14 Mei 2011

TERIMA KASIH YA ALLAH......TERIMA KASIH ABANG



Setiap hari kita terima sms dari abang kita….abang kita cuti sem sekarang ni,4 bulan…lamanya….abang terlalu mengambil berat pasal kita….minggu ni kn kita ada exam.Abang x pernah berhenti mendoakan kejayaan untuk kita dlm exam.Terharu kita di buatnya.Kita nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih utk abang  kerana sentiasa memberi nasihat dan kata-kata perangsang untuk kita.

Kita sebenarnya bukanlah tergolong dalam golongan pelajar-pelajar yang cerdik pandai.Pelajaran kita biasa-biasa je.Result yang kita perolehi pun cukup-cukup makan aje.InsyaALLAH,kita x akan lupakan segala nasihat dan kata-kata perangsang dari abang.Kita pun teringin juga untuk mengecapi kejayaan suatu hari nanti.Kita jadikan abang sebagai contoh untuk kita supaya lebih berjaya di masa hadapan….insyaALLAH.

Abang seorang yang x pernah berputus asa,semangat abang sangat kuat….sesuatu yang abang x tahu….abang akan berusaha sedaya mungkin untuk mendapatkan jawapan dan hasil yang terbaik.Kita kagum dengan apa yang abang miliki.Kita x mampu jadi seperti abang.

Kita akan senantiasa ingat pesanan-pesanan abang…..antara pesanan yang kerap kali abang berikan untuk kita ialah:

“kejar cita2 dulu baru kejar cinta
love is wonderfull but educations is more powerful if u're successful it..
remember that yer dik..”

InsyaALLAH,kita akan selalu ingat pesanan abang…..abang terlalu mengharap agar kita berjaya dalam pelajaran…kata abang lagi pelajaran penting untuk masa depan….kita pun sering berjanji pada diri sendiri,untuk lebih berjaya di masa hadapan..insyaALLAH,kalau ada rezeki dan andai masih ada kesempatan serta keizinan dariNYA.Kita akan berusaha sedaya mungkin….

Khas untuk abang kita….

Assalamualaikum abang…..
Hanya terima kasih….
Yang mampu adik ucapkan buat abang….
Untuk nasihat abang…
Kata-kata perangsang….
Dan doa dari abang….
Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas segala kebaikan abang untuk adik….
Moga abang sentiasa dalam rahmat ALLAH…

Terima kasih YA ALLAH….
Atas setiap anugerahMU yang bernilai dan berharga buatku…..
ENGKAU hadirkan seorang abang buat diriku….
Seorang abang yang baik….
Setiap hari,tanpa jemu-jemu….
Memberi nasihat dan kata-kata perangsang buatku….

YA ALLAH,
PadaMU ku memohon…..
Agar ikatan ukhwah ini berkekalan hingga ke akhir hayat….
Andai hadirnya ketentuan dariMU,ku pasrah YA ALLAH…..

Terima kasih YA ALLAH…..
Kerana ENGKAU gerakkan hati kami untuk menyimpul tali ikatan ukhwah ini…
Ikatan ukhwah kami ini keranaMU YA ALLAH….
Silaturrahim yang dibina keranaMU YA ALLAH…

Terima kasih YA ALLAH…..terima kasih abang.
Hanya terima kasih yang tidak terhingga mampu adik ucapkan buat abang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan