Aku kini di lamun cinta….cinta yang ku alami tersangatlah indahnya.Selama ini x pernah ku merasai betapa hebatnya jatuh cinta,betapa indahnya mencintai,betapa manisnya bercinta dan betapa murninya cinta yang ku miliki.
Ya…aku kini di lamun cinta denganNYA….selama ini ku mencari-cari cinta yang sebenarnya…kini cinta itu hadir dalam diriku,ianya menjadi milikku….milikku selamanya.Dengan mencintaiNYA,hatiku tenteram….dengan mencintaiNYA,tiada lagi gundah gulana….dengan mencintaiNYA,tiada lagi kesengsaraan.
Hatiku berbunga riang,bila cintaku disambut olehNYA.Alhamdulillah,DIA menerimaku seadanya.Aku rindu untuk melafazkan cintaku padaNYA….kalau boleh setiap detik,setiap saat,setiap waktu aku ingin lafazkan cintaku padaNYA.
Dalam doaku padaNYA…ku memohon agar ditetapkan hatiku untuk mencintaiNYA sepenuh jiwa ragaku…..sepanjang hayatku.Kerana ku tahu cintaNYA adalah cinta teragung yang tiada bandingannya.Aku terlalu merinduiNYA….aku terlalu menyayangiNYA…..aku terlalu mencintaiNYA.
Aku sentiasa menjadikan kitab kalamullahNYA sebagai penemanku di saat aku keseorangan….di saat aku kesunyian…di saat aku merinduiNYA.Dengan berbuat begitu rinduku padaNYA terubat jua.Ku hayati setiap bait-bait indah dalam kitab kalamullahNYA.
Aku ingin selalu disampingNYA untuk selama-lamanya…..
CINTA ALLAH CINTA ABADI KEKAL SELAMANYA
Ya ALLAH,
tetapkanlah hatiku untuk menyintaiMU…..
kerana ku tahu…..
cintaMU cinta abadi…..
cintaMU cinta sejati…..
cintaMU kekal selamanya…..
Ya ALLAH,
andai cintaku kepadaMU beralih arah…..
dengan godaan hawa nafsu yang melalaikan…..
kembalikan ianya semula…..
kerana ku tahu…..
ENGKAU tuhan yang Maha Penyayang
lagi Maha Mengasihani…..
kepada setiap hamba-hambaNYA…..
Ya ALLAH,
cintaku hanya untukMU…..
kerana ku tahu…..
tiada cinta yang lebih hebat…..
melainkan cinta kepadaMU…..
dan cinta kepada RasulMU…..
Ya ALLAH,
cintaku hanya untukMU…..
kerana ku tahu…..
dengan mencintaiMU…..
kebahagiaan dan ketenangan menjadi milikku……
Tiada ulasan:
Catat Ulasan