23 Jun 2011

HANYA DIA KEKASIH HATIKU (ALLAH)



Naluri remaja ingin dicintai dan mencintai.Lecehlah bila tengok semua teman-teman dah mempunyai kekasih hati.Sedangkan diriku masih juga keseorangan..Teman-teman berkepit tidak mengira keadaan,tempat dan waktu.Aku juga jalan sendirian.

Kalau teman-teman sudah ada kekasih hati,apa kurangnya aku.Aku juga ada kekasih hati.Kekasih hati aku kekal abadi selamanya.

Kalau teman-teman terlalu mencintai kekasih hati masing-masing,apa kurangnya aku.Aku juga terlalu  mencintai kekasih hati aku.

Kalau teman-teman terlalu menyayangi kekasih hati masing-masing,apa kurangnya aku.Aku juga terlalu menyayangi kekasih hati aku.

Kalau teman-teman bahagia dicintai dan mencintai,apa kurangnya aku.Aku  juga bahagia bila dicintai dan mencintai.Bahagia yang aku dapat tidak ternilai harganya jika hendak dibandingkan dengan wang ringgit,emas permata dan harta menggunung.

Kalau teman-teman gembira bila kekasih hati hadiahkan sesuatu yang istimewa,apa kurangnya aku.Aku juga gembira bila kekasih hatiku berikan aku hadiah.Hadiah yang aku dapat bukanlah hadiah sembarangan.Kekasih hatiku berikan aku hadiah yang boleh menjamin kebahagiaan dunia dan akhirat.

Alhamdulillah, dalam hatiku hanya ada DIA.Aku letakkan DIA di tangga teratas dalam carta kehidupanku.Aku bangga mempunyai kekasih hati seperti DIA.Jika nak dibandingkan dengan kekasih hati teman-teman,kekasih hatiku lebih hebat..DIA MAHA PENYAYANG,DIA MAHA PENGASIH,DIA MAHA PEMURAH,DIA MAHA PENGAMPUN.

Kekasih hatiku terlalu menyayangi aku.DIA tak pernah membiarkan aku terjerumus ke lembah yang di murkaiNYA.Alhamdulillah,hatiku tetap setia kepadaNYA.

Kekasih hatiku terlalu mengasihi aku.Aku seorang insan yang lemah,kadang-kadang mindaku berfikir di luar jangkaan.Aku ingin memiliki sesuatu yang lebih baik dari apa yang aku miliki sekarang ini.Alhamdulillah,DIA sentiasa mengingat aku supaya mensyukuri setiap nikmat yang diberikan olehNYA.Aku benar-benar terharu dengan apa yang DIA berikan untukku.

Kekasih hatiku terlalu pemurah.Apa sahaja yang aku minta pasti ditunaikan,insyaALLAH.Aku minta diberikan kesihatan yang baik,DIA berikan.Aku minta dipanjangkan umur,DIA berikan.Pendek kata apa sahaja yang aku minta lambat-laun pasti ditunaikan,alhamdulillah.

Kekasih hatiku terlalu baik,sedia memberi pengampunan,bila aku ada berbuat salah.Dengan linangan airmata ku memohon keampunan dariNYA.Aku insan biasa yang tak pernah terlepas dari membuat salah.Ada sahaja kesalahan yang aku lakukan.Alhamdulillah,DIA tetap memberi keampunan.

Kekasih hati teman-teman,tak mungkin sebaik kekasih hatiku.Diawal-awal percintaan sahaja kemanisan dapat dirasai oleh teman-teman.Bahagia pun cuma sekejap sahaja.Kasih,sayang,cinta dan rindu hanya mainan dibibir sahaja.Kata orang habis manis sepah dibuang.

Berbeza dengan kekasih hatiku.Kasih,sayang,cinta dan rindunya tak pernah pudar,biar pun badai datang melanda,ombak menghempas pantai,ribut taufan datang bertali arus.DIA tetap setia,cuma aku yang terkadang alpa dengan nikmat dunia.Walau bagaimanapun mindaku kembali berfikir,siapakah yang menciptakan aku,siapakah yang memberi nikmat kepadaku,siapakah yang memberikan aku rezeki dan berbagai-bagai lagi anugerahNYA untukku.Alhamdulillah,hatiku kembali kepadaNYA.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Izinkan aku mencintaiMU dengan sepenuh hatiku,
Izinkan aku mencurahkan kasih dan sayangku padaMU,
Izinkan aku berteduh di bawah nauganMU,
Izinkan aku mengabdikan diri padaMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Airmata keinsafan mengalir tanpa hentinya,
Lebih deras lagi dari aliran air terjun ciptaanMU,
Mengenangkan dosa-dosa kelmarin,hari ini dan seterusnya,
Sempatkah aku memohon keampunan dariMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya aku terlalu merinduiMU,
Rindu untuk bertemu denganMU,
Rindu berada disyurga milikMU,
Rindu untuk menatap wajah kekasihMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Sesungguhnya ENGKAU TUHAN YANG ESA,
ENGKAU tetap dihatiku senantiasa,
ENGKAU MAHA PENYAYANG lagi MAHA MENGASIHANI,
KepadaMU aku berserah diri.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Maaf aku,kerana cintaku tidak sempurna buatMU,
Aku insan hina disisiMU,
Aku redha segala ketentuanMU.
Cintaku tetap untukMU.

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM
Terimalah taubat hambaMU ini,
Sesungguhnya keampunan dariMU yang ku harap-harapkan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan