04 September 2011

CORETAN BUAT AYAH




Alhamdulillah,ramai sanak-saudara,rakan-taulan dan sahabat-handai datang menziarahi ayah.Syukur ke hadrat ALLAH.Terima kasih di atas ke prihatinan semua,semoga ALLAH membalas segala kebaikan dan budi yang di hulurkan.
Hari ini Ahad 4/9, 38 hari ayah menderita sakit.Sakit ayah tiada tanda-tanda untuk sembuh.Hanya ALLAH sahaja yang tahu,penyakit apakah yang sebenarnya di hidapi oleh ayah.ALLAH MAHA MENGETAHUI.Doktor pun tak boleh memberi penjelasan mengenai sakit ayah.Bayangkan sebulan lebih ayah sabar dengan ujian dan dugaan dariNYA.

Sakit ayah sebagai kifarat  untuk menghapuskan dosa-dosa kecil.Solat ayah sedikit terganggu,tapi ayah tetap mengabdikan diri kepada yang MAHA KUASA.Kalau tak boleh solat sambil berdiri,boleh duduk…kalau tak boleh solat sambil duduk,boleh baring…kalau tak boleh solat sambil baring,boleh gunakan isyarat mata…ISLAM sangat mudah,ISLAM tak  menyusahkan penganut-penganutnya,tapi sakit ayah taklah sampai memudaratkan yang mengkehendaki ayah solat sedemikian.Ayah masih boleh solat seperti biasa,cuma mengambil masa yang panjang untuk menyudahkan solat fardu lima waktu sehari semalam.

Kalau dulu ayah boleh menghabiskan satu surah Al-Quran sekejap sahaja,kini untuk ayah habiskan satu surah pun mengambil  masa yang panjang.Tapi alhamdulillah,bulan Ramadhan yang penuh keberkatan dan baru aje pergi meninggalkan kita semua,ayah berjaya juga khatam Al-Quran setelah beberapa hari bertaddarus bersama kawan-kawan.Syukur,alhamdulillah,Dalam menderita sakit pun,ALLAH permudahkan segala-galanya.ALHAMDULILLAH.

Semalam  4/9,sanak-saudara,rakan-taulan dan sahabat-handai datang bertali arus menziarahi ayah.ALHAMDULILLAH.Pada wajah ayah terukir kegembiraan yang amat sangat,bila rumah dikunjungi tetamu.Pahala berganda,rezeki bertambah bila tetamu datang berkunjung.Sekurang-kurangnya sakit ayah boleh berkurangan dengan melihat kegembiraan tetamu-tetamu yang datang.ALHAMDULILLAH.

Setiap ujian dan dugaan dari ALLAH akan ada hikmah yang tersembunyi,siapa tahu hikmah yang menanti ayah.Mungkin ALLAH timpakan kesusahan sekarang,dikemudian hari mungkin ALLAH berikan kesenangan yang berlipat kali ganda,siapa tahukan.Yang paling penting bersabar menerima Qada dan QadarNYA.Andai sudah ketentuanNYA,terimalah dengan hati yang tenang,pasrah segala-galanya.

Sedih sangat-sangat melihat penderitaan ayah,berapa banyak airmata yang gugur menahan kesedihan.Pilu dan sayu hati ini mengenangkan nasib yang menimpa ayah tersayang,tapi yakin akan kebesaran ALLAH….ALLAH MAHA BERKUASA,ALLAH MAHA PENYAYANG,ALLAH  MAHA PENGASIH,ALLAH MAHA MENGETAHUI.

“Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu”. (At-Taghaabun ayat:11)

“Hendaklah orang yang mampu memberi nafkah menurut kemampuannya; dan sesiapa yang di sempitkan rezekinya, maka hendaklah ia memberi nafkah dari apa yang diberikan Allah kepadanya (sekadar yang mampu); Allah tidak memberati seseorang melainkan (sekadar kemampuan) yang diberikan Allah kepadanya. (Orang-orang yang dalam kesempitan hendaklah ingat bahawa) Allah akan memberikan kesenangan sesudah berlakunya kesusahan”. (At-Talaaq ayat:7) 

Coretan dari kakak buat ayah.

Ayah,
Abang,kakak dan adik sangat-sangat menyayangi ayah.Dan ayah bertuah juga mempunyai seorang lagi anak yang kakak panggil abang aje,sentiasa mengambil berat dan sentiasa bertanya khabar ayah.Alhamdulillah.Walaupun abang tinggal jauh,abang sentiasa bertanya khabar ayah malahan abang sentiasa mendoakan kesejahteraan ayah.
Abang dah anggap ayah macam ayah abang sendiri.ALHAMDULILLAH,ALLAH hadirkan seorang lagi anak untuk ayah.Seorang anak yang soleh dan seorang hamba ALLAH yang taat.

Terima kasih ya ALLAH,terima kasih juga untuk abang kerana menerima kakak sebagai adik dan menerima ayah sebagai ayah abang.Hanya ALLAH sahaja yang dapat membalas segala kebaikan abang untuk kakak dan keluarga.

Ayah,
Abang memang baikkan.Bertuah ayah,walaupun belum pernah bertemu,hanya mendengar suara dan berhubung melalui sms,abang dah anggap ayah macam ayah abang sendiri.Sebenarnya susah untuk bertemu dengan orang yang sebaik abang,walaupun berpelajaran tinggi,tapi tak mengambil kesempatan atas anugerah ALLAH untuk bermegah-megah atau mendabik dada.Abang memang baik sangat.Anugerah ALLAH untuk  ayah dan keluarga kita.

Ayah,
Moga hajat ayah untuk bertemu abang akan di makbulkan ALLAH,insyaALLAH.Ayah teringin sangat untuk bertemu abang,tapi keadaan belum mengizinkan.Hanya mak dan kakak yang berpeluang berjumpa abang sekeluarga,itupun hanya sekejap.Kakak tahu ayah juga amat menyayangi abang,abang sentiasa dalam ingatan ayah.Ayah selalu menyebut nama abang.Kasih sayang ayah untuk seorang anak,walaupun anak itu bukan darah  daging ayah sendiri.Ayah tetap menyayangi abang dan berharap suatu hari nanti ayah dapat bertemu dengan abang.

Ayah,
Kakak doakan ayah cepat sembuh.Mak serta anak-anak ayah risaukan ayah.Kami semua terlalu menyayangi ayah.Kakak tak nak kehilangan ayah,andai itu takdir ALLAH kakak pasrah.DariNYA kita datang dan kepadaNYA kita dikembalikan.Kita hanya makhluk ciptaanNYA,kita hanya mampu merancang dan DIA lah yang menentukan.Kita dah berusaha sedaya mungkin,insyaALLAH dengan keizinan dariNYA jua ayah akan menemui penawarnya.

Sayang dan kasih ayah,
Kakak.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan