16 Mei 2012

DOA SOLAT SUNAT DHUHA

Doa Solat Sunat Dhuha

Ya Allah sesungguhnya waktu dhuha itu dhuha-Mu
Kecantikannya kecantikan-Mu...Keindahannya keindahan-Mu
Kekuatannya kekuatan-Mu...Kekuasaannya kekuasaan-Mu
Perlindungannya perlindungan-Mu...

Ya Allah jika rezeki masih di langit, turunkanlah
Jika di bumi keluarkanlah...Jika sukar permudahkanlah
Jika haram sucikanlah...Jika jauh dekatkanlah

Berkat waktu dhuha
Kecantikan-Mu keindahan-Mu kekuatan-Mu kekuasaan-Mu
Limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada
hamba-hamba-Mu yang soleh

15 Mei 2012

PERMATA HATIKU

SAYANG ADIK-ADIK KAKAK


                                       Mustakim...manja walaupun dah besar.


                             Auni...periang orangnya,bila bercakap x reti nak berhenti.


                               Iman....sering je sakit-sakit...ujian Allah untuk dia.


                             Afif....comei sangat2,selalu tersenyum.Senyumkan satu sedekah.

04 Mei 2012

4 MEI........



Hari Jumaat 4 mei 2012,hari lahir saya.Abang lah orang pertama yang ucapkan ‘selamat hari lahir’ untuk saya.Terima kasih untuk abang.Setahun yang lalu pun macam tu juga,abang lah orang yang pertama ucapkan ‘selamat hari lahir’ untuk saya.

Pesanan dan nasihat abang untuk saya:

"hadiah terbaik hari jadi kte adlh dgn mngucapkn 'terima kasih mak kerna melahirkn sy'...hari jadi adlh hari tuk meraikn mak kite yg bpenat lelah melahirkn kite, bkn nk meraikn kite...kite sng2 je lahir then hari tu kite diraikn padahal mak yg bersusah2+bersakit2 nk melahirkn kite...".
(1 Mei 2011)

ingt..
ibu 1st
peluk + cium la ye dy
(3 mei 2012)

Itulah pesanan abang buat saya.Bagi abang,mak lah terbaik.Saya tahu,abang pun macam tu juga,rapat sangat dengan mak.Mak lah segala-galanya.Jasa dan pengorbanan ibu sangatlah tinggi nilainya.

Hari lahir saya,saya tak harapkan apa2 hadiah istimewa pun dari mak ayah.Cukuplah jasa dan pengorbanan mak ayah  selama ni.Itulah hadiah terbaik untuk saya.Doa dari mak ayah juga hadiah terbaik untuk saya.

Saya bukannya seorang anak yang suka mendesak mak ayah menyediakan segala kelengkapan untuk saya.Saya bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang ini.Saya sayangkan mak ayah saya.

Abang,terima kasih ya untuk segala pesanan dan nasihat abang untuk saya.Hanya ALLAH yang dapat membalas segala kebaikan abang untuk saya.Moga abang sentiasa dalam rahmat dan redhaNYA.



22 April 2012

ISTERI SOLEHAH




Isteri Solehah - Saff-One (Zaini & Naazeri Raihan)

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia istri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Pandangan kita diperteguhkan
Menjadikan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Kita lupa dia mengingatkan

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita dia betulkan
Penghibur diwaktu kesunyian
Terasa ramai bila bersamanya

Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
(istri cerdik yang sholehah)

Dia umpama tongkat sibuta
Bila tiada satu kehilangan
(isteri cerdik yang sholehah)
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan

Isteri cerdik yang solehah
Penyejuk mata penawar hati penajam fikiran
Di rumah dia isteri di jalanan kawan
Di waktu kita buntu
Dia penunjuk jalan



19 Mac 2012

UNTUK RENUNGAN


Muhasabah diri sejenak:
Bila cinta di tolak dan tidak di layan sanggup buat apa sahaja akibatnya orang lain yang jadi mangsa.Apalah sangat cinta sesama insan,jika nak dibandingkan dengan cinta ALLAH.Hebat sangatkah cinta sesama insan ni.

Cinta….cinta….cinta.Hebatnya penangan cinta.

Mesej seseorang untuk aku.

Empunya mesej….
assalamualaikum..
em, xtau nak ckp mcmne..
saya ade tag gambar awk, awk bleh remove tag kalo awk x suka or x selesa.

Dariku…
waalaikumussalam...terima kasih byk2 la sbb tag sy..tp blh sy tahu utk apa sbenarnya.
atau nak bg tahu kat smua org atau kat kwn2 abg……. yg sy ada apa2 hbungan dgn dia...adakah itu maksud awak?hanya Allah yg dpt membalas kebaikan awak utk sy...terima kasih byk2.
sy nak nasihati awak...buatlah sesuatu yg berfaedah bg diri awak dan smua org..jgnlah buat perkara yg sia2...jgn terlalu mengikut kata hati,akhirnya diri sendiri yg binasa.
awak org terpelajar,spatutnya tunjuklah contoh yg baik pd smua org...sy nak tnya awak...apa yg awak dapat dgn berbuat begitu...awak puas hati ya...tp awak perlu ingat,klau awak dpt kepuasan pn ianya hanya bertahan skejap aje..jgn biarkan nafsu menguasai diri awak...apa yg awak nak sbenarnya dr abg……?

Empunya mesej….
Sebab sebelum ni saya di tag,jadi saya pn nak tag orang lain..mungkin lebih sesuai..abaikan la..tlg remove tag kalo xsuka..saya xbleh nk remove..maaf …...assalamualaikum~

Dariku…..
sayangilah kluarga awak terutamanya your father n your brother ...mungkin dgn perbuatan awak ni sedikit sbanyak akan mengheret kedua2nya ke dlm neraka sbbnya diaorg gagal membentuk awak menjadi seorg muslimah sejati....awak,berubahlah ke arah yg lebih baik lg..insyaALLAH awak akan dpt yg terbaik...awak yakinlah akan janji2 ALLAH...sy minta maaf byk2,andai kata2 sy ni melukakan hati awak...waalaikumussalam.
nasihat sy skali lg..hentikanlah cara awak mengganggu abg…...hr ni awak buat kat dia,x mungkin suatu hr nanti org lain plak yg akan buat begitu pd awak..ALLLAH MAHA ADILkan..tentu awak tahu pasal tu..sy harap sgt2 yg awak ni akan berubah..berubahlah ke arah kebaikan,moga syurga menanti awak di akhirat kelak...salam ukhwah dr sy.

Empunya mesej…
jazakillah atas nasihat dan doa..ye saya tak kacau abg awk lagi..assalamualaikum~

Dariku….
syukran awak ya...berilah pluang kat abg sy tu utk dia hidup dgn aman damai dan tenteram,slagi hayatnya masih ada..sy kesian tgk abg sy tu.

awak renungilah firman ALLAH ini..
Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
(At-Tahriim 66:6)

sy rasa ayat ni ditujukan buat pemimpin kluarga mcm your father..
hayati juga hadis2 ini dan pengajarannya ya...

Duhai wanita,
Anda adalah fitnah terbesar bagi kaum lelaki.Oleh itu jagalah keperibadian akhlakmu.Aurat dan akhlak peribadi terjaga,insyaALLAH maruah terpelihara.

Dari Usamah bin Zaid r.a,Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
“Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”.
(Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)

Awaslah! wahai wanita kerana anda merupakan daya penarik dunia.Anda berkemungkinan mendorong lelaki dengan tutur kata yang manis, gerak geri yang menggoda dan pakaian yang memberahikan. Semua ini mencabar keimanan kaum lelaki sehingga mereka menjadi lalai terhadap tugas dan kewajipan mereka.
Dan ingatlah:
Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah.

moga awak beroleh kesejahteraan dunia dan akhirat,juga moga awak sentiasa dlm rahmat dan redhaNYA...insyaALLAH..maafkan sy
waalaikumussalam.

Empunya mesej….
Terima kasih..ye saya tak kacau abg awak,tak wat dia rasa sengsara,tak tenteram dan tension,insha Allah..minta dia bagitahu semua budak2 rumah dia,kawan2 dia,yang suka menggosip apa2 supaya menghentikan gosip..terangkan hal sebenar kt kawan2 dia supaya tiada yang salah faham..saya akan benci kat abg awak insha Allah..tolong sampaikan kat dia..terima kasih..maaf najiha..assalamualaikum.

Dariku….
sama2 awak....insyaALLAH,nnti sy smpaikan pd dia....awak,jgnlah smpai benci membenci,bermusuhan dan berdendam....x baik smua tu..awak tahukan Islam bersaudara.
abg sy pernah bgtau sy ada seorg prempuan kwn sekelas dia slalu hntar msg cinta,msg ajak kawen la pd dia...dia x bgtau sape dia...lpas awak tag nama sy,awak msg sy..
sy dah agak mesti awak.
nasihat sy utk awak sekali lg...jgnlah mudah menzahirkan cinta pd seseorg yg bkn menjadi milik awak yg sah...awak xkn dpt apa2 melainkan dosa je...awak simpanlah ungkapan itu utk seseorg yg menjadi milik awak yg sah...insyaALLAH,awak akan bahagia dan mudah2an ianya juga akan memudahkan laluan ke syurga nnti,insyaALLAH....kasihanilah kluarga awak ya,sy tahu awak dr kluarga yg baik2..kluarga yg bahagia.

awak,yg sudah tu sudahlah ya...doa byk2 moga2 awak akan dpt 'bakal imam' yg baik suatu hr nanti,insyaALLAH..bakal imam yg akan membimbing awak dlm mengapai redha dan rahmatnya serta yg akan memimpin awak sama2 menuju syurgaNYA...bila awak baik,insyaALLAH awak akan dpt yg terbaik juga...berubahlah awak ya ke arah yg lebih baik lg,insyaALLAH,ALLAH dah tetapkan yg terbaik untuk awak...aturan ALLLAH utk awak memang terbaik dan awak kena yakin akan janji2 ALLAH....awak,kita hidup kat dunia ni hanya sementara je,jd sama2 ambil peluang yg tinggal hanya sedikit ni utk berubah ke arah lebih baik lg...sama2 mencari redhaNYA...yg baik kita sama2 ikuti dan yg buruk sama2 kita jauhi ya awak.....skali lg pesanan sy dan sy berharap sgt yg awak xkn ganggu abg sy lagi dgn msg2 awak....x manis,x elok,x bagus sebenarnya kita msg mcm tu kat seorg lelaki yg bkn menjadi milik kita...jdkan malu sebagai tembok pemisah dan pendinding antara kita ya sbb malu tu sebahagian dari iman kn....maaf ya awak panjang lebar plak msg sy ni....sama2 kita ambil iktibar dan pengajarannya ya....waalaikumussalam.

Empunya mesej….
Terima kasih banyak2
Terima kasih banyak2
Terima kasih banyak2
Wassalam

Dariku.... 
sama2 awak....bg sy awak x salah apa pun,jd x perlulah minta maaf ya...sape2 pun akan bertindak mcm tu jika cintanya x d layan,tp klau amal,iman dan taqwa yg dimiliki oleh seseorang,insyaALLAH smua ni x akan berlaku awak.
insyaALLAH awak akan dpt yg terbaik nnti....berusaha mensolehahkan diri sebelum inginkan yg soleh ya awak....abg sy tu biarlah dia dgn pilihan dia ya...sape pun pilihan dia,hnya ALLAH MAHA MENGETAHUI...berilah ruang utk dia...sy doakan yang terbaik utk awak...awak baik,insyaALLAH awak akan dpt yg terbaik juga.

Empunya mesej
……., nnt saya try remove tag..
ye saya mmg xbaik..
xtau la..
xbleh remove tag..
huu..
sorry..
wassalam

Dariku….
xpe awak,biarkan mcm tu...nnti sy tanya abg sy ya.

Empunya mesej
sorry kalau menyusahkan..
thx..
wassalam

Dariku…
ok awak...suka sy mengingatkan,lain kali berfikir dulu sblm buat sesuatu ya....fikir juga apa yg org lain rasa dgn perbuatan kita...gmbar tu dah diremove oleh tuan empuya gmbar tu.

Empunya mesej…
ok..terima kasih..
wassalam

Empunya mesej….
……,awk jgn risau..
saya rapat dgn tuan empunya gamba,nnt saya nego ngn dia..

awk jgn risau jgk,saya akn lupekan semua harapan palsu yg abg awk bg..

jd awk xpyh risau pasal keamanan abg awk,saya akan biarkan dia aman,
saya xkan nak pandang dia melainkan xsengaja or tpaksa (bercakap)..dia org yg bpengaruh,class representative..

maaf kalo ada kata2 yg menyakitkn hati..pmbetulan tuk kta2 awk keluarga bahagia..masih byk konflict kluarga,xleh nk ckp bhagia..terima kasih banyak..wassalam

Dariku…..
sy ok je...
abg sy tu pun manusia biasa je,x pernah lari dr melakukan kesilapan...mcm sy dan juga awak serta manusia lainnya.
abg sy juga pernah bgtau sy yg dia class representative...tp awak perlu ingat yg dia juga manusia biasa,cuma dia diberi keistimewaan tertentu.

sy ok je...x reti nak marah kat org,x reti nak berdendam..apa yg org buat kat sy,sy terima je..sbb sy tahu xde faedahnya nak marah2 atau berdendam ni...ALLAH kn ada,DIA tahu apa yg terbaik utk sy...bila awak tag nama sy kat gmbar tu...yg mula2 sekali sy kata cuma alhamdulillah,sterusnya baru sy gtau abg sy,ada org tag gmbar tu...
konflict kluarga tu blh diatasi dan diselesaikan sebaik mungkinkan.

sama2 awak ya....awak jgn ganggu abg sy lg ya dgn msej2 awak tu,biarkan dia memilih haluan hidup dia sendiri...impiannya suatu hr nnti mmang nakkan kluarga bahagia....moga impiannya tercapai...dia baik sgt2 dgn sy skluarga.

Empunya mesej….
ok..jgn la awk risau..mmg saya xnak dah kat abg awk tu..
k wassalam

Empunya mesej….
salam..
saya unfriend awak tau..
sorry..
saya bkn baik pun
k wassalam

Dariku….
waalaikumussalam.
terpulang pd awak lah ya,awak yg add sy dan awak juga yg unfriend sy....apa pn sy minta maaf ya.
xpe awak,mungkin ianya baik buat awak...
klau awak fikir yg diri awak x baik,awak blh berubah jd baik slagi berpluang....
maaf sy ya.

Empunya mesej…..
betul2..saya yg add n remove..
xpe kot remove, segan je ngn awk, dh la lg muda+baik..
k xpe je..xnak ingt ape2..dun worry..
wassalam

Empunya mesej….
btw nk share something..
asik pk benda ni..
……. marah sangat saya tag awak..
dia kata anak dara org..
tp kalo saya kne tag, saya ni bkn anak dara org la..
maybe dia xrase saya ni anak dara..
haha, lawak..
saya pnye wall, saya pnye kwn jenis cepat je bce ape update kt fb..
alhamdulillah saya sedar awal jgk n saya remove dr wall..
kalo x nnt ade je kwn yg private chat tnye knape etc..
mls kan nak jawab..huhu..

Empunya mesej... 
lawak sungguh abg awk, kantoi la dia xrase saya anak dara..
sukati dia..
yg pnting slmt lg, xde sape2 tnye n pelik..
nyte
maaf jgk kt awak..
dh jangan msg pasal benda ni lagi..
sakit kepala macam nak pecah kalo pk..
assalamualaikum..

Empunya mesej….
salam..
minta maaf banyak2 ……...
wassalam

Dariku….
waalaikumussalam...maaf utk apa?

Empunya mesej…..
err..
salam 
semua benda..

Dariku….
maksud awak?

Empunya mesej…..
err..
sori internet problem..
ingtkan dh jwb soalan awk..
huu T_T

Sekian…


11 Februari 2012

MUHASABAH DIRI


Muhasabah Diri

Aku menulis bukan kerana nama,tapi aku menulis kerana ALLAH.Aku ingin mengajak semua sahabat-sahabat kembali mencari jalan yang diredhai ALLAH.Aku berpegang pada sebuah hadis Rasululullah Sallallahu ‘Alahi Wassalam iaitu:
“Sampaikan walaupun satu ayat”.

Bila aku menulis perkara  berkaitan agama,bukanlah bermakna aku ni seorang yang alim.Aku insan biasa aje,aku bukan dari sekolah agama tapi aku sekolah harian biasa.Aku juga serba kekurangan,masih mencari sinar cahaya bagi menerangi hatiku yang semakin malap dan kabur ini.Aku tak nak biarkan hati ini dari terus berada dalam kegelapan.

Maaflah,andai ada tulisan-tulisanku yang terkesan di hati sanubari sahabat-sahabat.Bukan niatku berbuat begitu,tapi pengalaman banyak mengajarku erti sesuatu.ALLAH anugerahi aku akal untuk berfikir yang mana baik dan yang mana buruk.DIA juga anugerahi aku mata untuk melihat sesuatu yang terjadi.Aku juga di anugerahi telinga olehNYA untuk mendengar.Apa yang ada pada diriku semuanya anugerah dariNYA.

Aku guna anugerah dariNYA untuk melakukan sesuatu yang berfaedah.Aku berjanji pada diriku sendiri,aku takkan sia-siakan anugerah dariNYA.Melalui tulisan-tulisanku juga ,terlebih dahulu aku tujukan buat diriku sendiri.Aku juga kembali bermuhasabah diri siapa aku  yang sebenarnya.Aku hanya seorang insan yang serba kekurangan,menumpang buat sementara di bumi milikNYA.


07 Januari 2012

BILA SESEORANG ITU KERAP JATUH CINTA,ERTINYA DIA BELUM BERJAYA MENCINTAI DIRI SENDIRI


Kerana ayat ini aku menangis di suatu petang:
“Bila seseorang itu kerap jatuh cinta,ertinya dia belum berjaya mencintai diri sendiri”.

Aku menangis bukan sebab aku sedih  dengan ayat tu tapi sebab lain.Bengkak mataku menahan tangisan,nasib baik ahli keluargaku tak perasan.Lega rasanya,aku menangis seorang diri.Biarlah kesedihan tu aku tanggung seorang diri,aku tak nak menyusahkan ahli keluargaku dengan masalah yang tak seberapa itu.

Ayat tu aku post kat sebuah ‘pages’ yang agak popular juga memandangkan aku baru aje dipelawa menjadi salah seorang admin di pages tersebut.Post aku begini:
Renungan:
“Bila seseorang itu kerap jatuh cinta,ertinya dia belum berjaya mencintai diri sendiri”.
Post berkisarkan tentang cinta ni memang mendapat sambutan hangat,entahlah apa istimewanya perkataan ‘CINTA’ ni pun tak tahulah.Aku memang tak tahu sebab aku tak pernah jatuh cinta dengan sesiapapun,ya la aku ni masih lagi bersekolah,bukan masa aku untuk bercintan-cintun ni.Dalam hatiku ada cinta sebenarnya bukan tak ada langsung tapi cintaku hanya untuk ALLAH dan RasulNYA,selain kedua ibu bapa serta keluargaku.ALLAH dan RasulNYA lebih berhak dicintai.

Kalau orang lain aku tak tahulah,tapi aku memang terkecuali dari bab-bab cinta ni.Aku takutkan ALLAH sebenarnya,aku takut akan kemurkaanNYA.Aku juga takut sangat azabNYA.Biar apa pun orang nak kata,aku peduli apa.Aku tak mahu sejarah hidupku sebagai remaja muslim dicalar dan dicontengkan oleh tanganku sendiri.Aku nak jadi remaja muslim yang bersih suci,insyaALLAH..moga ALLAH maqbulkan permintaanku ini.

Melalut pula aku ni,tapi itulah kenyataannya.Sudah-sudahlah pasal cinta ni,berbalik pada post aku tu.Niat aku memang untuk dijadikan renungan baik bagi diriku mahupun pembaca-pembaca lain.Sambutan memang hebat,tapi tak ku menduga dan tak ku menyangka ada soalan yang di luar jangkaanku.Belum sempat aku bersedia dengan senjata terbaik post aku diserang bertubi-tubi.Sungguh menguji mindaku.Ada sesetengah pembaca faham akan maksud ayat tu dan ada sesetengahnya tak faham.

Aku keseorangan dalam situasi begini.Puas aku berfikir apa jawapan yang sepatutnya aku berikan.Soalan pembaca ialah ‘cinta kepada sape,manusia?Ya la,cinta sesama manusia.Kalau cinta ALLAH tiada kekerapannya,cinta ALLAH selamanya selagi detik pernafasan tak berhenti selagi itulah cinta ALLAH akan bersemi di hati.

Ayat tu kemudiannya di post pula ke satu ‘group’.Pertanyaan diaorang,sape yang post ayat tersebut?.Aku ingatkah diaorang tahu sape  yang post kat ‘pages’,rupa-rupanya diaorang tak tahu.Aku betul-betul sedih,dengan soalan dan jawapan dari diaorang.Yang paling tak tahan sekali ‘hahaha’ dari diaorang.Lawakkah post aku kat ‘pages’ tu.Fikir punya fikir aku luahkan juga apa yang terpendam dalam hatiku.

Aku luahkan kekesalan aku kat diaorang,kenapa biarkan aku seorang kat pages tu,kenapa tak bantu aku,kenapa tak bekerjasama dengan aku.Apa aku boleh buat seorang diri kat situ,aku hanya budak sekolah sedangkan diaorang terpelajar.Aku menangis semahu-mahunya.Hanya ALLAH aje tahu apa yang aku rasakan ketika itu.Sedih sangat-sangat.Aku budak belasan tahun,buat sesuatu tak fikirkan perasaan orang lain.Itulah aku.Dalam pada itu aku terima mesej kat inbox fb dari seseorang.Beliau memohon maaf berulang-ulang kali.Katanya hari ini aku mengajarnya sesuatu yang berguna.

Aku ingin berkongsi kesedihan ini dengan orang yang rapat denganku,tapi setiap kali aku inbox dia,aku rasa tak sampai hati nak ganggu dia dengan masalah aku ni.Sebelum ni apa-apa aje masalah mesti aku berkongsi dengan dia tapi tidak dengan masalah yang satu ni.Post aku kat pages di delete,terkilan juga aku.Tapi bila memikirkan tentu ada hikmah disebaliknya aku redha dan pasrah.Post kat group yang menyebabkan aku bersedih juga di delete.Ada hikmah tersembunyi disebalik semua ni,ALLAH MAHA MENGETAHUI.

Berbanyak-banyak maaf aku pinta kepada diaorang,aku yang bersalah sebenarnya. 


09 Disember 2011

STATUS DI FACEBOOK


Kita suka sangat post status kat facebook.Dalam sehari banyak kita post status kat facebook.Ada setengahnya post itu dari kita sendiri dan ada sesetengahnya kita ‘copy and paste’ aje.Ramai yang menyukai status yang kita.

Post-post kita adakalanya menimbulkan kemusykilan pada teman-teman kita.Mulalah berbagai-bagai soalan dikemukakan.Kadang-kadang soalan diluar jangkaan dan pemikiran kita.Kalau kita boleh jawab,alhamdulillah…kita tak menghampakan pertanyaan teman-teman.Kalau kita tak boleh jawab,sebaliknya pula yang berlaku.Kesian teman-teman,soalan yang ditanya tak ada jawapannya.

Kalau kita tak boleh jawab,cubalah kita beritahu akan hal sebenarnya,beritahu secara berhemah supaya teman-teman tak terasa hati dengan jawapan kita:
-maafkan saya,saya tak mampu nak bagi jawapannya sebab saya pun ‘copy and paste’ je.
-maafkan saya,soalan yang dikemukakan diluar pemikiran saya…tanyalah mereka yang
lebih arif.Post saya sekadar untuk renungan bersama je.
Memohon maaf yang paling penting,maaf tak akan menjatuhkan air muka atau krediabiliti kita.

Janganlah pula kita katakan pada teman-teman:
-cuba fahami betul-betul,’statement’ itu…kita kena fikirkan kembali,kalau teman-teman kita faham akan ‘statement’ itu tak mungkin dia akan tanya pada kita.
-tanyalah kepada orang yang mengeluarkan ‘statement’ tu.Kalau kita seorang yang berakal waras,kita tak akan berkata begitu.Macam mana nak tanya kalau orang tu dah meninggal dunia.Berfikir sebelum berkata-kata ya.
Apa guna kita berpelajaran tinggi:
-kalau kata-kata kita menyakiti hati orang.
-kalau kita tak pandai menangani sesuatu perkara.
Gunakan pendekatan terbaik untuk menyelesaikan satu-satu masalah atau soalan yang diajukan.Bijaklah menggunakan akal anugerah ALLAH….insyaALLAH , teman-teman kita mungkin dapat memahaminya.

Sebelum postkan sesuatu kat facebook,berfikirlah akan kemungkinan yang akan menyerang kita.Sedialah senjata terbaik untuk membalas kemungkinan tersebut.Jika tak mampu katakan maaf je.Janganlah terlalu mengharap akan kuantiti yang meng’like’ status kita tapi harapkan kualiti jawapan yang akan kita berikan bilamana ada soalan yang diajukan pada kita.Renungan bersama.

Peringatan untuk diri sendiri juga.



07 Disember 2011

MUHASABAH DIRI


‘i love you’
‘i miss you’
‘i love you , i miss you so much’
‘i love you.Please3 say you love me’
‘jom bercinta hingga ke syurga’

Duhai wanita,
Janganlah anda menyangka anda seorang terpelajar,anda boleh berbuat sesuka hati anda.Tepuk dada,tanya pada diri sendiri.
Matangkah pemikiran aku,bilamana:
-saban hari aku mengungkapkan kalimah-kalimah cinta buat seorang lelaki yang tiada apa-apa hubungan denganku….aku bukan kekasihnya dan dia bukan kekasihku jauh sekali suamiku yang sah.
-saban hari aku menagih cinta darinya.
-saban hari aku mengirimkan mesej-mesej cinta untuknya.
-saban hari aku melayan perasaan mengimpikan untuk hidup bersamanya.
Matangkah pemikiran aku?

Duhai wanita,
Anda seorang terpelajar,alhamdulillah anugerah ALLAH untuk anda.Diberinya akal yang pintar membolehkan anda menjejak kaki ke menara gading.Anda memang pintar.Syukur,alhamdulillah anugerah dariNYA.

Duhai wanita,
Anda seorang muslimah sejati,alhamdulillah anugerah ALLAH untuk anda.Diberinya rasa keinsafan pada diri anda,supaya hidup berlandaskan syariat.Aurat terjaga maruah terpelihara.Syukur anugerah dariNYA.

Duhai wanita,
Anda memang memiliki keperibadian menarik dan pakej yang lengkap sebagai muslimah sejati.Tapi sayang seribu kali sayang keperibadian menarik dan pakej yang lengkap itu anda calarkan dan tidak dijaga sebaik mungkin.Akhlak anda sendiri dilelong dengan harga yang paling murah.Maruah peribadi anda tercalar akibat perbuatan tangan anda sendiri.Tembok malu yang menjadi harga diri anda,sudah dimusnahkan sama sekali,hancur berkecai sehingga tiada meninggalkan kesan.

Duhai wanita,
Anda adalah fitnah terbesar bagi kaum lelaki.

Dari Usamah bin Zaid r.a,Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:
 “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”.
 (Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)

Duhai wanita,
Hentikanlah sikap yang sia-sia itu.Tiada gunanya merayu dan menagih cinta seorang lelaki yang bukan halal buat anda.Berusahalah untuk mensolehahkan diri anda dari masa ke semasa dan renungilah mutiara kata ini:
“Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah”.
Tiada keinginankah dalam diri anda untuk menjadi sebaik-baik perhiasan dunia yang solehah,sejuk mata memandang.


02 Disember 2011

SAYANG FACEBOOK



Ketika berfacebook,kerap kalinya hati kita lalai dan leka.Niat asalnya untuk berkongsi ilmu tetapi sebaliknya pula yang berlaku.Kita jadi riak dan bangga diri bila post-post kita di ‘like’ oleh rakan-rakan,apatah lagi bila angkanya mencecah diluar jangkaan kita.Sedikit demi sedikit ‘musuh’ kita mengambil kesempatan,kita terus dilalaikan bilamana post-post kita mendapat sambutan  dan ‘comment’ dari rakan-rakan.Mulalah ‘hahaha,hehehe,hihihi dan huhuhu’ memenuhi ruang ‘comment’ post-post kita.Niat asal 100% dah berubah.Kadang-kadang bila azan berkumandang kita masih lagi didepan facebook.Panggilan ILAHI tidak kita hiraukan,Al-Quran tidak kita endahkan,kematian tidak kita ingati.Facebook lagi penting pada kita.
Muhasabah untuk diri sendiri yang mudah lalai dan leka ketika berhadapan dengan teknologi canggih rekaan manusia.


28 November 2011

SURAH ADH-DHUHA


Bismillah


A001
Demi waktu dhuha, (Adh-Dhuha 93:1

A002
Dan malam apabila ia sunyi-sepi - (Adh-Dhuha 93:2

A003
(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu, dan Ia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). (Adh-Dhuha 93:3

A004
Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. (Adh-Dhuha 93:4

A005
Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda - berpuas hati. (Adh-Dhuha 93:5

A006
Bukankah dia mendapati engkau yatim piatu, lalu la memberikan perlindungan? (Adh-Dhuha 93:6

A007
Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Ia memberikan hidayah petunjuk (dengan wahyu - Al-Quran)? (Adh-Dhuha 93:7) 

A008
Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Ia memberikan kekayaan? (Adh-Dhuha 93:8)  

A009
Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya, (Adh-Dhuha 93:9

A010
Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik; (Adh-Dhuha 93:10

A011
Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. (Adh-Dhuha 93:11)


27 November 2011

PESANAN BUATMU


Wahai insan bernama lelaki,
Bila mana engkau di ajak melakukan kemungkaran,
Engkau jadikan Nabi Yusuf  a.s sebagai contoh,
Yang rela menerima hukuman dari manusia,
Dari menerima hukuman ALLAH.

Bermuhasabahlah diri dengan kata-kata Nabi Yusuf a.s:
“Yusuf (merayu kehadrat Allah Taala dengan) berkata: "Wahai Tuhanku! Aku lebih suka kepada penjara dari apa yang perempuan-perempuan itu ajak aku kepadanya. Dan jika Engkau tidak menjauhkan daripadaku tipu daya mereka, mungkin aku akan cenderung kepada mereka, dan aku menjadi dari orang-orang yang tidak mengamalkan ilmunya". (Yusuf ayat:33)

“Maka Tuhannya memperkenankan doanya, lalu dijauhkan daripadanya tipu daya mereka; sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui”. (Yusuf ayat:34)

Wahai insan bernama lelaki,
Lihatlah,betapa mudahnya ALLAH memperkenankan doa Nabi Yusuf a.s,
Ketahuilah olehmu,sesungguhnya ALLAH jualah yang Maha Mendengar,lagi Maha Mengetahui.

Wahai insan bernama lelaki,
Usahlah terpedaya dengan kata hati menurut hawa nafsu,
Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh kepada kejahatan.

Renungilah surah Yusuf ayat:53:
"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu). Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.

Dan sesungguhnya pahala hari akhirat lebih baik bagi orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa. (Yusuf ayat:57)

Wahai insan bernama lelaki,
Berdoalah kepada ALLAH,
Minta di jauhi dari segala fitnah,
Kerana wanita fitnah terbesar buatmu.

 "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka". (Al-Baqarah ayat:201)

Hayatilah hadis ini:
Dari Usamah bin Zaid r.a bahawa Rasulullallah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda:  “Tidak ada suatu fitnah (bencana) yang lebih besar bahayanya dan lebih bermaharajalela-selepas wafatku terhadap kaum lelaki selain daripada fitnah yang berpunca daripada kaum wanita”.
 (Hadis Riwayat Bukhari, Muslim, Imam Ahmad, at-Tirmidzi, Nasa’i dan Ibnu Majah)

Wahai insan bernama lelaki,
Hayatilah pengajaran dari hadis ini:
1. Dunia mempunyai daya penarik yang kuat kerana Allah telah menjadikannya berkeadaan demikian untuk menguji manusia,siapakah yang dapat menguasai hawa nafsunya dan dapat menjalani kehidupan di dunia menurut jalan yang diredhai Allah.
2. Antara daya penarik dunia ialah wanita kerana lazimnya mereka mendorong lelaki dengan tutur kata yang manis, gerak geri yang menggoda dan pakaian yang memberahikan. Semua ini mencabar keimanan kaum lelaki sehingga mereka menjadi lalai terhadap tugas dan kewajipan mereka.
3. Oleh itu Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam menuntut kita supaya memelihara dan mengawal diri daripada diruntun oleh kemanisan dan keindahan dunia dengan menambahkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah sambil mengingati bahawa segala yang ada di dunia hanyalah sementara sahaja berbanding dengan segala nikmat di akhirat yang kekal abadi.
4. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita yang solehah. 

Wahai insan bernama lelaki,
Basahi lidah dengan alunan ayat-ayat suci Al-Quran,
Zikir-zikir memuji ILAHI,
Asma’ ul husna mengingati nama ALLAH,
Sebagai pendinding dari segala fitnah,
Moga dirimu sentiasa dalam rahmat dan redhaNYA.