Hari ni,kakak terkena lagi dengan abang.Dah lama abang x mengena kakak.Sejak abang cuti sem selama 4 bulan.Abang boleh sms kakak gtau nak tido,sebab ngantuk sangat…sedangkan waktu zohor dah semakin hampir.
Kakak apa lagi seperti biasalah,berleterlah keje kakak.Kakak gtau abang solat dulu sebab waktu dah semakin hampir.Lepas tu kalau abang nak tido,sukahati abang la.Kakak ingat abang betul-betul nak tido,rupa-rupanya abang saje je nak kenakan kakak.Agaknya abang suka kot dengar kakak berceloteh panjang lebar.
Abang gtau lagi yang abang ngantuk sangat-sangat.Hari ni abang kena keje petang.Kakak berleter lagilah,kakak gtau abang solat dulu…sabarlah sikit.Entah-entah,abang baru bangun tido kot,saja je nak kenakan kakak,maklumlah hari ni abang keje petang.Banyak masa untuk tido kan abang.
Mesej seterusnya abang gtau kakak mestilah solat 1st,x kan tido dulu.Ada-ada aje la abang ni.Memang sah kakak terkena lagi dengan abang,nasib baik sms kat phone….kalau komen kat facebook….malunya kakak,sebab ramai orang baca.Entah kali keberapa kakak terkena dari dulu hingga kini….hahaha…sabar je la.
Kakak tahu abang cuma nak bergurau dengan kakak je….x pa la abang kakak suka dengan gurauan sebegitu.Hari-hari ada aje gurauan dari abang untuk kakak.
Tentu abang seronok pegi keje hari ni,sebab dah berjaya kenakan kakak.....hahaha…
x pa,kakak suka…kakak suka.Abang kakak ni seorang yang rajin bekerja,untunglah sesapa yang dapat pekerja seperti abang kakak.Rajin dan bersemangat orangnya sampai x ingat nak ambil cuti.Mungkin dalam sebulan penuh jadual kedatangan abang.Pekerja contoh ni,wajar dapat anugerah pekerja cemerlang.Memang wajar pun.
Abang memang seorang yang rajin….cuti sem buat keje part time…kalaulah kakak mempunyai syarikat,x kiralah syarikat apapun,abang boleh la keje ngan kakak….hehehehe…tingginya angan-angan kakak….kakak gurau je abang.Sekali-sekala nak juga kakak bergurau dengan abang kakak yang baik hati ni.Abang baik sangat-sangat ngan kakak…Alhamdulillah,kakak panjatkan kesyukuran ke hadrat ILAHI.
Abang….kalau la abang terbaca coretan kakak ni,jangan pula abang marah kakak ya…nanti kakak sedih tau.Kakak saja je coretkan kat sini sebagai kenang-kenangan antara kakak dan abang.Yang mana kakak rasa ianya boleh di jadikan kenangan,kakak abadikan kat blog kakak.Bila kakak ada masa terluang,kakak akan ulang-ulang baca apa yang kakak coretkan kat blog ni.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan