01 September 2011

SANAH HELWAH,AYAH




SANAH HELWAH AYAH.

8 / 9 hari ulangtahun kelahiran ayah… ‘sanah helwah ayah’.Hanya ucapan dan doa yang mampu mak,abang,kakak dan adik berikan.Doa dari mak,abang ,kakak dan adik moga ayah sentiasa dalam redhaNYA,di beri kesihatan yang baik,juga moga pulih seperti sediakala.8 / 9,sudah 42 hari ayah sabar dan redha dengan ujian dan dugaan dariNYA.Bukan calang-calang orang yang boleh bersabar dengan setiap ujian dan dugaan dariNYA.Alhamdulillah,ayah antara yang terpilih.

Sakit yang ayah alami bukan alasan untuk ayah menjauhkan diri dari PENCIPTA,malahan ayah semakin mendekatkan diri dengan PENCIPTA.Ayah jadikan KALAMNYA sebagai pendamping setia ayah.Bila bait-bait puitisnya ayah alunkan,ayah akan rasa kedamaian dan ketenteramannya.Sakit ayah pun berkurangan.Begitulah hebatnya penangan ayat-ayat suci Al-Quran,malahan ianya lebih baik dari ubat-ubatan hospital yang dibekalkan untuk ayah.Ubat-ubatan hospital mengambil masa berjam-jam lamanya untuk sebati pada diri,tapi ayat-ayat suci Al-Quran hanya sekejap sahaja.

Al-Quran sebagai ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya.
Firman ALLAH dalam surah Al-Israa’ ayat:82 dan ayat:83 yang bermaksud:
Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua”. (Al-Israa' ayat:82)
                                                                                               
“Dan apabila Kami kurniakan nikmat kepada manusia, berpalinglah ia serta menjauhkan diri (dari bersyukur); dan apabila ia merasai kesusahan, jadilah ia berputus asa”. (Al-Israa' ayat:83)

Itulah yang ayah amalkan sehari-hari,sentiasa jadikan Al-Quran sebagai teman setia,walaupun keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan.Bacaan pun putus-putus,sebab saluran pernafasan tersekat-sekat.Tapi itu semua tidak  menjadi penghalang untuk ayah.Ayah tetap mahu jadikan Al-Quran sebagai teman setia ayah.

Satu hakikat yang kita patut tahu ialah sebaik-baik penawar kepada penyakit ialah ayat-ayat suci Al-Quran.Sudah tentu juga,sebaik-baik penyembuh ialah ALLAH.Yakinlah tentang hakikat ini.

Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)". (Fussilat ayat:44)

Semua penyakit yang Allah jadikan di dunia ini ada penawar nya didalam Al-Quran, contohnya. 

- Surah Qaaf ayat 16 hingga 45, Surah Ah-Qaaf ayat 21 hingga 28 dan Surah Sod ayat 34 hingga 61 selalunya untuk penyakit yang ada kaitan dengan tulang (seperti sakit rheumatism, arthritis, sakit sendi, tulang patah atau fractured, slip disc, sakit tulang belakang) 

- Surah Al-Buruuj ayat 1 higga 22 selalunya di baca untuk penawar sakit-sakit yang berkaitan dengan perut (seperti gastric, stomach ulcer) atau penyakit yang berkaitan dengan usus besar atau usus kechil.

- Surah Al-Israa' ayat 40 hingga 55 untuk pesakit yang mengalami sakit jantung, saluran darah tersumbat (blockage) dan jantung berlubang.

- Ayat-ayat dalam Surah Al-Anfaal untuk sakit jangkitan kuman/virus atau "infections". Ayat ayat dari Surah Al-Anfaal ini berfungsi sama seperti ubat-ubat antibiotiks.

- Ayat-ayat dalam Surah An-Nahli untuk memberi kekuatan atau tenaga kepada pesakit. Kekuatan dari segi fizikal dan kekuatan dari segi dalaman atau rohani. Ayat-ayat ini berfungsi untuk meningkatkan kekuatan fizikal atau immuniti (sistem daya pertahanan sesaorang). Peningkatan kekuatan rohaniah dari segi semangat dan keazaman pesakit.

- Ayat-ayat dari Surah Al-Anbiyaa', Surah Al-Qasas, Surah Al-Ma'idah, Surah An-Naml khusus untuk penyakit kencing manis (diabetes), darah tinggi (hyper-tension), sakit angin ahmar (stroke) dan lain-lain lagi.

- Ayat-ayat dari Surah Yusuf dan Surah An-Nahli untuk penyakit lemah tenaga batin untuk kaum lelaki.

- Ayat-ayat dalam Surah Maryam, Ambiyaa' dan Imran untuk sakit fibroid, ovarian cysts dan lain-lain sakit perempuan.

- Ayat-ayat dari Surah Fatah, Yunus, Hud, Az-Zumar, Ma'idah, Al-A'raff, Ash-Syura, Al-Qasas dan lain-lain surah untuk berbagai jenis penyakit kanser, sakit buah pinggang (kidney failure), hepatitis dan lain lain penyakit. 

- Ayat-ayat dari Surah Al-Baqarah, Fussilat, Ash-Syu'aara, Al-Furqaan, Ar-Ra'd, Toha, Al-Mu'minum, Muhammad, dan lain-lain surah untuk penyakit gangguan sihir, santau, rasuk jin atau iblis, ilmu pangasih, ilmu pelalau, ilmu pemisah dan lain-lain penyakit gangguan atau "spiritual illness".

Hebatnya,ayat-ayat suci Al-Quran boleh mengubati berbagai-bagai penyakit.Dengan  izin ALLAH jua sesuatu penyakit dapat disembuhkan.Kita sebagai manusia biasa hanya mampu merancang tetapi ALLAH jualah yang menentukannya.

Kerana sayangkan ayah…. mak,abang,kakak dan adik sanggup berkorban apa sahaja.Mak sanggup ketepikan masa tidurnya untuk menjaga ayah,temani ayah ke hospital tidak mengira masa.Mak setia dengan ayah,Alhamdulillah,mak serba boleh.Mak seorang yang berdikari.Bila ayah sakit,maklah yang memikul semua tanggungjawab ayah.Di atas bahu mak tergalas semua beban.Mak hanya seorang surirumah.Betapa cekalnya hati mak.Mak tak pernah merungut.Bila ayah sakit,maklah yang paling bimbang.

“Kesian anak-anak dan isteri ayah,ayah sakit”,kata-kata itulah yang sering ayah ulang setiap hari.

Kakak dan adik pula nakkan ayah makan makanan yang berkhasiat.Kakak dan adik sanggup berkongsi wang ringgit untuk belikan ayah makanan yang berkhasiat.Tapi ayah tak dapat menerimanya,ayah tiada selera makan.Kakak dan adik risaukan ayah,semua orang tegur ayah.

“Kenapa kurus sangat ni,sakitkah?Akibat sakit yang dideritai terlalu lama berat badan ayah susut..Tidur malam ayah sentiasa terganggu.Kakak kasihankan ayah,kalau boleh kakak nak tukarkan sakit ayah dengan kakak.Kakak nak ayah sihat seperti sediakala,biarlah sakit ayah,kakak yang tanggung.Begitu juga dengan adik,adik terlalu rapat dengan ayah,adik tak nak apa-apa pun berlaku dekat ayah.Adik juga nakkan ayah sihat seperti sediakala.Setiap malam adik jaga ayah,adik sapukan minyak  kat dada ayah,adik urut ayah.Adik nakkan ayah cepat sembuh.

Ayah,sesungguhnya mak,abang,kakak dan adik terlalu menyayangi ayah.Tanpa ayah dan mak tiadalah abang,kakak dan adik kat dunia ni..Sedih sangat-sangat bila melihat penderitaan ayah.Ayah menanggung kesakitan seorang diri. Kalau boleh sakit ayah,biarlah abang,kakak dan adik yang tanggung.Semoga ayah cepat sembuh.

Bertuahnya ayah,sebab ada lagi seorang anak yang  kakak panggil abang aje,yang sentiasa mengambil berat  akan keluarga kita,walaupun antara abang dan keluarga kita tiada apa-apa pertalian cuma saudara seagama sahaja.Tapi ikatan ukhwah antara abang dan keluarga kita tersangatlah eratnya.Abang selalu bertanyakan khabar ayah,terima kasih banyak-banyak untuk abang,moga ALLAH membalas segala kebaikan abang untuk kakak sekeluarga.Harapan ayah ,kakak serta keluarga moga ikatan silaturrahim antara abang dan keluarga kakak akan berterusan sampai akhir hayat.Abang tinggal jauh,antara ayah dan abang belum pernah bersua tapi pernah mendengar suara dan hanya sms pengganti diri untuk bertanya khabar masing-masing.Mak dan kakak aje yang pernah bertemu dengan abang sekeluarga,itu pun hanya sekejap aje.Syukur pada ALLAH kerana mempertemukan dengan seseorang yang benar-benar baik.Walaupun abang berpelajaran tinggi,tapi abang sentiasa merendah diri.ALHAMDULILLAH,sebelum ni ayah ada 3 orang cahaya mata,kini bertambah seorang lagi,Kini anak ayah ada 4 orang anak(2 lelaki dan 2 perempuan).Moga ikatan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat.InsyaALLAH.

“Ya ALLAH hambaMU memohon,ENGKAU berikanlah kesembuhan kepada ayah yang kami sayangi.Sembuhkanlah dia seperti sediakala,andai itu takdirMU buat kami,kami pasrah ya ALLAH”.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin.
SESUNGGUHNYA KAMI AMAT MENYAYANGIMU AYAH.KEBAIKAN AYAH KEPADA KAMI,SANGAT-SANGAT KAMI SYUKURI,ALHAMDULILLAH.KASIH SAYANGMU KEPADA KAMI TIDAK BERBELAH BAHAGI.UCAPAN.TERIMA KASIH SELALU DIBIBIRMU,BILA PERTOLONGAN KAMI DIPERLUKAN.TERIMA KASIH AYAH.

HANYA DOA YANG MAMPU KAMI TITIPKAN SEBAGAI HADIAH SEMPENA HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN AYAH.MOGA AYAH DIBERI KESEMBUHAN,PULIH SEPERTI SEDIAKALA.INSYAALLAH

‘SANAH HELWAH AYAH’.

Sayang ayah,
Mak,abang,kakak dan adik.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan