09 Julai 2011

BERCINTA SEBELUM KAHWIN-ADAKAH MENJANJIKAN KEBAHAGIAAN?


Apa untungnya bercinta sebelum kahwin…apa faedahnya bercinta sebelum kahwin…apa nikmatnya bercinta sebelum kahwin….apa kebaikan yang diperolehi dari bercinta sebelum kahwin..


Adakah bercinta sebelum kahwin menjanjikan kebahagiaan seperti yang diimpikan,seandainya batas-batas perhubungan tidak dipelihara?Kebahagiaan dunia dan akhirat…sukar untuk diperjelaskan….sebab sesetengah orang kata bahagia sangat bercinta sebelum kahwin…tapi bahagia yang macam mana…Adakah bahagia yang dikejar untuk dunia sahaja?Bahagia selama-lamanya di akhirat tidak di ambil peduli.

Bercinta sebelum kahwin boleh mengundang berbagai-bagai  masalah seterusnya terjebak ke lembah maksiat…dari dosa sekecil-kecilnya boleh merebak menjadi dosa sebesar-besarnya….ingatlah ada orang ketiga bila berdua-duaan….memang x boleh dielakkan….sebab tugas orang ketiga untuk menyesatkan umat akhir zaman ini…usahanya x pernah mengenal putus asa...

Renungilah firman ALLAH dalam surah (An-Nuur ayat 21) yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui “.

Bercinta sebelum kahwin….hati akan sentiasa merindui,hati akan sentiasa berkeinginan….fikiran akan sentiasa terbayangkan wajah  kekasih,fikiran sentiasa tidak tenteram bila sehari x bertemu dengan kekasih….mata x jemu-jemu memandang gambar kekasih….maka dari itu lahirlah ungkapan-ungkapan ‘i love you’…’i miss you so much’…. terhasil juga panggilan-panggilan manja untuk kekasih… ‘my dear’… ‘darling’… ‘hubby’….bibir sentiasa x lekang dengan kata-kata ‘sayang’.. ‘rindu’.. ‘kasih’.. ‘cinta’….apakah dengan ungkapan-ungkapan  itu boleh membuatkan seseorang itu bahagia?Bahagia dunia dan akhirat.Tepuk dada tanyalah iman.

Mata x jemu-jemu memandang gambar kekasih,hati berkeinginan,fikiran membayangkan sesuatu yang indah-indah dengan kekasih….maka dari itu bermulalah dosa ,dari sekecil-kecil dosa merebak menjadi sebesar-besar dosa…Elaklah diri dari semua perkara yang boleh  mendatangkan kemurkaan ALLAH...

Andai ada jodoh tak kemana perginya dan yakinlah ajal maut jodoh pertemuan sudah di aturkan sejak azali lagi.Kita hanya mampu merancang,ALLAH jua yang menentukan.

Selamilah dan bukalah minda seluas-luasnya serta hayatilah firman ALLAH:

“(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia”.(An-Nuur ayat:26)

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”.(An-Nuur ayat:31)

“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui”.(An-Nuur ayat:32)

Janji ALLAH kepada setiap hamba-hambaNYA sangatlah indahnya.

Bila bahagia bercinta dengan kekasih insan biasa,semuanya indah-indah belaka.
Bila derita putus cinta dengan kekasih insan biasa,semuanya sengsara belaka.
Indahnya bercinta dengan kekasih insan biasa,nikmatnya cuma sekejap sahaja.
Indahnya bercinta dengan ALLAH,nikmatnya sampai bila-bila.
Sayangkan kekasih,biarlah berpada-pada….
Kelak hati dilukai,kesannya berpanjangan….
Sayangkan ALLAH,biarlah selamanya….
Hati tenang,jiwa tenteram,hasilnya nikmat berpanjangan.

Cintakan kekasih,nikmatnya sementara….
Ditinggalkan kekasih,jiwa merana…..
Cintakan ALLAH,nikmatnya tiada akhirnya….
ALLAH tetap bersama-sama kita.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan