15 September 2011

SANAH HELWAH MAK



16/9 hari lahir mak. ‘Sanah helwah’ mak.Hadiah dari anak-anak mak hanyalah doa,moga mak di berkatiNYA,di beri kesihatan yang baik untuk memperbanyakkan ibadat kepadaNYA dan moga mak sentiasa dalam rahmat ALLAH.Mak bukannya suka sangat nak sambut hari lahir ni.Pada mak cukuplah bersyukur atas nikmat sihat yang di berikan olehNYA.Tanda syukur tu yang lebih utama,mak tak mengharapkan hadiah ataupun ucapan,tapi sebagai anak-anak mak…abang,kakak dan adik nak juga ucapkan ‘sanah helwah’ untuk mak.Hadiah kami tiga beradik untuk mak hanyalah doa yang mengiringi setiap langkah mak.

Bagi mak,doa adalah hadiah yang yang cukup besar,mengalahkan hadiah yang mahal-mahal.Doa boleh di bawa sampai ke alam barzakh,manakala hadiah yang mahal-mahal hanya mampu bertahan kat dunia je.Lagipun hidup kat dunia ni hanya sementara aje,akhirat jua kekal abadi.

Penghargaan terima kasih,abang,kakak dan adik berikan untuk mak kerana susah payah mak mengandung,melahirkan dan membesarkan abang,kakak dan adik.Akan kami kenang sepanjang hayat.

“Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan. Setelah ia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah ia dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)". (Al-Ahqaaf ayat:15)

Doa abang.kakak dan adik untuk mak:
“ Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh". (An-Naml ayat:19)

KASIH IBU AYAH

Kasihnya ibu membawa ke syurga…kasihnya ayah masa berada.
Marilah kita bermuhasabah diri….
Tanpa ibu dan ayah,x mungkin kita berada di dunia ini…
Tanpa ibu dan ayah,siapalah kita hari ini…

Tanyalah pada diri kita sendiri…..
Apakah yang kita lakukan untuk membahagiakan ibu dan ayah kita….
Apakah kebaikan yang kita lakukan untuk ibu dan ayah kita….
Sedar x,ada diantara kita yang sentiasa menyakiti hati ibu dan ayah setiap hari….
Kita lupa siapakah yang melahirkan kita….
Kita lupa siapakah yang bersusah payah membesarkan kita…..
Kita lupa siapakah yang bersusah payah mencari rezeki untuk kita….
Kita lupa segala-galanya…..

Juga tanyakan pada ibu dan ayah…
Apakah yang ibu dan ayah harapkan dari  kita….
Adakah wang ringgit ataupun harta tinggi menggunung…
Mesti jawapan ayah dan ibu….
Jadilah anak yang soleh dan solehah….
Yang boleh mendoakan untuk ibu dan ayah…
Ibu dan ayah perlukan doa dari anak yang soleh dan solehah…
Yang boleh mengiringi ibu dan ayah….
Apabila ibu dan ayah melangkah kealam barzakh nanti….
Ya,doa dari anak yang soleh dan solehah….
Di antara 3 perkara yang akan mengiringi ibu dan ayah ke alam barzakh….
Bukanlah emas permata,wang ringgit mahupun harta menggunung…

Renungilah Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam:
 “Apabila mati seseorang insan, maka akan terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan daripadanya dan doa anak soleh yang sentiasa mendoakannya.”
(Diriwayatkan oleh Abu Hurairah)

Bila ibu dan ayah ada depan mata kita…..
Kita buat endah x endah aje…..
Kita sakiti hati dan perasaan mereka…
Kita biarkan air mata ibu dan ayah mengalir kerana kita…..
Hati ibu kita lukai…..
Hati ibu kita calarkan….
Ibu menangis kerana kita…..
Ayah memendam rasa kerana kita…..
Rajuk hati ibu dan ayah tiada siapa pedulikan….
Rajuk hati kita…kita nak kan belaian dan perhatian….
Rajuk hati ibu dan ayah kita biarkan….

Andai ibu dan ayah tiada lagi….
Tiada lagi tempat untuk kita menumpang kasih sayang…..
Tiada lagi tempat untuk kita mengadu….
Hilang segala-galanya…..
Hari ini kita mampu lagi ketawa….
Mungkin hari esok kita hanya mampu menangis….
Menangis nasib diri yatim piatu…..
Menangis mengenangkan dosa kita pada ibu dan ayah…..
Menangis menyesali apa yang berlaku…..
Ingatlah…tangisan kita sudah tidak bermakna lagi….
Siapa yang boleh menduga  takdir ALLAH..

Hargailah ibu dan ayah semasa hayat mereka masih ada…..
Ibu dan ayah….maafkan kami anak-anakmu…
Cinta,kasih,sayang dan rindu kami buatmu ibu dan ayah...

Ibu dan ayah…..
Tersemat kukuh dalam hati kami anak-anakmu….

‘SANAH HELWAH’mak…
Abang,kakak dan adik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan