Dugaan datang lagi…selepas tok wan kembali kerahmatullah,selang empat hari dari tarikh kematian tok wan....buah hati kesayangan pula terlantar kat hospital.Sabar dan pasrah aje dengan dugaan ALLAH.Kesian tengok buah hati,kecik-kecik lagi dah terseksa.
Marah jugalah kat buah hati,sebab bila sihat x mahu beringat…hari tok wan kembali kerahmatullah,sedang orang lain sibuk menguruskan apa yang patut,buah hati kesayangan bermandikan hujan bersama sepupu-sepupu yang lain.Akibatnya hari ini terlantar kat hospital akibat jangkitan kuman kat dalam paru-paru.
Tengok buah hati kesayangan rasa sebak pula…ya la kecik-kecik dah menanggung azab sengsara,menangis tadi sebab sakit katanya bekas kena injection.Memang sebak sungguh tengok buah hati kesayangan,x sampai hati nak tinggalkan dia kat hospital….tapi apa boleh buat,kalau kat rumah takut sakitnya melarat…jalan penyelesaian terbaik,tinggalkan dia kat hospital.
Ya ALLAH,ENGKAU tabahkanlah hati hambaMU ini untuk menempuh dugaan yang datang bertali arus.ENGKAU tahu apa yang terbaik buat hambaMU ini.
Amin Ya Rabbal ‘Alamin…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan