10 Ogos 2011

SAAT-SAAT KEMATIAN




Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.
Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.
100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.
Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.
Sama-sama kita renungkan.
(ISLAM ITU INDAH DAN MUDAH)


BAHASA ARAB



Sejahtera ke atas anda         -               Assalamualaikum
Selamat datang   -   Ahlan wa sahlan
Selamat datang buat anda  -   Ahlan bik
Dengan suka cita  -     Bikullis surur
Awak apa khabar?  -    Anta, khaifahaluk?
Baik, terima kasih  -     Toyyib, syukran
Selamat pagi  -     Sobahul khair
Selamat pagi   -    Sobahun nur
Selamat pagi   -    Sobahul ful
Selamat pagi  -     Sobahus surur
Bagaimana keadaan awak pagi ni? -   Kaifa asbahtum?
Selamat datang (dengan gembira)  -  Birrahbi wassurur
Selamat petang   -    Masa ul khair
Selamat petang  -     Masa un nur
Selamat malam  -    Tusbihu ‘alal khair 
Bagaimana keadaan awak petang ini?  -  Khaifa amsaitum?
Silakan semua   -    Tafaddalu
Saya harap    -    Arju
Kami baik dan sihat   -   Nahnu bikhair walhamdulillah
Dari mana awak datang?  -    Min aina jik ta?
Awak dari mana?   -    Min aina anta?
Silakan masuk, saudara  -    Ya akhi, ud khul
Silakan minum  -     Tafaddal, isyrab
Berapa umur awak?  -    Kam umruk?
Terima kasih   -    Syukran
Terima kasih kepada anda  -   Asy kurukum
Terima kasih atas pertolongan anda -  Syukran li musa ‘adatik
Terima kasih banyak   -   Syukran jazilan
Terima kasih banyak   -   Syukran khatira
Terima kasih untukmu  -    Asy syukru lak
Semoga Allah membalas kebaikkanmu -  Jazakallahu khaira
Ya    -     Na’am
Ya, benar    -    Na’am, sohih
Baiklah  -      Hasanan
Tidak     -    La
Tidak, salah   -    La, khoto’
Awak tahu atau tidak?   -   Anta ta’rif am la’?
Awak pintar   -     Anta syatir
Awak semua faham?  -    Hal antum tafhamun?
Adakah awak tahu?  -    A ta’rif?
Ya, kami tahu  -     Na’am, na’rif
Berhenti semua  -     Kifu
Sudah lama awak tidak meziarahi saya  -  Ma zur tani min zaman
Saya juga demikian  -    Wa ana kazalik
Dimana rumah awak?  -    Aina baituk?
Wahai anak   -     Aiyuhal walad
Berapa harganya?   -    Kam si’ruhu?
Lihatlah   -     Unzur
Maaf   -      Ma’zirah
Akur   -      Sam’an wa to’atan
Tidak mengapa   -    La ba’ sa alaik
Tiada apa-apa  -     La syaik alaik
Saya tidak bermaksud   -   Laisa min qasdi
Saya meminta maaf  -    Ana aasif
Mari ke sini   -     Ta’al indi
Saya lupa    -    Ana Nasit
Saya akan hubungi awak  -    Sa attasil bik
Tunggu sebentar   -    Intazir lahzah
Saya tidak boleh   -    La aqdar
Saya hadir    -    Ana hadir
Saya tidak hadir   -    Ana ghaib
Awak rajin   -     Anta nasyit
Ulang sekali lagi   -    Raddid marratan ukhra
Cepat!    -    Bi sur ’ah
Sangat cantik  -     Jamilatun jiddan
Sangat besar   -    Kabiratun jiddan
Awak lewat   -     Anta muta akhhir
Saya sakit    -    Ana marid
Saya gembira sangat   -   Ana farhan  jiddan
Saya takut sangat   -    Ana khaif jiddan
Saya lapar    -    Ana jau ‘an
Saya kenyang  -     Ana syab ‘an
Ajarkan saya   -    ‘Allim ni
Boleh saya   -     Hal mumkin
Bertenang    -    Ihda’
Selamat tinggal   -    Wada ‘an
Selamat tinggal   -    Ilal liqa’
Semoga dalam keamanan  -    Fi amaillah
Samoga Allah menyembuhkan awak  -  Allah yushfik
Apa yang awak rasa  -   Maza tash ‘ur
Awak telah mengingatkan saya -    Zakkar tani
Adakah ini betul?  -     A haza sohih?
Sangat menarik  -     Mumti ‘atun jiddan
Menakjubkan    -   Ajib
Bersabarlah   -     Isbir
Tawakklah kepada Allah  -    Tawwakkal ‘alallah
Rahmatilah kami   -    Irhamna
Tolonglah kami  -     Sa ‘idu na
Selamatkanlah kami   -   Qi na
Ambil ini  -      Huz haza
Tinggalkannya  -     Utruk hu
Cuba    -      Jarrib
Sebelum   -     Qabla
Selepas    -    Ba’ da
Minggu ini    -    Hazal usbu’
Minggu hadapan   -    Usbu ‘ul qaadim
Saya sangat memerlukannya  -   Ahtaju ilaihi jidaan
 Saya hendak pergi  -     Uriduz zahab
Saya hendak belajar  -    Uridut ta’alum
Saya rindukan awak  -    Ana musytaqun ilaik
Saya cintakan awak  -    Ana uhibbuk

KOMUNIKASI UMUM  
PERKENALAN ( At ta’aruf  )
Boleh saya berkenalan dengan awak?
Hal mumkin an ata ‘araf alaik?
Silakan wahai saudaraku
Taffaddal ya akhi
Siapa nama awak wahai saudaraku?
Masmuka ya akhi?
Nama saya Muhammad Anuar, dan awak?
Ismi Muhammad Anuar, wa anta?
Nama saya Taufik, awak apa khabar?
Ismi Taufik, khaifahaluk?
Saya sihat, Alhamdulillah, dan awak pula?
Ana bikhair, Alhamdulillah, wa anta?
Baik, Alhamdulillah
Bikhair, Alhamdulillah
Selamat datang wahai Musa
Ahlan wa sahlan ya Musa
Selamat bertemu
Ahlan bik
Saya sangat gembira bekenalan dengan awak semua
Ana farhan bimuqabalitikum
Kami juga gembira
Nahnu masruruun aidan

PERBUALAN DI RUMAH
Selamat pagi wahai anakku
Sobahul khair wa bunayya
Selamat pagi wahai ibuku
Sobahun nur ya ummi
Adakah awak sudah sarapan pagi?
Hal aftarta?
Ya, saya sudah sarapan pagi
Na’am aftartu
Awak sarapan apa?
Maza aftarta?
Saya sarapan roti
Aftartul khubz
Dimana adik lelaki awak Ali?
Aina akhuka Ali?
Dia di dibiliknya
Hua fi ghurfatihi
Apa yang sedang dibuat?
Maza yaf ‘al?
Dia sedang mandi
Hua yastahim
Dimana ayah?
Aina abi?
Dia telah pergi kerja
Hua zahaba ilal amal

PERBUALAN ANTARA DUA ORANG KAWAN 
Apa pekerjaan awak wahai Omar?
Ma amaluka ya Omar?
Saya doktor dan awak wahai Ridwan?
Ana tobib wa anta ya Ridwan?
Saya guru
Ana mu ‘allim
Dimana awak berkerja sekarang wahai Omar?
Aina ta’ mal aan  ya Omar?
Saya berkerja di hospital Kuala Lumpur, dan awak?
Ana  ‘amal  fi mustasyfa Kuala Lumpur, wa anta?
Saya berkerja di sekolah di Johor
Ana a ‘mal fil madrasah fi Johor
Berapa tahun awak telah berkerja di sana wahai Omar?
Kam sanatan ‘amilta hunak ya Omar?
Saya telah berkerja di sana lima tahun, dan awak?
‘Amiltu hunak khamsa sanawat, wa anta?
Saya telah berkerja di sekolah sembilan tahun
‘Amiltu fil madrasah tis ‘a sanawat
Apa yang awak ajar di sekolah?
Maza tudarris fil madrasah?
Saya mengajar Bahasa Arab
Ana udarris Lughatal Arabiah
Bahasa Arab adalah bahasa Al-Quran dan bahasa syurga
Lughatul Arabiah lughatul Quran wa lughatul jannah

PERBUALAN MENGENAI WAKTU
Bila awak bangun dari tidur?
Mata istaiqazta minan naum?
Saya bangun dari tidur pada pukul enam pagi
Istaiqaztu minan naum fis sa ‘atis sadisah sobahan
Bila awak solat subuh?
Mata sollaitas subh?
Saya solat subuh pada pukul enam setengah pagi
Sollaitus subh fiss sa’atis sadisah wannisf
Bila awak pergi ke sekolah?
Mata zahabta ilal madrasah?
Saya pergi ke sekolah pada pukul tujuh pagi
Zahabtu ilal madrasah fis sa’atis sabi ‘ah sobahan
Bila awak pulang dari sekolah?
Mata roja’ ta minal madrasah?
Saya pulang dari sekolah pada pukul satu tengahari
Roja’ tu minal madrasah fis sa’atil wahidah zuhran
Bila awak bermain bola sepak?
Mata la ‘ibta kurratal qadam?
Saya bermain bola sepak pada pukul lima petang
La ‘ibtu kurratal qadam fis sa’atil khomisati masa ‘an
Bila awak tidur?
Mata nimta?
Saya tidur pada pukul sepuluh malam selepas mengulangkaji pelajaran
Nimtu fis sa’atil ‘aasyirati lailan ba’ da muroja ‘atid dirasah

PERBUALAN BAPA DENGAN ANAK
Apa yang awak akan belajar hari ini?
Maza satadrusul yaum
Saya akan belajar ilmu sejarah hari ini
Sa adrus ilmat tarikh al yaum
Adakah awak sudah mengulangkaji pelajaran awak?
Hal roo ja’ ta dirasatak?
Ya, Saya sudah mengulangkaji
Na’am roo ja’ tu
Siapa yang ajar awak ilmu matematik?
Man ‘allamaka ilmar riyadiyyaat?
Encik Muhamad Shafie
Al-Ustaz Muhammad Shafie
Bila awak akan belajar Bahasa Arab?
Mata sa tadrusul Lughatal Arabiah?
Saya akan belajar Bahasa Arab pada hari Isnin
Ana sa adrusul Lughatal Arabiah fil yaumil isnain
Saya mahu lima puluh ringgit untuk membeli buku
Uridu khamsina rinjitan li syira il kutub
Silakan, saya beri seratus ringgit dan beli kamus sekali
Tafaddal, ‘u’tika mi ‘ah rinjitan li syira il qamus aidan
Terima kasih wahai bapaku, saya amat meminati Bahasa Arab
Syukran ya abi, ana uhibbul Lughatal Arabiah
Sama-sama wahai anakku
Afwan ya bunayya

PERBUATAN UMUM      
Pergi       zahaba
Pulang      roja ‘a
Bermain      la ‘iba
Belajar      darosa
Menulis      kataba
Membaca      qara ‘a
Duduk      jalasa
Berdiri      qa ma
Masuk      da kha la
Keluar      kho ro ja
Mengulangkaji     roo ja ‘a
Tidur       na ma
Makan      akala
Minum      syariba
Solat       solla
Berlari      jara
Bercakap      takallama
Berkerja      ‘amila
Berehat      istaroha
Memakai      labisa
Menunggang     rokiba
Menjual      ba ‘a
Membeli      isy taro
Memotong,     qo to ‘a
Membasuh      nazzofa
Mandi           istahamma
Membuka      fataha
Menutup      aghlaqoMembawa     hamala
Berjalan      masya
Melancong      saha
Memikir      fakkara
Menolong      sa ‘ada
Menonton      syaa hada
Menziarahi      zaa ro
Mengumpul      jama ‘a
Memberi      qaddama
Menerima      istalama




AYAH DAN IBU





Ayah dan ibu – Sudirman Hj Arshad

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat.

"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)". (Al-Israa' ayat:23)

"Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil". (Al-Israa' ayat:24)

Sedih rasa hati bila bait-bait puitis lagu ini diperdengarkan.Ayah dan ibu maafkan kami anak-anakmu.Jiwa ini merintih,menangis pilu mengenangkan jasa dan pengorbananmu  membesar dan mendidik kami.

Ayah dan ibu,terima kasih kami anak-anakmu ucapkan.Susah payah ayah dalam mencari rezeki untuk membesarkan kami,susah payah ibu melahirkan kami akan kami kenang hingga akhir hayat.

Ayah dan ibu,maafkan kami…kadang-kadang hati dan perasaan ayah dan ibu tercalar,tergores dan terluka kerana kami.Kami akui itu semua.Jiwa remaja kami sering memberontak.Ada-ada saja yang tak kena pada pandangan mata kasar.Kadang-kadang keinginan kami melebihi jangkauan.Nafsu melebihi segala-galanya.

Ayah dan ibu,kami sedar seandainya tanpa ayah dan ibu tiadalah kami kat dunia ini.Adanya ayah dan ibu maka adanya kami,dengan izin ALLAH.Ayah dan ibu,siapalah kami tanpa ayah dan ibu.Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya.Begitu juga dengan ayah dan ibu,mahukan yang terbaik untuk kami semua.Terbaik dari segala-galanya baik duniawi mahupun ukhrawi.
Ayah dan ibu mahukan kami jadi anak-anak yang soleh dan solehah yang boleh mendoakan kebahagiaan dunia dan akhirat untuk ayah dan ibu.

Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.”
(Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)

Ya ALLAH,
Ampunilah dosa kedua ibu bapa kami,berkatilah kedua-duanya,berilah kebahagiaan dunia dan akhirat untuk kedua-duanya,cucurilah rahmat kepada kedua-duanya sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidik kami dari kecil hingga kini.

Ya ALLAH,
Berikanlah kami kesempatan untuk membalas jasa dan pengorbanan kedua-duanya.Sesungguhnya hanya padaMU tempat kami meminta pertolongan.

Amin Ya Rabbal ‘Alamin.

Anak Soleh
Album : Permata Ayah Bonda
Munsyid : Aeman
http://liriknasyid.com

Kami anak-anakmu
Ingin memohon restu
Wahai ibuku wahai ayahku
Ampunkan dosa-dosaku
Wahai ibuku wahai ayahku
Redhakan akan diriku

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhanku
Kasihi daku
Kasih ibu dan ayahku
Wahai tuhanku rahmati daku
Rahmati ibu dan ayahku

Selamatkan mereka dari azab neraka
Dan bencana dunia
Hubungkan mereka dengan talimu
Amin ya rabbal alamin

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai Tuhan limpahkan hidayahMu
Untuk ayah dan ibuku
Wahai Tuhanku
Berkati daku
Berkati ibu ayahku

Sayangilah mereka sepertimana
Mereka menyanyangiku
Dan mengasihiku waktu kecilku
Tak terbalas budi jasanya

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim

Wahai ibuku wahai ayahku
Didiklah anak-anakmu
Moga menjadi penyejuk di mata
Penawar resah hatimu

Ampunkan segala keterlanjuranku
Halalkan makan minumku
Doakan semoga aku selamat
Dunia dan di akhirat

Ku hulurkan salam
Untuk Rasul Junjungan
Moga disyafaatkan
Ya Allahu Ya Rabbi
Ya Fattahu Ya 'Alim
Ya Rahmanu Ya Rahim


03 Ogos 2011

DUGAAN RAMADHAN


Sudah seminggu lebih,ayah sakit.Tiada tanda-tanda untuk sembuh.Dah dua kali ke  hospital.Bermula dengan sesak nafas,seterusnya asma berhari-hari.Keadaan ayah tetap begitu juga.


Masih ingat akan kata-kata  atau doa ayah pada suatu malam:
“Ya ALLAH,matikanlah aku dalam keadaan beriman dan Al-Quran jadi peneman setiaku”.

Walaupun dalam keadaan tidak sihat,ayah gagahi jua ke surau berdekatan untuk sama-sama memperbanyakkan amal ibadat dan menggandakan pahala sempena bulan Ramadhan yang mulia ini.

Doa ayah:
“Ya ALLAH,berikanlah aku kesempatan untuk menghabiskan sisa-sisa hidupku ini dengan beribadat kepadaMU sepanjang Ramadhan ini,andai sudah tertulis hayatku sampai disini aku redha Ya ALLAH”.

Setiap malam ayah berselawat sesuai dengan tugasnya sebagai seorang muaqzim di surau,cuma ayah tak mampu untuk mengalunkan azan memanggil hamba-hamba ALLAH untuk sama-sama menunaikan solat fardu yang wajib,sebab setiap kali ayah cuba azan,batuk ayah juga mengiringi.Hinggakan ada teman-teman syorkan pendapat agar ayah pergi buat rawatan kat hospital memandangkan batuk ayah yang berterusan.

Dalam keadaan yang sedemikian pun,khidmat ayah masih diperlukan.Teman-teman meminta ayah meneruskan berselawat setiap malam sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini,memandangkan sebutan ayah dalam berselawat cukup  mantap.Memang itu pun tugas ayah setiap tahun bila tibanya bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini.

Pengalaman ayah masa sesak nafas cukup menakutkan diri ayah sendiri,ayah  merasakan ajalnya sudah tiba,tapi alhamdulillah ALLAH masih memberi kesempatan untuknya sama-sama meraikan bulan yang penuh keberkatan ini.Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini,ayah mengambil kesempatan mengisi masa terluang dengan beribadat sebanyak mungkin.Selepas solat terawih,ayah akan mengikuti taddarus Al-Quran bersama teman-teman.Ayah akan pastikan masanya tidak terbuang begitu sahaja.

Untuk hari-hari biasa pun ayah lazimi dirinya membaca ayat-ayat suci Al-Quran.Pendek kata Al-Quran sudah menjadi teman setianya.Pernah ayah berkata,kalau sehari tak dapat menatap,.memegang,membaca,menghafal ayat-ayat suci Al-Quran,hati ayah tak tenteram.Dalam sehari ayah akan cuba luangkan masanya  juga untuk Al-Quran walaupun berada di tempat kerja.Al-Quran teman setia ayah.

Ayah sudah hampir merasa bagaimana sakitnya bila roh hendak keluar dari tubuh badan.
Jantung ayah berhenti berdegup seketika masa sesak nafas.Ayah merasakan yang dirinya sudah dipanggil pulang oleh PENCIPTANYA.Alhamdulillah,tidak henti-henti ayah mengucapkan syukur ke hadrat yang MAHA ESA kerana masih memberi peluang kepadanya untuk merasai nikmat hidup di dunia yang sementara ini sebelum dipanggil pulang kepada PECINTANYA.Alhamdulillah,hari-hari indah Ramadhan ini dapat dilalui dengan ketenangan dan kesabaran walaupun ALLAH uji dengan dugaan.Sakitkan satu kifarat untuk menghapuskan dosa-dosa kecil.

 ALLAH berfirman:
"Tiap-tiap diri akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan". (Al-Anbiyaa' ayat:35)

‎"Segala puji tertentu bagi Allah yang memiliki dan menguasai segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan bagiNyalah juga segala puji di akhirat; dan Dia lah sahaja Yang Maha Bijaksana, lagi Maha Mendalam pengetahuanNya".
(Surah Saba' ayat:1)

"ALLAH menghapuskan apa jua yang dikehendakiNYA dan DIA juga menetapkan apa jua yang dikehendakiNYA. Dan (ingatlah) pada sisiNYA ada "Ibu segala suratan".
(Ar-Ra'd ayat:39)




INDAHNYA RAMADHAN


“Sesungguhnya telah hadir bulan Ramadhan, bulan berkat, Allah telah mewajibkan  ke

atas kamu berpuasa, dibukakan pintu-pintu syurga, ditutup rapat pintu neraka dan
ditambat para syaitan,  Di bulan ini terdapat satu malam yang terbaik dari seribu bulan. 
Sesiapa yang tidak  berusaha mendapatkan kebaikan-kebaikannya sesungguhnya dia
rugi.”  
(Hadis riwayat Ahmad dan An-nisai)

Dan puasa itu merupakan perisai, maka janganlah seseorang yang berpuasa itu berkata
keji dan meninggikan suara atau mencaci maki.  Dan seandainya dicaci oleh seseorang
atau diajaknya berkelahi hendaklah dijawabnya: “saya ini berpuasa, saya ini berpuasa!”.   (Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Annisa’i)


Kalau ku tahu,indahnya Ramadhan,tidak aku sia-siakannya.Ramadhan kali ini menyedarkan aku tentang indahnya berpuasa,indahnya solat sunat terawih,indahnya taddarus Al-Quran,indahnya bersedekah.

Saban malam ku berkunjung di surau berdekatan untuk solat isyak seterusnya solat sunat terawih berjemaah.Keindahannya tidak terucap dengan kata-kata.Solat sunat terawih 4 rakaat diikuti tazkirah oleh ustaz jemputan kemudian 4 rakaat lagi diikuti dengan solat sunat witir 3 rakaat.Jumlah keseluruhan 11 rakaat,begitulah saban tahun aktiviti di surau berdekatan rumahku.Setiap hari ada ustaz jemputan yang akan menyampaikan tazkirah.

Secara tidak langsung,amalan dipertingkatkan pahala digandakan,ilmu juga ku perolehi.Alhamdulillah,ALLAH masih memberiku kesempatan untuk sama-sama meraikan bulan yang penuh keberkatan ini dengan pengisian  amalan dan ilmu.

“ Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan memberi manfaat
kepada orang-orang  yang beriman”
 (Surah Azzariyat: 57)

“Demi masa, sesungguhnya manusia benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali
orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati dengan
kebenaran dan nasihat menasihati dengan kesabaran”.
(Surah Al-Asr: 1-3)

Sepuluh hari permulaan puasa ku mengharapkan rahmat dari ALLAH,sepuluh hari mendatang ku mengharapkan maghfirah dan sepuluh hari di penghujungnya ku mengharapkan kebebasan dari api  neraka.

Ramadhan,
Jika dulu aku sia-siakan kedatanganmu,
Kini aku menghargai kedatanganmu,
Setiap harimu,tak ku biarkan ianya berlalu begitu sahaja,
Biarpun walau sedetik,
Ku alunkan irama merdu kitab kalamullah,
Bait-bait indah ku hayati satu persatu,
Helaian demi helaian,
Terasa damainya hati,
Tatkala irama merdu itu berkumandang.

Ramadhan,
Jika dulu aku sia-siakan pemergianmu,
Kini pemergianmu ku tangisi,
Aku rindukan saat-saat indah bersamamu ya Ramadhan,
Aku rindukan solat sunat terawih,
Aku rindukan taddarus Al-Quran,
Aku rindukan malam Lailatul Qadar
Aku rindukan siang dan malammu ya Ramadhan,
Rindu siangmu untuk berpuasa,
Rindu malammu untuk berterawih,
Rindu siang dan malammu untuk menggandakan pahala.

Ramadhan,
Andai aku diberi peluang,
Melayari hari-harimu yang mendatang,
Tidak akan aku persiakan,
Akan ku penuhi hari-harimu,
Dengan amalan yang berlipat kali ganda.
INSYAALLAH.

“PUASA ITU SEBAHAGIAAN DARIPADA KESABARAN”.




02 Ogos 2011

TERIMA KASIH ABANG.....



“Salam…jiha najihah tu makwe abg ek”?

Ada2 aje la kawan-kawan abang ni.Mcm mana diaorg blh kata yang kakak ni makwe abang.Kalau sebab komen kakak kat wall abang,kakak rasa biasa aje,xde satu pun komen yang menghala kearah sesuatu perhubungan.Semuanya biasa aje.

Entahlah,tetiba aje mereka boleh fikir sedemikian.Hairan juga ya,dah berapa org kwn2 abang yang bertanya sedemikian…agaknya mereka suka abang kot,manalah tahukan,hati dan perasaan mereka sukar diterjemahkan dengan kata-kata…begitu juga dengan abangkan,tentu berkenan dengan salah seorg dari merekakan…maaf,maaf…kakak gurau je.

Abang pula selalu katakan yang kakak ni sudah ada pakwe.
Untuk pengetahuan abang,dalam hati kakak xde sape-sape pun buat masa sekarang ni…kakak belum terfikir pun ke arah itu.Kakak masih lagi belajar,memang x di nafikan remaja seperti kakak sudah ada keinginan untuk berpasangan,tapi bukan kakak ya.Ramai kawan-kawan kakak yang sudah pun mempunyai pasangan masing-masing.Kakak terkecuali ya dari senarai itu.Rekod peribadi kakak bersih setakat ni,alhamdulillah.
Kakak berharap sangat biar ianya kekal sebegitu untuk tempoh tertentu.

Kalau ada pun cinta di hati kakak,cinta itu hanya untuk PENCIPTA dan cinta kepada keluarga tersayang.Tanpa izin dan anugerah dari NYA tiadalah kakak kat dunia ni.Siapalah kakak ni,hanya seorg insan kerdil yang menumpang kat dunia yang sementara ni.Alhamdulillah kakak masih lagi diberi kesempatan untuk menjalani sisa-sisa hidup di bumi milikNYA.

Kakak masih ingat lagi pesanan abang untuk kakak:
“Don,t find Love,let Love find u.That’s y  that call it Falling in Love,B’cos u’re Falling in Love without Forcing to Fall”.Think about that.

“Jangan ada cinta di dalam hati sesama makhluk,melebihi cinta pada ALLAH”,tazkirah seorang ustaz pada malam pertama puasa Ramadhan.

Kakak x nak beratkan minda dengan hal-hal seperti itu,lagipun belum tiba masanya untuk semua itu.Kakak yakin akan janji-janji ALLAH pada setiap hamba-hambaNYA. Jodoh,pertemuan, ajal dan maut ALLAH yang tentukan.Kita makhluk yang bergelar insan hanya mampu merancang dan ALLAH jualah yang menentukan.
Kakakkan masih lagi belajar,lainlah abang…sudah mencapai tahap yang membanggakan,baik untuk keluarga mahupun diri sendiri.

Abang dah layak untuk:
mencari bidadari solehah idaman hati,
janji sehidup semati,
kekal hingga akhir nanti,
menuju syurga yang abadi.

Entah-entah abang dah ada calon idaman hati ni….saje je x nak bagitau kakak,ya x abang.Mohon maaf ya abang,andai tersalah kata-kata.Abang baik sangat,bertuahlah sesiapa yang rapat dengan abang…maaf,maaf…kakak gurau lagi.

Andai abang ada terbaca coretan kakak ni,kakak minta maaflah ya…maaf banyak2 ya.Beginilah kakak,jika ada idea yang menarik,memang kakak suka coretkan untuk tatapan kakak sendiri.Kakak nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih ya untuk abang,hingga kini masih menghubungi kakak (dah 4 bulan ikatan ukhwah ini terjalin).Terima kasih ya abang…terima kasih banyak-banyak.Abang baik sangat.