01 Jun 2011

TERIMA KASIH ABANG.....


Assalamualaikum abang…..

Moga abang sentiasa dalam rahmat ALLAH.Maaf ya abang kerana kakak coretkan sepatah dua kata kat  sini.Kakak nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih untuk abang di atas keprihatinan abang untuk kakak.Walaupun antara abang dan kakak x pernah mengenali di antara satu sama lain,x pernah bersua muka,x pernah mendengar suara,hanya alam siber penyambung ikatan ukhwah kita.Tetapi ikatan ukhwah antara kita tersangatlah rapatnya.

“UKHWAH KERANA ALLAH DISAMPING RESTU KEDUA IBU BAPA SANGAT PENTING DAN LEBIH DIBERKATI”,begitulah kata abang dalam sms abang kepada ayah kakak.

Abang selalu menasihati kakak supaya menjaga batas-batas pergaulan antara abang dan kakak,biar dalam  apa  jua keadaan sekalipun samada sms kat phone,mesej kat fb atau melalui apa jua teknologi yang canggih pada zaman moden ini.Sebab kata abang….antara abang dan kakak bukan mahram.Tepat sekali kata-kata abang.Alhamdulillah,kakak bersyukur sangat-sangat sebab  ALLAH hadirkan seorang abang yang sangat baik dan sentiasa mengingatkan kakak supaya x terus hanyut dengan arus kehidupan dunia yang sangat melalaikan.

Alhamdulillah,sehingga kini kakak sentiasa sedar siapa diri kakak.Kakak akui ramai remaja seperti kakak,yang sentiasa inginkan kehidupan yang lebih baik,x suka dikongkong,yang mahu bebas buat apa yang disukai,yang memikirkan keseronokkan duniawi…sebab bagi mereka ‘ hidup hanya sekali ’.Berbeza dengan kakak,walaupun hidup hanya sekali….kakak nak penuhi kehidupan ini dengan  melakukan  perkara-perkara yang bermanfaat.Kakak akui juga, kakak bukanlah baik sangat pun…tapi kakak cuba elakkan kaki ini melangkah ketempat-tempat yang tidak disukai.Kakak fikir,lebih baik kakak di rumah aje.Sebab rumah tempat terbaik bagi kakak.

Kehidupan kakak hanyalah di sekolah,rumah dan bersama keluarga tersayang.Bagi kakak itulah syurga kakak.Mak dan ayah kakak x benarkan kakak keluar sesuka hati.Kalau nak keluar pun mestilah berteman dengan ahli keluarga.Alhamdulillah,setakat ini semuanya berjalan seperti biasa dan kakak berharap biarlah ianya berkekalan.Lagipun kakak suka cara sebegini,kakak x anggap ianya sebagai satu kongkongan.Bersama kawan-kawan pun kakak pergi beriadah kat tempat yang hampir dengan rumah kakak.Abang tahu kan tempat riadah yang selalu kakak pergi.Itu pun dalam setahun boleh dikira berapa kali aje kakak pergi kat situ (2 kali bersama kawan-kawan,sekali untuk larian merentas desa sekolah dan 4 kali bersama keluarga-setakat ini).

Terima kasih banyak-banyak abang… kakak ucapkan,kerana doakan yang terbaik untuk kakak.Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas segala kebaikan abang untuk kakak.
Setiap hari ada pesanan dan nasihat dari abang untuk kakak.Abang mahukan kakak berjaya dalam apa jua bidang yang kakak ceburi.Alhamdulillah,kakak mempunyai seorang abang yang penyayang,yang sentiasa mengambil berat akan kebajikan adik-adik.Kakak bersyukur sangat-sangat,alhamdulillah.InsyaALLAH, kalau ada kesempatan dan keizinan dariNYA serta kalau ada rezeki,kakak akan berusaha untuk mencapai cita-cita kakak.


Antara pesanan -pesanan dan nasihat abang untuk kakak:
"love is wonderfull but education is MORE powerful if u're successful it...believed that..."
"tiada laut yg luas, 
gunung yg tinggi,
lurah yg dalam,
bg org yg mahu berjaya...."
Berulang-ulang kali,abang suruh kakak study,jgn buang masa sebab  kata abang pelajaran penting untuk masa depan kakak.InsyaALLAH ,kakak akan sentiasa ingat pesanan dan nasihat dari abang.


 Abang contoh terbaik untuk kakak.Abang x pernah berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara.Abang seorang yang kuat semangat,seorang yang rajin.Kakak x mampu jadi seperti abang,tapi kakak tetap akan berusaha.

Sekali lagi,kakak nak ucapkan berbanyak-banyak terima kasih untuk abang kerana menerima kakak sebagai salah seorang adik abang.Juga untuk segala pesanan dan nasihat yang abang berikan untuk kakak.Terima kasih banyak-banyak abang.
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan