29 Julai 2011

RENUNGAN RAMADHAN


“Ramadhan bulan yang penuh keberkatan.  Di awalnya rahmat, di tengah-tengahnya

maghfirah dan dihujungnya kebebasan dari api neraka”. 

Gembiranya hati tidak terkira kerana masih berpeluang menyambut bulan Ramadhan yang mulia ini.Terima kasih Ya ALLAH,kerana masih memberi kesempatan untuk diri ini bersama-sama mengapai rahmat dan redhaMU dalam menggandakan pahala di bulan yang mulia ini untuk menuju syurgaMU.

Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Sesungguhnya syurga itu mempunyai sebuah pintu, disebut “rayyan”.  Akan diseru pada
hari qiamat: “ Mana orang yang berpuasa?”. Lalu bila orang yang terakhir dari mereka
telah masuk, maka pintu itupun ditutup”.
 (hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Ya Allah,diri ini tidak sabar-sabar untuk bertemu denganMU,sesungguhnya rindu ini semakin memuncak,bila tibanya bulan yang penuh keberkatan ini,apatah lagi bagi orang yang berpuasa semata-mata keranaMU akan dikurniakan syafaat.

Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“ Dan orang yang berpuasa itu beroleh  dua kegembiraan yang menyenangkan hati: di
kala berbuka, ia akan bergembira dengan berbuka itu, dan di saat ia menemui Tuhannya
nanti, ia akan gembira kerana puasanya.”
(hadis riwayat Ahmad, Muslim dan an-Nisa’i)

“Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat bagi hamba, pada hari qiamat.  Berkata 
puasa: “Ya Tuhan, Engkau larang ia makan dan memuaskan syahwat di waktu siang, dan
sekarang ia meminta syafaat padaku kerana itu”.  Dan berkata pula al-Quran: “ Engkau
larang ia tidur di waktu malam, sekarang  ia meminta syafaat padaku mengenai itu”. 
Maka syafaat kedua merekapun diterima oleh Allah.”
 (hadis riwayat Ahmad)

“ Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan kerana keimanan dan
mengharapkan keredhaan Allah, akan diampuni dosa-dosanya yang terdahulu” 
(hadis riwayat Ahmad dan Ashabussunan) 

Sesungguhnya puasa itu banyak hikmah dan faedahnya.
Antara hikmah dan faedah puasa ialah:
i. Boleh menyedarkan hati orang yang beriman bahawa dirinya di bawah
perhatian Allah.  
ii. Bulan Ramadhan adalah bulan suci antara semua bulan dalam setahun.
iii. Allah menghendaki semua hambanya memenuhi bulan tersebut dengan
amalan ketaatan dan taqarrub kepadaNya.
iv. Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan
memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat-sifat keras hati dan
keterlalulan.
v. Membangunkan masyarakat Islam dengan sifat kasih sayang dan prihatin.
Ramadhan datang lagi,
Membawa seribu rahmat dan keberkatan,
Rindu hati ini,
Untuk menceriakan bulanmu ya Ramadhan.

Bulan ramadhan bulan seribu rahmat,
Membawa keberkatan kepada kita,
Penuhkan hari-harinya dengan amal ibadat,
Moga hidup sentiasa sejahtera.

Ramadhan bulan yang penuh keberkatan.
Di awalnya rahmat,
Di tengah-tengahnya maghfirah
Dihujungnya kebebasan dari api neraka.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan