13 Jun 2011

BERCINTA SEBELUM KAHWIN VS SELEPAS KAHWIN


Indahnya bercinta selepas kahwin,hanya dirasai oleh mereka yang mengalaminya.

Banyak perbezaan di antara  bercinta selepas kahwin dan bercinta sebelum kahwin.

Bercinta selepas kahwin:
“I love you so much…”,ungkapan yang sering diperkatakan membuat pasangan kita sentiasa dihargai.Salah tak kalau kita berkata begitu,tentu tidakkan.
Bila nak pergi kemana-mana….berjalan berdua-duaan,berpegang-pegangan tangan…juga tak salahkan sebab masing-masing dah halal ikatan perkahwinan.Tapi jangan pula berlebih-lebih,kena fahan situasi dan keadaan.
Dosa semakin menjauhi…..pahala semakin mendekati..
Apatah lagi jika pasangan kita soleh dan solehah….alhamdulillah bahagia hingga ke akhir hayat.Pasangan yang sentiasa mencari MADROTILLAH.Indahnya bercinta selepas kahwin.Segala-galanya dapat dielakkan.Taklah sangat kita memikirkan,apa yang kita lakukan ini berdosa atau tak,sebab pasangan kita masing-masing dah halal untuk kita.
Kebahagiaan duniawi dan ukhrawi sama-sama diseimbangkan.Matlamat utama tentunya syurga ALLAH.
“Manusia akan bercinta lagi disyurga,tempat pertama yang melahirkan cinta.Ketika itulah fitrah akan menjadi anugerah yang berharga dan bernilai”.
Maksiat dapat dielakkan dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya.

Bercinta sebelum kahwin:
Belum ada apa-apa ikatan,dah macam suami isteri.Zaman dah berubah,dunia dah maju.Hidup hanya sekali,kita enjoy.Entah apa budaya yang diikutinya,melebihi pasangan yang berkahwin.
Bercinta bagai nak rak,serasa dunia milik berdua.Jadikan dunia umpama syurga idaman.
Tambah-tambah lagi sekarang zaman teknologi IT.Segalanya hanya dihujung jari.Satu klip aje dah ada pasangan yang menunggu.Apa lagi,enjoylah..
Mulalah ungkapan keramat di alunkan oleh bibir yang menawan bak delima yang merekah dan bibir yang manis bak gula:
“I love you my dear..”.
“I love you so much darling...”.
“I tak boleh hidup tanpa sayang…”.
“Sehari tak berjumpa,serasa setahun…”
“Rindunya…i..”.
Apalagi pasangan yang mendengarnya,tentu rasa dihargaikan…tentu terpesonakan dengan ungkapan keramat itu.Dan orang ketiga mesti memainkan peranannya kan.Mesti dibisikkan  dengan pujuk rayu yang mempersonakan untuk mengikuti jejak langkahnya.Akhirnya berjaya juga meramaikan ahli kelabnya,maka bertepuk tanganlah tanda meraikan kegembiraan dan kemenangannya.
Dosa semakin mendekati….pahala semakin menjauhi.
Maksiat berlaku dari sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya.
Kalau ada yang menasihati atau melarang tentu mereka akan berkata:
“Cinta apakah namanya ini,jika tidak ada dating,calling,chatting,sms romantik,surat cinta,bersentuhan tangan,kerlingan dan senyuman”.

Renungilah Firman-Firman ALLAH:

Wahai sekalian manusia! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam), dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya - Hawa), dan juga yang membiakkan dari keduanya - zuriat keturunan - lelaki dan perempuan yang ramai. Dan bertaqwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-yebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturrahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu. (An-Nisaa' ayat:1)

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menurut jejak langkah Syaitan; dan sesiapa yang menurut jejak langkah Syaitan, maka sesungguhnya Syaitan itu sentiasa menyuruh (pengikut-pengikutnya) melakukan perkara yang keji dan perbuatan yang mungkar. Dan kalaulah tidak kerana limpah kurnia Allah dan rahmatNya kepada kamu, nescaya tidak ada seorang pun di antara kamu menjadi bersih dari dosanya selama-lamanya; akan tetapi Allah membersihkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah Allah Maha Mendengar) lagi Maha Mengetahui (An-Nuur ayat:21)

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. (An-Nuur ayat:26)

Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat, dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar. (Al-Ahzaab ayat:35)

Hayatilah Sabda Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam:
“Kepadaku diberikan tiga idaman oleh ALLAH di dunia:isteri solehah,berwangi-wangian dan sejik mata (jiwa) ku dalam sembahyang”.
(Hadis Riwayat Ahmad dan An Nasai).

“Tidak berdua-duaan seorang lelaki dan seorang wanita di tempat sunyi melainkan syaitanlahh orang ketiganya”.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan