10 September 2011

RENTETAN PERISTIWA (DUGAAN YANG MENIMPA AYAH)


28 JULAI

Seusai solat dan selepas makan malam ayah mengalami sesak nafas.Ayah rasakan nyawanya sudah dipenghujung,dalam pada itu ayah masih sempat berdoa supaya sakitnya di pulihkan.Malam tu juga mak bergegas bawa ayah ke hospital.Biasalah prosuder kat hospital,bila nafas naik turun kena ambik gas sebab kata doktor kemungkinan terkena seranggan asma.

29 JULAI
Seperti biasa menjalani rutin harian

30 JULAI
Kesihatan ayah tidak menentu.Malam 1 Ramadhan,ayah gagahi juga ke surau walaupun kesihatannya tidak mengizinkan,tapi demi tugas yang di amanahkan kepadanya,ayah tolak ke tepi sekejap penderitaannya.Dalam sakit-sakit pun,selepas solat terawih ayah bertaddarus bersama ahli jemaah surau.

1 OGOS
Permulaan puasa,kesihatan ayah masih di tahap yang sama,sehingga menyukarkan ayah untuk menunaikan solat fardu.Tapi itu semua tak menghalang ayah untuk mengabdikan diri padaNYA.Sakit ayah bukan penghalang ayah untuk mendekatkan diri padaNYA.

2 OGOS
Seperti biasa

3 OGOS
Seperti biasa

4 OGOS
Seperti biasa

5 OGOS
Seperti biasa

6 OGOS
Seperti biasa

7 OGOS
Ayah menjalani ibadah puasa seperti biasa,walaupun sahur ayah cuma susu kambing dan buah kurma aje begitu juga dengan waktu berbuka,susu kambing  dan buah kurma juga pilihan ayah.Ayah tiada selera  untuk makan makanan lain.

8 OGOS
Selepas waktu berbuka dan seusai solat maghrib,bersiap-siap ke surau untuk solat isyak dan solat sunat terawih,ayah mengalami sesak nafas semula,niat untuk berjemaah di surau terpaksa di batalkan.Ayah berdegil tak nak ke hospital,mak menangis memujuk ayah.Ayah tetap berdegil,kata ayah ubat hospital tak dapat menyembuhkan sakit ayah.Memanglah ayah,ubat apa pun tak boleh menyembuhkan andai tiada keizinan ALLAH.Tapi kita kena berusaha,berdoa dan seterusnya bertawakkal.

9 OGOS
Rutin harian seperti biasa

10 OGOS
Rutin harian seperti biasa

11 OGOS
Seperti biasa

12 OGOS
Seperti biasa

13 OGOS
Seperti biasa

14 OGOS
Seperti biasa

15 OGOS
Seprti biasa

16 OGOS
Seperti biasa

17 OGOS
Seperti biasa

18 OGOS
Seperti biasa

19 OGOS
Niat ayah untuk berterawih kat masjid di Felda Teloi Timur iaitu kampung keluarga mak tercapai jua akhirnya.Kat sana solat sunat terawih 20 rakaat manakala kat sini 8 rakaat aje, 4 rakaat permualaan disambung tazkirah seterusnya 4 rakaat semula dan diikuti oleh 3 rakaat solat sunat witir.Alhamdulillah.

20 OGOS
Beberapa hari lagi nak raya,jika orang lain sibuk buat persiapan untuk beli baju baru dan lain-lain lagi,ayah langsung tiada keinginan untuk itu semua.Tapi naluri hati seorang isteri sentiasa nakkan yang terbaik untuk suaminya.Walaupun  ayah tak minta,tapi mak tetap belikan baju baru untuk ayah.Ayah hanya mampu ucapkan terima kasih untuk pengorbanan isteri tercinta.

21  OGOS
Rutin harian seperti  biasa.

22 OGOS
Rutin harian seperti biasa

23 OGOS
Rutin harian seperti biasa

24 OGOS
Rutin harian seperti biasa

25 OGOS
Rutin harian seperti biasa

26 OGOS
Alhamdulillah, ayah berjaya juga khatam Al-Quran bersama-sama jemaah surau.Segala-galanya di permudahkanNYA.

27 OGOS
Rutin harian seperti biasa

28 OGOS
Rutin harian seperti biasa

29 OGOS
Alhamdulillah,walaupun menanggung penderitaan ayah masih mampu menjalani ibadah puasa penuh dan berjaya juga khatam Al-Quran.Sesuatu yang membanggakan,syukur pada ALLAH.Alhamdulillah,ayah antara yang terpilih…bukan calang-calang orang yang dapat menerima ujian dan dugaan dari ALLAH dengan penuh kesabaran.

“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu". (At-Taghaabun ayat:1

Sedang orang lain sibuk membuat persiapan untuk menyambut raya,ayah sibuk ke hospital.Ayah sesak nafas kembali.Malam raya masih lagi di hospital.

30 OGOS
Hari kemenangan umat Islam yang benar-benar beriman.Ayah menunaikan solat sunat hari raya Aidilfitri di Masjid Felda Teloi Timur.Alhamdulillah,ayah bersyukur kerana masih lagi di beri kesempatan untuk menjalani sisa-sisa kehidupan di bumi yang sementara ini.Selepas solat rehat sekejap di rumah tok,sebelum meneruskan perjalanan ke Bukit Tembaga,Kuala Nerang,Kedah untuk menziarahi pusara tok wan.Lama tak menziarahi pusara tok wan,lebih  kurang 2-3 tahun jugalah.Selepas menziarahi pusara  tok wan,singgah sebentar di rumah saudara mara tok wan.Kira-kira jam 7.00 malam bertolak balik ke Mengkuang Titi.

31 OGOS
Hari Raya kedua.Selepas subuh,kira-kira jam 6.00 pagi,bergegas ke Hospital Bukit Mertajam,ayah mengalami sesak nafas lagi.Kalau orang lain masih ada mood raya,tapi ayah terpaksa berdepan dengan penderitaan.Dugaan ALLAH untuk ayah,ayah terima dengan hati yang lapang kerana ayah tahu di sebalik semua tu ada hikmah yang tersembunyi.

1 SEPTEMBER
Hari Raya ketiga.Ayah berehat kat rumah aje,menyambut tetamu yang datang menziarahi ayah.

2 SEPTEMBER
Hari Raya keempat.Ke Klinik Kubang Semang,buat pemeriksaan doktor.Selepas balik dari klinik mak saudara (iaitu kakak kepada ayah yang tinggal kat KL)ajak ayah buat rawatan tradisional,sebab doktor pun tak dapat kesan apa sakit ayah yang sebenarnya.Mengikut kata doktor,kalau asma lepas ambil gas mesti sembuh,walaupun tak sepenuhnya tapi ayah dalam sehari 24 jam selama sebulan lebih.Doktor pun hairan.Mengikut kata pengamal perubatan tradisional ayah terkena ‘santau’.Sebab itu ayah sakit terlalu lama.

3 SEPTEMBER
Ayah rehat kat rumah aje.Sambutan hari raya pada tahun ni kebanyakkan di rumah dan di hospital aje.

4 SEPTEMBER
Seorang lagi mak saudara(juga kakak kepada ayah yang tinggal kat IPGM) bawa ayah berjumpa dengan seorang lagi pengamal perubatan tradisional dan jawapan yang sama juga seperti pengamal perubatan tradisional yang pertama iaitu ayah terkena ‘santau’.Mak saudaranya tersangatlah bimbangnya,bila adik-adik dia sakit.Dia sanggup berkorban apa sahaja untuk kebahagiaan dan kebaikan adik-adiknya.Alhamdulillah,ada mak saudara yang sangat prihatin.

5 SEPTEMBER
Hari permulaan kerja setelah 9 hari cuti.Ayah tak berdaya untuk bertugas seperti biasa.Pagi-pagi lagi dah ke hospital untuk memohon cuti(MC).Ayah minta di x-raykan paru-paru,tapi biasalah hospital kena ikut prosudernya.Kembali semula ke Klinik Kubang Semang.Di Klinik Kubang Semang,pemeriksaan rapi di jalankan terhadap ayah,2 kali juga ayah ambil gas dan 2 kali juga ayah ambil oksigen.Ayah kekurangan oksigen.Dari Klinik Kubang Semang,ayah dibawa menaiki ambulan ke Hospital Bukit Mertajam.Setelah x-ray dan pemeriksaan lain di buat ayah terpaksa di tahan di wad.Hari pertama di tahan di wad ayah ditempatkan di wad kelas 3,memandangkan wad kelas 2 penuh.Ramai sahabat ayah datang menziarahi ayah.Ayah nampak ceria je bila menerima kunjungan sahabat-sahabat.Pertama kalinya ayah berselera makan,setelah sebulan lebih tidak menjamah makanan,melainkan susu  dan buah kurma aje.

6 SEPTEMBER
Ayah masih di wad yang sama,sebelah petang baru ayah di pindahkan ke wad kelas 2.Masih menerima tetamu,kali ini jiran-jiran sekampung pula.Alhamdulillah.

7 SEPTEMBER
Tengaharinya ayah dibenarkan pulang ke rumah setelah 3 hari 2 malam kat hospital.Doktor pun tak dapat memberi kata putus mengenai sakit ayah.Doktor pun pelik.Ini semua ketentuan ALLAH kepada hambaNYA,DIA hendak menguji sejauh mana kesabaran hambaNYA menghadapi ujian dan dugaan  dariNYA.Ayah di beri cuti selama 4 hari bermula 5-8 SEPTEMBER.Pertama kalinya juga menerima panggilan telefon dari mak abang(yang sudah dianggap macam keluarga sendiri dari KELATE),bertanyakan khabar ayah.Alhamdulillah,berbanyak-banyak terima kasih untuk abang,mak dan seisi keluarga yang sangat-sangat prihatin.Hanya ALLAH sahaja  yang dapat membalas kebaikan abang sekeluarga.

8 SEPTEMBER
Hari ulangtahun kelahiran ayah.Ayah berehat kat rumah aje.Alhamdulillah,kesihatan ayah semakin pulih,berkat doa dari semua sahabat,anak isteri jugak anak ayah yang jauh di KELATE sana(biarpun jauh tapi dekat di hati…sentiasa bertanyakan khabar ayah dan tanpa jemu-jemu mendoakan kesejahteraan ayah,begitu juga mak  abang…pernah bertemu hanya sekejap sahaja tapi ikatan ukhwah kerana ALLAH sangatlah indahnya….ALHAMDULILLAH).

Hari-hari seterusnya ayah dapat menjalani kehidupan seperti biasa,solat lima waktu kat surau,lepas solat luangkan masa membaca Al-Quran…tapi masih lagi menjalani rawatan tradisional.Alhamdulillah,nikmat sihat anugerah ALLAH untuk ayah,membolehkan ayah menjalani rutin harian seperti biasa serta menambahkan keimanan ayah padaNYA.ALHAMDULILLAH,ayah tak henti-henti mengucapkan syukur padaNYA.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan