03 Ogos 2011

DUGAAN RAMADHAN


Sudah seminggu lebih,ayah sakit.Tiada tanda-tanda untuk sembuh.Dah dua kali ke  hospital.Bermula dengan sesak nafas,seterusnya asma berhari-hari.Keadaan ayah tetap begitu juga.


Masih ingat akan kata-kata  atau doa ayah pada suatu malam:
“Ya ALLAH,matikanlah aku dalam keadaan beriman dan Al-Quran jadi peneman setiaku”.

Walaupun dalam keadaan tidak sihat,ayah gagahi jua ke surau berdekatan untuk sama-sama memperbanyakkan amal ibadat dan menggandakan pahala sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.

Doa ayah:
“Ya ALLAH,berikanlah aku kesempatan untuk menghabiskan sisa-sisa hidupku ini dengan beribadat kepadaMU sepanjang Ramadhan ini,andai sudah tertulis hayatku sampai disini aku redha Ya ALLAH”.

Setiap malam ayah berselawat sesuai dengan tugasnya sebagai seorang muaqzim di surau,cuma ayah tak mampu untuk mengalunkan azan memanggil hamba-hamba ALLAH untuk sama-sama menunaikan solat fardu yang wajib,sebab setiap kali ayah cuba azan,batuk ayah juga mengiringi.Hinggakan ada teman-teman syorkan pendapat agar ayah pergi buat rawatan kat hospital memandangkan batuk ayah yang berterusan.

Dalam keadaan yang sedemikian pun,khidmat ayah masih diperlukan.Teman-teman meminta ayah meneruskan berselawat setiap malam sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini,memandangkan sebutan ayah dalam berselawat cukup  mantap.Memang itu pun tugas ayah setiap tahun bila tibanya bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Pengalaman ayah masa sesak nafas cukup menakutkan diri ayah sendiri,ayah  merasakan ajalnya sudah tiba,tapi alhamdulillah ALLAH masih memberi kesempatan untuknya sama-sama meraikan bulan yang penuh keberkatan ini.Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini,ayah mengambil kesempatan mengisi masa terluang dengan beribadat sebanyak mungkin.Selepas solat terawih,ayah akan mengikuti taddarus Al-Quran bersama teman-teman.Ayah akan pastikan masanya tidak terbuang begitu sahaja.

Untuk hari-hari biasa pun ayah lazimi dirinya membaca ayat-ayat suci Al-Quran.Pendek kata Al-Quran sudah menjadi teman setianya.Pernah ayah berkata,kalau sehari tak dapat menatap,.memegang,membaca,menghafal ayat-ayat suci Al-Quran,hati ayah tak tenteram.Dalam sehari ayah akan cuba luangkan masanya  juga untuk Al-Quran walaupun berada di tempat kerja.Al-Quran teman setia ayah.

Ayah sudah hampir merasa bagaimana sakitnya bila roh hendak keluar dari tubuh badan.
Jantung ayah berhenti berdegup seketika masa sesak nafas.Ayah merasakan yang dirinya sudah dipanggil pulang oleh PENCIPTANYA.Alhamdulillah,tidak henti-henti ayah mengucapkan syukur ke hadrat yang MAHA ESA kerana masih memberi peluang kepadanya untuk merasai nikmat hidup di dunia yang sementara ini sebelum dipanggil pulang kepada PECINTANYA.Alhamdulillah,hari-hari indah Ramadhan ini dapat dilalui dengan ketenangan dan kesabaran walaupun ALLAH uji dengan dugaan.Sakitkan satu kifarat untuk menghapuskan dosa-dosa kecil.

 ALLAH berfirman:
"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan". (Al-Anbiyaa' ayat:35)

‎"Segala puji tertentu bagi Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan bagiNyalah juga segala puji di akhirat; dan Dia lah sahaja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya".
(Surah Saba' ayat:1)

"ALLAH menghapuskan apa jua yang dikehendakiNYA dan DIA juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNYA. Dan (ingatlah) pada sisiNYA ada "Ibu segala suratan".
(Ar-Ra'd ayat:39)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan