08 Mei 2011

ADA-ADA AJE LA.....



“taw xpe...tp tu la khadiran adik dlm hidup abg byk bg effect ky wkn2 abg..smlm ade pompuan sorang tu msg abg tya jiha najiha tu awek abg ea? haha...yg seorg lg  pn ade jgk tya kn...femes la adik nie di klgn kwn2 abg walopon diorang xkenal diorang tgk komen adik kot..maybe (*,*)”.

Lawaklah mesej dari abang kita kali ini,x sangka pula kita famous di kalangan kawan-kawan abang (riak pula kita)....Ya ALLAH,jauhkan aku dari sifat riak,takbur,bangga diri,sombong dan sebagainya....sesungguhnya aku hanya seorg insan yg lemah....Amin Ya Rabbal ‘Alamin.Kita bukannya ada apa-apa pun keistimewaan.Kita cuma insan biasa aje.Kita cuma seorang hamba ALLAH,yang menumpang buat sementara kat dunia ni.Bila-bila masa aje,kita akan dipanggil pulang olehNYA.

Lucu juga ya,bila kita baca kembali mesej dari abang kita,x sangka ya abang kita ni,rupa-rupanya ramai peminat.Kalau x,masakan kawan-kawan abang kita akan tanya abang kita,siapakah kita yang sebenarnya?Untuk pengetahuan kawan-kawan abang kita...kita dengan abang kita,sebenarnya x ada apa-apa hubungan pun.Kalau ada pun cuma hubungan saudara sesama Islam.

Sebenarnya,kita hormatkan orang yang lebih tua dari kita,sebab itulah kita panggil abang kita ni dengan panggilan abang.Abang kita pun x kata apa-apa,bila kita panggil abang kita dengan panggilan abang..Kita rasa panggilan abang lebih mesra.Abang juga panggil kita adik je,walaupun kita tahu panggilan adik x sesuai dengan kita....sebab kita dah pun besar....hehehe.Hubungan abang dgn adik kan lebih mesra.

x boleh nak ingatlah mesej dari abang kita...lucu sangat-sangat.Entahlah kita pun x tahu nak cakap apa.Setiap status abang...kita ‘like’ je.Nama kita ada kat setiap status abang,yang mana kita rasa status abang yang boleh kita beri komen...akan kita beri komen.Kita banyak minta pendapat family kita,kita rujuk kat buku-buku yang ada pada kita....kalau nak harapkan kita,rasanya kita x mampu nak beri komen yang panjang lebar,sebab ilmu kita hanya sedikit,maklumlah budak sekolah.Kalau komen yang pendek-pendek tu bolehlah.....yang panjang lebar kena minta pendapat family kita ataupun rujukan kat buku-buku.Kita rasa x ada menariknya komen yang kita berikan kat status abang kita.Komen kita biasa je.

Sekali lagi,kita nak bagitau....kita bukan awek abang kita.Abang kita,mungkin dah ada buah hati kot....kita agak je...hehehehe....kita pun sebenarnya x tahu.Mesti adakan abang.Kita masih lagi bersekolah dan kita x pernah pun terfikir untuk mempunyai seseoarang dalam hati kita......cukuplah ALLAH dan RasulNYA serta family kita.Kita bahagia dengan kehidupan kita sekarang ini.Hubungan kita dengan abang kita pun setakat hubungan abang dan adik,hubungan sesama saudara seagama.Abang kita selalu pesan kat kita,kejar dulu cita-cita...barulah kejar cinta.......insyaALLAH,kita akan selalu ingat pesan abang kita.

Untuk pengetahuan abang kita juga.....kita pun x pernah lagi terfikir untuk mengejar cinta....dan kita x tahu apa itu cinta sesama makhluk, sebab kita belum pernah merasainya....yang kita tahu cuma cinta ALLAH dan RasulNYA...buat masa ini kita nak tumpukan sepenuh perhatian pada pelajaran.Kita x ada masa untuk mengejar cinta seperti kebanyakkan rakan-rakan kita.Matlamat dan tujuan kita hanyalah untuk berjaya...insyaALLAH andai diizinkan ALLAH.Kita nak buat yang terbaik untuk membalas jasa dan pengorbanan mak dan ayah kita.Tanpa mak dan ayah siapalah kita.Terima kasih.....kita ucapkan buat abang kita,kerana x jemu-jemu bagi nasihat untuk kita,walaupun abang dengan kita bukan sapa-sapa pun....tapi ikatan ukhwah kerana ALLAH akan sentiasa diberkati....insyaALLAH.Hanya terima kasih yang mampu kita ucapkan buat abang kita....moga abang sentiasa di rahmati,diberkati dan di lindungi ALLAH walau di mana sahaja abang berada,Alhamdulillah atas anugerah ALLAH buat kita......



Tiada ulasan:

Catat Ulasan