seisi keluarga.Saya sayang mak,saya sayang ayah.

Ayah,ayah,ayah…
Dengan penuh berhikmah dan sopan santun saya ulangi lagi panggilan itu,juga tanpa jemu-jemu.Selagi hayat mak dan ayah ada,saya tak akan berhenti memanggil mereka berdua,juga selagi hayat saya ada,saya akan berkorban untuk mereka berdua.Saya rasakan pengorbanan yang saya lakukan tak  setimpal mana pun berbanding pengorbanan yang mak dan ayah lakukan untuk saya.Terlalu kecil perbandingannya.

Ayah,ayah,ayah…
Saya ulangi lagi seikhlas hati.Terima kasih untuk ayah,walaupun kesihatan ayah tak mengizinkan ayah luangkan juga masa ayah untuk hantar saya ke sekolah.Ayah adalah seorang ayah yang terbaik sanggup ketepikan penderitaan dan kesusahan sendiri untuk kesenangan anak-anak.Ayah memang terbaik.Sudah hampir 3 bulan ayah diuji olehNYA,ayah tetap tabah dan sabar menghadapinya.Alhamdulillah ujian dariNYA,tak menjadikan ayah seorang yang berputus asa malahan semakin mendekatkan ayah padaNYA.Moga ayah cepat sembuh,andai itu takdirnya terimalah dengan hati yang lapang.

Mak,mak,mak…Ayah,ayah,ayah…
Tiada istilah jemu dalam hati saya untuk panggilan itu.Malahan sentiasa dihati sebab mak dan ayahlah yang terbaik untuk saya.Airmata mengalir laju,bila teringatkan tiada lagi panggilan itu andai mak dan ayah tiada lagi.Pada siapa lagi yang harus saya mengadu setiap masalah yang dihadapi,pada siapa lagi saya nak mengharapkan belaian kasih sayang,pada siapa lagi saya nak berkongsi suka duka,pada siapa lagi untuk saya  tanya itu dan ini….pada siapa?Airmata mengalir lagi tanpa henti,teringat lagi mak dan ayah sentiasa mendoakan yang terbaik untuk saya dunia dan akhirat.Andai mak dan ayah tiada lagi,siapa pula yang akan berkongsi kegembiraan andaikata saya berjaya dalam hidup(berjaya dunia dan akhirat),sebab itulah yang sangat-sangat diharapkan oleh mak dan ayah supaya saya menjadi seorang insan yang solehah.Mak dan ayah tak minta saya berjaya pada pandangan mata manusia tapi biarlah saya berjaya pada pandangan ALLAH.Harapan saya pun macam tu juga,biarlah di pengakhiran nanti Syurga menanti saya…insyaALLAH.

Dari Abu Hurairah r.a., katanya : "Seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah saw., "Ya, Rasulullah, siapakah dari keluargaku yang paling berhak dengan kebaktianku yang terindah?"
Jawab beliau, "Ibumu! Kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapamu, kemudian yang terdekat kepada mu, yang terdekat."

Sayang mak,sayang ayah.
Moga ayah cepat sembuh.


Doa untuk mak dan ayah..
" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh". (An-Naml 27:19) 

“Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil”. (Al-Israa' ayat:24)

Aamin Ya Rabbal ‘Alamin.


04 Oktober 2011

WANITA SOLEHAH IDAMAN LELAKI SOLEH



Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Jangan kamu kahwini seseorang wanita itu kerana kecantikannya. Kerana mungkin kerana kecantikannya akan membawa kerosakan kepada mereka sendiri. Dan jangan kamu kahwini mereka kerana mengharapkan harta kekayaannya. Kerana mungkin harta kekayaan itu menyebabkan mereka sombong. Tetapi kahwinilah mereka kerana dasar agama. Sesungguhnya hamba sahaya yang hitam kulitnya adalah lebih baik jika dia beragama.” (Riwayat Baihaqi)

Sabda baginda Rasulullah lagi, “ Seseorang wanita itu dikahwini kerana hartanya, kecantikannya, keturunannya dan agamanya. Tetapi sebaik-baiknya pilihlah yang bertanggungjawab terhadap agamanya. Kerana hal itu tentu akan menyenangkanmu.” (Riwayat Bukhari, Muslim)

Andai mahu memilih pasangan,pilihlah yang beragama kerana itu lebih baik jika hendak dibandingkan dengan kecantikan ataupun harta kekayaan. Ini kerana wanita solehah adalah harta yang paling berharga di dunia ini, sebagaimana kata Amar bin Ash, salah seorang sahabat baginda Rasulullah, “Dunia ini adalah harta. Dan sebaik-baik harta dunia ialah wanita yang solehah.” (Riwayat Muslim)

Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat :34: “Wanita yang solehah itu ialah wanita yang taat kepada Allah dan suaminya, serta memelihara hak-hak suaminya sewaktu suaminya tidak bersama.”

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Apabila Allah telah meletakkan rasa cinta pada diri seseorang di antara kamu, maka lihatlah wanita pilihanmu itu. Kerana yang demikian akan lebih jelas lagi dan dapat menimbulkan kerukunan di antara kedua suami isteri tersebut.” (Riwayat Ibnu Majah, Tirmizi)

Wanita solehah idaman lelaki soleh.Wanita solehah,tidak membelakangi pasangannya andai hendak melakukan sesuatu perkara.Wanita solehah memerlukan keizinan pasangannya untuk melakukan sesuatu perkara.Wanita solehah sanggup berkorban apa sahaja demi pasangannya yang halal.

Allah Maha Adil,Dia bagi ujian dan dugaan pada pasangan suami isteri.Andai suami sakit,pengorbanan dan kesabaran seorang isteri diuji.Suami terlebih dahulu diuji dengan kesakitan dan sakit yang menimpa dianggap sebagai kifarah untuk menghapuskan dosa-dosa kecil manakala isteri diuji untuk melihat sejauh mana kesanggupan untuk sama-sama menanggung dugaan dan ujian dari Allah.

Itulah pentingnya andai mahu memilih pasangan,pilihlah yang beragama.Sanggup susah senang bersama,bukan waktu suami sihat sahaja isteri setia bersama,bila suami sakit isteri menjauhkan diri.Wanita solehah tidak sesekali membiarkan suami menanggung penderitaan seorang diri,biarlah susah senang bersama andai itu takdirNYA.

“Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing”Peribahasa yang sangat sesuai untuk pasangan suami isteri.Susah dan senang diharungi bersama walaupun dugaan dan ujian melanda.Terima dengan redha dan seikhlas hati serta yakin disebalik dugaan dan ujian yang melanda ada hikmah yang tersembunyi.

Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:
“Sesungguhnya, besarnya sesuatu ganjaran itu dinilai pada besarnya bencana yang menimpa. Dan sesungguhnya Allah apabila mencintai sesuatu kaum, maka mereka akan diberi dugaan. Oleh sebab itu barangsiapa yang redha – dengan ujian yang menimpa, dia akan memperoleh keredhaan Allah dan barangsiapa yang tidak redha maka dia akan mendapat kemurkaan Allah. (Hadis riwayat at-Tarmizi dan Ibn Majah)

Sesiapa yang menyifatkan bala bencana yang menimpanya sebagai nikmat dan menerimanya dengan redha akan mendapat balasan pahala daripada Allah, selain terhapus kekotoran dosa dan kesalahannya.Biasakan diri melafazkan “alhamdulillah”,bila ditimpa sesuatu bencana ataupun kesenangan,kerana ganjaran disebalik semua itu sangat besar.
Alhamdulillah,dugaan dan ujian dariMU Ya ALLAH menambahkan keimanan dan rasa cinta yang mendalam kami kepadaMU,ianya juga mengajar kami erti sabar dan redha akan ketentuanMU....terima kasih Ya ALLAH.

  

29 September 2011

WAHAI WANITA SOLEHAH



Wahai wanita solehah,
Simpanlah ungkapan keramat,
‘i love you’ , ‘i love you so much’ , ‘i miss you’,
buat  suamimu yang sah.

Wahai wanita solehah,
Peliharalah malumu,
Usahlah terlalu mengikut kata hati,
Sesenang hati aje mengungkapkan kata-kata keramat seperti itu,
Kepada yang bukan mahrammu.

Wahai wanita solehah,
Auratmu terpelihara,
Dari hujung rambut hingga hujung kaki,
Sekali pandang,bibir mengungkapkan kalimah alhamdulillah,
Kerana dirimu wanita solehah,
Tapi kerana ungkapan keramat itu ,
“tidak kepada yang berhak”
Dirimu tidak berharga langsung,
Hilang terus rasa hormat dan kagum padamu.

Wahai wanita solehah,
Kenapa hatimu tidak kau pelihara
Akhlakmu tidak dijaga sebaik mungkin.

Wahai wanita solehah,
Jadikanlah:
malu sebagai perhiasan diri,
malu sebagai benteng mempertahankan keimanan

Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Sesungguhnya malu itu adalah sebahagian dari iman”.

 Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya :
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda: 
“Iman terdiri daripada lebih dari tujuh puluh bahagian dan malu adalah salah satu dari bahagian-bahagian iman”

Wahai wanita solehah,
Kembali kepada fitrah sebenarnya,
Andai ada jodohmu,insyaALLAH seseorang itu milikmu,
Sudah tertulis sejak di loh mahfuz lagi.

Wahai wanita solehah,
Andai dirimu muslimat sejati,
Berdoa,berusaha dan bertawakkal,
InsyaALLAH,pasti ada jodohmu,
Usahlah kau memujuk rayu seorang lelaki yang bukan mahrammu,
Dengan ungkapan-ungkapan keramat itu,
Simpanlah ianya untuk bakal suami yang sah nanti.
InsyaALLAH,bahagia yang bakal kau perolehi hingga ke syurga.