17 Mei 2011

SELAMAT HARI GURU



Assalamualaikum cikgu….

Cikgu…..
16 Mei,tiba lagi…..
dari setahun ke setahun cikgu tetap x berubah…..
cikgu tetap setia sebagai seorang pengajar….
hanya kami pelajar-pelajar cikgu yang berubah…
datang dan pergi silih berganti….
masing-masing dahagakan ilmu dari cikgu…..
sebagai penyuluh di masa depan.

Cikgu….
terima kasih banyak-banyak,kami ucapkan…..
atas kesabaran cikgu….
melayan kerenah kami,anak murid cikgu….
kami akui kadang-kadang kami ni terlalu nakal…..
kami sering membuatkan cikgu pening kepala….
dengan tingkah laku kami yang berbagai ragam….
Walau nakal sekali pun,kami tetap anak murid cikgu.

Cikgu….
tiada hadiah yang istimewa…..
dapat kami berikan untuk cikgu….
melainkan,kami berjanji  pada diri kami sendiri….
untuk lebih berjaya di masa hadapan…..
sebagai membalas jasa dan pengorbanan cikgu….
dalam mendidik kami…..
juga atas kesabaran cikgu…..
insyaALLAH.
doa dari kami…
moga cikgu sentiasa di berkati dan di rahmati ALLAH hendakNYA.

Cikgu…
terima kasih yang x terhingga,kami ucapkan……
kerana x pernah jemu-jemu mengajar kami…..
dari cikgu,kami mengenal apa itu angka 1,2,3…..
dari cikgu kami mengenal tambah,tolak,darab dan bahagi….
dari cikgu juga,kami mengenal apa itu huruf a,b,c….
seterusnya menyusun menjadi perkataan…
merungkai maksud-maksud setiap patah perkataan….
membina menjadi ayat….
membentuk menjadi ungkapan…..
maka terhasillah ucapan :
“SELAMAT HARI GURU”
CIKGU….JASAMU DIKENANG SEPANJANG HAYAT.
Tanpa cikgu siapalah kami hari ini…..
Ikhlas dari kami….


Tiada ulasan:

Catat Ulasan